Archive for September 28th, 2008


Utusan Meloya, Berita Hairan, TV3 Suku itulah gelaran yang diberikan kepada media arus perdana atau boleh dikatakan media propaganda kerajaan BN, atas alasan berita yang mereka khabarkan lebih merupakan propaganda dari UMNO/BN. Tetapi bagaimana pula pesanan yang ingin disampaikan oleh Harakah? Keadilan? Apakah mereka juga bukan alat propaganda PR? (dahla berita sukan xde..)

 

Berikut merupakan formula yang telah dihebahkan kepada umum oleh Harakah.

Harga Minyak Global 1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82)
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45
Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01

Subsidi kerajaan = RM 0.30
Harga sepatutnya > RM 2.01 - RM 0.30 = RM 1.71 (harga sepatutnya)
Harga sekarang = RM 2.45 sen

Beza kerajaan tipu Rakyat Malaysia = RM 2.45 - RM 1.71 = RM 0.74 per liter.

http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17145&Itemid=1
Formula yang diguna pakai oleh Harakah lebih kurang sama dengan formula yang saya gunakan, boleh rujuk semula disini. Terdapat beberapa ralat didalam formula Harakah tersebut.

  1. Tiada kos pengangkutan dan lain
  2. Harga minyak mentah global bukanlah $92.70/tong

Mungkin ada yang bertanya dimana saya mendapat kos pengangkutan tersebut? Dimana sumber saya bagi formula tersebut? Ianya dari akhbar TheStar, sehari sejurus kerajaan menaikkan minyak secara mendadak. Dan mungkin juga ada yang akan berkata harga $92.70/tong itu adalah harga minyak mentah yang PERNAH menjunam dahulu dan bukan harga sekarang. 
(sumber : Semangat Melayu @ mykmu.net)

Hapuskan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)?

Buat kebelakang ini dan semenjak 8hb Mac 2008 banyak pehak yang mahukan Akta Keselamatan Dalam Negeri dihapuskan.

Antara pehak-pehak, badan-badan dan individu yang mahukan ISA dihapuskan ialah Majlis Peguam-Peguam, BERSIH, pemimpin-pemimpin DAP, PKR, PAS, MCA, Gerakan, PPP, SUHAKAM dan beberapa lagi badan.

           
         
   Nama Akta itu ialah tentang Keselamatan Dalam Negeri. Tetapi mereka undang-undang itu dihapuskan. Mengapa? Mereka semua tak pentingkan keselamatan dalam negeri, ketenteraman awam dan rakyat 26 juta, pekerja-pekerja dan peniaga-peniaga serta pelancung-pelancung yang datang dari Luar Negeri ke?

Pada pandangan dan pendapat saya, mereka semua mahukan ISA dihapuskan kerana mahu kebebasan 100% untuk berucap, untuk berforum, untuk berseminar, berdailog, berpidato tentang isu-isu sensitif seperti:

         1. DEB;
         2. Bahasa Ibunda @ Melayu, Cina, Tamil dll di sekolah;
         3. Masuk Islam, keluar Islam;
         4. Laungan Azan di Masjid dan surau;
         5. Kebebasan bercakap dan menulis;
         6. Kuil Hindu;
         7. Mencium keris oleh Pemuda UMNO;
         8. Keistemewaan orang Melayu dll

Bila ISA dan jika dihapuskan maka apa jadi? Semjua orang, semua media, semua blog BEBAS bercakap, menulis dan berbincang perkara-perkara sensitif. 

Bila semua orang bebas bercakap hal-hal sensitif Bolehkah kita rakyat Malaysia dan badan-badan penguatkuasa seperti POLIS membendungnya, mengawlnya daripada merebak, menjadi panas, menjadi api seperti api dalam sekam bila ditiup angin makin merebak dan semakin membesar dan membakar?

Cakap sahaja, “Polis boleh kawal, boleh ambil tindakan, boleh dakwa di Mahkamah.” senang.

Berapa banyak kes di bawah Seditious Act yang dapat didakwa dan dibicarakan di Mahkamah?

Berapa banyak kes yang tidak dapat dibawa ke Mahkamah kerana tidak ada saksi, tidak ada bukti?

Majlis Peguam, DAP, PKR,PAS, PPP, Gerakan, NGOs kena didik dan ajar rakyat Malaysia menjadi “”More civic minded, rela menjadi saksi Polis dan Pendakwa Raya dan berani menjadi saksi dan memberi keterangan di Mahkamah barulah ISA boleh dihapuskan.

Kalau ISA dihapuskan Negara kita tak menjadi selamat, tak nyaman, tak makmur, tak maju, tak harmoni.

TUN DMM, PAK LAH dan Tengku Razaleigh sendiri kata “Malaysia mempunyi 1st Class Facilities but 3rd Class mentalities”. 

Kalau dah macam tu bukan senang nak tangkap, tuduh, dakwa dan bicarakan orang, pemimpin-pemimpin yang main “bunga api”.    

Macam Singapura, kita di Malaysia masih perlukan ISA. Kalau tidak macam mana nak ambil tindakan undang-undang terhadap orang yang baling “bom”? 

Mungkin ada bukti tetapi tak ada saksi. Ada saksi tapi tak ada bukti. Kalau ada lapuran risikan dan maklumatdari beberapa punca dan pehak macam mana?

 

lupikirlasendiri