Archive for September, 2008


Utusan Meloya, Berita Hairan, TV3 Suku itulah gelaran yang diberikan kepada media arus perdana atau boleh dikatakan media propaganda kerajaan BN, atas alasan berita yang mereka khabarkan lebih merupakan propaganda dari UMNO/BN. Tetapi bagaimana pula pesanan yang ingin disampaikan oleh Harakah? Keadilan? Apakah mereka juga bukan alat propaganda PR? (dahla berita sukan xde..)

 

Berikut merupakan formula yang telah dihebahkan kepada umum oleh Harakah.

Harga Minyak Global 1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82)
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45
Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01

Subsidi kerajaan = RM 0.30
Harga sepatutnya > RM 2.01 - RM 0.30 = RM 1.71 (harga sepatutnya)
Harga sekarang = RM 2.45 sen

Beza kerajaan tipu Rakyat Malaysia = RM 2.45 - RM 1.71 = RM 0.74 per liter.

http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17145&Itemid=1
Formula yang diguna pakai oleh Harakah lebih kurang sama dengan formula yang saya gunakan, boleh rujuk semula disini. Terdapat beberapa ralat didalam formula Harakah tersebut.

  1. Tiada kos pengangkutan dan lain
  2. Harga minyak mentah global bukanlah $92.70/tong

Mungkin ada yang bertanya dimana saya mendapat kos pengangkutan tersebut? Dimana sumber saya bagi formula tersebut? Ianya dari akhbar TheStar, sehari sejurus kerajaan menaikkan minyak secara mendadak. Dan mungkin juga ada yang akan berkata harga $92.70/tong itu adalah harga minyak mentah yang PERNAH menjunam dahulu dan bukan harga sekarang. 
(sumber : Semangat Melayu @ mykmu.net)

Hapuskan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)?

Buat kebelakang ini dan semenjak 8hb Mac 2008 banyak pehak yang mahukan Akta Keselamatan Dalam Negeri dihapuskan.

Antara pehak-pehak, badan-badan dan individu yang mahukan ISA dihapuskan ialah Majlis Peguam-Peguam, BERSIH, pemimpin-pemimpin DAP, PKR, PAS, MCA, Gerakan, PPP, SUHAKAM dan beberapa lagi badan.

           
         
   Nama Akta itu ialah tentang Keselamatan Dalam Negeri. Tetapi mereka undang-undang itu dihapuskan. Mengapa? Mereka semua tak pentingkan keselamatan dalam negeri, ketenteraman awam dan rakyat 26 juta, pekerja-pekerja dan peniaga-peniaga serta pelancung-pelancung yang datang dari Luar Negeri ke?

Pada pandangan dan pendapat saya, mereka semua mahukan ISA dihapuskan kerana mahu kebebasan 100% untuk berucap, untuk berforum, untuk berseminar, berdailog, berpidato tentang isu-isu sensitif seperti:

         1. DEB;
         2. Bahasa Ibunda @ Melayu, Cina, Tamil dll di sekolah;
         3. Masuk Islam, keluar Islam;
         4. Laungan Azan di Masjid dan surau;
         5. Kebebasan bercakap dan menulis;
         6. Kuil Hindu;
         7. Mencium keris oleh Pemuda UMNO;
         8. Keistemewaan orang Melayu dll

Bila ISA dan jika dihapuskan maka apa jadi? Semjua orang, semua media, semua blog BEBAS bercakap, menulis dan berbincang perkara-perkara sensitif. 

Bila semua orang bebas bercakap hal-hal sensitif Bolehkah kita rakyat Malaysia dan badan-badan penguatkuasa seperti POLIS membendungnya, mengawlnya daripada merebak, menjadi panas, menjadi api seperti api dalam sekam bila ditiup angin makin merebak dan semakin membesar dan membakar?

Cakap sahaja, “Polis boleh kawal, boleh ambil tindakan, boleh dakwa di Mahkamah.” senang.

Berapa banyak kes di bawah Seditious Act yang dapat didakwa dan dibicarakan di Mahkamah?

Berapa banyak kes yang tidak dapat dibawa ke Mahkamah kerana tidak ada saksi, tidak ada bukti?

Majlis Peguam, DAP, PKR,PAS, PPP, Gerakan, NGOs kena didik dan ajar rakyat Malaysia menjadi “”More civic minded, rela menjadi saksi Polis dan Pendakwa Raya dan berani menjadi saksi dan memberi keterangan di Mahkamah barulah ISA boleh dihapuskan.

Kalau ISA dihapuskan Negara kita tak menjadi selamat, tak nyaman, tak makmur, tak maju, tak harmoni.

TUN DMM, PAK LAH dan Tengku Razaleigh sendiri kata “Malaysia mempunyi 1st Class Facilities but 3rd Class mentalities”. 

Kalau dah macam tu bukan senang nak tangkap, tuduh, dakwa dan bicarakan orang, pemimpin-pemimpin yang main “bunga api”.    

Macam Singapura, kita di Malaysia masih perlukan ISA. Kalau tidak macam mana nak ambil tindakan undang-undang terhadap orang yang baling “bom”? 

Mungkin ada bukti tetapi tak ada saksi. Ada saksi tapi tak ada bukti. Kalau ada lapuran risikan dan maklumatdari beberapa punca dan pehak macam mana?

 

lupikirlasendiri

Kesalahan-kesalahan dari 8 Mac hingga 16 September

Penulis buat  masa ini belum melihat lagi apa-apa ulasan tentang kesalahan-kesalahan PAS sepanjang PRU 12 tempoh hari. Walaupun agak lama, tetapi isu ini wajar diambil iktibar oleh ramai orang terutamanya yang yakin sangat dengan “keputusan kepimpinan”. PAS seolah-olah kurang diberi perhatian kerana ramai termasuklah penulis sendiri mengacukan papan tulis ke arah Mami Anwar. Namun, kita harus ingat, bahawa sesiapa yang sayangkan Islam akan selalu memuhasabah UMNO dan juga PAS kerana ia adalah tonggak politik orang Melayu-Islam.

Berikut adalah kesalahan-kesalahan siasah dan syarak tentang keputusan yang dilakukan oleh pimpinan PAS dalam beberapa isu:

1) Kes Saiful Bukhari

Penulis mengambil ini sebagai yang pertama kerana inilah sikap dan ijtihad pimpinan PAS yang paling berbahaya dan sebenarnya boleh dijadikan peluru percuma oleh musuh Islam yang sebenar.

Penulis telah perasan lompang besar ini tetapi bimbang jikalau artikel penulis boleh membuka ruang untuk pertikaian hukum Islam tatkala pimpinan PAS lebih sibuk berangan untuk menjatuhkan UMNO dan tidak bersedia untuk mendalami hukum fiqah bagi memuaskan hati.

Kes tuduhan liwat Saiful Bukhari adalah lompang kepada perlaksaan hukuman terhadap jenayah rogol mengikut hukum syarak. Saiful Bukhari mengaku dipaksa diliwat dalam laporan polisnya dan pimpinan PAS telah mengeluarkan hukum qazaf terhadap kes Saiful vs Anwar Ibrahim ini.

PAS bernasib baik kerana pihak Sisters in IIslam, harbiyyuun DAP dan aparat mereka di dalam DAP dan Majlis Peguam tidak mengambil kesempatan dari lompang dari kegopohan PAS membela Anwar dan menjatuhkan qazaf terhadap Saiful.

Andaikata pihak musuh Islam mengambil qias daripada kes Saiful, maka nyatalah undang-undang hudud yang dikemukakan oleh PAS tidak bersedia menghadapi kes rogol ataupun apa-apa jenayah seks paksa. Jikalau PAS lebih berhati-hati dalam menyatakan sokongan kepada Anwar dan tidak mengqazafkan Saiful maka perkara ini tidak berlaku.

Ini adalah kegopohan PAS yang penulis tidak dapat terima kerana mendahulukan matlamat politik dari keindahan syariah Islam dalam menghukumi serta mengadili suatu kes. Di sini penulis lebih berat kepada Mufti Perlis dan nyata di sini PAS kurang nijaksana dan perbuatan PAS boleh mendatangkan fitnah kepada Islam.

2) Muzakarah PAS-UMNO

Di sini PAS sekali lagi membuat kesalahan politik yang berat terhadap kelangsungan perlaksanaan hukum Islam di Malaysia.

PAS sepatutnya meletakkan syarat kepada UMNO yang sekarang “lemah” tentang perlaksanaan hukum syarak di negeri-negeri yang dikuasai oleh PAS. Harus diingat bahawa peluang untuk melaksanakan hukum Islam di negeri-negeri dikuasai PAS di bawah Pakatan Rakyat adalah tidak pasti. Pakatan Rakyat tidak komited dengan perlaksanaaan undang-undang jenayah Islam.

Bagi penulis, keadaan UMNO yang “lemah” dan cube “mengekalkan “kuasa” itu seharusnya diambil peluang oleh PAS untuk melaksanakan hukum Islam di Kelantan ,Perak dan Kedah serta  cubaan  yang sama di Terengganu dan Perlis yang masih dikuasai UMNO tetapi majoriti umat Islam.

PAS sepatutnya mengkaji sistem di Nigeria di mana bahagian utara negara itu dari kaum Fulani dan Hausa (beragama Islam) mengamalkan undang-undang Islam. Namun, tiada bukti bahawa PAS berusaha untuk menjalankan usaha ke arah itu dan perkara yang diketengahkan hanyalah soal kuasa semata-mata.

Jikalau PAS mendahulukan perkara perlaksanaan hukum Islam di negeri-negeri utara Malaysia yang dikuasai PAS tempoh hari, dan hanya akan bersetuju menyertai Barisan Nasional dengan prasyarat tersebut, maka kita boleh melihat sejauh manakah PAS ikhlas memperjuangkan hukum  Islam dan sejauh mana pula UMNO tidak mahukan Islam.

Tetapi, PAS gagal. PAS lebih berminat dengan kejatuhan UMNO dari kebangkitan Islam. Peluang untuk melaksanakan hukum Islam buat kali pertama dalam sejarah Malaysia gagal kerana kurang cerdiknya PAS dalam percaturan politik umat.

3) Penerimaan Jawatan MB Perak oleh Dato’ Seri Nizar

Sesungguhnya mengikut sunnah perjuangan Rasulullah, perkara yang diputuskan oleh PAS menerima jawatan MB Perak adalah mungkar.

Ini bersesuaian dengan sirah Rasulullah SAW yang menolak tawaran untuk menjadi Raja Makkah jikalau Rasulullah SAW berhenti berdakwah kepada musyrikin Makkah.Sepatutnya, jawatan itu diberikan sahaja kepada wakil kepada PKR kerana nyatalah perlaksanaan dakwah dan juga kekuatan Melayu-Islam ditentukan oleh DAP.

Sepanjang pemerintahan Nizar tidak ada kebaikan yang diperolehi oleh orang Islam di Perak. Hanya muktamar PAS sahaja yang nampak Islamik tetapi lain-lainnya lebih menguntungkan kaum Cina. Kita tidak dengar bantuan atau sumbangan kepada ma’ahad-ma’ahad ataupun pondok-pondok terutamanya di utara Perak sedangkan di situlah pengkalan pertama gerakan Islam di Malaysia yakni seperti Ma’had Ihya’ Al sharif Semanggol yang menerbitkan Partai Hizbul Muslimin sebelum PAS ditubuhkan. Harus diingat, kerusi PAS yang pertama adalah di kawasan Kerian yakni di Perak.

Bahkan, jikalau PAS Perak benar-benar sayangkan Islam, muzakarah UMNO-PAS sepatutnya mengutamakan pembentukan kerajaan berteraskan syari’ah di Perak dengan majoriti dari UMNO-PAS. Tetapi, PAS lebih mengutamakan kuasa dan malangnya PAS hanya tinggal lebai malang sahaja di kerusi MB itu.

Keuntungan PAS hanya satu, memperolehi MB yang tahu cakap Mandarin dan Tamil sahaja, tetapi Islam tidak dapat apa-apa.

4) Sokongan Terhadap Perubahan Kerajaan

Pas berulangkali diingatkan bahawa mereka mempunyai potensi sebagai ” The Kingmaker” tetapi mereka tidak pernah menggunakan peluang itu sebaik-baiknya demi Islam.

PAS lebih banyak menari mengikut paluan gendang orang lain dari menentukan paluang gendang itu sendiri. PAS acapkali dicabar dengan isu Forum Memeluk Islam, Isu Azan dan pelbagai lagi. Tetapi, PAS tidak mendepani isu.

PAS tidak mengambil peluang memberi kata dua terhadap Anwar dan bertegas dengan perlaksanaan undang-undang Islam. PAS hanya menanti apakah perkara yang berlaku selepas kejatuhan Barisan dan bukannya mahu kata putus dengan jaminan bertulis adakah Islam akan didaulatkan oleh kerajaan baru tersebut.

PAS melukut di tepi gantang walhal tanpa penyertaan PAS, Anwar memerlukan lebih 50 orang ahli parlimen untuknya menubuhkan kerajaan. Tetapi, PAS gagal menggunakan posisi tersebut untuk kepentingan Islam.

PAS sepatutnya menggunakan peluang tersebut semasa Anwar bertanding Parlimen tetapi pimpinan PAS terlalu bacul untuk memberi kata dua. Anwar tidak akan menang jikalau PAS memboikot pilihanraya kecil tempoh hari sekiranya Anwar tidak mahu komited terhadap perjuangan Islam.

Begitulah 4 kesalahan besar PAS sepanjang tempoh dari 8 Mac sehinggalah 16 September yang lalu. Ketumpulan pemikiran dan penyusunan strategi PAS dalam mendaulatkan Islam dan juga kebodohan PAS dalam embuka ruang melemahkan  Islam menyebabkan peluang perlaksanaan hukum islam terbantut.

Ada yang mungkin masih menjadi Mat Jenin mengatakan bahawa mungkin kerajaan PR akan melaksanakan hukum Islam 100% dan bukan seperti cadangan penulis iaitu di negeri majoriti Islam. Namun, buat masa ini dengan mengharapkan PR, mimpi tersebut tidak akan menjadi kenyataan dengan DAP sebagai duri besar dalam daging.Malahan PAS sudah malu untuk mempertahankan dasar negara Islam dan juga perlaksanaan jenayah syariah untuk menyukakan hati orang kafir walaupun Allah amat membencinya.

Kesimpulan yang telah lama dibuat oleh pengikut JIM/IRC, Hizbut Tahrir, Rufaqa’ Al Arqam dan Tabligh berdasarkan analisa penulis adalah politik PAS bukanlah untuk memperjuangkan Islam tetapi adalah lebih untuk kuasa bagi kumpulan manusia tertentu dan 3/4 darinya didasari oleh sifat dengki khianat, hasad dan perut hijau mereka terhadap UMNO Dsemata-mata

Dipetik dari blog Maharaja Zhou.

Rakyat Perkara Kedua, Jawatan PM Keutamaan

 

“In 2008 already over RM125 billion has been withdrawn from the country by investors weary of a government that has failed to implement a single reform to ensure judicial independence and that continues to use draconian laws such as the ISA to detain its citizens without due process of law.” - Anwar Ibrahim 

 

ISA telah wujud sejak berpuluh tahun. Namun mengapa baru hari ini pelabur bimbang dengan kerajaan. Apakah ia kerana ISA atau kerana Anwar Ibrahim? 

 

 

Anwar sudah diketahui mempunyai hubungan rapat dengan US dan Barat. Ini menimbulkan tanda tanya di mana Anwar mendapat jumlah tersebut jika ia tidak terbabit dengan perancangan ini?

 

Kita juga tertanya-tanya apakah pengeluaran pelabur asing ini tidak ada kena mengena dengan membantu usaha Anwar menukar kerajaan?

 

Dalam sejarah politik, hanya ketika rakyat “lapar” sahaja maka pemerintahan akan berubah secara drastik dan luar biasa.Tidak mustahil inilah yang sedang direncanakan oleh Anwar dan para sahabatnya dari Barat.

 

Ini bukan kali pertama Anwar Ibrahim sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan beliau akan berjaya menjadi Perdana Menteri. Sejarah politik Anwar membuktikan beliau sanggup menipu, berbohong dan membiar rakyat terseksa jika itu dapat membantunya menjadi Perdana Menteri.

 

1970-an

 

Pada tahun 1970-an beliau mengaturkan satu tunjuk perasaan di Baling sehingga mencetuskan rusuhan. Rusuhan terscetus kerana Anwar mendakwa petani di Baling terlalu miskin sehingga ada yang mati kelaparan. Maka berbondong-bondonglah mahasiswa mengadakan tunjuk perasaan di Universiti Malaya dan mogok lapar di Baling.

 

Huru-hara negara dan kerajaan dibuatnya. Namun sehingga kini tiada seorang saksi atau satu bukti pun menunjukkan ada orang di Baling ketika itu mati kelaparan.

 

1997

 

Pada 1997 sekali lagi Anwar mengambil kesempatan atas masalah ekonomi bagi mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kerajaan terutamanya Perdana Menteri, tun Dr. Mahathir.

 

Ketika dilanda krisis matawang, Anwar menyerang polisi kerajaan dari dalam dengan menuduh Dr. Mahathir antara punca masalah ekonomi negara ketika itu. Anwar sedar rakyat yang susah dan marah akan bangkit dijalanan bagi menjatuhkan Perdana Menteri.

 

Jadi sebagai Menteri Kewangan beliau memulakan langkah-langkah menjerut rakyat. Kadar pinjaman Asas (BLR) dan kadar faedah dinaikkan berkali ganda. Beliau juga mengguna pakai pelbagai saranan IMF yang menyusahkan rakyat kerana ia telah berkesan ketika itu menjatuhkan Perdana Menteri Thailand dan Presiden Indonesia.

 

Anwar menghalang usaha membantu syarikat-syarikat bermasalah ketika itu akibat kejatuhan matawang negara. Beliau menggunakan mantera-mantera barat seperti kronisme, nepotisme dan bail-out boleh meruntuhkan ekonomi negara bagi menghalang sebarang usaha pemulihan syarikat-syarikat besar ini.

 

Tujuan Anwar ketika itu ialah mahu melihat syarikat-syarikat ini jatuh dan menyebabkan puluhan ribu rakyat hilang mata pencarian. Jika ini berlaku sudah tentu lagi ramai yang marah kepada kerajaan dan ini akan mempercepatkan proses perubahan kuasa dari Dr. Mahathir kepada beliau.

 

Demikian bagi Anwar, rakyat yang menderita ialah satu kebaikan kepadanya, kerana ini akan mempercepatkan kejatuhan musuh politiknya.

 

Anwar sanggup meletakkan negara ini di bawah telunjuk IMF asalkan beliau berjaya menjadi Perdana Menteri. Nasib baik Dr. Mahathir ketika itu cepat sedar permainan licik Anwar.

 

Justeru jika hari ini pelaburan asing makin berkurangan dan ramai yang keluar, adalah tidak mustahil ini merupakan rancangan kali kedua US untuk menjadikan Anwar sebagai PM setelah gagal pada 1997.

 

Siapakah Anwar yang begitu istimewa kepada US dan Barat akan terus menjadi tanda tanya. 

 

Cuma yang kita pasti, Anwar akan melakukan apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia hatta jika perlu “mengorbankan” sebahagian rakyat pun. 

 

- Pokka: http://anwarisme.blogspot.com/

Machiavelli

Strategi Anwar tenangkan penyokong

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Dakwaan pihak pembangkang bahawa perundingan sedang dibuat antara wakilnya dengan kerajaan mengenai peralihan kuasa, adalah strategi terbaru pembangkang untuk menenangkan penyokongnya selepas gagal menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada 16 September lalu.

Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin menyifatkannya sebagai helah untuk mensensasikan perjuangan mereka dengan menggunakan media asing.

Menurutnya, berita baik mengenai Malaysia di luar negara adalah kurang sejak 1998, rentetan daripada pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

‘‘Memang itupun strategi politik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Memang tujuan menipu itu adalah untuk mendapatkan perhatian.

‘‘Jangan kita terperangkap dengan taktik sangat halus itu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyifatkan laporan agensi berita AFP bahawa rundingan sedang dibuat antara wakil pembangkang dan kerajaan mengenai peralihan kuasa sebagai ‘laporan paling gila’ yang pernah didengarnya setakat ini.

Sehubungan itu, Shamsul Amri menasihatkan pemimpin BN dan UMNO agar bijak menangani perang psikologi yang dilancarkan pihak pembangkang menerusi media.

‘‘Apabila mereka bersikap defensif semasa memberikan reaksi (kepada dakwaan pihak pembangkang), kerajaan telah menari mengikut rentak lagu pembangkang.

‘‘Soal betul dan salah itu dakwaan bukan perkara pokok. BN mesti menjustifikasi maknanya kerana itu adalah strategi politik,’’ ujarnya.

Sementara itu, Dekan Pasca Siswazah dan Penyelidikan, Kolej Undang-undang dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pemimpinnya akan membayar harga yang sangat mahal jika mereka terus menipu rakyat.

Jelas beliau, pihak asing sebenarnya tidak berminat untuk melihat pembangkang berkuasa kerana motif sebenar mereka adalah melihat negara ini hancur, rakyat berpecah-belah dan bersengketa sesama sendiri.

‘‘Kalau perkara ini tidak disedari mereka (pihak pembangkang), mereka secara tidak langsung telah menjadi alat pihak asing untuk merosakkan negara,’’ jelasnya.

Sementara itu, Pensyarah UUM, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain percaya dakwaan tersebut yang disifatkan sebagai satu konspirasi bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan BN.

Menurutnya, pihak pembangkang lebih sanggup merealisasikan teori Machaevelli, the end justifies the mean.

Jelasnya, mereka akan menggunakan apa sahaja sumber sedia ada untuk menghalalkan objektif mereka.

‘‘Memandangkan ia satu konspirasi, maka (dakwaan itu) tidak semestinya berasaskan fakta, tetapi berasaskan persepsi pengikut atau penyokongnya sendiri,’’ katanya.

Usaha terakhir menutup malu Anwar

sumber - Malaysia hariini

KEGILAAN apa lagi yang Anwar Ibrahim mahu cetuskan. Tidak cukup menjadikan Negara dan rakyat mangsa, telah berjaya menjadikan PAS kucar kacir sehingga turut terpedaya dengan segala janji-janji dustanya, kerana Anwar, PAS juga nampaknya mula belajar untuk jadi pendusta nombor wahid dan terbaru Anwar mahu mengheret DYMM Yang Dipertuan Agong bagi melaksanakan cita-cita gilanya itu. PAS pula turut mengiyakan cerita-cerita bohong Anwar ini dengan memperalatkan imej Islam parti itu. PAS dan Anwar sama sahaja. tidak berbeda.

Tidak cukup para penyokongnya, sebahagian rakyat, yang buta hati dan buta perut serta rakan-rakan pembangkang diperdaya ataupun ditipu bulat-bulat melalui janji 16 September, Anwar cuba pula mengalih perhatian untuk mengheret DYMM Yang Dipertuan Agong supaya turut terpedaya seperti beliau berjaya memperdayakan semua orang yang mempercayai bahawa beliau mampu menukar kerajaan walaupun dengan cara yang tidak demokratik.

Sikap Anwar ini tidak ubah seperti mahu menutup malu, mahu mengembalikan maruahnya yang telah sekian lama tercemar, mahu menutup siri-siri cerita bohong dan sandiwaranya, maka jalan terakhir adalah mengheret DYMM Yang Dipertuan Agong dalam gelanggang pembohongannya dengan harapan rakyat serta penyokongnya akan sekali lagi percaya dengan pembohongannya yang terbaru ini.

Ramai orang melihat dalam usaha beliau mahu menjadi Perdana Menteri, beliau akan berusaha dan sanggup untuk melakukan apa sahaja setelah pelan 16 Septembernya gagal dan plot rampasan kuasa beliau ini masuk ke fasa pembohongan terbaru serta canggih,mangsa seterusnya adalah DYMM Yang Dipertuan Agong.

Tindakan ini boleh dianggap sebagai satu lagi tindakan yang semakin hilang pertimbangan daripada Anwar Ibrahim malah ramai yang beranggapan tindakan Anwar mengheret Agong adalah tindakan biadab serta dilakukan oleh seseorang yang tidak ada maruah. Ini adalah usaha berterusan Anwar yang gagal merealisasikan bentuk rampasan kuasa tidak bermoral.

Agong mempunyai institusi dan maruah yang tersendiri. Mengheret Agong untuk mencampuri urusan politik adalah satu tindakan yang tidak bijak dan tidak bermoral, apatah lagi sekiranya Agung juga dituntut untuk menerima rampasan kuasa seperti ini.

Institusi Agung harus dihormati dan kuasa tiga badan juga harus dijunjung tinggi. Perlembagaan Persekutuan dan sistem demokrasi berparlimen harus dipertahankan sepanjang masa malah sebarang usaha untuk membabitkan kemuliaan Agung harus ditentang oleh semua pihak.

Kebejatan sikap serta moral Anwar ini membuktikan bahawa pemimpin yang bercita-cita besar ini sebagai seorang yang bersedia untuk menggunakan apa sahaja cara bagi menghalalkan matlamatnya walaupun tindakannya ini menghina DYMM Yang Dipertuan Agong.Sikap kemaruk Anwar ini boleh memberikan pelbagai tafsiran, apakah niat sebenar beliau.

Kegilaan Anwar ini harus dihentikan dari sekarang bagi menjamin pengukuhan ekonomi negara, bagi memberi peluang kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat melaksana agenda pembaharuan serta pembangunan ekonomi secara menyeluruh. Anwar tidak seharusnya dibenarkan menjadi Raja dalam sistem pentadbiran dan perundangan negara kita. Rakyat dan negara lebih mustahak untuk dibincangkan daripada membincangkan segala angan-angan kosong Anwar Ibrahim.

Anwar tidaklagi menghormati institusi parlimen dan nafsu buasnya begitu memuncak apabila memaksa parlimen bersidang segera hanya kerana beliau yakin, beliau akan mendapat mandat untuk jadi Perdana Menteri. Siapa Anwar Ibrahim ini? Penting sangatkan beliau? Dan kenapa semua orang harus tunduk kepada pendekatan yang tidak masuk dek akal ini?

Dan paling memalukan apabila beliau tidak lagi menghormati DYMM Yang Dipertuan Agung dan berkemungkinan besar senarai Ahli Parlimen yang ada dalam tangan Anwar adalah senarai palsu yang sengaja Anwar ada-adakan untuk mengaburi mata rakyat dan mungkin juga mata DYMM Tuanku. Senarai dan nama-nama itu perlu diwujudkan demi mengelaknya digelar sebagai penipu besar di abad ini.

Kenyataan Anwar ini merupakan satu penipuan terancang apatah lagi apabila semua ahli-ahli parlimen daripada BN telah mengesahkan bahawa mereka tidak akan sama sekali menyertai kerajaan palsu Anwar. Tapi ini pun ada rakyat yang percaya, diperbodohkan oleh pemimpin poliiik bernama Anwar Ibrahim.

Anwar telah menipu banyak kali dan tidak mustahil untuk Agung ataupun sesiapa sahaja Anwar akan sanggup menipu lagi dan kita faham kalau Anwar menipu kali ini pun, rakyat dan penyokongnya akan percaya tetapi mustahil Anwar berjaya menghina tahap pemikiran Tuanku seperti mana beliau menghina semua orang. Anwar juga semkain dilihat menjadi tidak beriman hanya kerana tergila-gilakan kerusi Perdana Menteri.

Walaupun ada yang mengatakan sesiapa sahaja yang berdepan dengan Anwar, maruah mereka akan jadi lebih rendah daripada maruah Anwar kerana Anwar mempunyai kelebihan untuk menyakinkan ramai tetapi kita yakin Tunku lebih arif untuk mengenali Anwar yang boleh di umpamakan seperti buluh, pepat di luar namun rancung di dalam.Tuanku ada penasihat yang lebih bijak untuk mentafsir siapa Anwar sebenarnya. Anwar adalah Cameleon baru dunia politik tempatan.

Implikasi kepada permintaan Anwar untuk menghadap Agong ini menunjukkan Anwar adalah seorang yang tidak menghormati institusi kerajaan Malaysia dan cuba mewujudkan konflik antara Agong dan badan eksekutif malah lebih kurang ajar lagi, Anwar cuba mengheret Agong dalam perkara yang tidak wujud ataupun sengaja diada-adakan. Inilah juga kelebihan Anwar, beliau seakan mampu menukar bintang menjadi bulan dan orang seperti Nik Aziz, Husam Musa, Kamaruddin Jaafar serta Hatta Ramli tetap yakin Anwar mampu berbuiat apa sahaja dan perlu disokong. Kaldai pun lebih berguna daripada ahli parlimen yang bermulut busuk.

Bagaimana agaknya tindakan Anwar sekiranya Tuanku titahkan Anwar dedahkan secara terbuka senarai nama 30 lebih Ahli Parlimen BN dan beliau mahu mendengar sendiri pengakuan daripada orang dikatakan Anwar telah setuju menyertai kabinet `belakangnya itu. Ketika itu apakah rekaan terbaru Anwar? Skrip mana pula yang beliau akan gunakan?

Ataupun mungkin Anwar mahu memerangkap Agong seperti apa yang berlaku di Thailand di mana sistem politik nya telah kucar kacir dengan berbagai-bagai peristiwa. Kalau ini lah agenda Anwar maka kita anggap Anwar adalah ahli politik yang berkelas Haiti dan Siera Leon.

Kita juga semakin keliru dan setelah sebahagian rakyat menjadi gila, tiba-tiba muncul pula Mujahid Yusof Rawa yang beria-ia benar menjadi jurucakap PR sehingga mendahului pimpinan lain melaporkan semuanya ini. Jika perbuatan Anwar ini menyebabkan kutukan dari rakyat maka dengan sendiri PAS turut terpalit dan akan dikutuk sanggup meninggalkan pegangan poitik Islam untuk bersekongkol dengan kelompok Anwar Ibrahim. Tidak sia-sialah Anwar serapkan Kamaruddin Jaffar ke dalam PAS.

Mujahid sudah jadi lebih kuah dari isudu dan nampaknya sudah terdapat semakin ramai pemimpin peringkat pertengahan PAS yang tidak menghormati protokol dan adab berjemaah mereka. Semua sudah jadi syok sendiri dan mungkin Mujahid juga mengharapkan jawatan Menteri daripada Anwar. Lihat saja kenyataan Mujahid di bawah :

“Pakatan bergantung kepada Seri Paduka untuk menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memanggil sidang khas Parlimen untuk berdepan dengan usul tidak percaya yang mahu dibentangkan oleh Pakatan. Sambil melahirkan keyakinannya bahawa Seri Paduka akan campur tangan untuk menangani krisis politik sekarang”

Mujahid juga berkata, “pihak pembangkang dirangsang oleh campur tangan istana dalam menyelesaikan isu pelantikan menteri besar di Perak, Perlis dan Terengganu selepas pilihan raya umum Mac lalu”..

Apakah tidak cukup semua pemimpin PAS kecuali Hadi Awang dan Mustaffa Ali menjadi gila sehinggakan anak bekas Presiden PAS ini juga turut terkena badi gila kuasa daripada pemimpin pembangkang yang semakin kemaruk menggilai kuasa.

Sampai bila pemimpin seperti Saifuddin Nasution, Johari Abdul dan beberapa orang lagi mahu membohongi rakyat. Berkata benarlah kerana anda dilahirkan dalam keluarga baik-baik. Tidak perlu lagi bersekongkol dengan kerja gila sehingga sanggup bersama untuk mempermainkan Agung dan menipu rakyat serta menghuru-harakan Negara sekali lagi. Berpijaklah di bumi nyata. Untuk kali ini, jadilah pembangkang yang baik daripada ingin menjadi kerajaan yang jahat serta boleh mencelakakan kepada semua orang.

Anwar tidak perlu jadi PM untuk tutup kes liwatnya dan Anwar tidak perlu malu untuk mengaku bahawa selama ini beliau berbohong dan hanya mahu kerajaan jadi kucar-kacir dan penyokong Anwar terutama Saifuddin, budak yang dulu baik kerana dididik dengan kesempurnaan agama, cukup-cukuplah jadi munafik. Kembalilah ke jalan benar dengan meninggalkan segala yang syirik, bertaubatlah kerana kita tidak boleh menipu Allah S.W.T.

Note from me: Ye betul! Patut baginda titahkan ajer pd si nuar tu agar dedahkan nama 31 katak tersebut. ulala…

JOM HEBOH PADA BULAN PUASA?! MASYA ALLAH

JOMHEBOH

Tanah Melayu is what we have lost and Moroland is what they have Lost

When Tanah Melayu was the name for Semananjung Malaysia plus singapore , the southern philippines Mindanoa was Moroland. The Malay dominated Tanah Melayu and Bangsamoro dominated Moroland. Both are muslim ummah and prosperous in their own way. Now both have been lost. Tanah Melayu has been almost banned from being mentioned in Malaysia and Moroland is a land of refugee and desperate under the Manila regime. Thats how power come and go when the inhabitants are too weak to defend their land and value system. The history is fiercely realist in nature and it does repeat itself when the right factors culminate into an event that change the history irreversibly.Many want to hear about Moroland conflict and below is the background of the story.

Bangsamoro or Moroland is the name for the “homeland” of the Moro. The term comes from the Malay word bangsa, meaning nation or people, and the Spanish word moro, from the older Spanish word Moor, the Reconquista-period term for Arabs or Muslims.

Originally, Bangsamoro was home to the Muslim sultanates of Mindanao (such as Maguindanao and Sulu). These sultanates resisted Spanish colonial rule, and were therefore not fully integrated with the rest of the islands. Presently, there is armed conflict going on in this area. As of August 19 2008, they see no end, not even a temporary ceasefire to allow Muslims to celebrate Eid’l Fitr (The ending of Ramadan).

Bangsamoro covers the southern portion of Mindanao, the Sulu Archipelago, Palawan, Basilan and the neighboring islands and the majority of the approximately 4.5 million Muslims in the Philippines live here. Within this area, a group called The Moro Islamic Liberation Front (MILF) is active. The MILF is a Muslim separatist rebel group that was first centered around the Moro National Liberation Front (MNLF), which was formed after The Jabidah massacre, also known as the Corregidor massacre, which refers to an incident which occurred on the night of March 18, 1968 on the Philippine island of Corregidor. It was on this night that members of the Armed Forces of the Philippines (AFP) massacred at least 28 Moro Muslim recruits under their supervision.

Nur Misuari, a University of the Philippines professor, rose to become the leader of the MNLF with the title of chairman in the early 1970s. The MNLF proclaimed itself a Filipino Muslim liberation movement and proceeded to start the Islamic Insurgency in the Philippines, in the hope of achieving independence, or at the very least regional autonomy for the Southern Philippines. This struggle would eventually claim anywhere from 80,000 to 200,000 lives; at the height of its strength, the MNLF could count 30,000 armed men in its ranks.

Seeking an end to the hostilities, the Philippine government decided to hold peace talks in 1976. That same year, the Tripoli Agreement was negotiated by the government of Ferdinand Marcos and brokered by the flamboyant Moammar Gadhafi and with the support of the Organization of the Islamic Conference. The agreement provided for a ceasefire and called for autonomy under the broad principle that Mindanao would remain an integral part of the Republic of the Philippines.

The MILF was formed in 1981 when Salamat Hashem and his followers split from the MNLF, due to the MNLF’s reluctance to launch an insurgency against the Philippine government forces and movements towards a peace agreement.

In January 1987, the MNLF accepted the government’s offer of semi-autonomy. The MILF refused to accept the offer. Thusly, the MILF became the largest separatist group in the Philippines. A general cessation of hostilities was signed in July 1997 (The Agreement for General Cessation of Hostilities dated July 18, 1997 Between the GRP and the MILF) but this agreement was broken in 2000 by the government of then President Joseph Estrada.

The MILF initially declared a jihad but became more receptive, especially following claims it is linked to the Abu Sayyaf and al Qaeda. A cease-fire accord was signed with President Gloria Macapagal Arroyo, and The Agreement on the General Framework for the Resumption of Peace Talks Between the GRP and the MILF was signed on March 24, 2001; After that came The Tripoli Agreement on Peace Between the GRP and the MILF dated June 22, 2001; The Tripoli Agreement Between the GRP and the Moro National Liberation Front (MNLF) dated December 23, 1976 and the Final Agreement on the Implementation of the 1976 Tripoli Agreement Between the GRP and the MNLF dated September 2, 1996;

Then, on July 17, 2008, The MILF and the government finally reached a decision about Bangsamoro. The agreement, while crucial for the resumption of formal peace talks, did not guarantee the end of a near 40-year conflict that has killed 120,000 people and displaced two million in Mindanao.

–>

“We have finally settled all the remaining issues on ancestral domain. It was a tough meeting. The real battle will be fought on the next level when we start talks on the political formula to end the conflict. But, at least we have hurdled the ancestral domain issue. We can now return to formal negotiations.”

Mohaqher Iqbal, chief MILF negotiator

http://almuslimin2.blogspot.com/2008/09/tanah-melayu-is-our-lost-and-moroland.html

Politik KASANOVA

Casanova adalah istilah bagi lelaki yang pandai mengoda dan mengurat perempuan cantik. Taktik Anwar untuk menggoda dan mengurat 30 MP barisan nasional melompat parti demi untuk melayakkan nya menjadi PM serupalah dengan tabiat casanova yang di benci oleh ramai suami dan ayah gadis gadis.
Anwar akan memakai pakaian berlainan untuk menarik gadis yang berlainan. Untuk MP Islamic , Anwar akan ‘berpakaian jubah dan hegal arab’ dengan slogan islam akan di tinggikan tetapi negara islam tidak sama sekali. Untuk MP Cina Anwar akan memakai seluar kungfu dengan slogan ‘ kerajaan pro melayu akan di kuburkan’. Untuk MP India, Anwar akan pakai baju india dengan slogan ‘ Hindraf adalah hero’. Bagi MP Melayu , Anwar bawa uncang duit dengan slogan’ pilih menteri mana mau jadi’.
Saya rasa ini lah lebih kurang politik casanova Anwar sekarang yang melibatkan proses mengoda dan mengorat MP Sabah Sarawak dan semenanjung selama 6 bulan tanpa henti dan mungkin di teruskan sampai bertahun. Sebagai casanova politik international , Anwar sanggup ke Taiwan di tengah Cyclone melanda untuk mengorat MP manis ini yang berada di sana. Berkaitan dengan cyclone, dalam ucapan Malaysian Day , Anwar pernah menyamakan projek rampas kuasa nya sebagai the cyclonic revolution . Kalau lah itu istillah nya maka bertepatan lah apa yang di buatnya sekarang. Apa yang di buat Anwar sekarang selain mengorat MP ialah mewujudkan cyclone politik yang kuat yang berniat menghancurkan BN tetapi turut menghancurkan orang awam dan harta benda orang awan dan kehidupan orang awam. Cyclone politics yang di wujudkan oleh Anwar ini akan di teruskan dan Anwar akan ketawa kegelian melihat kemusnahan akibat tangan ganasnya berserta dengan ugutan politiknya dari masa ke semasa.

Saya nasihat kepada Anwar , udah lah brother, tunggulah pru 13.Brother anwar boleh tanding parliament , kita letak poster brother besar besar atas poster DAP PAS dan PKR dan juga di dinding dan di jalan raya jika brother bernasib baik , brother boleh jadi PM dengan secara ethical dan terhormat. Yang tak habis habis nak mengorat MP orang selepas 6 bulan PRU ini apa hal?. Kalau kamu meletakkan rakyat sebagai alasan kamu menjadi ‘taufan menggila ini’ maka percayalah rakyat tidak pernah memberi mandat kepada kamu untuk meneruskan teka teki ini berlarutan sehingga menjejaskan keamanan rakyat. PRU 12 adalah mandat rakyat memilih kerajaan yang di fikir terbaik dan the people has spoken well. It is time for you to respect the pru12 mandate and stop being too greedy. Rakyat tak pernah menyuruh kamu meruntuhkan the government of the day secara begini “

Suka carpub.itulah dia…

Saya melihat Anwar suka cakap besar berkaitan sesuatu perkara. Anwar suka di kelilingi oleh microphone dan reporter yang besar besar tetapi kadang kadang perkara yang di cakap tak pun besar. Saya rasa Anwar suka sangat publisiti dan spot light dan bombastic words dalam press statement. Kalau melihat bahasa di gunakan dalam press statement Anwar, semuanya bombastic mr bola bola dan biasanya perkataan itu tidak selalu di guna dalam normal political press statement. Adakah Anwar juga mahu meng impress kan orang dengan perkataan yang hebat hebat. Dalam blog dan ucapan, Anwar juga mencerita dia berjumpa dengan raja itu raja ini, personaliti ini personaliti itu dengan bangga tetapi bagi mereka yang tahu personaliti tersebut , mendengar namanya telah cukup meluat. Terbaru Anwar menyebut telah bertemu dengan pengurus dana trilion dollar america. Adakah ini satu lagi mr fantastic bombastic Anwar?

ini lah kata kata Anwar dalam blog nya untuk menunjukkan beliau hebat dan berkawan dengan fund manager trillionaire seolah olah ekonomi Malaysia berada di tangan nya. Mungkin mesej nya “You get it if you abide with me , you lose it if you thrash me. ” Dalam blog posting nya ini Anwar turut menuduh Bank Negara dari segi pengurusannya. Ini berat.

“Saya telah bertemu dengan ramai pengurus dana di rantau ini, yang mewakili aset yang berjumlah USD 1 trillion dan mereka telahpun menyatakan sokongan mereka kepada perubahan menyeluruh di Malaysia termasuklah kebebasan kehakiman, media dan pihak polis serta agensi pencegah rasuah yang lebih professional, juga peraturan yang mesra pelabur dan jaminan tiadanya campur tangan ahli politik di dalam pengurusan Bank Negara. Inilah antara polisi yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat untuk dilaksanakan, dan insiatif inilah yang gagal diambil oleh pentadbiran sekarang terutamanya selepas 8hb Mac 2008.”

Anwar pernah menulis dalam blog nya menceritakan pertemuan nya dengan bekas president Estarada filifina. Mungkin beliau bangga dapat makan malam dengan Estarada tetapi kalau orang tahu siapa estrada sudah tentu hendak termuntah kalau di sebut nama estrad. Estarada laknatullah adalah personaliti yang menyambung pembunuhan rakyat muslim moro selepas perjanjian damai OIC semasa Marcos dan Estrada juga adalah individu yang menyokong perang besar besaran dan terbuka keatas rakyat islam moro dalam konflik sekarang di filifina. Oleh itu bila nak bermegah dengan kawan yang hebat , pasti lah mereka benar benar hebat , kalau tidak orang akan melabel kita dengan ,’ sebegitu kawan , sebegitulah perangainya”

 

 

(sumber = almuslimin2.blogspot.com/2008/09/anwar-suka-cakap-besar.html)