Archive for October 24th, 2008


Usaha dan kelantangan yang patut dipuji!

He is a warrior! Kan bagus kalau dia kuar PKR and join BN as the party’s aims contradict with what he stands for!

 

 

Bina masjid Cina di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Ahli Parlimen pembangkang, Zulkifli Noordin (PKR-Kulim/Bandar Baharu) hari ini mencadangkan agar kerajaan membina sebuah masjid Cina di pusat bandar Kuala Lumpur dengan segala aktivitinya termasuk kuliah dan khutbah Jumaat disampaikan dalam bahasa Mandarin.

Menurutnya, masjid seperti itu yang terdapat di Surabaya, Indonesia iaitu Masjid Cheng Ho yang dibina khas untuk masyarakat Cina Islam, haruslah dibina mengikut senibina Cina.

‘‘Saya usulkan pendekatan dakwah ini kerana terdapat ramai masyarakat Cina di negara ini dan ramai yang telah memeluk agama Islam tetapi tidak ada masjid Cina untuk memenuhi keperluan golongan tersebut.

‘‘Saya mencadangkan agar masjid itu dibina di tapak Penjara Pudu yang berdekatan dengan Bukit Bintang kerana ia dikelilingi oleh masyarakat Cina,” katanya semasa membahaskan Bajet 2009.

Zulkifli berkata, langkah tersebut akan dapat menarik masyarakat Cina termasuk di kalangan peniaga dan korporat di Bukit Bintang mendekati Islam serta akhirnya memeluk agama suci itu.

Dalam pada itu, semasa perbahasannya itu, beliau bukan sahaja ‘menghentam’ kera jaan Barisan Nasional (BN) tetapi juga pem bangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilihat tidak mempertahankan agama Islam.

Tegasnya, kekuatan orang Melayu terletak pada agamanya tetapi hari ini orang Melayu serta Islam telah diserang oleh pelbagai pihak.

‘‘Tindakan itu seolah-olah menunjukkan Islam tidak wujud langsung, mereka mem pertikaikan adab, hal ehwal agama Islam, mempertikaikan soal azan serta tulisan jawi dan menghantar memorandum supaya tulisan jawi tidak dilaksanakan,” katanya.

Tambahnya, terdapat juga pihak yang mempertikaikan tentang kuliah-kuliah di masjid yang kononnya mengganggu mereka.

Beliau menegaskan, PKR menyoal ketua nan Islam dan parti-parti komponen BN pula menuntut dibenarkan orang Islam keluar daripada agama Islam dan mahu agama Islam mengikut anjakan dengan agama-agama lain.

Zulkifli turut membidas Majlis Peguam yang mewakili kes permohonan murtad Aza lina Jailani tanpa memikirkan bahawa ki ra-kira 40 peratus anggota majlis itu terdiri daripada peguam beragama Islam.

Beliau menambah, ada juga pihak yang mencabar penggunaan nama Allah dengan menegaskan mereka juga berhak serta mem bawa kes itu ke mahkamah dan perkara tersebut telah mencabar kestabilan politik serta keharmonian rakyat.

‘‘Agama Islam merupakan tonggak ke stabilan politik, oleh itu perlu dimartabatkan dan saya mencadangkan agar Perkara 3 dan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan dipinda kerana ia banyak digunakan untuk menyerang agama Islam.

‘‘Saya cadangkan Perkara 11(1) dipinda de ngan memperjelaskan perkara berhubung de ngan kebebasan beragama dan bagi orang Islam tertakluk pada undang-undang Islam itu sendiri serta ditentukan oleh Mahkamah Syariah.

‘‘Pindaan ini perlu dilakukan kerana saya tidak mahu perkara seperti Azalina berlaku apabila sebuah gereja memberi baptis kepa danya. Saya syorkan Bahagian Jenayah Sya riah kerajaan Persekutuan ditubuhkan untuk menguatkuasakan pindaan itu,” katanya.

Beliau turut mencadangkan Perkara 3 Per lembagaan Persekutuan mengenai Islam se bagai agama rasmi dipinda supaya ia dapat ditegaskan dalam bentuk syariah dan un dang-undang.

Katanya, Majlis Peguam Muslim juga per lu ditubuhkan bagi menaungi peguam-pe guam Islam agar mereka tidak perlu merujuk kepada Majlis Peguam bagi mendapat kela yakan untuk menjadi peguam.

 

Alhamdulillah……wah…….stand dia lain dgn stand Bro nuar! Ini percakapan UMNO jer, kan? Xifu / En Riduan Tee buleh la jadik Imam besar mesjid tu…hehe

 

sumber:UM

Agen Spy USA (Tomorrow Never Dies / LAWAN TETAP LAWAN)

Sebilangan rakyat Malaysia kini terpengaruh dengan agenda dan propaganda Pakatan Rakyat, percaya kepada momentum yang rakyat mahukan perubahan seberapa segera tanpa perlu menunggu 16 September disebabkan komponen BN sukar untuk belajar jika tidak pernah jatuh apabila tewas di beberapa negeri di Malaysia pada PRU-12. 

Ramai yang terpengaruh percaya kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai cita-cita untuk merampas sebuah kerajaan pemerintah samaada melalui secara SAH atau “pintu belakang”. Lim Guan Eng dan DAP amat fokus kepada prinsip perjuangan ‘Malaysian-Malaysia’ dari dulu sampai sekarang, DAP dan Lim Guan Eng membangkang kerajaan sejak era Dr Mahathir lagi. Begitu juga dengan PAS, yang fokus kepada ‘Kepimpinan Ulama’ dan mereka juga membangkang sejak era Tunku Abdul Rahman lagi.
Hairannya.. Amerika tidak menyokong mereka pun!!
Malahan, Lim Guan Eng dan anak kepada Nik Aziz juga pernah ditahan dibawah Akta ISA, tetapi Amerika tidak pernah mengutuk dan mempersoalkan tindakan Kerajaan Malaysia. Hairannya, kenapa Amerika beria-ria membela dan mempersoalkan kewajaran Anwar Ibrahim apabila dikenakan tuduhan salahlaku oleh Kerajaan Malaysia. Tahun 1998, Anwar disokong oleh Naib Presiden AS, Al-Gore, Tahun 2008 Anwar disokong oleh Condolezza Rice. Bukan calang-calang orang yang membela dan mempersoalkan tuduhan terhadap Anwar Ibrahim.
Kenapa Amerika sahaja yang menyokong Anwar? Dimana suara bantahan dari Rusia? Dimana suara bantahan dari China? Kenapa hanya Amerika??? Padahal ekonomi Malaysia hanya berada pada tangga ke 16 sebagai rakan dagang AS.
Sebabnya, Anwar adalah orang penting dalam organisasi Foundation of the Future. Orang-orang yang pro-Anwar mestilah tahu dan sentiasa merujuk blog Anwar untuk berita-berita terkini, dan mereka sentiasa mendapat makluman terkini aktiviti Anwar dalam organisasi ini. Berikut adalah maklumat dalam Wikipedia..
“In July 2006, Anwar was elected Chair of the Washington-based Foundation for the Future [13]. In this capacity, he signed the October 1, 2006 letter to Robin Cleveland of the World Bank, requesting the transfer of the secondment of Shaha Riza from the US Department of State to the Foundation for the Future. This transaction led to Paul Wolfowitz’s resignation as president of the organization.[14] He was one of the signatories of A Common Word Between Us and You in 2007, an open letter by Islamic scholars to Christian leaders, calling for peace and understanding.”
Kebanyakan rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan politik dalam dan luar negara sudah sedia maklum akan peranan ‘disebalik tabir’ Yahudi dalam pentadbiran Amerika, malahan calon Presiden mesti mendapat sokongan dan lobi Persatuan Yahudi Amerika untuk mencerahkan lagi peluang calon-calon tersebut. Dan rakyat Malaysia pun sedar akan hal ini sudah sekian lamanya, sejak Anwar berada dalam tampuk kerajaan lagi.
Semasa Perang Dingin Amerika-Russia, terdapat satu penerimaan pemikiran kepada ‘Teori Domino’ dimana kepercayaan fahaman komunisme akan berjangkit kepada negara-negara yang berdekatan dengan kuasa besar Komunis seperti Rusia. Dari Rusia-China-Vietnam-Burma-Thailand-Malaysia-Singapura-dll. (seperti alat permainan blok Domino).
Kerana itu Amerika mengambil langkah pro-aktif dengan menyekat fahaman ini dari terus tersebar dengan memperkenalkan idea ‘Demokrasi’ sebagai alternatif kepada idea ‘Komunisme’. Bagaimanapun, setelah kejatuhan Rusia dibawah Mikhail Gorbachev.. Islam mula dilihat sebagai musuh utama kepada peradaban Amerika-Yahudi, oleh itu Amerika telah melancarkan pelbagai ideologi seperti ‘Liberalisme’, ‘Globabalisme’, ‘Human Rights’, ‘Terrorisme’ dan lain-lain untuk menyekat pengaruh Islamisasi dari terus berkembang..
Pentadbiran Amerika-Yahudi percaya, serangan melulu terhadap Islam akan menghasilkan lebih ramai pengganas baru dan bilangannya amat cepat berkembang sebelum mereka sempat membendungnya, kaedah menggunakan orang Islam sendiri sebagai ‘neutralise’ kepada umat Islam lebih praktikal dan berkesan walaupun memerlukan sedikit bantuan masa.
Seolah-olah anai-anai yang memakan kayu dari dalam.. akhirnya rumah tersebut akan roboh dengan sendirinya..
Dan inilah fungsi-fungsi utama Foundation For The Future, yang dibiayai oleh tabung Amerika untuk membantu NGO dan parti berhaluan kiri sesebuah kerajaan yang tidak sealiran dengan dasar Amerika yang berpusat di Washington, dan dilancarkan oleh Condolezza Rice pada 12 November 2005 di Bahrain ini boleh menglibatkan Anwar bersama-sama mereka?
Berbalik kepada politik Malaysia, semasa era pemerintahan Dr Mahathir, orang-orang Yahudi tidak gemar kepada beliau kerana dasarnya yang tidak mengiktiraf Israel sebagai negara berdaulat hasil krisis Israel-Palestin, malahan Dr Mahathir juga menuduh Yahudi memainkan peranan dalam krisis ekonomi 1997 dan mendakwa Yahudi mengawal dunia ini melalui proksi-proksinya.
Usaha Israel untuk menjalinkan hubungan dengan Malaysia sebenarnya bermula dari tahun 1956 lagi, tetapi sentiasa menemui jalan buntu. Semenjak dari zaman Tunku Abdul Rahman dan dua PM yang berikutnya, usaha Israel tidak berjaya dan ini diburukkan lagi dengan pendirian keras Dr Mahathir terhadap Yahudi sehingga dirinya digelar Anti-Yahudi.
Bagaimanapun, pada tahun 1994, Malaysia mula berlembut dengan Israel dengan memberi kelonggaran kepada rakyat Malaysia untuk berurusan dengan Israel atas hal-hal perniagaan. Pada tahun 1996, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia telah memberi kebenaran kepada bank Malaysia untuk membuat kerjasama dengan bank Israel.
Pada tahun 1997, semasa krisis mata wang, Anwar cenderung kepada pendekatan pasaran bebas, pelaburan asing dan liberalisasi perdagangan, manakala Dr Mahathir cenderung kepada pengawalan matawang dan pengawalan pelaburan asing, disamping menuduh George Soros sebagai dalang krisis tersebut. Hal ini mencetuskan pertembungan pendapat sesama mereka. Anehnya pada tahun 1998, Anwar telah dinobatkan ‘Asian of the Year’ oleh majalah Newsweek.
Oleh itu.. berdasarkan kepada pembacaan dan kajian tidak seberapa ini, dapatlah dirumuskan bahwa:
1. Yahudi-Amerika mula memberi perhatian kepada Anwar, atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan pada Tahun 1994, membuka lembaran baru hubungan Israel-Malaysia dengan kelonggaran dasar Malaysia membenarkan hubungan dagang dengan Israel. Ianya seolah-olah menolong usaha Israel sejak tahun 1956 lagi untuk berurusan dengan Malaysia.
2. Yahudi-Amerika semakin tertarik kepada Anwar semasa krisis mata-wang 1997 diatas kepercayaannya kepada prinsip pasaran bebas, pelaburan asing tanpa had, liberalisasi perdagangan yang lebih menepati cita-cita Yahudi-Amerika terhadap pasaran ekonomi dunia sejagat. Dan Amerika tidak suka kepada Dr-Mahathir yang dianggap ultra-Melayu, anti-semitik dan campur-tangan kerajaan dalam ekonomi.
3. Prinsip demokrasi dan liberalisasi yang didokong oleh Anwar boleh menolong matlamat Yahudi-Amerika untuk meneutralkan orang-orang Islam yang ortodoks dan radikal, seterusnya menolong matlamat global Yahudi-Amerika untuk menyekat fahaman Islam yang radikal dari terus merebak.
4. Dengan gabungan fahaman Islam yang liberal dan kepercayaan kepada pasaran bebas, Anwar dilihat sebagai seorang calon yang mempunyai pakej lengkap agenda globalisasi Yahudi-Amerika sejajar dengan penghormatan negara-negara Asia dan Arab terhadap reputasi baik Malaysia sebagai model negara membangun yang berjaya.
5. Dengan memberi sokongan padu kepada Anwar, secara tidak langsung negara-negara Asia dan Arab yang kagum akan kejayaan Malaysia sebelum ini akan lebih menghormati Anwar dan mudah menerima buah fikiran beliau. Ini akan menolong mempercepatkan agenda Yahudi-Amerika untuk meneutralkan pemimpin-pemimpin negara lain.
Samada Anwar Ibrahim sememangnya proksi Amerika atau beliau sedar tentangnya tetapi sengaja buat-buat tidak tahu, atau beliau tidak sedar bahawa dirinya dijadikan kuda tunggangan Yahudi-Amerika, begitu juga dengan penyokong dan pengikut PKR yang memberi peluang kepada agenda Yahudi-Amerika mempengaruhi politik dan rakyat Malaysia walaupun dinyatakan fakta dan bukti sekalipun terpulanglah kepada anda untuk menilainya. Hanya Allah yang Maha Tahu.

10 SOALAN UPSR RAKYAT KEPADA ANWAR

Sepertimana Anwar berkiblatkan kalimah: “lawan tetap lawan”. Dengan menyahut cabaran sebilangan rakyat Malaysia bernaungkan panji-panji “benar tetap benar”!. dikemukakan senarai soalan UPSR berikut ditujukan kepada Anwar Ibrahim (anda) kerana rakyat kini telah menjadi penyemak kertas ujian ketika ini:
SOALAN 1: 
Apakah hubungan sebenar anda dengan kuasa besar Amerika Syarikat dalam konteks mencorak orde dunia baru? Adakah anda setuju dengan dasar Perang Salib moden yang dipelopori golongan neo-con AS dengan berselindung disebalik topeng demokrasi dan hak asasi?
SOALAN 2: 
Sehubungan dengan (a), pendirian anda berhubung kewujudan regim haram, Israel, di bumi Arab? Adakah anda mengiyakan atau menafikan sokongan kepada kewujudan Negara haram tersebut memandangkan anda adalah salah seorang yang menandatangani surat terbuka berhubung Sidang Kemuncak Annapolis.
SOALAN 3: 
Sejauh manakah anda boleh memberi jaminan bahawa kerjasama dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) tidak akan menjejaskan kedudukan umat Islam di negara ini. Bukankah, dalam sidang perwakilan yang lepas, DAP dengan terang-terangan menolak perlaksanaan syariat dan mempertahankan kedudukan sekular sekarang berpandukan Perlembagaan yang sedia ada?
Bukankah ini sedikit sebanyak mirip dengan perjuangan golongan tertentu seperti Kumpulan Artikel 11 dan IFC? Juga suara-suara sumbang dari pemimpin-pemimpin tertentu gerombolan-gerombolan tersebut jelas mencabar keutuhan agama Islam sebagai agama resmi Persekutuan menurut Artikel 3, Perlembagaan Persekutuan.
Adakah anda sedia memberi jaminan bahawa kesucian dan keutuhan Islam dan institusi berkaitan tidak akan dinodai sekiranya saudara mewarisi tampuk pemerintahan kelak?
SOALAN 4: 
Kebelakangan ini, penulis blog tertentu seperti RPK dalam portal MalaysiaTodaynya jelas mempersoalkan hukum hakam Islam serta memperlekehkan personalitas tokoh-tokoh tertentu yang berjuang menegakkan stariat Allah. Ramai sedar penulis berkenaan ada berkempen sepentas dengan isteri anda maupun secara individu untuk anda dalam Pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini apatah lagi memberi sokongan padunya kepada perjuangan anda melalui nukilannya.
Sudikah anda menjelaskan pendirian saudara berhubung penghinaan RPK terhadap agama Islam? atau dapatkah di tafsirkan bahawa diam anda berhubung perkara tersebut menandakkan persetujuan tersirat saudara akan tindak tanduknya. Juga apakah pendirian anda tentang penulis blog beraliran sekular liberal dan anti-hadith yang lain?
SOALAN 5: 
Adakah pendirian anda diwarnai oleh hujah-hujah saudara dalam The Asian Renaissance yang boleh dipertikaikan itu? Kendatipun, anda mendokong idealisma demokrasi, adakah ianya benar-benar dapat disuburkan dalam persekitran sosio-budaya yang serba kepincangan dan para pengundi mempunyai aksesibiliti yang terhad kepada sumber berita sahih (satu persoalan yang pernah ditonjolkan oleh Amartya Sen).
SOALAN 6: 
Adakah dasar ekonomi yang anda canangkan realistik dalam persekitaran ‘capital inflow’ yang kian menyusut serta penyusutan ekonomi Amerika Syarikat yang menjadi pasaran ekspot yang kedua terbesar buat produk tempatan? Adakah hegemoni ekonomi Amerika akan berkembang di Malaysia dibawah pemerintahan anda?
SOALAN 7: 
Bagaimana pula dengan pendekatan anda bagi bagi mengurangkan jurang ‘Gini Coefficient’ yang kian melebar antara kaum dan intra-kaum? Apakah pegangan ekonomi oleh masyarakat Cina akan terus disuburkan atau satu paradigma baru akan dicorak bagi memastikan penyertaan samarata (equitable) semua kaum dalam aktiviti ekonomi? Adakah penggantungan kepada kuasa pasaran/market forces semata-mata bakal menentukkan kelestarian dan keboleh tahanan ekonomi pribumi?
SOALAN 8: 
Bagaimana pula pendirian anda akan aliran keluar modal (capital outflow) melalui pemindahan modal (capital repatriation) oleh warga asing dan golongan comprador tempatan? Adakah kadar riba akan dinaikkan bagi menangani kemelut ekonomi kini sepertimana yang berlaku pada 1997/98.
SOALAN 9: 
Lebih penting lagi, adakah anda berhasrat menegakkan sistem ekonomi Islam yang bebas riba? Adakah sistem matawang Malaysia akan bakal menggunakan sistem free float atau sistem fixed peg (samada hard or soft peg) atau managed float?
SOALAN 10: 
Adakah Asian Renaissance bakal menjadi leitmotif pentadbiran saudara (jika anda berjaya merampas takhta idaman dengan cara luar perlembagaan/extra consitutional). Bukankah ini bercanggah dengan prinsip anda utarakan dalam karya anda itu? atau adakah matlamat menghalalkan cara?
Ada banyak lagi soalan UPSR yang ramai rakyat Malaysia ingin ajukkan kepada anda memandangkan pihak anda yakin akan menerajui pemerintahan negara sebagai PM dalam waktu terdekat (satu andaian yang amat sangsi).
Waima pun begitu, diharap anda tidak kecut atau gelabah menjawab soalan-soalan UPSR rakyat diatas dan ianya bakal menyusul soalan PMR dilain waktu nanti (jika lulus), inshaallah. Semoga anda mengambil iktibar dari peristiwa-peristiwa silam yang pernah berlaku dalam bulan mulia ini dan insaf akan kekerdilan dan kefanaan diri anda serta tunduk tawadduk kepada kebesaranNya. Akhir kalam, jadikanlah AlQuran dan Al-Sunnah sebagai panduan saudara bukannya Asian Renaissance.

Suara Politik

JENG JEJENG…….ITU DIA…AGEN (Jebon) 916 DSAI….tomorrow never dies!

Kerajaan negeri yang gagal

Tuanku Ismail Petra semalam menegur kerajaan Pas Kelantan kerana masih gagal mengurus dan membangunkan negeri ini dengan cekap, termasuk dalam pengurusan hasil serta kewangan. Sultan Kelantan turut mengingatkan kerajaan negeri supaya memartabatkan institusi masjid dan tidak menggunakannya untuk kepentingan pihak tertentu. 

“Beta ingin menarik perhatian kepada pengisytiharan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebagai bandar raya Islam sejak 2006. Perancangan dari aspek kebersihan dan keselamatan perlu dinilai semula kerana beta melihat beberapa elemen belum mencapai matlamat.
“Beta berharap MPKB memberi fokus kepada elemen terbabit bagi menjamin pencapaian matlamat itu,” titah baginda ketika menyempurnakan Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Dewan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di sini. Hadir sama, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
Tuanku Ismail Petra bertitah, pertumbuhan sektor pelancongan negeri juga masih bergantung kepada segmen domestik yang menyumbang 80 peratus kemasukan pelancong ke Kelantan.
“Beta menyarankan peranan Pusat Penerangan Pelancongan Negeri dinilai semula sesuai dengan kepentingan sektor ini dalam menyumbang kepada ekonomi negeri. Sudah sampai masa, entiti baru yang lebih berkesan ditubuhkan supaya dapat bersaing dengan lebih kompetitif,” titah baginda.
Bagi mengimbangi tanggungjawab pembangunan negeri pula, baginda menyarankan Enakmen Perbadanan Menteri Besar Kelantan serta Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dikaji semula supaya tidak wujud pertindihan dan persaingan.
Baginda turut menyentuh Laporan Ketua Audit Negara mengenai kedudukan kewangan Kelantan yang tidak kukuh apabila mengalami defisit akaun hasil disatukan pada akhir 2007 sebanyak RM326.34 juta berbanding RM155.86 juta pada akhir 2003.
“Kerajaan negeri hendaklah mengelak membuat keputusan yang boleh mengurangkan kemasukan hasil. Agensi dan perbadanan kerajaan negeri tidak harus diberi keistimewaan lagi, manakala syarikat swasta yang gagal membuat pembayaran perlu diambil tindakan tegas.
“Kerajaan negeri tidak boleh terus bergantung kepada sumber hasil sedia ada. Usaha perlu digembleng untuk meneroka punca hasil baru dalam setiap sektor untuk membiayai kos pengurusan dan pembangunan yang semakin meningkat,” tegas baginda.
Tengku Ismail Petra juga menegur mengenai masalah tanah terbiar di seluruh Kelantan yang ketika ini mencapai keluasan 21,458 hektar dan 910 hektar saja yang dibangunkan.
“Beta berharap, kerajaan negeri mengambil peluang daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM2.5 bilion untuk memulihkan tanah terbiar bagi menjamin bekalan makanan negeri khususnya dan negara amnya,” titah baginda.
Selain itu, Sultan Kelantan tidak puas hati dengan pembangunan projek yang dirancang mengikut Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di negeri ini kerana agak perlahan dan ada yang belum dimulakan.
Ini termasuk pembinaan kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok dan Jeli serta projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra.
“Beta juga mendapat maklum, Kelantan adalah antara negeri yang disenarai dengan projek hab halal dalam RMK-9 membabitkan peruntukan RM17 juta. Bagaimanapun, projek ini belum dilaksanakan dan beta berharap ia dapat disegerakan.
“Beta menyarankan kerajaan negeri turut menekankan pelaksanaan pembangunan hab halal bagi mewujudkan pusat pengumpulan, pengeluaran dan pemasaran makanan halal,” titahnya.
Sultan Kelantan juga berharap rangkaian perhubungan dibaiki, dinaiktaraf dan ditambah bagi memastikan kelancaran pelaksanaan 53 program di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Kelantan.
“Sukacita beta mencadangkan Kerajaan Persekutuan mempercepatkan pembinaan fasa ketiga Lebuh Raya Pantai Timur dari Terengganu ke Tumpat, laluan kedua Kota Bharu-Kuala Krai dan pelebaran Jalan Gua Musang-Kuala Lipis.
“Beta difahamkan, pelabuhan tidak disenaraikan sebagai projek infrastruktur di bawah ECER di Kelantan. Bagaimanapun, beta dimaklumkan kerajaan negeri meluluskan tiga projek pembinaan pelabuhan Tok Bali, pangkalan bekalan luar pesisir Kemasin dan pangkalan bekalan Kuala Besar.
“Beta berharap kerajaan boleh memberi kerjasama dan bantuan sepenuhnya bagi menjayakan projek ini,” titah baginda sambil melahirkan rasa amat gembira dan berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberi peruntukan dana khas sebanyak RM32.1 juta bagi meningkatkan sosio-ekonomi rakyat menerusi Projek D’Raja Kelantan.
Baginda turut menyarankan rakyat supaya berbelanja dengan berhemat bagi menangani kesan kenaikan kos sara hidup akibat krisis kewangan, kekurangan makanan dan kenaikan harga minyak dunia.

Suara Politik

PS: Lori hantu, kayu balak, penyeludupan beras dll adelah penyumbang economy jugak ape….sebenarnye Kelate nih lubuk duit, duit boleh dicari asalkan pandai…tgk pasar besar siti khadijah…….dan cuba tgk trader2 Siam kat Golok. Kaye weh…..ni bermakna orang kita malas! wakakaka bangun la wahai rakyat Msia