Archive for September 21st, 2008


Permainan Anwar dan Amerika ke atas ekonomi Malaysia?

Seperti sedia maklum ekonomi Amerika sekarang menuju kemelesetan. Tanda-tanda menunjukkan keadaan semakin akan jadi teruk. Mungkin ke tahap apa yang berlaku di negara Malaysia pada tahun 1998. 

 

 

Kerajaan Amerika telah “bail out” syarikat insuran terbesar didunia iaitu AIG. Anak syarikat AIG di Malaysia ialah AIA. Dana ini berjumlah 85 billion US Dollar dan ini adalah wang rakyat. (Dana disalurkan melalui Federal Reserve). Dulu Amerika dan Anwar menentang tindakan kerajaan Malaysia daripada menyuntik dana kedalam syarikat-syarikat besar dan institusi perbankan yang menghadapi masalah gawat dulu. 

 

 

 

Berita dari The Star, Securities Exchange Commision (SEC) telah melarang institusi kewangan di Amerika dari melakukan urusniaga “short selling”. Dulu kerajaan Malaysia telah melarang urusan “short selling” di pasaran saham dan mereka menentang keputusan yang dibuat. 

 

 

Genap 10 tahun terbuktilah kebenaran yang dilakukan Tun Mahathir dan kerajaan Malaysia. 

 

 

Soal hubungan Anwar dengan Amerika dan berkaitan dengan ekonomi memang meragukan. Banyak perkara yang dilakukan Anwar lebih kepada menguntungkan diri sendiri dan bukannya menguntungkan rakyat Malaysia.

 

 

Dua jawatan yang berkaitan ekonomi yang telah disandang oleh Anwar adalah Konsultan di Bank Dunia dan AJK di International Crisis Group (ICG).

 

 

Persoalan pelantikan Anwar di Bank Dunia

 

 

Misalnya soal Anwar memuji pelantikan Paul Wolfowitz sebagai Presiden Bank Dunia dalam Bloomberg News, 24 Mac 2005 dalam artikel bertajuk ‘Passionate’ Wolfowitz Backed by Anwar for World Bank’. 

 

 

Kata Anwar, “Beliau (Wolfowitz) seorang yang sepenuh hati percaya dengan kebebasan dan memahami isu kemiskinan, kemusnahan alam sekitar, keadaan taraf hidup dan isu kesihatan (dan semua itu) menjadi agenda utama Bank Dunia.”

 

 

Persoalan orang disokong oleh Anwar itu adalah Yahudi Neo-Konservatif ‘arkitek perang’ ke atas Iraq. 

 

 

Sebagai balasan kepada pujian dan kempen Anwar sebelum ini, Wolfowitz telah melantik bekas TPM itu sebagai “Perunding Bank Dunia untuk isu-isu antirasuah dan kebertanggungjawaban”, 

 

 

Penyelewengan, bail out, kronisme dan nepotisme 

 

 

Persoalan atas dasar apa Wolfowit lantik Anwar menjadi “Perunding Bank Dunia”, bukankah di atas dasar kronisme dan nepotisme?

 

 

Wolfowitz sendiri semasa memperkenalkan Anwar kepada staff Bank Dunia pada 19 Jun 2006 mengakui Anwar adalah kawan rapatnya dan pernah bekerja di Bank Dunia pada tahun 1998.

 

 

Katanya, “Today I am especially pleased and honored to welcome as our speaker a colleague, a close associate to the World Bank and the development community, and a personal friend, Dr. Anwar Ibrahim…He’s also well-known to us at the World Bank and the IMF because of the instrumental role that he played as Chairman of the Development Community in 1998. He’s been described as one of the forefathers of the Asian renaissance for his passionate commitment to interfaith dialogue and his respect for human dignity”.

 

 

Anwar juga turut mengakui Wolfowitz adalah kawan baiknya, walaupun beliau mengakui persahabatannya dengan Wolfowitz menimbulkan kecurigai banyak pihak tetapi tidak menjadi masalah kepadanya.

 

 

Kata Anwar, “It is very rare that I can get such accolades from a good friend and president of the World Bank, a controversial friend; difficult at times, but a very valued friend through my difficult days”

 

 

Persoalannya apa agenda Wolfowitz melantik Anwar sebagai “Perunding Bank Dunia untuk antirasuah dan kebertanggungjawaban”, sedangkan sebelum ini bekas TPM Malaysia itu pernah dipenjarakan kerana rasuah salah guna kuasa ?

 

 

Apa kurangnya dengan majikan Anwar, Paul Wolfowotiz juga telah didapati bersalah menyalahgunakan kedudukannya untuk ‘bail out’ teman wanitanya, Shaha Ali Riza semasa menjadi Presiden Bank Dunia. 

 

 

Panel khas lembaga pengarah Bank Dunia telah membuat kesimpulan bahawa Wolfowitz melanggar peraturan dan melakukan perbuatan konflik kepentingan,dengan menyalahgunakan kuasa menaikkan gaji Shaha Riza sebanyak 36 peratus iaitu daripada AS$132,660 kepada AS$180,000 setahun dengan jaminan kenaikan sebanyak lapan peratus. 

 

 

Apakah ini bukan kroni dan nepotisme? Bukankah kes penyalahgunaan kuasa itu menyebabkan Paul Wolfowitz terpecat daripada jawatan Presiden Bank Dunia?

 

 

Kenapa pula Anwar yang dilantik Wolfowitz sebagai Perunding Anti-Rasuah di Bank Dunia tidak menegur penyelewengan majikannya itu?

 

 

Bukankah Anwar juga turut bersetuju dengan penyalahgunakan kuasa itu dengan menghantar surat perpindahan Shaha Riza ke Foundation For The Future (FFF) yang dipengerusikannya.

 

 

Sifat Anwar suka berbohong, berbohong kepada rakyat Malaysia mengatakan FFF tiada kaitan dengan Amerika. Berbohong lagi mengatakan beliau tidak terlibat dengan perpindahan Shaha Riza. Tetapi apabila Jawatankuasa etika menerbitkan dokumen hasil siasatan, sepucuk surat yang ditandatangani Anwar telah dijadikan bukti penglibatan Anwar dalam konspirasi menyelamatkan majikannya (Wolfotiz) itu.

 

 

Surat yang ditandatangani Anwar sebagai penggerusi FFF, menggunakan logo NGO itu dengan alamat di Washington DC. Apabila pembohongan Anwar ini terbongkar, beliau telah meletak jawatan sebagai Pengerusi dan Presiden NGO itu.

 

 

Apa peranan Anwar di ICG?

 

 

Satu lagi jawatan penting yang masih dipegang hingga sekarang adalah sebagai ahli jawatankuasa International Crisis Group (ICG).

 

 

Bukankah ICG dibiayai oleh George Soros yang turut menjadi Ahli Lembaga Pengarah ICG?

 

 

Bukankah penglibatan Anwar dengan ICG, bermakna beliau telah bersekongkol dengan Yahudi Amerika, George Soros yang pernah dituduh penyangak matawang yang telah melemahkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997?. 

 

 

Masih menjadi misteri apakah peranan Anwar dalam ICG, dan kerana misteri ini belum terbongkar, maka Anwar masih mengekalkan peranannya dalam NGO itu hingga sekarang.

 

Suara Politik