Archive for January, 2009


Mengintai derita Gaza: Doktor tidak gentar mati syahid

ROMBONGAN singkat meninjau sisa runtuhan dan kawasan bencana perang sekitar kawasan Jabal Rais, Gaza, dengan menaiki bas bersama 27 doktor sukarelawan dari pelbagai negara, panik seketika apabila pemandu bas terpaksa membuat pusingan U sejurus mengesan kehadiran helikopter pejuang Apache milik Israel.

Dalam kejadian jam 5.30 petang semalam (11.30 waktu Malaysia) pemandu bas, Issam Ahmed, 44, segera memecut meninggalkan kawasan terbabit berikutan bimbang bas dipandu menjadi sasaran roket dari helikopter berkenaan.

Semua penumpang cemas seketika berikutan roket tidak bermata milik Zionis dari helikopter berkenaan berupaya mengejar bas usang dan meletupkannya dalam sekelip mata.

Bagaimanapun, rasa panik reda apabila helikopter Apache yang membuat rondaan di sempadan Israel-Gaza itu berlalu pergi selepas beberapa minit dilihat berlegar-legar di ruang udara.

Seorang doktor neurologi Turki, Dr Amr Iman, lantas berdiri di dalam bas sambil berkata, dia tidak bernasib baik hari itu kerana tidak mati syahid ketika berjihad membantu mangsa perang.

Dengan suara penuh semangat, dia berdiri sambil memberitahu penumpang bas, dia langsung tidak gentar mati di tangan senjata Israel sebaik menjejakkan kami di bumi Gaza seperti ribuan mujahid sebelum ini.

Perjalanan singgah ke kampung South Zaiton turut meruntun jiwa apabila disajikan pemandangan sayu penduduk kampung yang terkial-kial membina pondok untuk berlindung selepas semua rumah di kampung berkenaan disapu bersih kereta kebal Israel.

Sekurang-kurangnya 50 penduduk kampung berkenaan turut diseksa kejam oleh tentera Israel sebelum dibunuh dengan pelbagai cara, termasuk diletupkan hingga menjadi serpihan tulang halus.

Turut meruntun hati ialah kisah ‘budak tomato’ berusia 10 tahun yang dikatakan menyelamatkan dua mangsa yang tersepit di bawah runtuhan rumah selama tiga hari sejurus serangan Israel.

Budak lelaki berkenaan dikatakan sanggup berulang alik ke tapak runtuhan itu dengan membawa tomato untuk disuapkan kepada mangsa yang hanya mampu membuka mulut.

Mangsa bagaimanapun akhirnya terselamat selepas orang ramai berjaya mengeluarkan mereka dari tapak runtuhan.

Pelbagai kisah sedih yang cuba disampaikan oleh penduduk Gaza menyebabkan wartawan bercampur baur hiba dan sedih atas kezaliman Israel yang disifatkan waris Firaun di muka bumi.

 

 

sauce:http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090125092051/Article/index_html

29 ahli keluarga diletup di depan mata (Gaza)

GAZA: Air mata yang tumpah di pipi seorang wanita tua menceritakan detik ngeri dilalui selepas menyaksikan 29 ahli keluarganya ditangkap tentera Israel dan dikurung di sebuah rumah sebelum diletup menggunakan sekurang-kurangnya 10 butir bom C4.

Taktik pembunuhan kejam itu menyebabkan semua mangsa hancur berkecai menjadi serpihan kecil umpama pasir halus.

Malah, tiga bayi yang tidak berdosa turut maut di dalam kejadian terbabit yang dianggap antara tragedi paling menyayat hati sepanjang serangan tentera Yahudi selama 22 hari.

Waris keluarga berkenaan, Sabah Hamdi Samouni, 52, berkata dalam kejadian jam 3 pagi, 5 Januari lalu, keluarganya diserang terlebih dulu oleh gerombolan tentera Israel yang memasuki kampung itu menggunakan puluhan kereta kebal.

Kebanyakan mangsa yang ketika itu tidur di dalam sebuah rumah berhampiran kampung South Zaitun, Gaza, diseret keluar dari rumah oleh tentera Yahudi yang lengkap bersenjatakan rifel M16.

“Yang saya tahu, semua ahli keluarga tiga generasi saya, termasuk bapa, Samouni Maamod, 80, diheret sebelum diikat dan dikurung di sebuah rumah penduduk yang terletak 200 meter dari tepi jalan raya.

“Malah, tiga bayi turut dijadikan tawanan di dalam rumah berkenaan walaupun mereka terlalu kecil untuk memahami apa yang berlaku,” katanya sebak.

Menurutnya, semua ahli keluarganya dikurung selama empat hari dalam keadaan kelaparan tanpa diberi setitis air minuman dan makanan.

“Tentera Israel kemudian memasang bom jangka C4 di sekeliling rumah itu sebelum meletupkannya. Saya yang berniat melawat anggota keluarga di situ hanya mampu melihat sisa tinggalan tulang dan cebisan daging keluarga saya yang berkecai sebaik tiba ke kawasan itu.

“Malah, rumah keluarga kami turut dimusnahkan dengan roket dari jet pejuang F16 Israel. Mereka bukan askar dan hanyalah petani… apa dosa mereka dibunuh?” katanya sambil meratap penuh hiba.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Faris Hamdan Mahmud, 65, hanya mampu menggeleng kepala sambil melihat ke arah rumahnya yang sengaja diranapkan oleh tentera Yahudi.

Menurutnya, tentera Israel sengaja bertindak kejam apabila merempuh rumahnya dengan kereta kebal dari bahagian belakang hingga ke depan berulang kali.

“Saya sempat menyelamatkan cucu, Arafah, 7, sebelum bersembunyi di bawah pokok zaitun.

“Kereta kebal Zionis itu sengaja melenyek rumah saya berulang kali sebelum melakukan perkara sama terhadap masjid yang terletak berhampiran rumah saya,” katanya dalam keadaan masih kebingungan.

Tinjauan mendapati lebih 100 rumah penduduk sengaja dibom, dirobohkan dengan kereta kebal serta dibedil dengan roket bagi memastikan kawasan seluas 50 ekar itu menjadi padang jarak padang terkukur.

Malah, ladang ternakan ayam yang menjadi sumber makanan rakyat Palestin turut dimusnahkan, menyebabkan lebih 300,000 ayam mati begitu saja.

 

 

Ini menyangkal tuduhan barat yang mengatakan bahawa org awam yang mati tu ‘Meat Shield/Human Shield’ yang digunakan Hamas. Memang ni Holocaust ke II. Tak salah lagi.

Lagu Ini Berjaya Menarik Seorang Saudara Baru Memeluk Islam

http://www.youtube.com/watch?v=NydhqRrRvAQ

Tajuk : “Far East - Menanti Di Barzakh”

Hayati lirik lagu ini. Memang m’insafkan la.

Alahai Pramugari MAS, Penerbangan Haji Bertudung, Penerbangan Biasa Buang Tudung

Mengapa penerbangan Haji, pramugari MAS memakai tudung, tetapi penerbangan biasa pramugari buang tudung? Ini satu lagi sikap yang mempersendakan dan meremehkan perintah Allah yang termaktub dalam al Quran.

Adakah tudung itu sekadar mengambil syarat sahaja atau sekadar mengambil hati penumpang-penumpang yang akan berhaji? Maka jadilah tudung hanya sebagai alat. Terus diperalatkan dan dipersendakankan. Lalu, orang-orang kafir akan tengok dan mereka semakin tidak faham makna tudung tambahan apabila lihat telatah pramugari-pramugari MAS ini.

Maka tidak hairanlah majoriti orang bukan Islam memahami bahawa tudung ‘Tidak Wajib’ bagi wanita Islam. Bila melihat wanita Islam bertudung, mereka mengaggap mereka konsevertif, ketinggalan zaman dan penganut Islam ekstrim. tetapi bagi wanita Islam yang tidak bertudung mereka dianggap moden, berfikiran terbuka dan pengamal ajaran Islam sebenar. Maksud yang mudah mereka fahami ialah wanita-wanita Islam tidak bertudung ini adalah penagamal ajaran Islam Hadahari yang maju, moden, terbuka, canggih dan islam yang sebenar seperti yang digambarkan oleh pengasas Islam Hadhari, Pak lah yang isterinya tidak memakai tudung.

Memang ada terdengar melalui sumber yang sahih bahawa Syarikat MAS sampai sekarang masih tidak membenarkan pemakaian tudung kepada pramugari kerana tudung ini tidak termasuk uniform pramugari. Tetapi dalam masa yang sama pramugari untuk membawa bakal haji dimestikan memakai tudung. Tudung hanya dibenarkan selepas selesai mendarat. Ini menandakan bahawa MAS masih lagi bersikap sekular dan anti Islam.

Apabila penerbangan yang berkaitan agama diwajibkan pramugari bertudung, tetapi apabila untuk penerbangan biasa diharamkan bertudung. MAS merupakan syarikat Rangkaian Kerajaan (GLC). Sepatutnya imej Malaysia sebagai sebuah Negara Islam mesti menunjukkan imej Islamik khususnya kepada pramugari. 

Adakah, berkemungkinan kerajaan dan MAS memandang apabila pramugari bertudung akan mengurangkan pelancong luar untuk datang kerana bimbang dengan pengganas. atau mungkinkan kerajaan merasakan memakai tudung kelihatan tidak moden dan ketinggalan zaman. Saya rasa persoalan ini Pak Lah dan Najib sahaja yang boleh menjawabnya kerana kita sendiri tidak tahu menagapa pramugarai MAS yang beragama Islam diharamkan bertudung.

Mengapakah pramugari MAS misti bertudung?

Pendapat saya, kapal terbang merupakan pintu gerbang pertama memperkenalkan pelancung kepada Malaysia. Bila mereka menaiki MAS dan melihat pramugari MAS bertudung, mereka akan terus memahami bahawa Malaysia negara Islam. Tambahan pula di dalam kapal terbang tidak menyediakan arak, lagi mereka faham bahawa negara yang bakal mereka kunjungi nanti merupakan negara Islam yang taat. Bila mereka keluar dari kapal terbang dan melihat sendiri keadaan negara kita yang bagitu maju, moden, aman damai dan rakyatnya peramah maka mereka akan mengkaguminya. Dan mereka akan memberi kesimpulan bahawa inilah contoh negara Islam yang harus dipuji. Maka secara outamatik, Malaysia mendapat kredit dan Islam menjadi semakin positif dimata orang-orang kafir. Tidakkah ini sesuatu yang baik untuk negara dan agama?

Tambahan pula, pemakaian tudung boleh menjadikan gadis-gadis Malaysia lebih cantik, anggun dan mempunyai nilai-nilai kemelayuan yang tinggi. Tidak ada mata yang menyatakan bahawa dengan memakai tudung menjadikan gadis-gadis lebih hodoh, bahkan lebih cantik, sopan dan ayu dari yang tidak memakai tudung.
Kesimpulannya, kerajaan BN yang terajui UMNO Melayu Islam, wajar bersifat peka dan sensitif dalam berkaitan dengan hukum Islam. Janganlah kerajaan menjadikan tudung sebagai beban dalam pentadbiran (seperti yang dihadapi RTM sebelum ini) dan harus bersama-sama menyemarakkan syariat khususnya dalam konsep penutupan aurat bagi wanita-wanita Islam di Malaysia. Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai badan berstatus GLC, harus lebih peka dengan tuntutan Islam. Paramaguri MAS yang beragama Islam haruslah diwajibkan bertudung dan ianya boleh menaikan lagi imej Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Walau bagaimanapun sebelum menyuruh orang lain bertudung, adalah lebih molek jika Pak Lah dan Najib memastikan isteri sendiri juga memakai tudung. Nanti jangan dikata orang, bagai ketam mengajar anak berjalan betul! 

Sumber:
www.terjah.com

Bukan Kontroversi!

Kes liwat DS Anwar Ibrahim akan mula didengar semula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 dan 6 Februari 2009. Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah kondominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01petang dan 4.30 petang 26 Jun lepas. Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Beliau kini bebas dengan bon peribadi RM20,000. Seluruh rakyat Malaysia dan mungkin seluruh dunia akan mengikuti perbicaraan ini yang akan menentukan hidup dan mati DS Anwar dalam politik. Ketika saya masih bertugas di Ipoh, saya sering juga mendengar ceramah-ceramah politik anjuran parti-parti pembangkang terutamanya PAS. Seingat saya antara tahun 1997 dan 1998 saya sering menghadiri ceramah-ceramah Sdr.Mohamad Sabu yang memang terkenal sebagai ‘ayam laga’ atau ‘ayam sabung’ Parti Islam SeMalaysia itu. Caranya yang bersahaja, cerita-cerita jenaka, selain maklumat-maklumat terkini politik tanah air sentiasa mengamit hati saya untuk mendengarnya. Salah satu maklumat terkini dan paling panas ketika itu yang kurang menyenangkan hati saya ialah gosip-gosip berkenaan Timbalan Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim berhubung dengan salahlaku moralnya, sehingga Sdr Mohamad Sabu menggelarkannya sebagai Sheikh Anwar Ibrahim Al-Juburi. Saya tidak senang dengan gosip itu kerana saya amat menyanjung tinggi peribadi Anwar bukan setakat jawatan TPM malah pernah menjadi menteri di kementerian saya bertugas. Malah jauh dari itu saya sememangnya antara ribuan peminat politiknya kerana karismanya, visinya, misinya, pidatonya, latarbelakang agamanya dan beliau menjanjikan harapan baru kepada Melayu, Islam dan Malaysia. Saya tetap berpegang kepada prinsip ‘ seseorang itu tidak boleh didapati bersalah selagi dia tidak disabitkan kesalahannya oleh mahkamah’ 11 tahun sudah berlalu, terlalu sarat dengan peristiwa dan cerita-cerita politik. Imbauan 11 tahun dahulu membuat saya tersenyum kerana isu liwat DS Anwar telah saya dengar beberapa bulan sebelum beliau dipecat, bukan melalui saluran-saluran rasmi berita perdana tetapi melalui ceramah-ceramah politik Sdr Mohamad Sabu.

Lebih melucukan lagi Parti Sdr Mohamad Sabu sendiri sekarang sedang bersengkokol dengan parti DS Anwar Ibrahim. Sekarang ini orang yang disebut Sheikh Anwar Ibrahim Al-Juburi menjadi sahabat pula kepada parti Mohamad Sabu dan melantiknya pula sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Tulisan saya ini ada sedikit persamaan dengan tulisan seorang penulis yang mengelarkan dirinya pendeta dengan tajuk tulisannya ‘Konspirasi Besar DAP, Pas Dalam Kes Liwat Anwar’ ditulis pada 16 Julai 2008. Pendeta menulis : Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Karpal Singh dan Mat Sabu, Naib Presiden Pas sekarang adalah merupakan orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 semasa DAP mengadakan Konvensyen mereka di Kuala Lumpur. Karpal Singh telah menegaskan di hadapan ahli-ahli DAP di konvesyen itu dan mendakwa bahawa dia mempunyai bukti bahawa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu melakukan salahlaku seks yang teruk. Dia turut mencabar Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir mengambil tindakan ke atas Anwar kerana salahlaku seksnya dan membicarakan Anwar. Pendedahan salahlaku Anwar oleh Karpal Singh berlaku lima bulan sebelum salahlaku seks Anwar didedahkan kepada umum oleh Dr Mahathir. Pelik tetapi benar, apabila dua orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah orang pertama yang membuat tuduhan terhadap Anwar dan hari ini mereka amat menyanjungi Anwar. Tentu sukar untuk mempercayai bahawa orang yang sama membuat dakwaan pertama tentang salahlaku Anwar ialah orang yang sama turut menjadi sebahagian daripada pasukan peguambela Anwar dalam kes tersebut. Tetapi kenapa Karpal Singh yang pernah menuduh Anwar dengan tuduhan tersebut, bertindak menjadi peguambela bagi kes yang sama? Tidakkah ini kelihatan seperti “ada udang di sebalik batu”? Lebih menghairankan lagi apabila Anwar sendiri rela diwakili oleh Karpal Singh yang pernah menuduhnya melakukan salahlaku seks. Atau adakah disebabkan dendam Karpal Singh terhadap Tun Dr. Mahathir pada masa itu? Penulis berpendapat Anwar bersetuju menerima Karpal sebagai sebahagian pasukan peguambelanya kerana beliau tidak perlu malu dan segan untuk dia meluahkan segala rahsia seksnya kerana yakin Karpal sendiri sudah mempunyai maklumat yang sama apabila membuat dakwaan sebelum ini. Jadi Anwar tidak perlu berselindung dengan Karpal dan memudahkan Karpal Singh mengatur strategi untuk membela Anwar dalam perbicaraan nanti.Pada masa itu, Karpal Singh mengambil peluang ini untuk menawarkan khidmatnya sebagai peguambela Anwar. Karpal sedar bahawa Anwar akan terpaksa mendedah segala maklumat penting bagi membolehkannya membela Anwar. Jadi, boleh disimpulkan bahawa setiap sejarah hidup, perilaku dan tindakan yang pernah diambil oleh Anwar sudah berada di tangannya.

 

Karpal juga mengambil kesempatan untuk menjadi popular apabila membuat tuduhan bahawa ada konsipirasi untuk membunuh Anwar menggunakan asernik dan sebagainya. Hakikat sebenarnya tuduhan konspirasi ini tidak pernah wujud kerana apabila diperiksa oleh pihak doktor tiada sebarang sisa arsenik dalam tubuh badan Anwar.Malah jika benar dakwaan Wan Azizah bahawa Anwar disuntik oleh virus HIV, penulis yakin Anwar sudahpun meninggal dunia hari ini kerana penyakit AIDS. Tidakkah Anwar sudah masuk ke perangkap Karpal Singh sehingga beliau bebas melakukan segala bentuk konspirasi selepas ini? Tidakkah Anwar telah dicucuk hidung dan bakal diheret ke mana-mana oleh DAP.Kenapakah sekarang DAP dan Karpal Singh setuju sebulat suara untuk melantik Anwar sebagai PM sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan Kerajaan Pusat. Alasannya cukup mudah dan hebat!. Semasa menjadi peguambela Anwar, Karpal telah berjaya mengumpulkan banyak bukti hasil pengakuan Anwar sendiri dalam usaha untuk membebaskan dirinya daripada tuduhan salahlaku seks. Penulis yakin Karpal Singh dan DAP masih menyimpan bukti-bukti ini bagi mengawal tindakan Anwar apabila dia menjadi PM nanti. Kita tahu bahawa sememangnya terdapat peruntukan undang-undang yang mewajibkan peguam menyimpan rahsia anak guamnya.DAP dan Karpal Singh mandapat faedah yang besar jika mereka berjaya memastikan Anwar Ibrahim mengikut telunjuk mereka dengan bukti-bukti yang ada pada Karpal. Anwar yang sememangnya gilakan populariti sudah pasti tidak berani untuk melawan kerana bimbang rahsia yang memalukan akan terdedah kepada umum terutama penyokongnya yang setia.Jika ini berlaku, setiap tindakan dan keputusan Anwar tentunya akan memihak kepada Karpal Singh dan DAP. Pada masa itu nanti, orang Melayu hanya mampu melihat tanpa dapat melakukan apa-apa tindakan. Jadi siapa sebenarnya yang melakukan dan mengatur konspirasi, DAP dan Pas ataupun Barisan Nasional? Nasihat kepada Anwar Ibrahim supaya jangan pandai membuat tuduhan melulu kepada kerajaan. Belajarlah dari pengalaman yang lepas siapa yang sebenarnya melakukan konspirasi terhadap anda.Ingat satu jari anda menuding kepada orang lain, empat jari menuding kepada anda kembali.Tidak hairanlah kalau Karpal Singh menyokong kecaman Amerika terhadap Malaysia untuk menunjukkan sokongannya terhadap Anwar sebagai membalas sokongan Anwar mempertahankannya dalam kes biadapnya terhadap Sultan Perak. Anwar dan Karpal Singh ibarat lagu dan irama yang tak dapat dipisahkan. Jika kes liwat terbaru ini naik ke mahkamah, adakah Anwar akan melantik Karpal Singh sebagai peguambelanya. (petikan tulisan oleh pendeta)

Akhir kalam, Anwar yang saya sanjung dahulu, yang saya harapkan akan membawa harapan dan sinar baru kepada Melayu, Islam dan Malaysia semakin jauh dari hati saya dan rakan-rakan yang seangkatan. Dalam keadaan politik Pakatan Rakyat yang semakin carca merba, DS Anwar bukan sahaja jauh dan jauh tetapi akan terus hilang dari sanubari kami walaupun dahulu beliau adalah pemimpin Agong yang diimpikan.

 

Amir Hamzah Batu Pahat.

sumber - amirhamzah64-

 

segalanyamungkin.blogspot.com

Pet Of The Hexagram

Mereka yang arif dalam mainan politik sedar ada sesuatu yang tidak menyenangkan dari keangkuhan dan keberanian Anwar yang luar biasa itu. Ada yang menganggap sebahagian besar orang Melayu, terutama sekali di kalangan generasi muda, menjadi penyokong kuatnya. 

 

Mereka inilah yang menjerit reformasi tanpa menilai apakah reformasi yang diluah oleh Anwar itu membawa kebahagiaan atau kesengsaraan kepada rakyat. Orang muda menganggap Anwar sebagai simbol pemimpin muda yang bersikap terbuka, yang menghirup kebebasan dan kemerdekaan yang bebas lepas.

 

Ini yang mereka rindui seolah-olah tanah air kita yang tercinta ini dengan kepimpinan yang ada tidak lagi mewakili semangat dan aspirasi golongan muda.

Mereka menganggap Mahathir mencerminkan generasi tua yang ketinggalan zaman tanpa menyedari bahawa sebahagian besar dari reformasi sosial, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya adalah cetusan dan dasar radikal dari kepimpinan Mahathir. Mereka tidak menghayati sejarah dan seperti Si Tenggang yang mungkar dan angkuh mereka mencemuh pemimpin yang memulihkan kembali maruah dan penghormatan bangsa Malaysia.

 

Anwar seperti Si Tenggang yang cepat lupa asal usulnya, budi dan jasa orang yang memberi dia kedudukan, kuasa dan penghormatan yang tidak pernah ia mimpikan sebelum disintuklimau oleh Mahathir dan dijemput dalam kabinet. Seperti Si Tenggang dia merasakan dirinya besar, berkuasa dan terkenal kerana orang ramai dan para pemimpin luar mengagumi retorika kosongnya yang disemai dengan kata-kata mantra, ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi untuk melipatgandakan keyakinan rakyat Melayu dan Islam kepadanya.

 

Seperti Si Tenggang dia sanggup memaki hamun ayahnya?dan memandang remeh terhadap jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh aang ayah?terhadapnya. Derhaka tidak ada dalam kamus politiknya. Yang ada hanya memburu kuasa dan dengan secepat kilat memimpin kerajaan. Tapi Allah tidak merestuinya dan dengan kuasa Allah juga ia hilang semua jawatan kerajaan dan parti dan kini sebagai banduan pula.

 

Si Tenggang hanya melihat kehebatan dan kepentingan dirinya. Bukan orang lain. Tapi dia sanggup memperalatkan siapa saja yang boleh menolong mempercepatkan dia memperoleh kuasa politik dengan apa cara sekali pun. Seperti komunis yang mengamalkan konsep politik tujuan menghalalkan cara? Anwar sanggup bersahabat dengan tauke judi, menerima derma syarikat judi sambil memperagakan diri sebagai pemimpin intelektual yang berakhlak mulia, seorang yang warak dan dikagumi rakyat. Berbagai-bagai jenis topeng digunakan menurut masa, tempat dan masyarakat yang mahu mendengar retorika-retorika dan idea-idea maha besar yang bermain dalam otaknya tetapi tidak dilaksanakan kebanyakannya.

 

Siapakah sebenarnya di belakang mimpi reformasi Anwar? Yahudi di belakangnya. Jangan terkejut dengan pandangan ini. Bukankah Anwar sendiri mendewa-dewakan kepada penyokong-penyokongnya bahawa pemimpin-pemimpin besar dari Amerika Syarikat di belakangnya?

 

Antara mereka yang terkemuka ialah Madeline Albright (Setiausaha Negara), William Cohen (Setiausaha Pertahanan) dan James Rubin (Setiausaha Perbendaharaan). Memang hebat sokongan asing terhadapnya.

 

Malah beberapa orang senator Amerika juga di belakangnya, Anwar, seperti kata Chris Patten, bekas gavernor Hong Kong, “Anwar is the darling of the West”.

 

Siapa yang pernah membaca buku “Protocol of the Zion” tahu betapa hebatnya pengaruh dan kuasa Yahudi ke atas masyarakat Barat dan bagaimanakah jalinan network Yahudi untuk menguasai dunia. Walau pun jumlah Yahudi kecil di Amerika tetapi mereka sudah menguasai politik, ekonomi dan media di negara tersebut. Tidak ada Presiden Amerika yang akan kekal memimpin negara tersebut sekiranya tidak berpihak kepada cita-cita dan matlamat Yahudi. Israel menggila dan terus mengancam dunia Arab sejak tahun 1948 hingga sekarang oleh sebab Amerika di belakangnya dan di belakang Washington berkuasa Yahudi.

 

Salah seorang pemimpin Islam yang lantang memperjuangkan hak hidup rakyat Palestin dan sahabat karib Yasser Arafat ialah Mahathir. Mahathir juga pemimpin Dunia Ketiga yang terserlah dan berpengaruh, dan dia dengan lantang mengkritik berbagai dasar Amerika yang cuba menguasai dan menekan negara-negara kecil di dunia dan menjadikan mereka sebagai boneka Amerika. Amerika membenci Mahathir.

 

Yahudi tidak senang dengan kepimpinan Mahathir yang pro Palestin dan Islam serta menjadi juara negara-negara Selatan-Selatan. Mahathir tidak hanya dianggap sebagai pemimpin Dunia Ketiga yang berpengaruh tetapi seorang tokoh politik yang berjaya membawa reformasi dan tranformasi masyarakat dan ekonomi yang dinamik di Asia Tenggara. Lebih dari itu Mahathir juga dianggap sebagai sdeorang pemimpin Islam yang berjaya memberi pemikiran baru dalam kerjasama ekonomi dan politik dunia, sesuatu yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana pemimpin Islam sebelumnya. Ini yang tidak disenangi Amerika dan Yahudi.

 

Mereka tidak mahu kemunculan seorang pemimpin Islam yang berpengaruh di pentas politik antarabangsa yang anti Amerika, anti Yahudi dan anti Barat. Juga mereka tidak mahu kewujudan sebuah negara asing (bukan kulit putih) yang kuat ekonominya dan stabil politiknya tanpa bantuan Barat. Kejayaan Mahathir dan Malaysia menjadi duri dalam daging bagi Amerika dan Yahudi. Oleh itu Malaysia dan Mahathir mesti dihancurkan.

 

Demikianlah Amerika yang dibayangi Yahudi melihat Anwar sebagai alternatif untuk diberi dukungan dan sokongan apa saja untuk mengambil alih kepimpinan Mahathir tersebut. Amerika sudah berjaya menjadikan Thailand, Filifina dan Indonesia sebagai bonekanya kerana negara-negara tersebut tidak mempunyai pemimpin yang berjiwa besar yang boleh membangunkan ekonomi negara mereka dengan baik.

 

Mereka terpaksa mengemis kepada Amerika dan kini menjadi hamba kepada IMF. Hanya Mahathir dan Malaysia yang masih degil dan tidak mahu tunduk kepada tekanan Amerika dan IMF. Lain dengan Anwar. Dia sanggup menjadi budak suruhan Amerika dan tanpa malu dan segan mengemis nasihat dan tunjuk ajar dari IMF untuk menangani kegawatan ekonomi Malaysia walaupun negara kita tidak meminta pinjaman dari IMF.

 

Lalu IMF dan Bank Dunia menggula-gulakan Anwar melalui perlantikannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia / IMF untuk mengeluskan ego pemimpin dari Ceruk Tok Kun yang tidak mempunyai ijazah di bidang ekonomi seolah-olah dia mempunyai pengalaman yang super hebat di bidang kewangan dan ekonomi dunia!

 

Lucu bin malu setelah dia dipecat dari kabinet maka hilanglah glamornya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia / IMF itu yang disangkutkan kepadanya atas kedudukannya sebagai Menteri Kewangan!

 

Walau pun Anwar kini menjadi banduan namun sokongan Amerika dan Yahudi terhadapnya tidak luntur. Melalui media Barat yang juga dikuasai Yahudi Anwar diberi layanan yang paling istimewa melalui manipulasi dan laporan yang berat sebelah terhadap Malaysia.

 

Yahudi sudah bertapak di Singapura dan sekiranya Amerika berjaya menghancurkan Mahathir dan ekonomi Malaysia maka pengaruh Amerika dan Yahudi akan berjaya menguasai politik dan ekonomi negara kita secara tidak langsung seperti mana yang berlaku di setengah negara Arab yang menjadi boneka Amerika dalam Perang Teluk itu.

 

Yahudi dan Amerika tahu kelemahan moral Anwar dan mereka kan berjuang habis-habisan memberi sokongan kepadanya demi masa depan Amerika dan Yahudi di dunia sebelah sini Amerika dan Yahudi memang terkenal menyokong berbagai-bagai diktator, pemimpin-pemimpin yang korup, gila betina dan juga homoseksual di berbagai-bagai negara di dunia.

 

Walau pun pemimpin-pemimpin tersebut dibenci rakyat, kejam dan rakus namun mereka tetap dipertahankan Amerika kerana mereka sanggup menjadi boneka Washington dengan bayangan Yahudi di belakangnya.

 

Barangkali kebanyakan mereka yang mimpikan reformasi tidak dapat menjelma mainan Yahudi di belakang Amerika dan bagaimana Yahudi membantu dan mengelus Anwar dari belakang. Anwar dikhayalkan oleh elusan Yahudi itu kerana ia terlalu ghairah hendak menjadi Perdana Menteri dengan segera. Dia sanggup menjadi boneka Amerika dan Yahudi demi kepentingan politiknya.

 

Bukankah dia bersikap liberal dalam segala bidang termasuk soal seks dan homoseksual? Apakah penyokong-penyokong Anwar sanggup menerima seorang pemimpin yang menjadi boneka Amerika dan Yahudi? Apakah mereka mahu Yahudi menguasai politik dan ekonomi negara kita secara langsung atau pun tidak lansung sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri?

 

Ini tanah air kita yang tercinta, udara segar yang kita hirup adalah hasil dari pengorbanan, tenaga dan air mata dari bapak-bapak pejuang kemerdekaan di masa lalu.

Apakah kita sanggup menggadaikan maruah bangsa maruah diri, maruah agama dan masa depan generasi kita untuk menjadi boneka Amerika dan Yahudi?

 

Ingat-ingatlah pesanan datuk nenek kita jangan hanya menang sorak kampung halaman dan negara tergadai. Oleh sebab marahkan pejat kelambu dibakar. Kalau kita sayangkan negara dan cintakan agama dan ada maruah tentulah kita tidak sanggup menjadi hamba Amerika dan Yahudi yang hanya mahu mempurak-purandakan negara kita.

 

Wahai para patriot sekalian, di manakah letaknya semangat keperwiraanmu sebagai anak watan dan pejuang bangsa dan agama yang berjuang atas landasan yang benar, menentang kekufuran dan kemunafikan, mencari keredaan Allah kalau kalian membiarkan diri dan jiwa diperkosai hantu dan syaitan Amerika dan Yahudi? Apakah kalian sebagai patriot bangsa tidak dapat mentafsir sokongan Yahudi dan Amerika terhadap Anwar? Apakah kalian sanggup menjadi hamba kepada orang asing dan tanah air kita yang tercinta sebagai bonekanya? Biarlah kita sendiri yang menentukan nasib negara dan bangsa kita dan bukan orang asing. Bukan Amerika atau Yahudi.

 

Seluruh rakyat menjadi lebih terkejut lagi bila George Soros, penyangak mata wang yang memporak-perandakan nilai mata wang serta kejatuhan merudum beberapa bursa saham negara-negara Asia Timur seperti Malaysia, Thailnad, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan dan Indonesia, kini secara biadab menggesa supaya Mahathir digulingkan dan digantikan dengan Anwar!

 

George Soros juga menyokong Amerika yang mahukan Anwar menggantikan Mahathir walaupun kita mengadakan pilihan raya yang bebas setiap lima tahun sekali. Tidaklah hairan sekiranya Anwar terlalu over confident menentang kerajaan Malaysia yang sah oleh sebab Amerika dan Yahudi menjadi penyokong kuatnya di luar negara.

 

Hubaya-hubaya bila terdapat pemimpin yang sanggup memperhambakan diri dan jiwa kepada orang asing dan sanggup pula memperjudikan nasib generasi akan datang hanya kerana mementingkan diri sendiri menurut runtunan nafsu peribadi yang mengaibkan.

 

Suara Politik

Kandang Sistematik Penyelesai Masalah?

Dewan Pemuda Pas menganggap cadangan mewujudkan ladang babi sistematik di Selangor dan Kedah adalah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dalam isu penternakan haiwan itu. Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, masalah yang berpunca daripada penternakan babi yang tidak terurus telah lama wujud di negara ini iaitu sejak 51 tahun lalu dan kerana itu, ia perlu dimodenkan. 

 

 

“Soal penternakan babi tidak perlu diungkit, kita nak selesaikan masalah rakyat dan itulah isu yang kita bincangkan sama ada mampu atau tidak untuk kita sediakan kawasan penternakan yang sistematik mengikut piawaian antarabangsa,” katanya sewaktu dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

 

Beliau mengulas kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan Pas kini tidak mampu bersuara malah banyak tindak-tanduknya hanya untuk memuaskan parti lain termasuk membenarkan penternakan babi di kawasan kampung orang Melayu. Bekas Perdana Menteri itu berkata, orang Melayu sudah tidak boleh mengharapkan Pas mempertahankan hak mereka, malah parti itu juga tidak lagi berani bercakap mengenai penubuhan negara Islam.

 

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, pihak yang mendakwa Pas tidak mempertahankan keistimewaan Melayu perlu merujuk kepada dokumen penubuhan pakatan pembangkang yang ditandatangani Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Katanya, dokumen itu mengandungi pendirian Pas untuk mempertahankan kontrak sosial dan hak istimewa orang Melayu yang terkandung dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

 

Komen :

 

Tak tahulah berapa banyak lagi kandang babi yang hendak dibina di negara yang agama rasminya Islam. Bagi penulis cara terbaik untuk menyelesaikan perkara ini adalah dengan “ mentiadakan “ lagi apa bentuk ladang babi. Ladang-ladang babi yang ada hendaklah dikurangkan atau dimusnahkan sama sekali. Pas kena fikirkan bagaimana hendak melenyapkan babi-babi ini dari bumi Malaysia. Import babi dari luar seperti mana yang dilakukan oleh Singapura. 

 

Singapura kata mereka tak layak membela babi kerana babi ini kotor dan pengotor. Tapi mereka nak makan juga. Maka terpaksalah di ekspot dari negara luar seperti Malaysia, Thailand dan lain-lain negara. Terang-terang dah tahu babi ini kotor dan pengotor, ada segelintir rakyat Malaysia masih lagi hendak menternak babi. Tak serik-serik lagi dengan serangan JE di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan tidak lama dulu. Malah ianya disokong pula oleh parti yang memperjuangkan Islam. Mengapa Salahuddin kata perkara kerkenaan babi ini jangan diungkit? Kalau babi-babi ini kena penyakit siapa yang akan menghapuskannya sehingga ada diantara mereka terkena jankitan. 

 

Tidakah Salahuddin terlupa yang pekerja-pekerja itu adalah terdiri dari orang-orang Melayu? Adakah Salahuddin hendak perkara ini berulang lagi. Semoden-moden mana ladang babi itu, kalau sudah diserang virus, tiada siapa yang dapat menghalang. Yang taukeh babi cuma tahu akan kerugian mereka sahaja. Yang nak menyempurnakan upacara “ pengkebumian babi “ adalah orang Melayu itu sendiri. 

 

Takkan Salahuddin terlupa apabila semasa kempen pilihanraya tahun 2004 yang lalu. Apakah yang dijanjikan oleh Pas yang diketuai oleh Presidennya, Ustaz Abdul Hadi Awang pada masa itu. Pas sedia memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan jika mereka berjaya memerintah dan membentuk sebuah negara Islam ala parti pembangkang jika menang di dalam pilihanraya umum 2004. Menurutnya, ia bagi memastikan keadilan kepada semua pihak tanpa mengira keturunan, kaum dan jantina, sebaliknya mengutamakan amalan meritokrasi.

 

Ia ( hak istimewa orang Melayu ) masih boleh dipakai tetapi apabila tiba masanya apabila orang Melayu boleh berdikari, maka pada masa itu tidak perlu lagi. Ianya merupakan usaha berterusan parti Pas untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama bukan Islam pada pilihan raya umum pada masa itu. Ia memberi tumpuan khusus kepada kedudukan bukan Islam dalam konteks pelaksanaan negara Islam.

 

Mengapa pada kali ini nadanya berbeza. Kalau hendak berpegang kukuh pada kontrak sosial, mengapa hendak memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu. Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pula ada mengatakan yang di dalam Islam tidak ada “hak istimewa sesuatu kaum”. Itu bagi Pas dan bagaimana pula dengan rakan sepejuangan dalam Pakatan Rakyat. 

 

Di manakah cita-cita Pas hendak menubuhkan Negara Islam ala-Pas seperti mana yang terkandung didalam manifesto pilihanraya umum 2004. Jadi kepada Salahuddin Ayob, sebelum hendak memberi alasan sila rujuk atau bertanya dahulu kepada Ustaz Hadi dan Tok Guru Nik Aziz supaya nanti tidak bercanggah dengan apa yang telah dikatakan oleh kedua-dua pemimpin utama Pas itu. Tak tahu jalan, jangan malu bertanya?

 

Belantan

Nepotisma Napoleon

Anwar  menuduh Mahathir mengamalkan nepotisme, memperkayakan anak beranaknya dan kaum keluarganya terutama sekali keluarga sebelah isterinya. Malah ada anak-anak Mahathir yang menggunakan alamat Sri Perdana dalam prospektus syarikat masing-masing. Betul. Tapi apakah Anwar tidak mengamalkan nepotisme? 

 

 

Dia sering berkata dia tidak membenarkan mana-mana pihak, termasuk kerajaan negeri, memberi apa saja projek atau tanah balak dan sebagainya kepada kaum keluarganya. Kononnya dia ingin membuktikan kepada rakyat dia tidak mengamalkan nepotisme. Betul ke?

 

 

Ayahnya, Datuk Ibrahim A Rahman, menjadi Pengerusi IOI. Sebelum Anwar menjadi Menteri, sewaktu menjadi mudir Yayasan Anda, nama ayahnya sebagai tokoh korporat tidak timbul. Bila Anwar menjadi menteri, terutama sekali sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri tuah Pak Ibrahim melonjak naik. Kini IOI mempunyai hartatanah yang banyak di berbagai-bagai negeri. Malah di Sabah saja dikatakan hartatanah IOI melebihi 50,000 hektar.

 

Sewaktu Anwar menikah lari dengan Wan Azizah di Siam, Datuk Wan Ismail hanya seorang pengarah di bidang perang urat saraf di Jabatan Perdana Menteri. Waktu menikah dengan anaknya Anwar bukan seorang menteri. Cuma mudir Yayasan Anda. Pada waktu itu dia dikatakan tidak merestui perkahwinan anaknya yang menikah dengan pejuang Islam nombor wahid.

 

Anwar dianggap sebagai musuhnya kerana dianggap sebagai anti kerajaan dan peranan Wan Ismail ialah sebagai anti-kerajaan dan peranan Wan Ismail ialah melumpuhkan golongan-golongan pelajar di kampus yang anti kerajaan.

 

Tiba-tiba anak gadis sendiri sudah muhabbatkihe dengan pejuang Islam. Ada semacam filem Hindustan sedikit tema percintaan dan ketegangan antara menantu dengan bapak mertua. Dengan bantuan Dollah Badawi kedua pihak, menantu dengan bapak mertua, kembali berdamai. Bila menantu jadi menteri, tambah-tambah lagi sebagai Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri luka lama hilang serta-merta.

 

Kini Datuk Wan Ismail dikatakan juga kaya-raya berkat tuah menantu yang pernah dia musuhi di masa lalu. Barangkali dia menjadi kaya raya tanpa minta projek dari menantunya. Cukuplah sebagai bapak mertua pintu rezeki dan peluang terbuka luas. Tidak perlu lagi mencari lampu Aladdin yang ajaib yang ada kuasa jin afrit untuk membantu mereka.

 

Begitu juga dengan abang-abang dan adik-adik Anwar. Semua menjadi kaya raya walaupun kelayakan akademik tidak seberapa dan pengetahuan perniagaan yang mendalam tidak pernah dimiliki sebelum Anwar menjadi menteri. Boleh jadi juga mereka ini menjadi cerdas dan bijak berniaga hingga menjadi kaya raya setelah Anwar menjadi menteri. Boleh jadi juga mereka ini menjadi cerdas dan bijak berniaga hingga menjadi kaya raya setelah Anwar menjadi menteri. Barangkali inilah kelebihan mereka yang tidak dimiliki oleh rakyat marhaen yang lain. Apakah tangkal azimat yang dipakai mereka?

 

Sudah pasti mereka tidak menggunakan khidmat nasihat hantu raya, polong atau pun raja toyol. Yang nyata mereka menjadi kaya raya setelah Anwar menjadi menteri. Sebelum itu adik beradiknya ada yang menjadi guru, kerani kapal, pembantu makmal, photographer tapi kini boleh dikatakan semua mereka kaya raya walaupun kononnya Anwar tidak membantu mereka. Hebat, hebat sungguh keluarga Pak Berahim dan Wan Ismail ini!

 

Kalau dibandingkan kelayakan akademik anak-anak Mahathir mempunyai kelulusan akademik dan profesional yang tinggi. Semua memiliki ijazah antaranya dalam bidang finance dan mendapat pendedahan yang cukup baik dalam dunia korporat. Kalau mereka mengendalikan beberapa syarikat korporat yang besar itu dianggap wajar memandangkan kebolehan dan kemampuan mereka. Kalau mereka mendapat itu juga dianggap wajar. Tentulah tidak wajar mengatakan kedudukan sang ayah sebagai Perdana Menteri tidak membantu anak-anaknya dalam perniagaan dan perusahaan.

 

Tapi bagaimanakah adik-beradik Anwar yang tidak pernah terdedah dalam dunia korporat sebelum Anwar menjadi menteri tiba-tiba kini menjadi pengerusi berbagai-bagai syarikat yang disenaraikan BSKL dan juga syarikat sendirian berhad yang lain? Barangkali otak dan kemampuan mereka sebagai tokoh-tokoh korporat adalah lebih baik dari anak-anak Mahathir. Sama-sama mengamalkan nepotisme.

 

Rakyat tidak marah kalau membantu anak buah sedikit sebanyak. Rakyat hanya benci dan marah menyinga kalau nepotisme itu keterlaluan hingga mengancam rezeki dan peluang mereka yang bukan ada pertalian darah dengan kedua-duanya.

 

Anwar Tak Berani Bersumpah Dengan Al-Quran

 

Anwar banyak bermain sandiwara mengenai tingkah lakunya sebagai pemimpin. Banyak topeng yang dipakainya hingga setengah orang menjadi keliru dan tidak tahu apakah dia seorang pejuang nombor wahid ataupun seorang homoseks yang menggerunkan rakyat.

 

Walaupun Perdana Menteri Mahathir telah menyatakan alasan pemecatannya namun Anwar tetap berdegil dan menganggap dirinya bersih lagi bersih, putih lagi putih dari sabun Fab. Dia mengatakan itu semua fitnah, suatu konspirasi yang didalanginya Mahathir kerana Mahathir takut kepadanya. Kononnya dia kini sudah menjadi duri dalam daging kepada Mahathir dan kroni-kroni Mahathir.

 

Kita faham mengapa Anwar berhempas-pulas menafikan dia seorang homoseks. Dia berhak untuk menafikannya kerana sekiranya benar dia akan tersisih dari arus sejarah dan akan diketepikan oleh orang Melayu dan Islam sebagai pemimpin mereka. Dia tahu sejarah kehancuran kaum Lut dalam al-Quran. Dia juga sedar bahawa orang Melayu tidak akan menerimanya lagi sebagai pemimpin mereka. Malaysia bukan Amerika Syarikat.

 

Melayu bukan masyarakat Barat yang menghalalkan homoseksualiti. Dia juga mempunyai enam orang anak dan seorang isteri yang akan menanggung segala kesengsaraan batin sekiranya dia benar-benar seorang homoseksual. Di manakah dia akan meletakkan mukanya kalau anak-anaknya mengetahui segala rahsia hubungan sejenis itu?

 

Isterinya yang setia 1000% juga akan menghadapi tekanan jiwa yang parah kalau suami yang tercinta rupa-rupanya mempunyai hubungan sulit dengan berbagai-bagai lelaki seola-olah dia sebagai isteri dan wanita tidak lagi menimbulkan keghairahan yang melemaskan.

 

Lalu dia menjerit seluruh alam bahawa itu semuanya fitnah belaka. Kalau itu dianggap fitnah mengapakan dia amat gerun dan bimbang bila hendak dihadapkan ke mahkamah?

 

Mengapakah dia memperalatkan golongan remaja yang emosional dan tidak matang dalam politik menjadi pendindingnya hingga mencetuskan rusuhan dan demonstrasi liar di ibukota saban minggu? Pemimpin yang berwibawa dan bermaruah sanggup menghadapi cabaran dan sanggup menghadapi siapa saja sebagai kesatria. Dia tidak akan memperalatkan orang lain untuk menjamin kepentingan politik peribadinya seperti mana yang dilakukan Anwar sekarang.

 

Kalau alasan Mahathir memecatnya dianggap fitnah apakah yang bukan fitnah? Apakah alasan “Mahathir takutkan pengaruh Anwar” dianggap alasan yang super bagus untuk menyakinkan rakyat bahawa Anwar bukan seorang homoseksual?

 

Mahathir yang memberi peluang kepada Anwar menikmati kuasa sebagai menteri, melindunginya dari berbagai kelemahannya dalam bidang pentadbiran dan pengurusan kewangan sewaktu menjadi menteri kabinet kini dianggap terlalu takut terhadap Anwar?

 

Masyaallah! Tanpa Mahathir Anwar hanya berkokok di luar pagar kuasa dan akan menjerit dan melolong sebagai pemimpin ABIM dan mudir Yayasan Anda. Ini realitinya.

 

Lalu dia berkata bahawa ada konspirasi dari pucuk pimpinan UMNO dan kerajaan untuk menggagalkan yang berusaha untuk menghapuskan korupsi dan penyelewengan dalam kerajaan yang kononnya melibatkan orang-orang Mahathir!

 

Ya Tuhan, benarkah orang-orang Mahathir sahaja yang mengamalkan korupsi dan penyelewengan tetapi Anwar dan kroni-kroninya super bersih dari amalan yang mungkar itu? Betulkah dia bersih lagi bersih? Kata dulang paku serpih, kata orang aku yang lebih.

 

Demikianlah dia melemparkan tuduhan konspirasi untuk menolak dakwaan Mahathir bahawa dia seorang homoseksual - sesuatu yang sukar diterima oleh mereka yang tahu secara mendalam lakonan politik Anwar selama menikmati kekuasaan dan kekayaan dalam kabinet.

 

Mereka yang arif dalam perundangan Islam berkata mesti ada empat orang saksi yang baik untuk membuktikan kesalahan Anwar tersebut. Saksi-saksi itu pula mestilah terdiri dari mereka yang berakhlak mulia dan barangkali tidak ada rekod buruk langsung. Tapi yang paling penting mata mereka jangan rabun. Apakah ada tukang intip yang melihat perbuatan terkutuk itu?

 

Ini bukan mainan seks di celah-celah batu atau dalam semak samun, atau di tepi perigi buta atau dalam semak samun, atau di tepi perigi buta atau dalam kebun getah di mana terdapat mereka yang hobinya intip-mengintip cara kampung tidak ada. Bilik apartmen atau kondo dibuat dengan batu. Malah nak masuk ke kondo dan apartmen atau kondo pun terpaksa menemui pengawal.

 

Tidak ada mata manusia yang lebih dari 20-20 boleh menembusi dinding batu yang pejal untuk melihat berbagai adegan seks yang mengikut tabii atau pun yang luar dari tabii. Barangkali jin, syaitan dan afrit serta malaikat sahaja yang boleh melihat adegan “perjuangan yang super hebat” itu kerana mereka hidup dalam alam ghaib!

 

Tentulah kita tidak boleh menjadikan jin, syaitan dan malaikat sebagai saksi sebab kita sendiri pun tidak dapat melihat mereka. Lagi pula kita sendiri tidak tahu bagaimanakah hendak berkomunikasi dengan mereka untuk meminta menjadi saksi kerana mereka makhluk lain dari kita.

 

Manusia yang ada intelek dan bijaksana masih boleh menjamin keadilan dan kesejahteraan untuk ummah. Hari ni pengetahuan teknologi yang super canggih boleh dimanfaatkan untuk membuka rahsia alam dan juga manusia. Orang boleh menggunakan kamera video digital dan alat perakam suara yang juga super canggih dapat merakamkan segala perilaku manusia dalam keadaan yang tersembunyi dari makhluk ramai.

 

Barangkali Nalla Karuppan tahu menggunakan alat-alat ini sebagai salah seorang pengusaha filem tempatan. Memang Anwar tak tahu mengendalikan gadget ini sebab dia lebih berminat menjadi pelakon di pentas politik tanah air dan antarabangsa. Bayangkan sperma Clinton yang kering kuntang terlekat pada jaket Monica Lewinsky berbulan-bulan itu pun dapat dianalisa dan dipastikan kepunyaan Presiden Amerika inikan pula video dan filem.

 

Malah menurut kajian forensik pihak pakar dapat menganalisa secara sainstigik dubur yang kena main dan barangkali juga batang yang ganas dalam hubungan homoseksualiti. Inilah hasil dari pengetahuan teknologi manusia yang boleh dimanfaatkan

 

Banyak orang berpendapat amatlah bahagia dan melegakan perasaan orang ramai yang memuja dan menyanjung tinggi ketokohan Anwar sebagai pejuang Islam yang berakhlak mulia agar dia bersumpah di masjid dengan menjunjung al-Quran di hadapan alim ulama dan para penonton dari berbagai lapisan hidup untuk menjernihkan suasana.

 

Biarlah kuasa Allah Ta’ala menentukan kebenaran seseorang. Mintalah Allah Ta’ala menunjukkan kebenaran agar seluruh rakyat Malaysia khasnya dan masyarakat Islam sedunia tidak ditimpa malu yang amat sangat akibat pemecatan Abang Anwar (panggilan manja yang sering diucapkan Wan Azizah dalam ceramah-ceramah politiknya).

 

Dalam isu pemecatan Anwar yang dikatakan terlibat dalam homoseksualiti maka kita menyeru kepada seluruh umat Islam mengadakan sembahyang hajat beramai-ramai dan memohon kepada Allah agar menunjukkan kebenaran dan melindungi negara serta rakyat Malaysia dari bencana kemurkaanNya. Kita tidak membela Mahathir atau pun Anwar dalam sembahyang hajat. Yang kita pohon bersama dengan penuh kusyuk dan tawaduk ialah KEBENARAN. Hanya Allah yang menentukannya.

Populis menuju ke arah ‘Liberal’

Kejayaan ideologi populis Anwar Ibrahim dalam pilihan raya lalu umpama mimpi menjadi realiti. Majoriti pengundi Pakatan Rakyat percaya Anwar mampu memberikan mereka satu era baru dalam politik negara ini. Anwar pada tanggal 9 April 2008 umpama “phoenix rise from its ashes.” 

 

Mati hidup semula kata Jamal Abdillah. Para pentaksub Anwar mengiyakan apa sahaja kata-kata Anwar selepas itu kerana keajaiban telah berlaku. Mereka melihat keajaiban yang berlaku bukan kerana protes rakyat, bukan kerana pengundi dan bukan kerana kelemahan kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Sebaliknya mereka melihat kemenangan Pakatan Rakyat adalah atas kebijaksanaan dan keajaiban Anwar bin Ibrahim.

 

 

Kemenangan Anwar dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh yang lalu tambah meyakin para sebahagian rakyat bahawa hanya masa yang akan menentukan bila Anwar akan menjadi Perdana Menteri. Justeru itu, Apabila Anwar mendakwa ia akan mengambil alih kepimpinan pada 16 September, ramai yang percaya terhadap kata-kata indah Anwar ini. Malangnya di sinilah bermulanya kesilapan Anwar.

 

Ahli silap mata yang hebat juga kadang-kala melakukan kesilapan. Kata orang sepandai-pandai tupai melompat, pasti sekali sekala jatuh juga ke tanah. Tindakan beliau meletakkan satu tarikh yang terlalu hampir menyebabkan kehebatannya tercalar dengan cepat. Apabila beliau gagal menubuhkan kerajaan pada 16 September seperti yang beliau janjikan, imej dan kredebiliti beliau mula goyang. Kemudian beliau berjanji lagi bahawa kalau bukan 16 September pun, akan berlaku dalam masa yang terdekat lagi. Malangnya ia juga tidak berlaku.

 

Anwar hari ini yang bercita-cita mahu masuk ke Parlimen sebagai Perdana Menteri, hari ini terpaksa menjadi Ketua Pembangkang. Anwar sudah kehilangan magis yang menyatukan ahli-ahli politik ektrem dalam Pakatan Rakyat. Anwar sudah kehilangan magis yang berjaya menukarkan parti-parti ekstrem kepada parti-parti liberal.

 

Siapa pernah sangka ahli Parlimen Pas (Khalid Samad) akan berucap dalam Gereja di Shah Alam menyokong penggunaan nama Allah dalam Bible bahasa Melayu. Suatu ketika dahulu jangan kata membenarkan penggunaan nama Allah dalam bible, membenarkan Bible dalam bahasa Melayu juga boleh meyebabkan munculnya Ibrahim Libya kedua.

 

Siapa pernah sangka magis Anwar berupaya menjadikan Pas melupakan perjuangan hududnya dan sekarang bercakap soal hak asasi manusia ala barat dan sanggup bertakbir ketika kafir seperti DAP berceramah memfitnah orang Islam lain. Siapa pula sangka magis Anwar berupaya menukar Pas dari membela nasib golongan teraniaya atau mangsa kepada menyokong kemungkaran Anwar.

 

Malangnya, hari ini magis Anwar sudah hilang. Pakatan rakyat sedang berantakan dari dalam. Wakil-wakil rakyat mereka yang dipilih secara semberono telah mula menunjukkan belang. Selain skandal seks dan rasuah di Perak, EXCO Selangor pula sudah dihadapkan ke mahkamah kerana menghalang polis menutup pusat pelacuran.Di Pulau Pinang sendiri orang Melayu penyokong Anwar boleh melihat sama ada Anwar yang hebat atauLim Guan Eng yang berkuasa.

 

Suara-suara protes dari dalam sudah kedengaran. ia bukan lagi soal apakah ada krisis antara parti Pakatan Rakyat. Sebaliknya persoalannya bila krisis tersebut akan meletup keluar. Imej-imej kehebatan Anwar sedikit demi sedikit sedang terhakis. Buih-buih yang dicipta untuk merakamkan kehebatan dan karismatik Anwar sedang mula berpecah dan berantakan sehingga menjelmakan wajah sebenar Anwar. Biarpun para penyokongnya di media internet sedang bertungkus lumus melakukan “Kawalan Kemusnahan” (damage control), namun ia sekadar membeli masa.

 

 

Sepuluh tahun selepas reformasi…

 

Selepas 10 tahun, gerakan reformasi pada tahun 1998 yang tercetus ekoran pemecatan timbalan perdana menteri ketika itu Anwar Ibrahim, disifatkan “mendapat kemenangan kecil di sebalik kekalahan besar”. Aktivis reformasi Hishamuddin Rais berkata, gerakan reformasi yang menggerakkan puluhan ribu rakyat Malaysia turun ke jalanraya itu, gagal menuntut “perubahan struktural” melibatkan perubahan dalam sistem dan dasar-dasar ekonomi.

 

“Kini Pakatan Rakyat memerintah lima negeri. Apa yang perlu dilakukan kalau reformasi ingin terus dikembangkan - daripada kemenangan-kemenangan kecil kepada kemenangan besar pada 8 Mac - adalah membincangkan perubahan struktural.

 

Beliau berkata demikian dalam forum bertajuk ‘Reformasilah: Membincangkan (lagi) 10 Tahun Reformasi Malaysia dan Indonesia’ anjuran Pusat Penyelidikan dan Maklumat Strategik (SIRD) di ibunegara.

 

Bagaimanapun, Hishamuddin berkata, gerakan reformasi berjaya membuatkan orang Melayu buat pertama kali bangun menentang penggunaan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA). Tindakan itu katanya, berbeza dengan tindakan mereka daripada zaman 1971 hingga 1974, yang hanya membiarkan orang Cina sahaja menuntut penghapusan akta kontroversi itu.

 

Perubahan struktur

 

Beliau turut mengkritik Anwar yang didakwanya “tidak pernah mengajukan reformasi” sebelum dipecat oleh perdana menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad. Hishamuddin mentafsirkan reformasi pada 1998 sebagai pertembungan ‘borjois kecil dan borjois besar’.

 

“Ia hanya pertembungan kelas, tidak ada kena mengena dengan perubahan struktur,” katanya.

 

Pada masa itu, katanya, ramai yang berharap Anwar menjadi perdana menteri dalam masa terdekat dan mengalihkan tauke-tauke besar itu supaya tempat itu dapat diganti mereka. Turut bercakap dalam forum tersebut ialah aktivis budaya Indonesia Yoshi Fajar Kresno Murti (Aktivis Kampung-Kota Yogyakarta, Indonesia)

 

Bercakap dalam konteks kebudayaan, beliau mendakwa, reformasi di Indonesia membawa perubahan dalam aspek politik tetapi tiadak perubahan dalam gerakan sosial dan budaya.

 

Novel erotis

 

Menurutnya lagi, ini disebabkan proses ‘pembodohan’ yang lama sewaktu pemerintahan bekas presiden Soeharto yang lama.

 

Sementara itu, aktivis Taman 65 Bali, Ngurah Termana pula mendakwa reformasi telah berjaya menjadikan rakyat berani mempersoalan dasar-dasar pemerintah. Namun, tambahnya, dari aspek yang lain, lahir pula golongan fundamentalis moral yang cenderung kepada keganasan seperti Front Pembela Islam (FPI).

 

Ditemui selepas forum, beliau berkata, golongan-golongan FPI yang melihat suasana kebebasan selepas reformasi 1998 sebagai sesuatu yang negatif.

 

Akhirnya, tambah Ngurah, golongan penulis seperti Ayu Utami yang terkenal dengan novel bercorak erotisnya dan penerbitan Play Boy Indonesia menjadi mangsa suasana baru ini.

 

Suara Politik

Ronnie Liu is an Ex-Toyota Salesman

BPR harus memulakan siasatan secepat mungkin terhadap pembelian kereta Toyota Camry 16 biji oleh Kerajaan Negeri Perak utk kegunaan MB dan Exco-Exco

 

Sebagaimana yg diketahui umum di Perak walaupun MB nya drp PAS tetapi kuasa pemerintahan di tangan DAP.Beliau ibarat “CHAIRMAN” yg dilantik dan dibayar elaun sahaja,tetapi “DIRECTOR” yg mempunyai kuasa penuh dan menandatangani cek adalah DAP.

 

Begitu juga dalam kes pembelian Toyota Camry ini,kuasa membeli bukan di tangan Pak Pandir Nizar bahlol,tetapi kuasa sialan Ngeh drp DAP.Pak Pandir ni hanya tahu mengumumkan dan menghentam Proton sahaja.

 

Hubungan kawan sesama DAP antara Ronnie Liu dan Ngeh Koo Ham telah lama terjalin sebelum kedua-dua ekor beruk sial ini menjadi Exco di Selangor dan Perak.

 

Ronnie Liu sebelum menjadi exco adalah seorang penjual kereta model Toyota.Setelah menjadi Exco beliau lepas jawatan tersebut dan beri kepada satu proksi menjaga perniagaan kereta itu.Beliau mempunyai kawan yg ramai yg menjadi jurujual dan pengedar kereta Toyota.Malah ada dikalangan saudara terdekat beliau juga menjadi pengedar Toyota.

 

Sebab itu saya amat terkejut bulan lepas apabila Ronnie ada membuat kenyataan meminta Kerajaan Selangor menukar kereta Perdana V6 kepada Toyota Camry.

 

Kenapa Toyota sahaja yg sering meniti dimulut Ronnie,? Tidak jenama lain ?

 

Saya amat terkejut beruk apabila Kerajaan Perak umumkan pembelian Toyota Camry semalam.Di hati saya terus terdetik “sah kerja siberuk Ronnie yg suruh sibabi Ngeh ni beli Toyota Camry”.Padahal sebelum ini MB Pandir Perak ni pernah berkata kemungkinan Kerajaan Negeri Perak akan tukar Perdana v6 kepada Honda.Alih-alih Toyota yg diumumkan.

 

Saya yakin 100 % Ronnie Liu terlibat sama dalam kes pembelian kereta Toyota Camry Kerajaan Perak ini.

 

Memang ramai orang tidak mengetahui yg Ronnie adalah penjual kereta Toyota sebelum ini,tetapi saya tahu dan tahu……..

http://zemi-tko.blogspot.com/2008/12/bpr-harus-siasat.html