Archive for February, 2009


KEADAAN DUNIA SEBELUM IMAM MAHDI DILAHIRKAN

1.    Dunia Diperintah oleh Bukan Orang Quraisy

Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, 

“Malam dan siang tidak berlalu (kiamat tidak akan datang) sehingga seorang hamba sahaya menjadi pemimpin manusia yang dipanggil Jahjah.”
 (At-Tarmizi) 

Pada hari ini, orang Quraisy tidak lagi dijadikan pemimpin mereka oleh umat Islam, termasuklah tidak langsung dijadikan pemimpin agama. Maksud hadis ini ialah di Tanah Arab sendiri. Manusia juga sibuk menjadikan orang lain sebagai ketua dan pemimpin mereka. Ramai yang menjadi pemimpin hari ini adalah datang dari golongan orang bawahan atau bukan dari golongan pentadbir yang selayaknya seperti: 

  • Bukan dari anak-anak bangsawan kaum Quraisy.
  • Bukan juga dari kalangan orang-orang biasa kaum Quraisy.
  • Datang dari kalangan anak-anak hamba sahaya.
  • Datang dari golongan bawahan seperti anak-anak buruh kasar, kuli dan sebagainya.
  • Datang dari golongan yang keturunannya tidak pernah menjadi pemerintah atau ketua.
  • Datang dari keturunan yang rendah akhlaknya dan rendah pemikirannya.
  • Datang dari keturunan orang-orang yang rendah agamanya dan rendah pula penghayatan agamanya.

Berdasarkan sejarah, memang sejak beberapa lama dahulu pun memang telah ada golongan hamba yang menjadi pemerintah umat Islam, begitu juga golongan yang berasal dari golongan bawahan. 

Selain itu, mereka juga memakai bermacam-macam gelaran untuk menunjukkan kebesaran dan kemuliaan yang sedang dikecapinya. Jahjah di sini bermaksud gelaran yang mulia bagi mereka itu. Sesiapa yang datang berjumpa dengan mereka, hendaklah memanggil atau menyapanya dengan gelaran kebesaran itu. Jika tidak demikian, permintaan orang itu tidak akan dilayannya. Jika di Malaysia sekarang ini, jika seseorang itu tidak mendapat pingat yang membawa gelaran di hadapan namanya, menjadi suatu keganjilan pada mata masyarakat. Lihatlah para menterinya, semuanya mempunyai pangkat yang dikurniakan oleh mana-mana sultan atau raja. 

2.    Keadaan Dunia Yang Huru-hara

Abu Said al-Khudri RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, 

“Dunia ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan penyelewengan. Ketika itulah seorang lelaki dari kaum kerabatku akan muncul dan memerintah dunia. Dia akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan, (tempoh pemerintahannya) selama tujuh atau sembilan tahun.”
(Imam Ahmad) 

Huru-hara yang dimaksudkan di sini bukanlah semata-mata peperangan. Huru-hara akibat kerosakan akhlak adalah lebih teruk lagi, dan berpanjangan pula. Sebab itulah dikatakan huru-hara, bukan peperangan. Semua ini berlaku akibat manusianya sudah tidak mengenal Tuhan, tidak sayang kepada Tuhan, meninggalkan Tuhan, sangat haloba akan dunia yang sementara ini, mengejar dunia sungguh-sungguh, berebut-rebutkan dunia ini, dan sangat takutkan mati terutama mati syahid. Kesan daripada itu, timbullah pelbagai masalah dalam diri dan masyarakat, seterusnya merebak ke seluruh negara, dan akhirnya sampai ke seluruh dunia. Dan Allah SWT yang Maha Penyayang tidak akan membiarkan hal ini berterusan. Ketika manusia sedang teruk hanyut itulah diturunkan orang-Nya untuk memulihkan kemanusiaan yang telah hilang, dan mengembalikan semula manusia kepada Tuhan. 

Imam Mahdi adalah seorang pemimpin yang berjiwa tauhid kepada Allah SWT. Pemimpin yang sebenar sepatutnya adalah pemimpin yang paling bertakwa kepada Allah SWT berbanding dengan rakyatnya kerana melalui seorang pemimpin yang bertakwa sahajalah pertolongan Allah akan diturunkan secara terus kepada pemimpin berkenaan, seluruh negara dan seluruh rakyat yang berada di bawah pemerintahannya. Rakyat akan terasa benar betapa nikmatnya duduk bernaung di bawah seorang pemimpin yang amat bertakwa. 

Seorang pemimpin yang bertakwa juga akan menyebabkan seluruh rakyatnya berusaha mempertingkatkan taraf takwa masing-masing kepada Allah. Ini mudah difahami kerana mereka sudah mendapat contoh yang benar-benar dapat diikuti secara realiti, bukan semata-mata cakap cakap, kempen-kempen atau slogan-slogan sahaja. Perbandingan paling mudah ialah pada hari ini para pemimpinnya (di mana-mana jua di seluruh dunia) sibuk mencari dan mengumpulkan harta benda sebanyak-banyaknya, maka rakyat jelata juga kita lihat sibuk mencari dan mengumpul harta benda sebanyak-banyaknya. Itulah yang berlaku pada hari ini dan dapat kita saksikan di mana-mana pun dan pada bangsa mana pun. 

Seorang pemimpin yang bertakwa akan dimampukan membawa keamanan dan kesejahteraan kepada seluruh rakyatnya. Apabila sang pemimpinnya sendiri adalah orang yang paling baik akhlaknya, maka rakyatnya juga akan berusaha menjadikan diri mereka sebagai orang-orang yang bertakwa. Jika tidak pun mereka akan menjadi orang-orang yang soleh dari segi amalan dan akhlaknya. Paling-paling kurang pun mereka akan menjadi orang-orang Islam yang baik-baik akhlaknya dan tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada negara dan pemimpin yang memerintah mereka. Masalah sosial yang sedang kronik melanda seluruh negara dan rantau juga akan menjunam grafnya hingga ke taraf zero percent hanya dalam masa yang amat singkat. 

Ini semua boleh berlaku dan akan berlaku dikeranakan pemimpinnya adalah orang yang paling baik imannya, paling bertakwa kepada Allah dan paling baik akhlaknya. Maka pada ketika itu, Allah akan campakkan ke dalam hati setiap rakyatnya rasa malu untuk melakukan maksiat, biar pun hanya berseorang diri tanpa disaksikan oleh sesiapa pun. Semakin lama pemimpin yang bertakwa itu memerintah, semakin tebal rasa malu mereka untuk melakukan maksiat itu, yang sebelumnya selalu mereka buat tanpa sebarang rasa malu dan kesal, malah sesetengahnya amat bangga pula kerana dapat melakukannya. 

Selain itu, mereka juga akan dihantui rasa bersalah yang amat sangat jika mereka melakukan kesalahan atau maksiat atau penderhakaan. Pada hari ini, rakyat jelata melakukan kesalahan, dosa, maksiat, penderhakaan dan sebagainya tanpa rasa bersalah. Ada yang berasakan mereka wajib menentang pemerintah mereka secara terus terang, berterusan dan dengan cara yang sama zalim.

Kononnya mereka mahu menegakkan keadilan, tetapi mereka menggunakan cara yang zalim untuk menundukkan kezaliman. Maknanya kezaliman dihapuskan dengan cara yang zalim atau menggunakan kezaliman untuk menundukkan kezaliman. Apakah itu tuntutan Islam? Siapa yang pernah menggunakan cara itu pada zaman salaf dahulu? Mana ayat al-Qurannya atau hadisnya yang mereka gunakan untuk menghalalkan kaedah itu?
Setiap kali mereka melakukan kesalahan, hati mereka akan merasakan amat bersalah dan selalu dihantui oleh rasa bersalah itu. Semakin lama perbuatan salah dan dosa itu mereka biarkan tanpa bertaubat, akan semakin besar dirasakan kesalahan itu pada hati mereka sehingga mengganggu kerja-kerja harian mereka dan ketenteraman hati mereka. Akhirnya kesalahan yang satu itu akan dirasakan seperti gunung yang sentiasa berasa di atas kepala mereka yang boleh sahaja jatuh menghempap kepala mereka.  Itulah yang dimaksudkan oleh hadis yang menyebutkan demikian. 

3.    Banyak Perbalahan dan Gempa Bumi Dahsyat

  • Sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi akan muncul bersamaan dengan suasana dunia yang penuh dengan perbezaan pendapat (mengenai pelbagai perkara, termasuk mengenai kemunculan Imam Mahdi itu sendiri, hadisnya sahih atau tidak, benar-benar muncul atau tidak) dan digoncang dengan gempa bumi yang sangat dahsyat.”
(Imam Ahmad) 
  • Sayidina Ali KMW berkata, 
“Ujian yang menimpa ada empat jenis, ujian kegembiraan, ujian kesakitan, ujian harta benda, kemudian seorang lelaki datang yang berasal dari ahli keluarga Nabi SAW, dan Allah akan membaiki hubungan antara manusia melalui tangannya.” 
  • Dari Ali bin Ali al-Hilali RA berkata,
Aku masuk ke tempat Nabi SAW semasa baginda sedang sakit, sebelum baginda wafat dan mendapati Fatimah RA duduk di sisi kepalanya, sedang menangis. Rasulullah SAW membuka matanya dan bertanya, “Wahai Fatimah, kenapa engkau menangis?” Jawab Fatimah, “Aku takutkan kehilanganmu.” Lantas baginda SAW bersabda, “Tidakkah kamu tahu bahawa Allah yang Maha Besar dan Maha Pemurah melihat ke bumi sekali dan memilih bapamu dan mengutusnya dengan membawa agama-Nya. Kemudian Dia melihat sekali lagi ke bumi dan memilih suamimu dan mewahyukan kepadaku agar aku mengahwinkannya denganmu. Wahai Fatimah, kita adalah Ahlulbait dan Allah memberikan kepada kita tujuh kelebihan yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum ini. Dia mengutuskan aku dengan membawa kebenaran, di kalangan mereka adalah al-Mahdi untuk umat ini. Apabila dunia ini dipenuhi oleh pembunuhan dan penzaliman, bencana bertambah, jalan-jalan disekat, manusia menyerang satu sama lain, yang tua tidak menyayangi yang muda, yang muda tidak menghormati yang tua, (maka pada ketika itulah) Allah yang Maha Besar lagi Maha Pemurah, pada akhir zaman, akan menghantar kepada mereka seseorang yang akan menguraikan segala kekusutan dan membuka hati-hati yang telah termateri dan memperbaharui agama-Nya seperti yang aku lakukan pada awalnya. Dan dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan seperti sebelumnya yang dipenuhi dengan penindasan.” 
(Abu Nuaim) 
  • Sabda Nabi SAW,
“Aku membawakan berita gembira untuk kamu mengenai Al-Mahdi. Dia akan diutuskan ketika manusia sedang sangat menderita dan banyak berlaku gempa bumi.” 
  • Sabda Nabi SAW,
“Pada akhir zaman nanti, ada ujian-ujian berat daripada pemerintah kamu yang akan menimpa umatku, yang ujian itu dahsyatnya tidak pernah kamu saksikan sebelumnya. Bumi yang luas ini menjadi kecil pada mereka, dan bumi ini akan dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman, hinggakan orang-orang yang beriman tidak mempunyai seorang pun pembantu daripada bahayanya. Maka Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Perkasa akan menghantar seorang lelaki daripada ahli keluargaku yang akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan, seperti sebelumnya yang dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman. Seluruh penduduk langit dan bumi akan redha terhadapnya. Bumi ini tidak akan meinggalkan sedikit pun tumbuh-tumbuhan melainkan akan dikeluarkannya. Langit juga tidak akan meninggalkan sedikit pun hujannya melainkan diturunkannya selebat-lebatnya. Dan dia akan hidup di kalangan mereka selama tujuh, lapan atau sembilan tahun, sehingga yang hidup amat berharap orang-orang yang telah mati hidup semula untuk sama-sama menikmatinya. Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Perkasa akan menurunkan keberkatan kepada seluruh penduduk bumi pada ketika itu.” 

Ada beberapa peristiwa besar yang akan berlaku, sejurus sebelum Imam Mahdi muncul ke dunia ini. Dan tanda-tanda itu sebenarnya merupakan tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi ke dunia. Dan berdasarkan laporan berita di semua media pada hari ini, kita dapati semua tanda yang dimaksudkan oleh hadis itu sedang berlaku, satu demi satu, dan dari semasa ke semasa. Sehubungan itu, bolehlah pula kita katakan bahawa zaman ini sebenarnya adalah zaman Era Mahdi. Sekarang ini, kita hanya menantikan saat kemunculan manusia paling bertuah ini, di hadapan mata kita. Jika kita sempat bertemu dengannya, maka kita sebenarnya adalah orang-orang yang sangat beruntung kerana dapat bertemu dan menjadi pengikut kepada Imam Mahdi.

Oleh itu, marilah kita sama-sama membanyakkan berdoa kepada Allah SWT agar disegerakan-Nya kemunculan Imam Mahdi yang sangat dinanti-nantikan itu. Ingat, orang-orang Syiah juga banyak berdoa semoga Imam Mahdi mereka segera muncul, walhal kita tahu bahawa Imam Mahdi mereka itu sudah pasti tidak akan muncul selama-lamanya. Maka kita yang percaya dan yakin bahawa Imam Mahdi kita akan muncul, hendaklah sungguh-sungguh berdoa kepada Allah SWT agar Imam Mahdi itu segera muncul. 

Daripada empat buah hadis dan sebuah asar di atas, disebutkan sebanyak tujuh belas perkara yang akan berlaku, tidak lama sebelum Imam Mahdi muncul. Rasa-rasanya, sepanjang pengetahuan penulis, semua tujuh belas perkara yang disebutkan itu sudahpun berlaku, di negara kita dan di beberapa buah negara Islam lain. Kerana itu, penulis bertambah yakin akan kebenaran isi hadis-hadis ini, dan bertambah yakin pula bahawa Imam Mahdi itu akan benar-benar muncul.  

4.    Manusia Meninggalkan Tuhan

Kata Sayidina Ali KMW, 

“Sungguh, seorang lelaki daripada keturunanku akan datang ketika hampir kiamat nanti (yang 
pada ketika itu) hati orang yang beriman mati, seperti matinya jasad mereka akibat bala, kelaparan, pembunuhan, ujian yang berat, peperangan yang hebat, pupusnya sunnah, tersebarnya bidaah, susahnya mencari rezeki yang halal dan tersebarnya harta-harta haram. Maka melalui Al-Mahdi, Muhammad bin Abdullah, Allah akan menghidupkan semula sunnah yang telah mati, dan dia diredhai kerana keadilannya, manakala hati orang-orang yang beriman merahmatinya. Orang-orang Arab dan Parsi akan bersatu melaluinya, lalu dia memerintah selama beberapa tahun, lalu meninggal dunia.”

Ada dua sebab utama dan beberapa sebab sampingan yang menjadi punca manusia meninggalkan Tuhan. Sebab pertama ialah kerana pupusnya ulama hakiki, yang berjiwa tauhid, yang berhati sufi, yang berakhlak nabi, yang berakidah salafus saleh. Apabila golongan ini pupus, manusia akan mengikut orang-orang yang mengutamakan hawa nafsu dan dunia, kerana golongan inilah yang akan mula-mula menonjol setelah kepupusan golongan ulama hakiki. Akibatnya, manusia melupa dan meninggalkan Tuhan, dan mengikut golongan yang sesat itu. Golongan ulama yang ada, sungguhpun bilangannya cukup ramai, langsung tidak berupaya membawa hati manusia untuk mendekati Tuhan. Memanglah mustahil mereka dapat membawa hati manusia mendekat kepada Tuhan, sebab hati mereka sendiri pun amat jauh daripada Tuhan dan merasakan bertuhan. Allah SWT sendiri pun tidak mahu mendekati hati golongan ulama zahir ini, sebab hati mereka terlalu kotor, penuh penyakit dan amat keras. Sebab itu pertolongan terus daripada Allah tidak turun kepada manusia, kerana hatinya tidak ada kait-mengait langsung dengan Allah. 

Sebab kedua manusia meninggalkan Tuhan ialah kerana golongan pemerintah yang ada gagal menunjukkan jalan yang benar untuk manusia mengetahui, mengenali, mendekati, mencintai dan merindui Tuhan. Mereka takut jika manusia mencintai Tuhan, rakyat akan meninggalkan pemerintah dan meninggalkan dunia yang sia-sia. Jangkaan mereka ini amat silap, kerana apabila seseorang itu sudah mencintai Tuhan sepenuh hati, seluruh hidupnya akan ditumpukan kepada Allah semata-mata. Masalah jenayah tidak lagi berlaku, masalah sosial juga tidak berlaku, masalah ekonomi tidak timbul, pemerintah tidak pening kepala, pemerintah tidak sibuk-sibuk tak tentu hala, masyarakat jadi baik dan seterusnya. 

Apabila pemerintah sendiri gagal menunjukkan Tuhan kepada rakyatnya, maka mereka terpaksa menanggung terlalu banyak kesusahan, kepayahan, kesibukan, kepeningan dan bermacam macam ke…an lagi seperti yang dapat kita lihat dan saksikan pada hari ini. Semuanya ini berpunca daripada kegagalan pihak pemerintah membawa hati orang ramai kepada Tuhan mereka. 

Seperti yang disebutkan, apabila keadaan ini berlaku, Allah SWT akan menurunkan seorang kekasih-Nya yang amat terpilih di kalangan umat ini untuk membetulkan hati-hati manusia yang telah sangat rosak itu, sehingga akhirnya hati mereka menjadi satu kembali setelah sebelumnya sekian lama retak seribu. Tidak ada orang lain yang dinyatakan berupaya membetulkan hati manusia seluruhnya melainkan beliau seorang sahajalah yang diberikan kemampuan. Orang lain, walau sehebat manapun peribadinya, tetap tidak akan diberi keupayaan oleh Allah. Sebabnya, hati orang itu sendiri pun amat jauh daripada Allah dan pada satu-satu zaman, hanya seorang sahaja yang Allah wakilkan untuk mentadbir bumi ini seluruhnya. Hanya orang Allah sahaja yang akan Allah bantu dalam urusan pemerintahannya. Yang bukan orang Allah, tidak sekali-kali akan diberikan bantuan oleh Allah. 

5.    Yang Haram Dihalalkan

Kata sahabat RA,  

“Al-Mahdi tidak akan muncul sebelum berlakunya suatu masa di mana semua perkara yang haram dianggap halal. Kemudian dia diserahi jawatan Khalifah, sedangkan ketika itu dia sedang berada di rumah. Dan dia adalah sebaik-baik penduduk bumi (pada ketika itu).” 

Sudah jelas berlaku, tepat seperti yang disebutkan, iaitu satu lagi tanda akan muncul Imam Mahdi ialah apabila yang haram dianggap halal. Apabila yang haram dianggap halal, maka yang halal pula akan dianggap haram. Itu sudah menjadi suatu tabii kehidupan beragama. Setiap yang halal itu jelas hukumnya, dan setiap yang haram juga jelas hukumnya. Tidak perlu takwil-takwil lagi. Hanya yang syubhat sahaja yang perlu berhati-hati kerana ditakuti menjadi haram atau sebenarnya merupakan sesuatu yang haram. 

Namun, rupa-rupanya perkara yang sudah tetap dan jelas hukumnya haram pun, pada akhir zaman ini, dapat dihalalkan juga. Bagaimana perkara yang sebesar ini boleh bertukar hukumnya? Tidakkah itu suatu perkara yang amat pelik dan melawan arus? Sungguhpun perkara ini amat besar dan amat sukar berlaku, rupa-rupanya pada akhir zaman ini semuanya boleh berlaku. Perkara yang sudah muktamad hukumnya, dapat dihalalkan juga. Dan seperti yang kita ketahui sehingga kini, sudah ada beberapa perkara yang sebelumnya dihukumkan haram kerana hukum asalnya haram, sudah dapat dihalalkan. Dan lebih ganjil lagi, perkara yang hukum asalnya halal dan muktamad halalnya, hari ini sudah dapat diharamkan dan ditukar hukumnya kepada haram. 

 Sebenarnya, tanda-tanda ini apabila berlaku, menunjukkan sudah amat dekat dengan masa keluarnya Imam Mahdi ke dunia ini. Dan tidak syak lagilah, bahawa inilah zamannya dan inilah masanya untuk beliau menzahirkan dirinya ke tengah-tengah masyarakat Islam. Seterusnya beliau akan memimpin seluruh manusia kepada jalan yang benar dan tepat mengikut sunnah Rasulullah SAW. 

Hujung asar ini menyebutkan bahawa Imam Mahdi adalah sebaik-baik manusia yang ada di atas bumi ini pada ketika itu. Penyataan ini sekali gus menguatkan lagi maksud hadis Rasulullah SAW yang menyebutkan demikian. Penyataan yang berulang-ulang ini menyatakan bahawa Imam Mahdi tidak syak lagi adalah orang pilihan Allah SWT untuk kita yang hidup pada akhir zaman ini. 

6.    Pemerintahan Kuku Besi (Diktator)

Daripada Huzaifah RA katanya, telah bersabda Nabi SAW, 

“Berlindunglah kamu semua daripada raja-raja yang bersifat kuku besi. Kenapa mereka membunuh dan membuatkan orang-orang yang beriman merasa takut sedangkan mereka telah mentaatinya? Dan para mukmin ini telah disakiti dengan lidah dan ditanggung sahaja oleh hati mereka. Apabila Allah berkehendak mengembalikan semula Islam, Dia akan memusnahkan setiap pemerintah yang zalim. Dia amat berkuasa melakukan apa sahaja dan mampu pula mengubah sesuatu bangsa selepas kejatuhannya. Wahai Huzaifah, kalaulah tidak tinggal umur dunia melainkan sehari sahaja, Allah pasti akan memanjangkan hari itu sehingga seorang lelaki dari ahli keluargaku naik memerintah dan Malhamatul Uzma berlaku semasa pemerintahannya, dan agama Islam akan tersebar luas. Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya dan hisab-Nya amat cepat.” 

Daripada hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah RA ini, beberapa perkara penting dapat kita ambil pemgajaran dan penghayatan daripadanya, antaranya: 

  1. Berlindung daripada pemerintah yang bersifat kuku besi. Elakkan diri daripada tinggal di kawasan yang paling dekat dengan  tempat tinggal pemerintah. Ini kerana ditakuti kita akan terkena apa-apa kesusahan daripadanya. Jika dirasakan selamat, bolehlah tinggal di kawasan mana pun.
     
  2. Berlindung juga bermaksud jangan menghampiri mana-mana pemerintah dengan harapan akan terselamat daripada gangguan dan kezalimannya.
     
  3. Berlindung diri juga bermaksud jangan bersubahat dengan mana-mana pemerintah dalam urusan pentadbiran yang dijalankannya. Kelak kita akan turut bersubahat dengan pemerintah itu.
     
  4. Berlindung diri juga bermaksud tidak peduli apa-apa yang dilakukannya, jika apa yang dibuatnya itu zalim pada sisi agama. Biarlah dia dengan kezaliman yang dilakukannya, jangan pula kita tumpang sama berlaku zalim dengan cara memburuk-burukkannya di khalayak rakyat ramai, yang sebelum ini tidak tahu-menahu akan hal itu pernah dan telah dilakukan oleh pemerintah mereka. Perbuatan sebegini adalah juga suatu perbuatan zalim iaitu berdosa kerana membuka rahsia seseorang di hadapan orang lain. Bolehkah sesuatu perbuatan zalim itu dapat dibetulkan dengan cara berlaku zalim? Jika pemerintah berbuat zalim, dapat kita terima kerana sifatnya sebagai pemerintah memang terdedah kepada berbuat zalim. Kita pula berbuat zalim sedangkan kita bukan pemerintah yang mudah berbuat zalim.
     
  5. Antara kezaliman yang paling berat pada sisi Allah yang dilakukan oleh pemerintah diktator ialah membunuh orang-orang yang beriman. Menyeksa orang-orang beriman juga adalah dosa yang amat besar.
     
  6. Sifat orang mukmin itu ialah mentaati perintah pemerintah mereka, selagi perintah itu tidak sampai menyuruh mereka berlaku zalim atau maksiat atau menderhakai Tuhan atau meninggalkan syariat yang fardhu. Jika perintah yang diberi itu berbentuk duniawi, maka wajiblah ditaati sama ada dia suka atau tidak, berfaedah atau tidak. Semakin taat seseorang itu kepada perintah pihak pemerintah, bermakna semakin kuatlah imannya kepada Allah. Sebab sifat seorang mukmin itu adalah taatkan setiap perintah yang diterimanya dari tiga pihak iaitu Allah, Rasulullah SAW dan Ulil Amri. Semuanya mesti dijalankan secara serentak.
     
  7. Satu lagi sifat orang mukmin ialah mereka selalu disakiti hatinya dengan lidah oleh pihak pemerintah, sedangkan mereka hanya menanggungnya jauh di dalam lubuk hati sahaja, tanpa melawan. Mereka menganggap perlakuan pihak-pihak berkenaan adalah sebagai satu kifarah terhadap dosa-dosa mereka dan jemaah mereka, atau sebagai penapis untuk menapis ahli-ahli jemaahnya yang istiqamah dengan perjuangan, atau sebagai peninggi darjat mereka pada sisi Tuhan, atau sebagai pembuktian sahih bahawa jemaah mereka adalah jemaah yang mendukung kebenaran pada zaman itu. Jemaah yang tidak selalu diuji bermakna mereka bukan jemaah yang mendukung kebenaran pada zaman itu.
     
  8. Pemerintah yang zalim tidak boleh dijatuhkan oleh kita, walau apa pun caranya. Perbuatan menjatuhkan pemerintah yang zalim adalah perbuatan zalim. Islam tidak boleh ditegakkan dengan cara yang zalim, kerana Islam itu bersih dan selamat. Islam hanya boleh ditegakkan dengan cara yang bersih dan aman. Pemerintah yang zalim hanya boleh dijatuhkan oleh Allah sendiri, kerana Dia yang menaikkan seseorang sebagai pemerintah, dan Dia jugalah yang lebih berhak menurunkan seseorang itu dari tampuk pemerintahan. Ingat, semakin zalim seseorang itu memerintah dan semakin banyak kezaliman yang dilakukannya, semakin cepat dia dijatuhkan oleh Allah. Oleh itu, biarkan sahajalah Si Luncai terjun dengan labu-labunya, jangan sampai kita pun sama-sama terjun setelah melihat Si Luncai itu terjun ke dalam air. 

7.    Amalan Agama Sangat Berkurangan

Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bersabda,  
“Sesungguhnya kamu (wahai para sahabat, berada) pada masa orang yang (jika dia) meninggalkan satu persepuluh dari apa yang diperintahkan-Nya, nescaya binasalah dia. Kemudian akan datang suatu masa orang yang beramal satu persepuluh dari apa yang diperintahkan-Nya, nescaya akan selamatlah dia.”
(At-Tarmizi) 

Sabda Nabi SAW,  

“Sesiapa yang berpegang (teguh) dengan sunnahku ketika umatku sedang rosak, baginya seratus pahala syahid.” 
(Muslim) 

Secara umumnya pada akhir zaman ini, hampir seluruh umat Islam sangat jauh daripada pengamalan sebenar Islam, sehingga untuk mencari orang atau jemaah yang dapat menghidupkan sepersepuluh daripada keseluruhan ajaran Islam ini pun amatlah susah. Kalau ada sesebuah jemaah yang berjaya menegakkan ajaran Islam dalam jemaahnya sehingga sepersepuluh, maka jemaah itu dikira sebagai jemaah tajdid untuk zamannya. Sudah pasti jemaah ini akan menerima tekanan yang maha hebat dan dahsyat daripada banyak pihak seperti pemerintah, ulama semasa, jemaah lain yang tidak berjaya, orang ramai, orang-orang kafir, para munafik dan orang-orang fasik. 

Pernah dilaporkan bahawa umat Islam yang mengerjakan sembahyang tidak sampai pun sepuluh peratus daripada keseluruhan jumlah mereka. Perangkaan ini amatlah menyedihkan kerana sembahyang itu adalah suatu fardhu yang tidak boleh tidak mesti dilaksanakan. Jika sembahyang yang sebegitu penting pun, tidak sampai sepuluh peratus yang mengerjakannya, maka apa lagilah syariat syariat yang lain. Lebih-lebih ramai lagi yang tidak pernah membuatnya sepanjang hidup mereka. 

Berdasarkan perangkaan ini sahaja kita sudah dapat melihat bahawa apa yang disabdakan oleh Nabi SAW itu amatlah benar, tidak dapat disangkal lagi. Oleh kerana amat berat untuk melaksanakan Islam ketika umat Islam sendiri sedang amat rosak, maka Nabi SAW menjanjikan bahawa sesiapa yang sanggup dan mampu melaksanakan sunnah baginda SAW pada masa itu, akan diberi pahala sebanyak seratus kali syahid. Ini ada benarnya kerana orang yang syahid itu hanya menanggung kesusahan sekali dan sekejap sahaja sebelum dia syahid. Musuh yang perlu dihadapinya pula hanya seorang atau dua orang sahaja. Selepas itu dia syahid. Maka dapatlah dia syahid dan pahala syahid. Para mukmin akhir zaman terpaksa menanggung kesusahan dalam hidup berkali-kali dan berpanjangan pula masa menanggungnya, iaitu hingga ke akhir hayat mereka. Dan mereka pula hidup dikelilingi oleh jahiliyah yang amat tebal dan terlalu ramai. 

8.    Pemimpin Jahat Akan Binasa

Kata tabiin RH,  

“Al-Mahdi tidak akan muncul sebelum para pembesar yang sombong binasa (semuanya).” 

Ucapan tabiin ini menjelaskan lagi konsep bahawa pemerintah yang zalim tidak boleh dijatuhkan oleh kita. Mereka hanya boleh dijatuhkan oleh Allah SWT sahaja. Oleh kerana mereka naik dengan izin Allah, maka jatuhnya juga adalah dengan izin-Nya jua. Apa kuasa yang ada pada kita untuk menjatuhkan seseorang daripada kepemimpinan yang sedang dipegangnya? Tidakkah semuanya itu adalah kerja Allah? Apa hak kita untuk mengambil alih kerja Tuhan? Siapa kita untuk menentukan si anu sebagai pemimpin dan si anu perlu kita jatuhkan daripada tampuknya? 

Imam Mahdi akan naik memerintah selepas semua diktator dijatuhkan oleh Allah daripada pemerintahan mereka, sehingga apabila Imam Mahdi naik memerintah kelak, dunia ini sudah bersih keseluruhannya daripada sistem Barat yang lapuk dek hujan itu berkat Imam Mahdi. Pemerintah bertaraf diktator juga sudah dijatuhkan. Maka sistem Islam yang sebenarlah yang akan mengambil alih, dengan kuasa pemerintahan akan berada di dalam genggaman Imam Mahdi yang sangat dinanti nantikan itu, Imam yang sangat soleh itu. 

9.    Runtuhnya Pemerintahan Bani Abbas

Kata tabiin RH,  

“Keadilan dan kemakmuran akan sentiasa wujud selagi pemerintahan Bani Abbas tidak runtuh. Kemudian (setelah runtuhnya pemerintahan Bani Abbas) dunia ini dipenuhi oleh bencana sehingga al-Mahdi tampil memegang tampuk pemerintahan.” 

Ucapan tabiin ini sebenarnya tidaklah bermaksud mahu mengangkat keluarga Bani Abbasiah yang sedang memerintah dunia Islam pada masa itu. Beliau tidak ada niat langsung mahu memuji pemerintahan Bani Abbas, atau mahu mengambil sesuatu keuntungan daripada ucapannya itu, seperti yang banyak disalah tafsir oleh para sarjana dan pengkaji sejarah zaman moden ini. 

Memang seperti yang kita tahu, pemerintahan Bani Abbas tidaklah adil sangat, banyak kelemahan dalam pemerintahan dan pentadbirannya dan pelbagai macam lagi. Tetapi keadilan dari segi kebebasan mengamalkan tasawuf dan kesufian amatlah jelas. Hari ini, hal itu sangat disekat dan amat ditakuti. Kemakmuran hidup dan keberkatan juga amat nyata pada zaman pemerintahan Bani Abbas dahulu. 

Apabila kerajaan Bani Abbas dijatuhkan oleh pasukan Hulago dari Mongol itu, bencana mula menimpa dunia Islam. Selepas itu, kelemahan umat Islam semakin nyata, terutamanya dari segi pentadbiran dan pemerintahan. Dari segi keilmuan dan penciptaan juga semakin tumpul, akibat tumpulnya rohaniah mereka dengan Tuhan. Kuasa Islam semakin merosot, walaupun Kerajaan Osmaniah mampu mempertahankannya seketika waktu. Kemuncak kekuasaan Kerajaan Osmaniah hanya seketika iaitu sewaktu Sultan Muhammad II Al-Fateh bin Sultan Murad II memerintah, dan sewaktu beliau berjaya menawan Kota Kostantinopel, lalu menukar namanya kepada Istanbul dan dijadikan ibu kota pemerintahan Kerajaan Osmaniah. 

Pada masa yang sama, Eropah Barat semakin menyerlah kuasanya, baru bangkit dari tidurnya yang terlalu panjang, dan baru terbuka fikirannya daripada selimut mitos yang amat tebal dan pengaruh gereja yang amat mencengkam. Apabila Eropah Barat terjaga, maka bermulalah bencana dan fitnah terhadap Islam secara menyeluruh. Walaupun Kerajaan Osmaniah berjaya menawan sebahagian besar Eropah Timur, negara-negara bangsa yang ditawannya itu sedikit demi sedikit berjaya juga membebaskan dirinya, sehingga akhirnya semuanya bebas menjelang Perang Dunia Pertama. Sungguhpun Turki tewas, Eropah Barat tetap juga bangun dan mengamuk ke serata dunia. 

Dan pada masa yang sama, seluruh negara Islam sudah pun berada dalam cengkaman kuasa kuasa Barat yang sedang naik bintangnya itu. Antara kuasa besar Barat yang dimaksudkan itu ialah Inggeris dan Sepanyol. Kedua-dua negara ini mempunyai jajahan takluk yang cukup luas. Selain mereka, Jerman, Belanda dan Itali juga adalah dua buah  lagi kuasa yang berjaya mencorakkan dunia. Amerika Syarikat pula mengambil alih peranan semua kuasa Barat itu selepas Perang Dunia Kedua. Sejak itu hinggalah kini, seluruh dunia tunduk dan mengikut apa sahaja dari Barat yang pada ketika ini menjadi tuan bagi seluruh dunia. 

Dan paling nyata, Islamlah yang menjadi mangsa paling teruk menerima bencana. Berdasarkan rentetan sejarah ini, sangatlah benar ucapan tabiin itu tadi. Dan seperti yang dinyatakannya juga, selepas bencana yang ditanggung oleh umat Islam ini beberapa lama, maka Imam Mahdi akan segera muncul lalu mengambil alih tampuk pemerintahan dunia, menggantikan seluruh kuasa Barat dan sistem-sistemnya sekali. Ketika itu, yang zahir dan menonjol adalah Islam, seperti pada hari ini yang menonjol adalah Barat dan sistem Barat.

10.    Terlalu Ramai Pembohong

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,  

“Hari kiamat tidak akan datang sehingga muncul para pendusta iaitu dajjal-dajjal, hampir hampir seramai tiga puluh orang, setiap mereka mengaku bahawa dia adalah utusan Allah.”
 (At-Tarimzi) 

Dari Sauban RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,  

“Hari kiamat tidak akan datang sehingga kabilah-kabilah dari umatku mengikut orang-orang musyrik dan sehingga mereka menyembah berhala dan akan ada di kalangan umatku tiga puluh pembohong. Setiap mereka mendakwa bahawa dirinya adalah nabi, dan aku adalah akhir para nabi, tidak ada nabi lagi sesudahku.”
(At-Tarmizi) 

Angka tiga puluh seperti yang disebutkan itu adalah orang-orang yang besar namanya, besar pengaruhnya dan besar pula ancamannya terhadap umat Islam. Yang lain-lain itu kecil pengaruhnya dan kurang terkenal namanya. Sebab itu sepanjang sejarah umat Islam, telah berlalu lebih dari tiga puluh nama orang yang mengaku dirinya sebagai nabi. Mereka inilah dajjal-dajjal kecil, iaitu utusan utusan dajjal sebelum Dajjal yang sebenar memunculkan dirinya. 

Umat Islam juga akan mengikut orang-orang Barat (musyrik) baik dari segi sistemnya, politiknya, budaya, bahasa, pemikirannya, malah agamanya. Barat yang dimaksudkan ialah orang-orang Kristian kerana orang Kristian lebih dominan daripada orang Yahudi dari segi kekuatan dan bilangannya. Itulah maksud yang disebutkan sebagai menyembah berhala, kerana orang-orang Kristian menyembah salib mereka. Orang Yahudi tidak menyembah sesuatu, walaupun hanukkah diletakkan di dalam kuil mereka. Orang Yahudi semasa sembahyang, menghantukkan kepada ke dinding pagar Masjidil Aqsa sahaja, sebagai tanda sujud. 

Dalam keadaan demikianlah, Imam Mahdi akan muncul sebagai pembela Islam. Beliau akan menghapuskan semua bentuk bidaah dan khurafat, termasuk khurafat-khurafat moden iaitu sistem sistem Barat yang sedang umat Islam amalkan dalam kehidupan mereka. Maka jadilah mereka sebagai umat yang satu dan bersatu; bersatu dalam semua segi. Imam Mahdilah pemimpin sejati mereka, selain daripada Syuaib bin Saleh at-Tamimi. 

11.    Ingkarkan Allah

Dari Matar Al-Warrak berkata, 

“Al-Mahdi tidak akan muncul sehinggalah orang-orang kafir ingkarkan Allah secara terbuka.” 

Ucapan daripada Matar al-Warrak ini menjelaskan lagi perkara yang disebutkan di atas tadi. Hari ini manusia sudah begitu berani menyatakan bahawa mereka tidak percaya kepada Tuhan. Komunis berkata bahawa Tuhan itu ibarat candu, mesti dihapuskan dari dalam hati manusia. Naturalist mendakwa alam ini terjadi sendiri, tidak ada kuasa lain di sebalik kejadian alam ini. Saintis menyatakan alam ini berlaku secara evolusi dan berperingkat-peringkat, sambil menafikan wujudnya alam ghaib. 

Semua pihak di atas menafikan adanya Tuhan secara terbuka. Selain mereka, umat Islam juga melakukan dosa dan maksiat secara terbuka, tanpa malu dan takutkan Allah lagi. Itu juga adalah maksud ingkarkan Allah secara terbuka, iaitu seolah-olah tidak merasakan bertuhan di dalam hati kecilnya. Kadang-kadang mereka menentang hukum Allah secara terbuka melalui kenyataan kenyataan yang jelas difahami maksud tentangannya. 

Maksud kafir itu, selain dari orang-orang yang bukan beragama Islam, adalah juga orang-orang Islam yang melakukan dosa, atau disebut orang Islam yang kufur. Maka apabila ini berlaku, itulah tanda bahawa Imam Mahdi akan segera muncul untuk membersihkan manusia daripada balutan dosa yang cukup tebal membelit hati mereka. Yakinlah kita bahawa hal ini akan segera berlaku, tidak lama lagi. 

12.    Bangsa Eropah Menguasai Seluruh Dunia 

Dari Mustaurid Al-Qurasyi RA berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,

“Kiamat akan tiba (setelah) bangsa Rom membentuk sebahagian besar dari umat.” Amru bertanya kepadanya, “Benarkah ucapanmu itu?” Jawabnya, “Aku mengucapkan apa yang aku dengar daripada Rasulullah SAW,” dan lagi sabdanya, “Kalau kamu menyebutkan demikian, sungguh mereka telah memiliki empat keadaan. Pertama, mereka mempunyai kesabaran dalam menempuh cubaan. Kedua, segera membaiki diri untuk pulih selepas kesusahan. Ketiga, menyerang balas selepas peperangan pertama. Dan keempat, mereka bersikap baik terhadap janda-janda, anak-anak yatim, dan yang lemah. Dan yang kelimanya ialah mereka bersikap baik dan mendiamkan diri sahaja terhadap penindasan oleh raja-raja.” 

Hadis ini menjelaskan ciri-ciri bangsa Eropah sehingga mereka berjaya menegakkan tamadun mereka sendiri dan seterusnya berjaya menakluk seluruh dunia. Hadis ini juga menjelaskan bahawa bangsa Eropah akan bangun menguasai dunia, iaitu setelah umat Islam dan kekuasaan mereka semakin lemah. Maka yang sebenarnya berlaku, bukan kerana orang-orang Barat itu kuat, tetapi sebetulnya umat Islam sendiri yang lemah. Maka antara dua keadaan, Islam kalah kerana mereka terlalu lemah, sedangkan lawannya Kristian juga sebenarnya lemah.  

Umat Islam kalah dan terhina kerana mereka meninggalkan Tuhan sehingga akhirnya Tuhan membiarkan mereka dikalahkan oleh pihak musuh. Ramai yang beranggapan bahawa Barat itu kuat, sedangkan sebenarnya Barat itu sendiri amatlah lemahnya. Umat Islam terbiar kerana Allah tidak menurunkan bantuan-Nya kepada mereka, sebab mereka membiarkan Allah. Bagaimana Allah akan membantu mereka sedangkan mereka sendiri tidak mahu menghampirkan diri kepada Allah dan tidak pun meminta bantuan-Nya melalui orang-Nya? 

Hari ini umat Islam yang pernah menjadi tuan suatu masa dahulu, terpaksa mengemis nasib pada bangsa Yahudi dan penganut Kristian untuk mendapatkan makanan dan bantuan. Umat Islam kalah dan hancur lebur pada hari ini, dikerjakan oleh musuh-musuh Islam itu. Tidak cukup dengan menerima sistem Barat sebagai sistem umat Islam, seluruh masjid dan umat Islam sendiri pun hendak di-Kristiankan sama. Dan pada tahap ini, kejayaan Kristian dan Yahudi dengan kekalahan umat Islam sempurnalah sudah. Hakikat ini tidak boleh kita nafikan lagi. 

Kita kini sudah 700 tahun menerima kekalahan, sama lamanya dengan tempoh kemenangan Islam iaitu 700 tahun yang pertama. Kemenangan kita ke atas seluruh dunia sudah disebutkan oleh Rasulullah SAW dan benar-benar terjadi. Kekalahan kita kepada Kristian dan Yahudi juga sudah benar-benar terjadi seperti yang disebutkan oleh baginda SAW. Maka abad ini adalah abad penentu, sama ada kita akan bangkit semula atau akan terus kalah. Jika kita berjaya, kita akan bangkit semula menjadi penguasa di bumi dan tuan yang memegang tampuk pemerintahan, ekonomi, pendidikan, perhubungan dan sebagainya. 

Cukuplah apa yang telah dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Kristian itu terhadap kita umat Islam selama ini, dan cukuplah tempoh untuk mereka memegang tampuk pemerintahan dunia ini. Walau hanya beberapa tahun mereka memerintah dunia ini, sudah terlalu banyak kerosakan yang telah mereka lakukan, dan banyak pihak yang terlalu menderita akibat perbuatan mereka yang bermaharajalela itu. Maka kini giliran mereka pulalah yang menerima balasan terhadap kekejaman dan penindasan yang telah mereka lakukan, suatu balasan daripada Tuhan sendiri. Sekarang pun, mereka secara beransur-ansur sedang menerima pembalasan yang setimpal terhadap perbuatan jahat mereka itu. 

Ingatlah bahawa Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran: 

Mereka (orang-orang kafir) berhasrat untuk memadamkan cahaya Allah dengan mulut  mulut mereka, sedangkan Allah pula akan menyempurnakan cahaya agama)-Nya sekalipun amat dibenci oleh orang-orang kafir itu. 
(An-Nahl : 125) 

Dendam orang-orang Yahudi dan Kristian itu sudah dinyatakan juga oleh Allah di dalam al-Quran dengan firman-Nya: 

Dan tidak sekali-kali redha kepadamu oleh Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut cara agama mereka.
(Al-Baqarah : 119) 

Sesuai dengan dua buah firman Allah itu, yakinlah kita bahawa apa yang baginda SAW sebutkan sudah benar-benar berlaku. Yahudi dan Kristian sudah berjaya mengatasi kita, menundukkan kita dan memaksa kita mengikut cara mereka dalam segenap urusan kehidupan kita. Kita sehingga kini masih tidak mampu membebaskan diri kita, keluarga kita, masyarakat kita, negara kita dan seluruh dunia Islam daripada cengkaman Barat yang kukuh itu. Kita kian lemas dalam dunia kita sendiri, dibiarkan lemas oleh Allah SWT (kerana kita membiarkan Allah dan orang-orang-Nya) dan dibiarkan juga lemas oleh musuh zahir kita itu. Dan sehingga ke hari ini, masih tidakkah lagi kita terfikir untuk membela diri? Masih mahukah kita terus-menerus menjadi pengikut setia dan penyambung kepada sistem Yahudi dan Kristian yang tidak pernah mahu tunduk kepada Allah itu? 

Ingatlah, kita amat memerlukan seseorang yang cukup gagah jiwanya, tinggi takwanya, kuat rohaninya untuk meruntuhkan tembok dan dinding tebal sistem Yahudi dan Kristian itu. Orang itulah yang akan menebus kembali kekalahan umat Islam dahulu, membina kembali tamadun Islam yang tinggal kenangan dan membina semula identiti kita yang telah hilang lenyap ditelan oleh identiti Barat. Orang itulah yang akan menghidupkan semula semangat jihad yang telah lama ditembak mati oleh Barat itu, menyebabkan umat Islam kembali bangun menyerahkan jiwa raganya demi menebus iman, takwa, maruah dan tamadun yang telah lama terkubur itu.

13.  Dunia Dipenuhi dengan Penindasan

Sayidina Ali bin Abi talib KMW berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, 

“Jika cuma tinggal sehari sahaja sebelum kiamat tiba, nescaya Allah pasti akan mengutuskan seorang lelaki dari kaum keluargaku yang akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan, seperti sebelumnya bumi ini dipenuhi dengan penindasan.” 

Sudah menjadi kelaziman umat manusia sejak anak-anak Nabi Adam AS lagi, terutamanya pada hari ini, apabila merasakan dirinya kuat dia akan menindas pihak yang dirasakan lemah. Pada hari ini keadaan itu amatlah ketara walau di mana sekali pun kita berada. Orang-orang yang diberi kuasa akan menindas rakyat jelata dan orang-orang jahat akan menguasai orang ramai. Orang kaya selalu menindas orang-orang yang kurang berada dengan pelbagai cara dan bentuk, daripada yang sekasar-kasarnya hinggalah kepada yang selembut-lembutnya. Yang miskin sesama miskin juga saling tindas-menindas. Yang kaya dengan yang kaya juga turut menindas antara sesama mereka. Pendeknya, tindas-menindas sentiasa berlaku di mana-mana sahaja, tidak kira siapa dan bagaimana. 

Yang ada ilmu agama juga menindas sesama umat Islam. Yang pandai, cerdik dan pintar akan menindas yang bodoh dan tidak berilmu. Yang sesama pintar pun saling telan-menelan. Yang bodoh dengan yang bodoh juga selalu berlaku tipu-menipu dan makan-memakan antara sesama mereka. Sesiapa yang terpilih mendapat kuasa pemerintahan di sesebuah negara, pasti lambat laun akan berlaku zalim juga, dan pasti akan menindas pihak-pihak yang menentangnya, biar apa pun matlamat perjuangannya atau fahaman politiknya. Yang kuat dengan yang kuat juga saling berbenturan, apatah lagilah antara yang kuat dengan yang lemah. 

Dalam keadaan yang sering berlaku tindas-menindas inilah Allah SWT akan mengutuskan Imam Mahdi, dari kalangan Ahlulbait untuk membetulkan kemanusiaan yang telah terlalu rosak itu. Tugas Imam Mahdi ini amatlah besar untuk dipikulnya, tetapi beliau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah dalam setiap urusannya, sehingga perkara yang besar pun dapat diselesaikannya dengan amat mudah pula.

Panglima Awang - First Man to Sail Around The World

Pejuang Melayu buktikan bumi bulat selepas terbabit dalam pelayaran bersama Ferdinand de Magellan dari Barat ke Timur

“MASYARAKAT kita terlalu mengagungkan Barat; kita memandang hebat pelayar asing seperti Vasco de Gama, Christopher Columbus dan Ferdinand de Magellan sehingga melupakan sejarah siapa Panglima Awang.”

“Kita lupa Panglima Awang adalah manusia pertama mengelilingi dunia. Beliau adalah bangsa pertama membuktikan Bumi adalah bulat, bukannya Barat,” kata penulis yang juga pakar motivasi, Dr HM Tuah Iskandar mengenai peristiwa besar bangsa Melayu itu yang kini mulai hilang dari lembaran sejarah negara ini.

Suasana hening di pejabatnya di Bandar Manjalara, Kuala Lumpur seolah-olah menggambarkan kesayuan yang terdetik di jiwanya tatkala mengenangkan sejarah Panglima Awang. Ada nada kesal dalam intonasi suaranya ketika menceritakan mengenai pahlawan Melayu itu. 

Walaupun Panglima Awang pernah menobatkan martabat bangsa di persada dunia, anak-anak kecil hari ini sudah tidak mengenali jasa mahupun siapa lelaki itu.

Jasa Panglima Awang bukan kecil. Lelaki Melayu itu membuktikan tanggapan bahawa bumi leper adalah salah. Beliau sebaliknya membuktikan bumi itu bulat dan menghubungkan Timur dengan Barat. 

“Sejarah besar itu bermula ketika Portugis berjaya menakluk Melaka pada 1511,” sambung Dr Tuah seterusnya memulakan kisah seorang pahlawan Melayu digelar Panglima Awang atau Enrique dalam menyumbang sesuatu kepada peradaban dunia, sebuah sejarah yang jarang diketahui ramai termasuk bangsa Melayu sendiri.

Tewas dalam usahanya menentang Portugis yang cuba menjajah tanah airnya iaitu Melaka, anak muda digelar Panglima Awang dan ratusan lelaki Melaka akhirnya ditawan dan disumbat ke dalam kapal besar milik bangsa Barat itu.

Rakan-rakan lain ramai yang terkorban ketika membela tanah watan, betapa gagah dan meluapnya semangat mengusir penjajah, akhirnya Panglima Awang dan rakan-rakannya tewas dengan kelengkapan senjata senapang dan meriam Portugis. 

Dalam kesayuan mengenangkan hilangnya tanah air tercinta akibat dijajah, pemuda Melaka dirantai tangan dan kaki mereka serta dikurung di dalam kapal besar itu. Bagaimanapun Panglima Awang diasingkan kurungannya daripada pemuda Melaka lain. 

Kehebatan dan keperkasaannya menyebabkan Wizurai Portugis, Alfonso de Albuquerque menetapkan bahawa Panglima Awang adalah tawanan peribadinya sekali gus hamba kepada dirinya seorang.

Selepas beberapa lama, sauh diangkat dan kapal itu mula belayar membelah lautan meninggalkan bumi Melaka menuju ke benua asing bersama tawanan dan hasil rampasan perang. Kapal itu singgah di Goa dan sebahagian tawanan dijual sebagai hamba di hentian itu. Seterusnya pelayaran diteruskan menuju Lisbon, ibu negara Portugal.

Pelayaran jauh yang memakan masa lama akhirnya merapatkan hubungan antara kapten kapal, Ferdinand de Maggellan dengan Panglima Awang. Betapa lelaki Portugis itu amat tertarik dengan perwatakan pemuda Melaka itu sehingga Panglima Awang diberi keistimewaan dengan dilepaskan dari kurungan manakala rantai di kaki dan tangannya dibuka. Panglima Awang diarah menjadi kuli di atas kapal sepanjang pelayaran dengan syarat pemuda itu tidak memberontak.

Ketika itu jugalah Ferdinand menukarkan nama Melayu Panglima Awang kepada ‘Enrique’, bagi mengelakkan wujudnya diskriminasi kaum dan agama antara masyarakat Portugis dan kelasi kapal lain dengan pemuda Melaka itu.

Setiba di Lisbon, Ferdinand memastikan Panglima Awang terus bersamanya. Persahabatan yang semakin erat menyebabkan kapten itu mengutuskan surat kepada Alfonso memohon lelaki Melayu itu ‘dijual’ kepadanya.

Keizinan diperoleh dan bermulalah hidup Panglima Awang di tanah asing yang jauh berbeza budaya dan bentuk muka bumi berbanding Melaka. Panglima Awang ditugaskan mengusahakan ladang epal di belakang rumah lelaki Portugis itu.

Peribadi mulia dan kegigihan ditunjukkan Panglima Awang semakin membuahkan kepercayaan dan rasa hormat di hati Ferdinand malah turut menarik hati adik lelaki asing itu iaitu Miriam. Hari yang terus berlalu mengeratkan hubungan hati antara dua bangsa itu malah Ferdinand turut merestui hubungan cinta berkenaan.

Sejarah mengelilingi dunia bermula apabila Ferdinand melarikan diri ke Sepanyol bersama Panglima Awang angkara fitnah pihak tertentu yang memusuhinya. Kehebatan, kemahiran dan pengalaman luas selaku pelayar menyebabkan Raja Portugal menghargai Ferdinand tetapi ia turut membenihkan hasad dengki di kalangan musuh yang akhirnya memfitnah kapten kapal itu.

Bagaimanapun, pelarian Ferdinand dan Panglima Awang ke Sepanyol diterima baik ketua negara itu, Raja Charles I, lantaran reputasi Ferdinand selaku pelayar hebat Portugal sememangnya dikenali dan dikagumi orang Sepanyol.

Di Sepanyol, kemahiran dan pengalaman luas Ferdinand selaku pelayar dimanfaatkan apabila Raja Charles I mengarahkan lelaki Portugis itu belayar mencari tanah dan harta kepada Kerajaan Sepanyol.

Beberapa tahun diperuntukkan untuk membuat persediaan sehingga beberapa kapal berjaya dibina untuk ekspedisi itu dengan kapal terbesar dinamakan ‘Victoria’. 

Cadangan pelayaran Sepanyol itu akhirnya sampai ke pengetahuan pemimpin tertinggi Kristian seluruh dunia ketika itu iaitu Pope di Rom. Pope mensyaratkan jika Sepanyol ingin belayar, mereka tidak boleh lagi menghala ke Timur kerana ia sudah diperuntukkan kepada Portugis. Sebaliknya Sepanyol perlu belayar ke Barat.

Tindakan itu menimbulkan kekhuatiran di kalangan ramai kelasi kerana pelayaran ke Barat masih belum banyak diterokai. Akibatnya, tanpa kelasi, Ferdinand terpaksa mengambil banduan sebagai anak kapal dengan tawaran kebebasan dan kemewahan jika mereka mengikuti pelayaran itu. Selain Panglima Awang, seorang lagi orang kanan Ferdinand adalah Sebastian del Cano dan pencatat pelayaran, Pigafetta.

Pada 1519, kapal besar itu berangkat meninggalkan pelabuhan Seville menuju ke horizon Barat. Pelayaran itu amat sukar berikutan anak kapal tidak berpengalaman malah ada jatuh sakit dan mati. Ramai memberontak dan meminta berpatah balik.

Bagaimanapun penentangan dan konflik yang tidak kunjung padam sepanjang pelayaran sedikit terlerai apabila pelayaran menemui daratan di Barat, kapal itu sudah menjejaki benua baru di Amerika Selatan, setahun kemudian. Pelayaran itu turut menemui Selat Magallaes yang dinamakan sempena nama Ferdinand.

Tidak puas dengan penemuan dunia baru itu, Ferdinand ingin meneruskan pelayaran ke Barat sehingga konflik kembali tercetus di kalangan kelasi. Tanggapan bahawa bumi adalah leper menyebabkan mereka khuatir pelayaran terus ke Barat menyebabkan mereka terjatuh ke bawah dunia.

Walaupun menerima tentangan, Ferdinand meneruskan perjalanan dengan sokongan Panglima Awang. Pelayaran yang memasuki Lautan Pasifik kali itu semakin mencetuskan pelbagai masalah. Beberapa kapal hilang malah krisis bekalan makanan yang meruncing menyebabkan kelasi terpaksa memburu tikus dan lipas sebagai makanan.

Penderitaan di kelilingi lautan akhirnya berakhir apabila pada pertengahan 1521, tilikan Panglima Awang menerusi teropong terlihat sesuatu seperti pohon kelapa dari kejauhan. Berita itu disampaikan dan disambut gembira anak kapal bahawa penderitaan mereka berakhir. Mereka tiba di Pulau Mazzava, Cebu, Filipina.

Berlabuh di situ, Panglima Awang merasakan telahannya yang pelayaran berterusan mereka ke Barat sudah menemui dunia Timur adalah benar apabila mendapati pertuturan penduduk pulau itu menyamai Bahasa Melayu. Jauh di sudut hati, dirasakan negeri tanah tumpah darahnya iaitu Melaka semakin hampir.

Kepastian Panglima Awang dan Ferdinand mengenai bumi adalah bulat dan pelayaran mereka ke Barat sudah tembus ke Timur disampaikan kepada anak buah dan disambut gembira. Bagaimanapun satu kesilapan dilakukan.

Kegembiraan kelasi menyebabkan mereka melepaskan bedilan meriam kononnya sebagai keraian tetapi tindakan itu menyebabkan pemerintah Cebu, Raja Hamabun menyangka kehadiran kapal asing itu adalah untuk berperang dan mereka memulakan serangan.

Dalam pertempuran itu, Ferdinand dan ramai anak kapal terbunuh malah kapal Sepanyol itu dihancurkan sehingga tinggal sebuah kapal saja iaitu Victoria yang sempat meloloskan diri. Berikutan Panglima Awang berbangsa asing, Sabastian dipilih selaku kapten tetapi dia tidak memiliki semangat dan pengalaman luas menyebabkan tugas mengemudi pelayaran dilakukan mengikut arahan Panglima Awang.

Pandangan Panglima Awang bahawa mereka sudah hampir dengan Melaka ternyata benar apabila melintasi tanah Semenanjung. Tetapi disebabkan khuatir diserang Portugis yang menguasai Melaka lantaran Sepanyol adalah seteru Portugal, kapal itu tidak singgah di tanah kelahiran Panglima Awang.

Tambahan pula mereka sudah ‘melanggar’ perintah Pope dengan memasuki kawasan pelayaran orang Portugis menyebabkan mereka menukarkan bendera Sepanyol kepada bendera Portugis sebagai penyamaran dan meneruskan perjalanan pulang ke Sepanyol.

Pelayaran diteruskan dan berakhir apabila mereka tiba kembali di Sepanyol. Di hadapan Raja Charles I, mereka menghadap mempersembahkan cerita besar pelayaran mereka ke Barat sehingga pulang dari arah Timur.

Bagaimanapun raja itu kecewa kerana bukan bukti besar itu yang dimahukannya, raja itu kepingin harta dan tanah jajahan baru menerusi pelayaran itu.

Memandangkan Panglima Awang berbangsa asing, pengiktirafan sejarah itu diberikan kepada Ferdinand walaupun Panglima Awang adalah orang yang bertanggungjawab menyelesaikan ekspedisi mengelilingi bumi buat julung kalinya selepas Ferdinand gagal dan mati di Cebu. 

Pengiktirafan itu turut menenggelamkan nama ‘Melayu’ selaku bangsa pertama yang mengelilingi bumi seterusnya jasa Panglima Awang turut tidak diketahui ramai termasuk bangsa Melayu.

“Mengikut catatan novel sejarah Harun Aminurrashid, Panglima Awang akhirnya kembali semula ke Melaka selepas bertahun berada di tanah asing,” kata Dr Tuah menamatkan kisah perjalanan wira Melayu yang tidak didendang itu. 

FAKTA Panglima Awang

Asal usul Panglima Awang sebelum ditawan Portugis masih kekal misteri malah nama sebenarnya dalam Melayu masih tidak diketahui.

‘Panglima Awang’ hanyalah gelaran diberikan Harun Aminurrasid dalam catatannya mengenai sejarah lelaki itu. Selain ‘Panglima Awang’, tokoh pahlawan Melayu itu turut dikenali sebagai ‘Enrique’, ‘Henry The Black’, ‘Henrich’, ‘Ariberto’, ‘Espinosa’ dan pelbagai lagi mengikut sebutan sesuatu bangsa.

Walaupun nama Panglima Awang tidak tercatat dalam manuskrip sejarah Melayu, namanya tercatat dalam catatan sejarah pelbagai bangsa asing. Antaranya catatan Itali menyebutnya sebagai ‘seorang lelaki dari Melaka’ selain catatan Figafetta mengenai pelayaran itu sekali gus membuktikan kewujudan tokoh itu.

Bagaimanapun ada juga ahli Barat yang cuba menutup sejarah kejayaan bangsa Melayu dengan menafikan kewujudan Panglima Awang.

PROFIL

Nama sebenar: Tidak diketahui
Gelaran: Panglima Awang, Enrique, Henry The Black, Henrich, Ariberto, Espinosa.
Asal: Melaka (lahir sekitar zaman kejatuhan Melaka)
Bangsa: Melayu
Sumbangan: Manusia pertama mengelilingi dunia dan membuktikan Bumi adalah bulat.

Oleh Nasron Sira Rahim

BUTA BAHASA ATAU TAK RETI BAHASA???

ALAHAI WONG…… BUTA BAHASA ATAU TAK RETI BAHASA

Contributed by unclejarum on Wednesday, February 25 @ 21:17:01 MYT 

Topic: RENCANA

Mulanya ADUN Canning dari DAP,  Wong Kah Woh tidak faham bahasa kerana merujukkan Dr Zambry dan 6 Exco BN Perak kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak yang dipengerusikan oleh V. Sivakumar, Speaker DUN Perak untuk diambil tindakan.

 

Kesannya adalah penggantungan selama 18 bulan dan 12 bulan terhadap mereka yang terbabit.

 

Setelah berjaya dengan misi pertamanya Wong Kah Woh sekali lagi kurang faham bahasa apabila mengaitkan laman web Mykmu.net dengan kes hasutan bagi artikel yang mengaitkan Sivakumar.

 

 

Wong Kah Woh bukan Melayu…. mungkin tidak mahir berbahasa Melayu tetapi Wong tidak merujuk orang yang benar-benar memahami maksud artikel berkenaan.

 

Wong disokong Azhar Saud, Ketua Penerangan PAS Perak, seorang Melayu yang juga buta bahasa  Mungkin Melayu ini tidak faham, disalahfahamkan atau sefahaman dengan Wong yang sering sahaja mencari isu-isu untuk diperbesarkan.

 

Uncle petik sedikit kandungan artikel berkenaan yang dijadikan asas membuat tuduhan tersebut:

 

“Jika zaman dahulu orang seperti Sivakumar ini sudah lama dibunuh oleh Laksamana Melayu. 

 

Hari ini orang Melayu sudah menjadi bacul-sebaculnya. Tidak pernah dalam sejarah Melayu pembesar Melayu mengangkat sembah kepada bukan Melayu, hari ini sudah berlaku di DUN Perak dan Selangor

Pada hemat patik pacal yang hina, sudah tiba masanya Tuanku menintahkan hukuman buang negeri ke atas sekumpulan bukan Melayu yang merasakan mereka sekarang raja di Perak. Jangan terus berdiam diri, patik khuatir suatu hari nanti nasi sudah menjadi bubur, tragedi Kuala Sepetang berulang lagi.”

 

Adakah Wong faham perkataan JIKA….dan….. ZAMAN DAHULU….?

 

Adakah Melayu yang berketayap itu (Azhar Saud) faham perkataan tersebut?

 

Atau sengaja buat-buat tak faham…buat-buat lupa untuk faham maksud ayat tersebut kerana ingin menimbulkan kekecohan?

 

Tidak semestinya apabila terdapat perkataan BUNUH sudah boleh dijadikan bahan untuk membuat tuduhan lalu terburu-buru ke Balai Polis membuat laporan.

 

Wong dan Azhar……

 

Nampaknya sekarang sudah menjadi satu trend, satu budaya, satu penyelesaian…apa sahaja yang mendatangkan tidak puas hati… cerita dimahkamah, perkara yang tidak benar-benar faham..terus buat laporan di Balai Polis.

 

Kalau beginilah gayanya…eloklah Wong Kah Woh letak jawatan. 

 

Wong belum layak lagi mewakili rakyat di Dewan Undangan.

 

Datang berjumpa Uncle untuk belajar memahami secukupnya susunan tatabahasa dalam Bahasa Malaysia tambah-tambah lagi untuk memahami artikel berkenaan.  

 

Peluang belajar bahasa ini Uncle buka juga kepada Melayu yang berketayap tu. Tak usahlah bersandarkan Islam bila berhujah membela Sivakumar dalam hal-hal  seperti ini.

 

Kalau waktu mengangkat sumpah Wong boleh memakai songkok… kenalah faham juga bahasa orang-orang yang bersongkok….BAHASA MALAYSIA….. jangan hentam keromo, bahasa kasarnya MAIN BELASAH, MAIN BALUN….. perkara yang kecil jadi terlalu besar pula pada Wong Kah Woh.

 

Kalau betul boleh juga Uncle terima…tetapi….sekali ini Wong mengarut.

 

Mengapa….? Sebab BUTA BAHASA atau TAK RETI BAHASA.

 

Pakar Bahasa mungkin bersetuju dengan Uncle dalam hal ini.

 

Perkataan dan ayat yang digunakan dalam artikel tersebut hanya memberikan contoh bagaimana orang seperti Sivakumar akan dilayan pada suatu ketika dahulu, bukan sepatutnya yang Sivakumar terima pada zaman ini.

 

Sivakumar boleh dikira beruntung kerana perbuatan dilakukannya di Negeri Perak. Andaikata dia di Thailand….keadaan mungkin berbeza.

 

Cuba perhatikan bagaimana rakyat Thailand mengadap Raja mereka. Tidak mengira siapa mereka, apa kedudukan mereka…rakyat Thailand terpaksa mengesot (kalau kurang faham makna mengesot…perkataan mudahnya ialah MERANGKAK) didepan raja mereka.

 

Bukan bertujuan untuk menghina Perlembagaan Thailand tetapi itulah cara mereka

 

Rakyat Australia, Harry Nicolaides ditahan semata-mata kerana menulis perkataan yang menghina Raja Thailand.

 

Malaysia hari ini BUKAN Melaka, Langkasuka, Majapahit, Temasik atau negeri-negeri zaman feudal dulu. Malaysia juga bukan lagi Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya. Malaysia kini adalah negara bertamadun. Ada sistem perundangan dan peradaban yang diterima dunia.

 

Jadi Wong Kah Woh….ADUN Canning dan sahabat Melayunya yang berketayap tu….jangan terlalu emosional, jangan terburu-buru, duduk dulu elok-elok…ambil artikel berkenaan….teliti betul-betul perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, cerita demi cerita…..baru boleh buat keputusan.

 

Jangan baca sekali imbas terus berkejar membuat laporan polis. Itu perbuatan orang BODOH.

 

Azhar Saud tu sia-sia sahaja bergelar Ketua Penerangan Parti.. maksud ayat yang begitu terang tak juga dia nampak. 

 

Patutlah penyokong-penyokong pun KABUR…mat saleh kata “ BLUR”. Kononnya dialah PEJUANG ISLAM SEJATI.

 

Semua orang tau tak ada agama yang menggalakkan penganutnya berbunuhan sesama sendiri. Dari dulu lagi orang dah tau.

 

Jangan sempitkan fikiran kerana Politik. Berpolitik dalam keadaan kelam-kabut akan menimbulkan huru-hara tanpa sebab. Tak ada alasan konkrit.  Berpolitik biarlah dengan sikap RASIONAL. Jangan berpolitik untuk kepentingan peribadi kerana politik adalah ruang dan peluang untuk membawa kebaikan kepada masyarakat keseluruhan.

 

Jika terlalu kerap diganggu-gugat dengan isu yang bukan-bukan bila pula masanya rakyat dapat merasakan suasana aman dan damai. Banyak masa akan terbuang kerana menangani  perkara yang tak berfaedah hasil pemikiran kolot begitu.

 

Nota: Cuba-cubalah cari dan baca artikel Kronologi Krisis Politik Perak yang Uncle rasa ditulis oleh salah seorang  senior dalam Kerajaan PR Perak. Bukan apa-apa, cuba teliti gaya tulisan dan tatabahasa penulis tersebut.

 

Sedikit petikan dari tulisan tersebut:

 

“HARAP SEMUA PENYOKONG PR/BN DAPAT MEMBACA HINGGA HABIS UTK MENDAPAT GAMBARAN SEBENAR DI ISTANA 

KRISIS PERLEMBAGAAN NEGERI PERAK 

 

Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan kerana lama meninggalkan saudara tanpa kemaskini halaman ini. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d”etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009. 

 

Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang. “

Wassalam.

 

 

source: mykmu.net

PR-’Penipu Rakyat’

Saya agak terkejut. Dalam masa beberapa minggu sahaja, tiga pilihanraya kecil akan diadakan. 2 darinya akan diadakan pada 7hb April 2009 iaitu untuk Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau. Ermmm…nampaknya begitulah senario politik negara sekarang. Sedar atau tidak, kemelut politik sedang melanda negara kita akibat dari keputusan PRU12 yang lalu. Pokoknya, apakah ketidakstabilan politik ini berpunca dari kekuatan Pakatan Rakyat atau lemahnya Barisan Nasional?
Kalau kita lihat dari sudut statistik keputusan PRU12 yang lalu, BN kehilangan 5+1 negeri dan pihak PR memenangi majoriti yang tidaklah sekuat mana, kecuali Kelantan. Kelantan menang dengan majoriti selesa akibat “sumbangan” kempen “manager” yang hebat berslogan “18, Pade Doh!”. Setelah 11 bulan dengan pelbagai sketsa seperti “16 September”, “we have the numbers..” dan sebagainya, budaya lompat melompat parti menjadi satu perbualan hangat dikalangan ahli-ahli politik sama ada di peringkat parlimen atau di peringkat “kedai kopi”.
Dimulakan dengan satu lompatan oleh YB Nasa dari DUN Bota Perak bertukar menyertai PKR, maka bermulalah episod lompat melompat ini. YB Naza diterima meriah oleh PR dan gegak gempita bekas MB Nizar waktu itu memuji lompatan YB Nasa itu. “Inilah demokrasi..!”katanya. Namun, bekas MB tersebut tidak tahu bahawa lompatan itu ialah lompatan berbisa yang di”acah-acah”kan kepadanya. 11 Hari kemudian, maka lompatlah kembali YB Nasa ke pangkuan BN bersama 3 lagi ADUN yang melompat dari PR menjadi ADUN bebas (exco pulak tu..). Tapi, oleh kerana 2 ADUN tersebut terbabit dengan skandal rasuah, maka belum lagilah diterima keahliannya menyertai BN meskipun kedua-duanya memihak kepada BN. Maka, majoriti kini beralih tangan secara konstroversi dan Nizar enggan meletak jawatan walaupun dititah oleh Baginda Sultan untuk berbuat demikian. Nizar memohon DERHAKA pada DYMM Sultan Perak! Penyokong PR seluruh negara mengecam dan mengutuk DYMM Sultan di laman-laman blog dan portal. Karpal lantang ingin mendakwa DYMM Sultan Perak. Maka gegak gempitalah arena politik Malaysia sekali lagi. Laporan Polis setiap hari dilakukan. Nizar mendakwa Zamry sebagai MB haram, dia yang halal. Nizar enggan sama sekali menerima hakikat bahawa dia bukan lagi MB Perak sebenar, malah “Camry” milik Kerajaan Negeri Perak pun enggan diserahkan. Begitulah kemelut di Perak.
Di Bukit Selambau lain pula ceritanya, si ADUN pula membuat angkara yang membuat diri sendiri yang sengsara. Pening kepala dengan tekanan. Memorandum diserahkan oleh 500 penduduk DUNnya yang menyatakan ADUN mereka itu tidak bermoral dan memalukan. Maka si ADUN pun “hilang”, kononnya “hilang” ke “Chennai”. Tiba-tiba MB Kedah terima surat perletakan jawatan. Petangnya letak jawatan sebagai Exco, malamnya pula sebagai ADUN Bukit Selambau. Kemudian, V. Arumugam memberi alasan tertekan dan rasa dirinya di”anak tiri”kan oleh pihak Kerajaan PAS Kedah. Hairan, kemaruk dengan kuasa, ADUN yang sebegini pun tidak disiasat terlebih dahulu sebelum dilantik untuk menjadi ADUN PR, diberikan jawatan Exco pulak tu? Nampak sangat PAS cuba mengambil hati pengundi bangsa India, padahal PAS sendiri tidak kenal dengan India yang sebenar. Jika PAS kenal, mengapa di angkat India itu menjadi Exco? Tidakkah Ust. Azizan tahu bahawa masyarakat India lebih suka tidak berwakil di dalam kerajaan berbanding berwakilkan India yang tidak bermoral? India dan agamanya begitu mementingkan moral dalam kehidupan mereka selama ini. Malangnya, Ust. Azizan begitu “celik” dengan melantik seorang India yang sebegitu menjadi wakil masyarakat India di Kedah. “Buat malu kaum india jaaaa..!” kata kawan saya, Velu Krishnandasamy. 

Dan terkini. Kes Eliz Wong, yang meletak jawatan sebagai ADUN Bukit Lanjan, Selangor. Sebuah lagi bukit! Kali ini dengan kes gambar bogel/separa bogel. Khabarnya gambarnya sedang tidur. Entahlah. Saya sendiri tidak melihat gambar tersebut. Kalau ada pun, tak ingin saya melihatnya (dosa rasanya melihat gambar sedemikian..hehehehhe). Maka satu lagi DUN menjadi rebutan. “Kasihan “amoi” ni…di aniaya. Alaaaa…kita pun kalau tidur, selalu terselak sana sini kain pelikat atau baju kelawar tu…”. “Pasai apa la nak pi dedah gambaq tidoq amoi tu? tu kerja nak naya orang la tu…”. “Ini mesti kerja orang BN ni…!!!”. Begitulah tanggapan umum tentang kes yang menyebabkan Eliz Wong dari PKR ni letak jawatan. Tapi yang pastinya bekas “boyfriend”nya bukan dari BN…tapi dari PKR sendiri! Apa ni? PKR aniaya PKR ke??? Hehehhehhe…

Begitulah kerenah ADUN dan pemimpin dari Pakatan Rakyat. Caca Merba. Haru dibuatnya! Belum sampai setahun, macam-macam gelagat “depa” ni. Itu pun bukan main! Sebelum PRU12, “depa” ni la yang dok kata depa la yang “the best!”. Depa la “hero rakyat”, “pembela rakyat”, “suara rakyat” dan macam-macam “rakyat” lagi. Yang terkini pula Al-Jub (gelaran yang diberi oleh Mat Sabu kepada “nya” pada 1978/82) mendakwa “mahkamah rakyat” pulak! Padahal tak ada pun dalam dunia yang bertamadun sekarang ini dengan perkara “mahkamah rakyat” (lain la zaman tak bertamadun dulu…). Yang pastinya PR semakin memperlihatkan kebodohan dan penipuannya sehari-hari! Itulah yang semua rakyat nampak sekarang, kecuali yang potong 18 pun dok sebut..PAS…PKR…DAP…..hehehhehhehe…memang taksub depa ni…kalau tanya tak ngaku pulak! Retorik semata-mata!!!
Wallahua’alam…
p/s: Depa lupa nak sebut…”PR…Penipu Rakyat! Pembohong Rakyat! Perosak Rakyat! Pemfitnah Rakyat! Pendusta Rakyat!!!” hehehehhehe….yang pastinya rakyat dah celik la bro!

 

 
 

Bangsa Melayu yang bertopeng Melayu !

Sayang! Adakah generasi Melayu bakal tinggal sejarah? Kini, anak Melayu sendiri malu hendak menyanjung bangsanya di celah-celah komuniti yang mengamalkan cara hidup bebas, mewah, moden dan “open minded”. 

Identiti Melayu sudah tenggelam di dasar kehidupan ala kebaratan, fahaman agama yang kian bercelaru disogok dengan ideologi-ideologi barat. 

Cara berfikir? Mereka melabelkan diri sebagai “PEJUANG KEBEBASAN”. Mereka berkehendakkan satu kehidupan yang bebas tanpa kongkongan peraturan yang tegas, serba-serbi bebas. Bebas melakukan apa sahaja demi memenuhi tuntutan nafsu, malah ada yang menginginkan kebebasan dari hukum Islam, wallahualam.

Orang Melayu sekarang “HEBAT”. Sesetengahnya angkuh mengecam hak dan kelebihan Bumiputra dan bangsa sendiri yang telah dipertahankan sejak dari zaman kemerdekaan. Mereka memanipulasi isu hak keistimewaan Bumiputra dengan meletakkan kerajaan sebagai pengamal satu jenis penindasan kaum yang tidak dideritai oleh puak lain walau sedikitpun. Inilah dia “KEJAHILAN” yang mampu membentuk satu generasi yang kufur nikmat apabila dikawal oleh rasa tamak dan haloba.

UMNO, PAS dan PKR adalah tiga parti politik negara. Tiga parti beridentitikan Melayu yang sekiranya bersatu, tidak ada satu kuasa dalam dunia ini pun yang mampu menggugat maruah serta hak bangsa dan agama. Malah kaum Bumiputra bukan Melayu juga turut bersinar terang di bawah kilauan keagungan BANGSA Melayu, mengatasi kaum-kaum lain yang hebat di zaman ini. Cahaya inilah yang orang Melayu sudah tiada. Penghalangnya adalah orang Melayu itu sendiri.

Keinginan Melayu PAS dan PKR berpisah dan membentuk landasan masing-masing dengan niat untuk merebut peluang menjadi kumpulan yang berkuasa sekaligus menjadi pemerintah menjadi penyebab kepada terlerainya ikatan perpaduan di kalangan bangsa Melayu sendiri.. Dalam keadaan seperti ini, sudah pastilah fitnah, maki-hamun, memburuk-buruk di kalangan sendiri menjadi satu lumrah yang biasa disajikan kepada masyarakat kita kini.

Pakatan Rakyat yang digerakkan melalui dua pertubuhan Melayu (PAS/PKR) ini sedikit sebanyak tunduk kepada tuntutan dan kemahuan DAP. Apakah sebabnya mereka sanggup bersuara senada dengan mereka dalam pelbagai pertikaian terutama dalam perkara yang membabitkan hak bangsa bumiputra dan agama sedangkan selama ini tidak merugikan kaum lain sedikitpun? DAP mahu sesuatu yang mutlak dan kuasa politik adalah satu-satunya perkara yang mereka tidak dapat kuasai sehingga kini. Dengan perancangan menguasai politik, bermakna mereka akan dapat mempengaruhi kerajaan dan mencorakkan dasar pemerintahan yang sesuai berdasarkan kesesuaian naluri dan citarasa mereka. Tiada larangan agama dan tiada roh Islam dalam pentadbiran. Itulah kebebasan ala kafiruun.

Kepada orang Melayu Pakatan Rakyat, tidak perlu membohongi diri sendiri menunjukkan kesediaan dan kesanggupan untuk mengorbankan segala yang dipertahankan kerajaan semata-mata untuk mendapat satu kepimpinan baru yang belum tentu lagi dapat menjamin kesejahteraan dan kepentingan kaum Melayu dan bumiputra sendiri. Orang Melayu tidak akan mampu bersaing dengan kaum Cina dalam pelbagai bidang yang majoritinya dimonopoli oleh GOLONGAN mereka. Di manakah keAdilan bagi bangsa Melayu jika pemimpin mereka sendiri mengutamakan hak samarata kaum secara membabi buta seumpama “mencurahkan garam ke air laut”?.

Ramai orang Melayu kesian melihat UMNO sekarang ini, kesian kerana UMNO terpaksa berhadapan seorang diri menangkis dari setiap penjuru depan belakang, kiri kanan, atas bawah isu perkauman yang di lontarkan oleh pembangkang dan disambut pula oleh parti komponen dalam BN. Pemimpin-pemimpin UMNO terpaksa berhadapan tanpa henti-henti isu perkauman yang terpaksa di pertahankan demi masa depan “survival” orang-orang Melayu, bukan hanya untuk orang Melayu dalam UMNO malah keseluruhan orang Melayu di mukabumi ini, kestabilan orang Melayu bermakna stabil lah negara, apabila stabil negara maka ekonomi akan bercambah, apabila ekonomi bercambah sejahteralah bangsa lain seperti Cina dan India serta bangsa-bangsa lain di Malaysia ini.

Dalam masa ini juga UMNO dengan sedaya-upaya mengembalikan kesedaran kepada kaum bangsa Melayu supaya berdiri teguh untuk menegakkan bangsa Melayu serta perjuangan bangsa kerana pada masa ini ada Melayu yang telah diekploitasi pemikirannya sanggup menidakkan bahawa BAHASA Melayu yang melambangkan BANGSA Melayu yang MERDEKA sehingga menjadikan negara ini dinamakan ‘MALAY’sia telah menjadi bahan pertikaian oleh orang Melayu sendiri tanpa menyedari bahawa mereka inilah juga berBAHASA Melayu dan berBANGSA Melayu tetapi bercakap seolah-olah mereka ini bukan lagi anak bangsa ‘MALAY’sia. Inilah matlamat kaum Cina terutama DAP untuk memesongkan identiti seseorang Melayu yang disokong pula oleh Melayu PKR dan juga PAS. 

Permainan politik orang Melayu kini “HEBAT” dan nampak lebih licik di dalam memberi laluan kepada DAP dan segala undi kaum Melayu berpindah kepada DAP melalui PKR dan PAS. Seronok mereka walaupun BN menerima kekalahan dibeberapa negeri yang bermajoriti berbangsa Melayu. Majoriti Melayu mungkin sedih, tetapi ada Melayu bersedih dalam gembira tanpa menyedari sumbangan mereka dalam mengorak langkah menghancur bangsa Melayu sendiri. Wajah dan air muka jetahuna Melayu akhirnya ditempiaskan kepada UMNO. Maka paksi UMNO disalahkan bagi semua perkara seolah-olah gagal mempertahankan Melayu. Bagaimana pula dengan Melayu di dalam PAS dan PKR yang ahli mereka juga ramai yang berbangsa Melayu, tetapi mengapa pula mereka tidak mahu mempertahankan hak dan bangsa Melayu? Tidak pula mereka ini Melayu-Kristian, tetapi Melayu-Islam. 

Yang diterima adalah kutukan dan penghinaan kepada bangsa sendiri setiap hari terhadap perjuangan UMNO sehinggakan bahasa, bangsa, agama dan negara menjadi pertaruhan seolah “hilang hari ini, esok akan kembali” semula. Amat mudah dan ringkasnya generasi Melayu hari ini dalam memperjuangkan anak bangsanya untuk kemudian hari. 

UMNO terpaksa membakar diri untuk memerangi Melayu lain yang telah dicemari dan keseluruhan bangsa-bangsa lain, inilah nasib UMNO dalam keadaan lemah longlai umpama pokok yang condong dan kura-kura cuba memanjat, inilah sedang berlaku. MCA mula dengan isu perkauman, PPP mula dengan isu ISA apatah lagi pembangkang dikalangan Melayu sendiri yang akan menahan jala malah pukat tunda pun digunakan tak cukup dengan itu racun tuba digunakan di air sedang keruh untuk mendapat untung dengan senyum puas.

Istilah Ketuanan Melayu dibesarkan kerana istilah ketuanan Melayu seumpama Melayu ini tuan kepada bangsa lain atau kuli atau hamba, itulah di niatkan oleh mereka untuk mendapat sokongan bangsa lain, sepatutnya Istilah Hak Keistimewaan Orang Melayu disebut tetapi istilah itu agak lembut dan bersopan, UMNO mempertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu itu semestinya perjuangan UMNO, inilah yang dikesan dan di cium oleh ANWAR dan menggunakan platform dalam Pakatan Rakyat untuk mencari kelemahan UMNO dalam memecahbelahkan pemikiran bangsa Melayu secara langsung dan tidak langsung seumpama menerima agenda Malaysia Malaysian, Malaysia Baru, Harapan Baru. 

Dalam keadaan Melayu didalam kem Pakatan Rakyat (orang Melayu yang membunuh bangsanya sendiri) itulah pembangkang mencari kelemahan dan melontarkan satu demi satu yang akan menarik minat UMNO untuk melatah dan melenting dan akhirnya dilihat oleh bangsa Cina dan India bahawa Melayu UMNO bangsa yang rasist apabila berusaha menangkis serangan demi serangan yang dilontarkan di dalam isu bahasa, bangsa, agama dan negara. 

Kebijaksanaan pemimpin UMNO perlu diasah kembali, muhasabah diri perlu kerana keadaan kini sokongan Cina dan India terhadap BN dan UMNO mula berkurangan, Isu Istilah Ketuanan Melayu perlu diubah kepada Hak Keistimewaan Orang Melayu, demi bangsa Melayu keseluruhannya UMNO kena berhati-hati tetapi berani dan tegas.

Meniti sejarah Tunku Abdul Rahman pernah berpendapat masyarakat Cina lebih mengutamakan faktor ekonomi sementara masyarakat Melayu lebih mengutamakan politik. Namun pendapat Tunku Abdul Rahman tidak lagi relevan dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Semakin ramai bijak pandai Cina yang ingin menjadi teraju negara dan hanya boleh dicapai melalui proses politik. DAP merupakan parti pembangkang sejak ditubuhkan semenjak 1966 lagi. Ramai penganalisis berpendapat apa yang tidak dapat diperjuangkan oleh bangsa Cina didalam kerajaan akan diperjuangkan dari luar, DAP. Jadi mereka saling lengkap melengkapi. Yang ruginya Melayu tidak kira UMNO, PAS dan PKR. Inilah resepi kejayaan DAP disamping faktor-faktor yang lain. 

Semenjak zaman penjajahan British di mana bangsa Cina berperanan menjayakan Rancangan Brigg bagi menempatkan penduduk Cina di tepi hutan dan luar bandar ke kampung-kampung baru. Kebanyakan kampung-kampung baru ini telah bertukar menjadi bandar dan mempunyai kepentingan ekonomi dan politik yang penting di Malaysia. Antaranya ialah Kulai, Segamat, Kluang, Raub, Kajang, Bidor, Petaling Jaya, Serdang, Sungai Besidan lain-lain. Boleh dikatakan semua majoriti penduduk bandar-bandar di Malaysia adalah kaum Cina. Kebudayaan mereka amat ketara sekali apabila melalui kawasan bandar sehinggakan setiap bandar dapat dikatakan sebagai ‘Chinatown’. 

Dalam keadaan pemerintahan atau politik di monopoli oleh Melayu, ekonomi di monopoli oleh Cina pun Melayu tak merasa untuk menjadi eksekutif di syarikat-syarikat Cina yang dikuasai oleh Cina secara total. Apakah nasib anak cucu, cicit piat piut generasi Melayu di masa mendatang? 

Tidak sedarkah bangsa Melayu PERLU untuk bersatu kembali, perpaduan Melayu demi masa depan anak bangsa, menolak jauh idologi politik sempit yang dimainkan oleh DAP, PKR dan PAS dan mengutamakan perpaduan agar bangsa lain hormat kembali kepada bangsa Melayu. Melayu kini tersepit dalam isu bangsanya sendiri, UMNO memang sudah dikenali sebagai parti yang memperjuang orang Melayu kini dilontarkan isu yang sama dan di dalam mempertahankan hak bangsa Melayu dengan di perhatikan oleh bangsa Cina dan India dan begitu juga Melayu PKR dan PAS untuk sama-sama menjadi cuma pemerhati kepada kejatuhan Melayu.

Sedar atau masih lalaikah orang Melayu keseluruhannya? Mampukah orang Melayu menghadapi keadaan ini? Mampukah anak bangsa Melayu di masa hadapan menghadapi hidup tanpa Hak Keistimewaan Melayu?

Marilah, bersatu elakkan sebarang kemungkinan yang akan menjadi titik permulaan ke arah azab keaiban kaum Melayu dan bumiputra. Jangan sekali-kali kita menjadi pendorong untuk kaum dan bangsa lain menginjak-injak maruah dan mertabat kita demi secebis kenikmatan yang hanya akan membawa kepada penderitaan anak cucu kita kelak. 

Bantulah kerajaan yang dipilih dan diketuai oleh orang Melayu mempertahankan maruah Melayu. Ingatlah, bersatu Melayu teguh bercerai Melayu roboh. Tiada esok bagi Melayu dan tiada hari ini bagi Melayu jika keistimewaan kuasa politik bangsa Melayu terlepas dari gengaman. Ingatlah wahai semua bangsa Melayu. 

Suara Politik

 
 

sumber:Mykmu.net

 

Contributed by belantan on Saturday, February 21 @ 09:30:17 MYT

DOSA yang Lebih HEBAT dari ZINA

DOSA yang Lebih HEBAT dari ZINA??
Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam duka cita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”. Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala dia berkata,
“Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”
“Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s terkejut.
“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik.
“Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun terpatah bercerita,
“Saya ……telah berzina.”
Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan,
“Dari perzinaan itu saya pun……lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya……. Cekik lehernya sampai……tewas”, ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.
Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang dia mengherdik perempuan tersebut.
“Nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!”…teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terhantuk-hantuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tidak tahu mahu dibawa ke mana lagi kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?
Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
“Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertobat dari dosanya?
Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat.
“Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina Dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
“Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”
” Ada !” jawab Jibril dengan tegas.
“Dosa apakah itu?” tanya Musa kian penasaran.
(”Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.)

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.
Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti mereka seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur’an, membunuh 70 nabi Dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, Kemudian dia mengqadanya, maka dia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 Hari, sedangkan satu Hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia

SMS doa musnahkan sedara seIslam

SMS orang PAS mohon Allah musnahkan orang UMNO
Posted on Saturday, February 14 @ 23:04:07 MYT 
Topic: KOMENTAR-2

 

Oleh Zainal Yusof
SAYA terkejut menerima satu sms (sistem pesanan ringkas) dari seorang rakan yang mempunyai kenalan dari kalangan Ahli Parlimen PAS.
Antara kandungan sms itu berbunyi, ‘Ya Allah kau jahanamkanlah orang-orang Umno kerana mereka zalim…’ dan ada pula satu lagi sms berbunyi, ‘Sultan Perak tidak ada kuasa memecat MB di bawah  Perkara 16 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak kecuali memecat Exco…’
Begitu busuk dan hasad hati orang-orang PAS rupanya. Doa mereka, mahu menjahanamkan orang-orang Umno dan dalam masa yang sama, mereka membuat tafsiran Perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh Negeri Perak mengikut tafsiran mereka, walaupun mereka bukan seorang peguam.
Rakan saya itu, forward sms yang diterimanya dari kenalannya itu kepada saya bukan kerana dia menyahut seruan kenalannya itu supaya sms itu jika disebarkan (forward) kepada orang lain, ia berupa jihad.
Hakikatnya, mereka sebenarnya bukan berjihad tetapi mereka ‘jahat’. Menyebar fitnah dan terus memperlekehkan Paduka Seri Sultan Perak, satu-satunya Sultan di Tanah Melayu yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara.
Mereka juga menyifatkan kerajaan baru BN di Perak sebagai kerajaan haram manakala Menteri Besar yang sudah dititahkan Paduka Seri Sultan Perak supaya meletakkan jawatan dianggap sebagai Menteri Besar halal.
Orang PAS belajar agama dari ceramah agama ulama mereka sahaja. Itulah sebabnya otak mereka tertutup. Bila ada bijak pandai agama, mereka akan fitnah kononnya orang muda dan bijak pandai ini ‘terlebih pandai’ dan sebagainya dengan tujuan memperendah-rendahkan kreadibiliti orang lain.
SS Mufti Perak, Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria menasihatkan masyarakat Islam di Negeri Perak supaya berfikir secara rasional dan menerima ketentuan qada dan qadar ditentukan Allah SWT selain sama-sama berusaha menyelesaikan masalah yang timbul.
Beliau berharap seluruh mesyarakat Perak menerima keadaan yang berlaku dan menerima keputusan yang dibuat pemerintah (Sultan).
“Dari segi Islam, turun naik adalah masalah lain. Itu masalah perjuangan. Masalah kita sekarang adalah, kita ada pemerintah. Kalau keputusan sudah dibuat oleh pemerintah, kita yakin keputusan itu sudah dipertimbangkan secara halus berdasarkan undang-undang.
“Keputusan itu wajib kita taat. Kita wajib taat sebagaimana wajib taat kepada Allah, Rasul dan pemerintah,” katanya ketika menerima kunjungan Menteri Besar Perak Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir di kediamannya di Kampung Baru Sungai Rapat dekat Ipoh, petang Isnin lalu.
Katanya, beliau sentiasa berdoa kepada Allah supaya memberi kekuatan kepada Dr. Zambry untuk memimpin dan menerajui negeri ini dengan baik.
“Saya berdoa supaya Allah merestui dan memberi pertunjuk serta kekuatan kepada  beliau untuk memimpin negeri ini supaya berjalan dengan baik,” katanya.
Dr. Harussani berkata, perlantikannya sebagai mufti di negeri ini adalah menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam memberi nasihat kepada Sultan Perak, perkara berkaitan hal ehwal agama, majlis agama Islam negeri dan kerajaan negeri.
“Pada saya yang benar saya katakan benar dan yang salah saya akan tegur,” katanya.
Sementara itu, Dr. Zambry berkata, kedatangannya untuk bertemu Datuk Mufti adalah untuk memohon restu dan meminta nasihat serta panduan daripada beliau untuk memimpin negeri ini.
“Saya dengan penuh insaf dan sedar bahawa  jawatan ini bukan satu keistimewaan tetapi lebih kepada amanah yang perlu dijunjung dengan sebaik mungkin,” katanya.
Inilah bezanya Dr. Zambry dengan bekas Menteri Besar yang lalu, Ir Mohamad Nizar Jamaluddin kerana ketika dia menghadapi masalah, bukan Datuk Mufti yang ditemuinya untuk mendapatkan nasihat dan memohon restu sebaliknya dia mendapatkan nasihat dari Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang keperibadiannya sentiasa disangsikan.
Ir Mohamad Nizar juga dikatakan begitu berani kerana suntikan semangat yang didapatinya dari Exco Kanan, Datuk Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Perak yang turut mencalonkan namanya sebagai bakal Menteri Besar Perak, sebaik sahaja keputusan PRU 12 diketahui.
Orang-orang PAS bukan mempertahankan Ir Mohamad Nizar sahaja, malahan mereka turut mempertahankan Ngeh yang dilihat adalah Menteri Besar Perak di belakang tabir ketika Ir Mohamad Nizar menjadi ‘boneka’.
Mereka yang berbaring di tengah jalan adalah golongan yang mahu dilihat sebagai ‘mati sahid’ kerana kerajaan pimpinan PAS itu bekerjasama kuat dengan DAP yang mereka anggap sebagai ‘darah daging mereka sendiri’.
Mereka tidak belajar agama secara betul kerana kuliah agama orang-orang Pas adalah di pentas-pentas ceramah politik yang mana antara ‘ustaz’ yang mereka kagumi termasuklah Datuk Mahfudz Omar, orang yang tidak mendapat pengajian agama dari mana-mana institusi pengajian tinggi.
Apa yang Mahfudz tahu ialah, menyindir, menyerang dan mengajak rakyat supaya menjadi biadap kepada pemerintah kerana Mahfudz yakin di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim, Islam akan lebih gemilang, terbilang dan cemerlang jika dibandingkan dengan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Kepada orang-orang PAS, hentikanlah segala bentuk sms yang mendoakan sesame Islam musnah dan dijahanmkan Allah. Jika mereka mati, bukan Datuk Ngeh Koo Ham yang menyembayangkan jenazah mereka, sebaliknya saudara seagama mereka juga yang bakal berbuat demikian.
Sekurang-kurangnya, ada juga sedekah al-Fatihah dari saudara seagama yang orang-orang PAS benci ini kerana politik tidak boleh menyebabkan sesiapa dijanjikan syurga. Jika orang-orang PAS percaya hanya orang-orang PAS sahaja yang dapat masuk syurga apabila mati, macam mana dengan orang-orang Islam di luar Malaysia yang tidak pernah menyertai PAS seumur hidup mereka?
Adakah hanya orang-orang PAS di Malaysia sahaja yang dapat masuk Syurga sedangkan orang-orang Islam lain tidak sedemikian? Cukuplah! Hentikanlah kerja-kerja karut ini. Bertaubatlah.
Cukuplah dengan kekeliruan yang dibuat oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat kononnya orang PKR masuk BN – keji, tetapi orang BN masuk PKR – mulia. Dia mungkin nak bercakap orang BN masuk PKR, syurga, manakala orang PKR masuk BN, neraka.
Kita yang waras ini, biarkanlah dia begitu kerana dia merasakan dia terlalu pandai dan orang lain semuanya bodoh-bodoh belaka.
 

mymassa.com

 

Jebat! Turun kau!

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA!
Contributed by PsyTroopers on Monday, February 09 @ 09:28:04 MYT 
Topic: RENCANA

Secara peribadi penulis tidak ambil kisah pun dengan niat Pakatan Rakyat mahu membubarkan DUN sebaik sahaja mendapat khabar angin bahawa akan berlaku lompat parti.
Namun, pembubaran perlulah dibuat dengan cara yang betul, dengan mendapatkan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Bukannya pembubaran tanpa perkenan tetapi telah diumumkan kepada rakyat terlebih awal. Ini sudah membelakangkan kuasa Sultan namanya.
Setelah Sultan membuat keputusan untuk tidak membenarkan pembubaran DUN (atas alasan PR tidak mendapatkan perkenan terlebih dahulu sebelum pengumuman) dan membenarkan pembentukan kerajaan BN (atas alasan mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan), segala tindakan mencabar keputusan Sultan adalah bererti kurang ajar dan melambangkan PENDERHAKAAN!
Terdapat banyak persoalan yang perlu dijawab oleh semua rakyat dengan menggunakan akal fikiran. Persoalan yang timbul akan menyingkap rentetan peristiwa yang akan memperlihatkan betapa Pakatan Rakyat Perak telah mengecewakan rakyat dan menyebabkan Sultan murka.
Adakah kedududan Nizar sebagai MB (sekarang bekas MB) sangat tinggi sehingga beliau merasakan tidak perlu mendapatkan perkenan Sultan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pengumuman pembubaran?
Kenapa bertindak membelakangkan keperluan mendapatkan perkenan Sultan terlebih dahulu? Mana perginya tatacara? Bila sudah umum, baru hendak terhegeh-hegeh menghadap Sultan mahu minta perkenan?
Tindakan Nizar membelakangkan perkenan Sultan sebenarnya bukanlah perkara baru. Sebelum ini pun Nizar pernah mengarahkan Datuk Jamry Suri selaku Pengarah JAIP bertukar ke Sekretariat Negeri tanpa perkenan Sultan selaku Ketua Agama Islam negeri. Akibatnya, Nizar dititahkan Sultan agar menarik kembali pertukaran tersebut. Nizar tidak pernah belajar dari kesilapan lalu.
Namun, ianya tidak berakhir di situ sahaja, Ngeh Ko Ham memberikan reaksi yang kurang beradab dan memprotes tindakan Sultan. Karpal Singh tidak ketinggalan menyertai ‘chorus line’ ini dengan menyanggah tindakan Sultan dengan membuat kenyataan bahawa Sultan tidak mempunyai hak dalam hal perpindahan Jamry Suri.

Baca lanjut di blog Kembara Politik

DUN PERAK TIDAK PERLU DIBUBAR?

DUN PERAK TIDAK PERLU DIBUBAR
Contributed by unclejarum on Monday, February 16 @ 21:32:20 MYT 
Topic: KOMENTAR

 

Nizar memohon Sultan Perak memberi perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak ekoran kehilangan sokongan majoriti kepada pakatannya bagi mengekalkan kerajaan. Dengan itu satu pilihanraya baru diminta untuk diadakan bertujuan mendapatkan mandat memerintah terbaru dari rakyat Perak.
Seperti yang diketahui umum, perkenan Sultan Perak gagal diperolehi sebaliknya Nizar bersama barisan Exco diminta meletak jawatan serta merta.
Perlantikan MB baru telah dilakukan dan majlis mengangkat sumpah kesemua barisan kepimpinan BN selesai dan terbentuk kerajaan baru di Negeri Perak.
Nizar, yang beria-ia menafikan hak barisan kerajaan BN yang baru perlu merenung kembali pendiriannya. Elok juga beliau memberi nasihat kepada bekas-bekas exco dan kelompok ADUN-ADUN yang bergabung di dalam Pakatan Rakyat bahawa mematuhi titah Sultan adalah perkara yang harus diutamakan sekarang.
Mengapa DUN Perak tidak perlu dibubarkan.
1                    3 Wakil Rakyat telah menjadi wakil bebas dan tidak memihak kepada PR sebaliknya kepada Barisan Nasional.
2                    Majoriti kini berpihak kepada BN dan ianya disahkan sendiri oleh Sultan setelah bertemu kesemua 31 ADUN sebelum Dr Zambry disahkan jawatan MB Perak yang baru.
3                    Sewaktu berkuasa Nizar tidak menunjukkan tanda untuk bekerja bagi kepentingan rakyat jelata tetapi lebih kepada bekerja untuk DAP dengan mengikut telunjuk Ngeh Koo Ham dalam semua tindakannya.
4                    Nizar lebih banyak mengisi penggal pemerintahan dengan berpolitik sehingga tumbangnya kerajaan Pakatan, maka andainya perkenan membubarkan DUN Perak diberikan maka politiking di Perak akan berlangsung lebih lama dan akan menambah keadaan huru-hara.
5                    Keadaan huru-hara ini akan berlanjutan sehingga selesai pilihanraya baru dan ini pasti mengganggu kelancaran peningkatan ekonomi, pelaburan, pentadbiran dan suasana tidak menentu ini menjejaskan kestabilan hidup rakyat dalam keadaan ekonomi global yang sangat meruncing ini.
6                    Hal ini sedikit sebanyak menyinggung baginda Sultan Perak kerana kepentingan rakyat Perak dikesampingkan.
7                    Kerajaan Kebajikan seperti yang dilaungkan oleh PAS tidak akan terlaksana secara menyeluruh kerana Nizar (wakil dari PAS) hanyalah boneka DAP dan kebajikan tersebut hanya diperolehi oleh sebahagian kaum tertentu sahaja di Perak. Lihat saja apa yang telah diputuskan oleh kerajaan negeri dibawah pimpinan Nizar.
8                    Sepanjang tempoh berkempen keadaan menjadi tidak terkawal. Kejadian tuduh menuduh, fitnah, caci maki dan penyebaran berita-berita palsu akan terus berleluasa (jika diadakan pilihanraya semula) dan sudah pasti keadaan ini memecahbelahkan perpaduan seluruh warga negeri Perak.
9                    Melayan kehendak Nizar tidak ubah seperti mendokong hasrat DAP untuk terus berkuasa di Perak. Memetik kata-kata Ngeh Koo Ham baru-baru ini mungkin memberi gambaran jelas hasrat parti itu.

“Jika Zambry bersetuju membubarkan DUN dan mendapat perkenan Sultan Perak, Pakatan Rakyat akan menghentikan semua tindakan perundangan yang boleh menjejas pentadbiran dan ekonomi Perak”

(Berita Minggu Ahad 15 Februari 2009). 

Ia adalah ugutan secara terang oleh Ngeh. Banyak lagi provokasi yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin PR bertujuan untuk mencapai hasrat mereka.

10                Tindakan Karpal yang berhasrat untuk menyaman Sultan Perak tidak lain tidak untuk menerbitkan rasa kurang senang dikalangan orang Melayu dan keadaan ini akan terus dimanipulasi oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat terutama DAP dan PKR dalam kempen pilihanraya (jika ia diadakan semula).
11                Pakatan Rakyat berusaha untuk menumbangkan kerajaan pusat dengan kaedah lompat parti. Ini hanya berlaku di Perak oleh seorang wakil dari BN. Walaupun mendapat kelebihan ini, Pakatan Rakyat gagal mengawal wakil-wakil dari barisan mereka sendiri untuk keluar dari kongkongan. Pasti ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku didalam kerajaan Pakatan di Perak. Penyakit tersebut menular sehingga ke Kedah (Arumugam dari PKR meletak jawatan ADUN dan Exco Kedah).
12                Nizar lebih rela menjadi talibarut DAP. Demi jawatan MB Nizar tidak dapat  menerima hakikat bahawa kekuatan  BN khususnya UMNO adalah pemenang 27 Kerusi manakala PAS hanya memperoleh 6 Kerusi.. Perlembagaan Perak meletakkan Nizar kepada jawatan yang pernah disandangnya ( kerana Nizar seorang berbangsa Melayu dan Islam) tetapi apabila diarah meletak jawatan lebih rela menderhaka daripada menerima hakikat kehendak Perlembagaan yang dipatuhi oleh Sultan Perak.
13                Rasionalnya…Barisan Nasional mempunyai cukup suara untuk membenjtuk kerajaan di Perak dan kedudukannya lebih mantap berbanding kerajaan campuran Pakatan yang berbeza arah perjuangan dan berbeza fahaman politik.
Uncle berharap Nizar tidak terus mempertikaikan kuasa Sultan Perak sekaligus berhenti merajuk dan memberontak kerana terlepas kuasa yang dinikmati selama 11 bulan. Terima qada’ dan qadar jika sungguh berpegang kepada Islam dan berhentikanlah usaha memecahbelahkan umat Melayu dan Islam di Perak untuk kebaikan pada masa depan.
Menjunjung titah Sultan LEBIH MULIA DAN AMAT BERBEZA kesannya berbanding menuruti kehendak pemimpin Pakatan yang menjadikan Nizar sebagai boneka.

Jika teringin untuk menjadi anggota kerajaan yang memerintah dan berkuasa di Perak, apa kata jika Nizar sendiri melompat parti menyertai UMNO dan Uncle pasti Nizar akan menjadi salah seorang Exco Kanan berdasarkan pengorbanan MAHA BESAR yang Nizar lakukan itu.

Fikir-fikirkanlah wahai  YB Dato Seri Nizar.Berikan khidmat yang terbaik untuk pengundi tuan dan rakyat Perak keseluruhannya.

http://www.unclejarum.blogspot.com

Usah ungkit kebaikan dibuat

ADA banyak perkara yang kita tidak boleh lupa. Kita tidak lupa ibu bapa, kita ingat harta benda dan antara yang kita tidak lupa ialah kebaikan yang pernah kita lakukan.

Malah, sesetengah daripada kita apabila berjumpa orang yang pernah kita berjasa, teringat jasa kita.
Kalau itu yang kita teringat, kita akan sentiasa banyak mengungkit dan mungkin nanti akan ada banyak halangan dalam berhubung sesama manusia. 

Dalam pertemuan kali ini, mari kita mendengar pesanan dan nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya. 

Pesannya: “Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang.”

Mari kita perhalusi pesanan Luqman di atas. 

1. Mengingati segala kebaikan yang dilakukan orang lain kepada kita. Apabila kita ingat kebaikan orang, kita akan berasa kekurangan kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain dan kita akan berusaha melakukan kebaikan.

2. Mengingati segala kejahatan yang kita lakukan. Ini supaya kita tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kita terhadap orang lain.

3. Lupakan kebaikan yang pernah kita lakukan. Apa-apa kebaikan yang pernah kita lakukan hendaklah kita lupakan, kerana Allah saja yang dapat menilai apa yang kita buat. 

Ditakuti nanti, apabila kita sentiasa ingat kebaikan yang kita lakukan, menyebabkan syaitan akan memaut hati kita dan membisikkan supaya mengungkit kebaikan yang pernah dilakukan. 

Orang yang mengungkit kebaikan yang dilakukan menyebabkan amalan berkenaan menjadi sia-sia dan tidak bernilai di sisi Allah. 

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Orang yang mengungkit kebaikannya sama seperti daun kering yang dijilat api.”

Betapa ruginya amalan perbuatan terbabit. Habis begitu sahaja hanya dengan sekali ungkitan.

4. Lupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita. Sebagai manusia, memanglah susah untuk kita melupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita. 

Bagaimanapun, agama kita menuntut supaya melupakan kejahatan mereka. Kita perlu melawan supaya kita boleh lupakan kejahatan orang lain. 

Apabila kita melupakan kejahatan dan kesalahan orang lain, kita dapat membantu dan menolong mereka dengan melakukan kebaikan. 

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Orang yang baik ialah orang yang berbuat baik kepada orang membuat baik kepadanya dan membuat baik kepada orang yang membuat jahat terhadapnya.”

Lupakan kejahatan orang terhadap kita. Tiada guna mengingati kejahatan dan kesalahan orang kerana ia boleh merosakkan akal serta kebahagiaan hidup kita, malah menjadikan hidup kita tidak ceria. 

Marilah kita sama-sama mengikhlaskan diri dalam segala tindakan tanpa mengingati dan mengungkit kebaikan yang dilakukan supaya mendapat keredaan Allah serta kebahagiaan dunia mahupun akhirat.