Archive for October 16th, 2008


Open letter to Seputeh MP and other DAP MP’s (Kit Siang Malam Included)

COULD YOU PASS THiIS ARTICLE TO :-

 

 

i) THREASA KOK,

ii) RAJA PETRA @ KAMUNTING PALACE,

iii) DSAI  AL DJUBOR FOUNDATION,

iv) PKR INFORMATION CHIEF,

 v)  OFFICES OF PERAK, KEDAH, PENANG, KELANTAN AND SELANGOR CM’S

vi)  Nanyang Siang Pau

vii)  Putumayam Press

viii)  Melayu Lupa diri Foundation , Shah Alam Branch

 

Lat but not least Dr M.

 

Subject: Least we Forget

 

 

     

 

     

 

    Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin, dilaporkan dalam akhbar tempatan

    bertajuk “Tun Tan Answers Critics on special Previleges” dalam pada 30

    april 1969, berkata:

 

    ”The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship

    laws of this country to such extent that within 12 months of

    independence, 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years

    of colonial rule in the Malay States.

 

    In return for this major concession. the MCA and the MIC agreed to continue the policy of

    preserving the special position of the Malays while at the same time

    upholding the legitimate interest of other communities. ”

 

    - UCAPAN PRESIDEN MIC merangkap MENTERI KERJAYA RAYA, POS DAN TELEKOM, TUN V.T. SAMBANTHAN DI DEWAN RAKYAT PADA 1 JUN 1965.

 

    ”Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we

    obtained freedom in two years time. During this period, we had to

    discuss citizenship and various other things. Now what did the Malays do

    - since we are speaking on racial lines

 

     - what did the Malay leadership do?

 

    They had 88 percent of the electorate still with them.

    What did they do with citizenship?

 

 

    If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find

    that my race the indian race, is not welcomed in Ceylon ,

 

    is not welcomed  in Burma .

 

    Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in

    Thailand , in Vietnam , in Cambodia , in all the other areas.

 

    What help do they get for citizenship in all these territories?

 

     

 

    In Burma , as we know, Indian have been send packing,

 

     in Ceylon they refused them citizenship

    and in Burma it is likewise. I know it, you know it.

 

    And yet in Malaya what happened?

 

     

 

    Here we found that the Malay leadership said,

 

    ”We shall take them unto ourselves as brothers,

 

    we shall give them full opportunity to live in this country,

 

     we shall give them every opportunity to become citizens.”

 

 

    And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications,

    and tens of thousand of Indians, Chinese, Ceylonese and others became

    citizens…

    As I said, it has been my great good fortune to have born in this

    country.

 

     

 

    Where else can you find a more charitable, a more polite, a

    more decent race than Malay race?

 

     

 

    Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race?

 

    Where else in the history of the world?

 

     

 

    I ask you. These are the facts.

 

    Who are you to safeguards us?

 

    I am 10 percent minority race here. But I am happy here.”

Helikopter punya pasai

Pak Cu ada terbaca ucapan Anwar dalam Dewan Rakyat berhubung pembelian Eurocopter Cougar EC725 dari Perancis. Macam biasa, Anwar dengan sikap kononnya amat prihatin tuduh ada penyelewengan. Pak Cu dah kenai sangat dah dengan perangai Anwar nie, orang lain semua jahat, dia sorang saja baguih. Yang best tu, dia cuba kaburi rakyat Malaysia yang bagi Pak Cu kebanyakkannya tak berapa biasa dengan cara pemberian tender dilakukan.

 

Dia kata “Persoalan yang berbangkit adalah, syarikat Eurocopter adalah pembida tertinggi, berbanding pembida Rusia yang menawarkan RM1.4 bilion jauh lebih murah. Mungkin ini adalah dasar kerajaan memilih pembida paling tinggi, supaya komisyen yang mereka dapat pun tinggi”. Nie yang silap nie.

 

Pak Cu bukan la kata nak eksen ka apa ka. Dulu sebelum pencen, Pak Cu pernah jugak terlibat dengan proses pemberian kontrak nie. Tapi tak la sampai billion-bilion. Walau bagaimana pun, proses dia hampir sama saja. Untuk makluman, tak semestinya kontrak hanya diberi kepada yang paling murah dan tak semestinya jugak yang paling tinggi tu ditolak. Kualiti dan mutu kerja jugak harus diberi keutamaan selain servis selepas jual beli. Latar belakang syarikat yang membida juga harus diselidiki.

 

Dalam dok tapis tu pun, masih ada jugak projek yang bermasalah sebab kontraktor tak dapat nak teruskan kerja berpunca dari berbagai masalah seperti kenaikan harga bahan mentah, masalah kewangan dan macam-macam. Yang sakit kepala, orang yang bagi kelulusan tu. 

 

Bebalik kepada cerita nak beli helikopter ni, Pak Cu tak setuju sama sekali kalau kita buat keputusan untuk membuat pembelian atas faktor harga. Ini kerana helikopter yang nak dibeli tu akan mengangkut nyawa orang. Kita tak mau baru pakai setengah tahun dah keluaq cerita askar kita mati sebab helicopter terhempas. Pak Cu yakin, pihak Kementerian Pertahan dah kaji sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan. Sebab yang buat keputusan tu bukan Najib sorang. Mesti ada penal yang dipilih. Lagi pun secara logik akal adalah sesuatu yang bodoh bagi Najib membuat sesuatu perkara yang boleh menjejaskan kredibiliti beliau ketika semua mata tertumpu kepada beliau disebabkan pelbagai isu hangat. Tapi kalau peliwat, dia tak akan peduli mata orang yang dok tengok. Yang penting napsu dia saja. Sebab tu ada peliwat yang sanggup mengulangi perbuatan dia walaupun pernah dikaitkan dengan perkara tersebut. 

 

Jadi kita sebagai rakyat Malaysia jangan mudah tepengaruh dengan orang yang suka putaq belit dan suka mengambil kesempatan.

DSAI tersipu2 malu di parlimen

1. Hari ke-2 di Parlimen, Anwar sekali-sekala merujuk teks ucapannya, kadang membaca saja catatannya, kadang-kadang nada Anwar bergetar-getar, terketar-ketar, wajahnya menjadi bengis seperti hendak makan orang, tetapi bahasanya menyindir MP BN supaya bercakap cara sopan & beradab, bukan biadap ( penulis rasa Anwar mengata dirinya sendiri ). 

 

 

2. Anwar memberi contoh Nabi Allah Yusuf yang dikurniakan 7 tahun subur dengan hasil pertanian kemudian Anwar menyamakan kisah nabi Joseph dalam Bible 7 tahun yang senang dan 7 tahun yang sukar. Adakah Islam serupa dengan Kristian? Anwar memberi Intrepetasi Islam sama saja dengan Bible. Kata Anwar lagi perbelanjaan negara harus merujuk kisah ini. Apabila YB Non Muslim PKR kata semua agama sama saja,..Anwar diam tidak membantah.

 

3. Anwar menuduh kerajaan masih melaksanakan dasar kontrak untuk keluarga dan kenalan, tidak telus tidak melalui tender. Namun apabila Dr Puad Zarkashi bertanya apa yg dia lakukan semasa menjadi TPM dengan memberi kontrak2 kepada kroninya seperti Syarikat Abrar,MRCP dll Anwar diam tidak menjawab! 

 

4. YB Bintulu persoal siapa Menteri Pendidikan tahun 1980an kerana semasa itu orang Cina sgt susah dapat peruntukan membina sekolah Cina walaupun diminta beberapa kali. Semasa jadi Menteri Kewangan juga sgt susah memohon projek untuk pembangunan di Sarawak, tetapi hari ini menjadi Ketua Pembangkang Kerajaan semuanya salah belaka. Anwar terduduk diam menundukkan mukanya apabila MP Bintulu membalas hujah-hujah Anwar. 

 

5. Kemudian MP Bintulu menempelak lagi Anwar kerana Anwar hari ini mengambil contoh konon perbelanjaan mengurus Taiwan lebih rendah berbanding Malaysia,MP Bintulu bertanya kenapa dulu sewaktu menjadi Menteri Pelajaran, Anwar tidak iktiraf pun lulusan Taiwan, tapi hari ini Anwar suruh pula contohi Taiwan/China konon sgt canggih. 

 

Wajah Anwar kemerah-merahan! 

 

6. Anwar menghujah konon Malaysia ini negara bertamadun dan ISA perlu dihapuskan tetapi,apabila Dr Puad Zarkashi mengingatkan satu forum mengenai ISA yg dihadiri oleh Ustaz Hadi Awang, ketika itu Anwar menyatakan ISA mesti dipertahankan kerana ISA penting untuk keselamatan negara. Anwar membela Teresa yg ditahan 7 8 hari di Kamunting, tetapi tidak membela Datuk Ibrahim Ali yg ditahan ISA dahulu, malah Anwar menentang penghapusan ISA. 

 

7. Penulis dapati Anwar memang tidak boleh berhujah dengan konkrit,bahasa Anwar penuh dengan bunga2. Anwar bijak bercakap pasal rasuah, ketirisan, kronisma, salahguna kuasa, suruhanjaya itu suruhanjaya ini…malangnya Anwar tidak menghuraikan intipati semua itu.Yang Anwar huraikan ialah kerajaan rasuah, kerajaan tiris,kerajaan kroni, kerajaan salahguna kuasa…Anwar tak huraikan siapa dia? Bila? Dimana? Berapa jumlah?Siapa penerima siapa pemberi? Anwar hanya cakap Menteri pemberi kroni keluarga penerima!( Anwar seolah-olah bercakap pasal dirinya sendiri semasa menjadi TPM merangkap Menteri Kewangan suatu ketika dahulu ). 

 

Sebab itulah penulis tidak hairan kenapa sebelah petangnya dewan hampir tak cukup korum, bisik punya bisik rupanya MP PR pun bosan dengan celoteh Anwar? Siapa MP PR itu adalah Rahsia penulis! YB Zulkifli pun tiada di tempat duduknya sejak sebelum Ramadan lagi.

 

Al-Azharri Siddiq

Putera Bumi @ Bumi Putera

KENYATAAN Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe telah mengundang kontroversi. Pertama, berdasarkan sejarah kata beliau, orang Melayu adalah juga pendatang sama seperti orang Cina dan India. Kedua, dengan nada sinis beliau menyindir UMNO bahawa parti Gerakan selama ini berada dalam telunjuk UMNO. Gerakan tidak mempunyai suara dalam menentukan keputusan kerajaan. 

Publisiti murahan jelas menunjukkan bahawa beliau seolah-olah pakar dalam bidang sejarah dan menarik perhatian serta sokongan orang Cina yang telah kecewa dengan Gerakan. Saya tidak pasti apakah latar belakang sebenar kelulusan Lian Hoe sehingga menyebabkan kenyataan seperti ini dikeluarkan.
Saya mungkin dapat menerima serba sedikit pendapat ini jika beliau adalah pakar sejarah. Jika tidak, mungkin ada agenda tersembunyi yang perlu kita lihat secara serius.
Ini kerana selepas pilihan raya umum baru-baru ini, ada beberapa parti komponen Barisan Nasional cuba menggunakan kesempatan ini untuk mengugut UMNO dan kerajaan. Mereka tahu, UMNO kini berada dalam kedudukan yang agak lemah. UMNO memerlukan sokongan parti-parti komponen bukan Melayu untuk memerintah. Justeru, peluang ini digunakan untuk mencapai hasrat yang sekian lama terpendam, termasuk mempertikaikan hak-hak istimewa orang Melayu.
Lian Hoe perlu sedar bahawa kemenangan beliau di Parlimen Gerik dalam pilihan raya lalu adalah hasil sokongan pengundi Melayu UMNO. Jika kerusi Gerik itu tidak diberikan kepada Gerakan dan UMNO tidak mengundi beliau, tidak mungkin ada Lian Hoe pada hari ini sebagai Timbalan Menteri Penerangan. Itupun beliau masih tidak bersyukur dan amat kiasu.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada sebahagian orang Cina tidak dapat menerima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu atau Malay Polity. Perlu diingatkan bahawa sejarah sistem kenegaraan Melayu bermula dengan perkataan ‘Melayu’ atau ‘Tanah Melayu’ itu sendiri yang bermaksud wilayah dan kepulauan di rantau ini.
Nama-nama ini terkenal di kalangan negara China, India dan Barat seperti Melayu (I-Tsing), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma- Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis).
Hujah ini menunjukkan bahawa dari abad ke-6 hingga ke-10, perkataan Melayu adalah nama tempat dan bukannya nama khusus bagi rumpun bangsa. Hanya pada abad ke-11 barulah perkataan Melayu mulai dipakai bagi menamakan rumpun bangsa.
Ringkasnya, istilah-istilah Tanah Melayu, Melayu, Malaysia dan Malaya adalah jelas merujuk kepada negeri-negeri Melayu atau Tanah Melayu atau Land of the Malays. Fakta ini menunjukkan bahawa Tanah Melayu (Malaysia) adalah kepunyaan satu bangsa yang bernama Melayu. Namun, kedatangan penjajah British telah merubah peta politik Tanah Melayu.
Kalau dahulu, hubungan antara antara China dan Tanah Melayu hanya melibatkan perdagangan dua hala sahaja, tanpa penghijrahan besar-besaran. Namun, setelah penjajahan berlaku, maka bermulalah episod kemajmukan masyarakat di negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu.
Orang Cina yang mendatang dapat menjadi warganegara disebabkan oleh proses akomodasi orang Melayu dalam memberikan kewarganegaraan secara terbuka kepada yang berhak tanpa mengira latar belakang.
Diterima
Melalui proses akomodasi para pemimpin ketika itu, lebih sejuta orang bukan Melayu, sebahagian besarnya imigran, diterima secara automatik sebagai warganegara dan diberikan Jus Soli. Demografi negara berubah serta merta.
Hampir 40 peratus daripada warganegaranya adalah orang bukan Melayu. Sebuah negara Melayu tiba-tiba menjadi masyarakat berbilang kaum. Keadaan ini tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia. Contohnya, nasionalisme bangsa Filipina dan Vietnam melahirkan negara Filipina dan Vietnam tetapi nasionalisme Melayu yang diperjuangkan lama sebelum kemunculan UMNO sebaliknya tidak melahirkan sebuah negara Melayu.
Sebelum tahun 1910, kemasukan orang asing semakin bertambah tanpa had telah mengejutkan sultan negeri-negeri Melayu Bersekutu. Mereka memaksa British menghalangnya. Tetapi keperluan pekerja yang mendesak dalam bidang perlombongan dan perladangan menjadi kemasukan mereka tidak boleh ditahan-tahan lagi.
Setiap tahun ribuan pendatang Cina dan India tiba di Tanah Melayu. Sehingga tahun 1931, apabila bancian dibuat, jumlah orang bukan Melayu telah melebihi bilangan orang Melayu di negeri mereka sendiri (Comber, 2007: xx).
Seramai 1,285,000 orang Cina berada di Tanah Melayu, 33.9 pertumbuhan penduduk ketika itu. Pada tahun 1947, jumlah ini terus meningkat kepada 1,885,000, mewakili 38.4 peratus pertumbuhan penduduk. Dalam kajian yang dilakukan oleh Ardizzone (1946), sebenarnya jika dicampurkan dengan imigran lain, bilangan mereka telah melebihi penduduk asal pada tahun 1946 sehingga menimbulkan kebimbangan kepada penduduk asal (Melayu).
Apabila Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, British kembali semula memerintah Tanah Melayu. Usaha-usaha dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum dan semangat muhibah.
British mengumumkan rancangan Malayan Union pada tahun 1946. Dalam rancangan ini, British mahu menubuhkan sebuah negeri bersatu dan mencipta satu kewarganegaraan yang sama rata untuk semua kaum. Kerajaan British berkuasa penuh terhadap pentadbiran Tanah Melayu.
British berpendapat dengan wujudnya pentadbiran secara berpusat pentadbiran Tanah Melayu akan menjadi lebih berkesan dan efisien.
Mereka bersetuju memberikan kemerdekaan kepada negara orang Melayu, hanya jika mereka bersetuju berkongsi kuasa politik dan ekonomi dengan kaum-kaum yang mendatang (Ling Liong Sik, 1995: 4). Melalui proses akomodasi inilah akhirnya peta Tanah Melayu berubah menjadi masyarakat majmuk.
Bagi memudahkan urusan pentadbiran, British telah mencipta satu istilah bernama Malayan. Malayan dirujuk bukan Melayu yang telah bermastautin lama atau dilahirkan di Malaya. Manakala istilah Melayu atau Malaysians digunakan untuk orang Melayu, Indonesia dan Orang Asli.
Antara ciri Perlembagaan Malayan Union ialah kerakyatan melalui undang-undang berasaskan prinsip jus soli diperkenalkan yakni melalui kuat kuasa undang-undang dan secara permohonan atau kemasukan. Orang Melayu akan menjadi warganegara Malayan Union secara automatik, manakala orang bukan Melayu yang ingin menjadi warganegara perlu memenuhi kelayakan-kelayakan bermastautin, kelahiran dan sebagainya.
Antara raja-raja Melayu dengan kerajaan British, satu perjanjian baru diwujudkan. Raja-raja Melayu diminta menyerahkan kedaulatan negeri masing-masing kepada British. Undang-undang baru akan diperkenalkan bagi pihak raja-raja.
Ini bermakna, British akan terus menjajah negeri-negeri Melayu termasuk negeri-negeri Selat. Orang Melayu melihat ia adalah satu ancaman kepada hak-hak mereka dan memberi keuntungan kepada orang bukan Melayu (Ongkili, 1985: 39-42, Ruslan Zainuddin, 2005: 550-563, Comber, 2007: xxi).
Reaksi orang Melayu terhadap Malayan Union (Ongkili, 1985: 42-52) memang telah dirasai dan diduga oleh orang Cina sebagai kaum yang mendatang. Orang Cina memang tahu bahawa orang Orang Melayu tidak begitu mudah menerima orang Cina sebagai rakyat Tanah Melayu. Dengan sebab itu, sejak awal-awal lagi orang Cina telah bersiap sedia untuk menghadapi keadaan seperti ini. Mereka mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ bagi melindungi kepentingan mereka.
Orang Cina menyuarakan pandangan mereka terhadap Malayan Union melalui pelbagai cara seperti pertubuhan, kesatuan dan akhbar-akhbar Cina.
Jelas di sini bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media massa Cina memainkan peranan penting dalam sosialisasi politik Cina. Inilah bentuk dan sikap masyarakat Cina sejak daripada awal lagi berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka tidak akan membiarkan dirinya keseorangan.
Tidak Logik
Mereka sedar bahawa dengan menubuhkan persatuan, adalah satu-satunya cara yang terbaik untuk memperjuangkan, mempertahankan dan menjaga hak-hak dan kebajikan mereka. Selepas merdeka, keberanian orang Cina semakin ketara apabila Lee Kuan Yew menyuarakan perjuangan Malaysian Malaysia iaitu Malaysia untuk orang Malaysia. Perjuangan ini disambung oleh DAP sehingga ke hari ini.
Dalam Malaysian Malaysia itu nanti kedudukan yang tinggal pada orang Melayu hanya sultan-sultan. Jawatan lain akan dijawat oleh mereka yang berkelayakan tanpa mengira kaum. Kuan Yew memberikan tempoh 20 tahun sahaja kepada Malaysia berperdanamenterikan orang Melayu. Selepas itu sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri.
Kuan Yew secara terang-terang menolak hak-hak istimewa orang Melayu. Katanya, “Mengikut Sejarah orang-orang Melayu telah mula berhijrah ke Malaysia dalam bilangan kecil, cuma kira-kira 700 tahun yang lalu.
Daripada 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira satu pertiga daripada mereka adalah pendatang-pendatang baru seperti Setiausaha agung UMNO, Syed Jaafar Albar, yang telah datang ke Tanah Melayu dari Indonesia sebelum perang, ketika berusia lebih daripada 30 tahun.
Oleh itu, adalah salah dan tidak logik bagi sesuatu kumpulan yang tertentu itu memikirkan bahawa hanya mereka sahaja adalah lebih adil dipanggil rakyat Malaysia dan orang lain boleh menjadi rakyat Malaysia hanya dengan kegemaran mereka”.
Pendek kata, Kuan Yew juga menolak pendapat bahawa orang-orang Melayu adalah Bumiputera gugusan Pulau-Pulau Melayu (Comber, 2007: 114-115).
Kenyataan Kuan Yew ini terus mempengaruhi masyarakat Cina pada hari ini. Lebih dahsyat lagi ada yang berani mengatakan bahawa bumiputera yang sebenar adalah orang asli, dan bukannya orang Melayu. Orang Melayu juga adalah pendatang seperti orang Cina.
Ini bermakna seolah-olah orang Cina menolak negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu. Justeru, tidak hairan jika perkara berkaitan hak-hak istimewa orang Melayu tidak mendapat sokongan orang Cina sama ada secara individu, persatuan mahupun parti-parti politik Cina. Mereka menganggap bahawa keistimewaan orang Melayu bersifat sementara.
Mereka mendesak supaya peningkatan terhadap hak-hak mereka turut dilakukan berpegang kepada prinsip kesamarataan.
Sementara orang Melayu berkeras dengan merujuk kepada sejarah hak bumiputera mesti pertahankan dan diberi keistimewaan khusus. Sehingga kini, pertikaian tidak berkesudahan. Orang Melayu mempertahankan kedudukan mereka yang istimewa melawan bukan Melayu (Cina) yang menuntut kesamarataan.
Ketidakpuasan hati orang ini disalurkan melalui akhbar-akhbar berbahasa Cina, ucapan-ucapan awam dan perbualan sesama mereka, sehingga menimbulkan salahfaham dan kadangkala berlaku ketegangan dalam hubungan kaum di Malaysia.
Kesimpulannya, sudah sampai masanya parti Gerakan belajar memahami sejarah negara dan berhenti mengamalkan politik mengugut untuk mendapatkan kepentingan tertentu.
Suara Politik