Archive for May, 2009


Halang Chin Peng pulang ke Msia (part II)

Isu bekas Ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng belum selesai. Seingat penulis sejak 2001 isu ini sudah dibangkitkan oleh cendekiawan dan ahli politik dari kaum Cina. Mereka mahu Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia selari dengan perjanjian damai Malaysia - PKM.

 

Mereka tidak pernah menjelaskan kepada umum bahawa syarat perjanjian yang membenarkan ahli PKM pulang ke Malaysia bersyarat yang antara lain  perlu mendapat kelulusan kerajaan Malaysia dan perlu menjalani proses pemulihan.

 

Memang benar beliau rakyat Malaysia tetapi apakah kerana beliau rakyat Malaysia maka kekejaman beliau harus dimaafkan begitu sahaja? Setiap orang berhak memohon kemaafan dan kita pun perlu memaafkan mereka yang insaf. Namun memaafkan Chin Peng tidak sama dengan membenarkan beliau pulang ke Malaysia.

 

Sudah tidak terkira jumlah kekejaman Komunis Malaya terutamanya sekitar Darurat 1960. Berapa ramai yang terbunuh, cacat dan hilang keluarga kerana Chin Peng mahu Malaya merdeka mengikut jalan negara ibundanya China iaitu melalui ideologi komunis.

 

Chin Peng mungkin lahir di Tanah Melayu namun beliau bukan rakyat Malaysia. Beliau tidak mengiktiraf kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957. Beliau melancarkan pemberontakan bersenjata ke atas negara ini. Ini bermakna beliau menolak persetujuan antara kaum ketika itu mengenai hak kewarganegaraan kaum pendatang dari China dan India.

 

Mengapa Chin Peng ingin pulang ke Malaysia ketika sebahagian besar generasi yang terseksa dengan ancaman komunis sehingga tahun 1980-an masih mengingati kekejaman kumpulannya?

 

Chin Peng hanya ingin memenuhi agenda yang belum terlaksana iaitu meletakkan peranan besar MPAJ (Malayan People Anti Japanese) dan PKM sebagai salah satu tunjang perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu.

 

Pemimpin kaum Cina yang begitu ghairah mahu Chin Peng dibenarkan pulang juga ingin mengambil kesempatan mengiktiraf perjuangan Chin Peng untuk membenarkan dakwaan bahawa orang Cina juga memainkan peranan besar memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

 

Orang Cina di negara ini ingin menulis semula sejarah. Mereka tercari-cari ikon untuk menjustifikasikan sumbangan mereka dalam kemerdekaan negara bagi menolak peruntukan-peruntukan Perlembagaan semasa merdeka mengenai kedudukan orang Melayu, bumiputera, agama Islam dan raja-raja Melayu.

 

Selama ini mereka terpaksa menerima fasal-fasal dalam Perlembagaan tersebut kerana sejarah dengan jelas bahawa orang Melayu sahaja yang banyak mengorbankan jiwa raga menuntut kemerdekaan negara ini. Mereka tiada pilihan kerana semasa Tanah Melayu akan merdeka mereka masih dianggap kaum pendatang di bawah tanggungjawab dan kerakyatan British.

 

Justeru mereka mahu Chin Peng diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan.

 

Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan. Beliau hanya memperjuangkan nasib kaum Cina di Tanah Melayu. Malah agenda Chin Peng lebih besar ialah meluaskan pengaruh Tanah Besar China di rantau Asia.

 

Anehnya, sudah ada Melayu generasi muda yang percaya manusia seperti Chin Peng ini pejuang kemerdekaan negara. 

 

Chin Peng menentang Jepun bukan kerana penjajahan ke atas Tanah Melayu tetapi kerana jepun menyeksa orang Cina. Lebih besar agendanya ialah beliau menentang Jepun juga kerana Jepun adalah musuh Tanah Besar China. Kiblat Chin Peng dan Parti Komunis Malaya sentiasa ke Tanah Besar China.

 

Apabila tanah air ini merdeka, Chin Peng menolak kemerdekaan ini kerana beliau tidak mahu berketuakan orang Melayu. Beliau mahu Tanah Melayu merdeka mengikut acuan Tanah Besar China. Beliau bukan memperjuangan kemerdekaan tetapi memperjuangkan ideologi komunis untuk bertapak di negara ini. Lebih besar lagi beliau memperjuangkan kepentingan negara China.

 

Ideologi komunis ini juga beliau perjuangkan bukan kerana beliau percaya kepadanya tetapi kerana inilah ideologi Tanah Besar China, kiblat utama beliau. Jika di tanah nenek moyangnya ketika itu membawa Islam nescaya Chin Peng akan membawa perjuangan Islam. 

 

Rundingan damai diadakan setelah Chin Peng sendiri melihat dalam dunia moden, Tanah Besar China sendiri sudah berubah dan tiada lagi sekutu-sekutu kuat seperti dahulu. Dengan kata lain, China sendiri tidak lagi mengamalkan sistem negara-negara sekutu seperti zaman Perang Dingin dahulu. Jadi tiada lagi kepentingan Tanah Besar China di Malaysia.

 

Apakah ini kita panggil rakyat Malaysia? 

 

Mahkamah membuat keputusan tepat menolak permohonan pulang Ching Peng. Anehnya mengapa orang melayu seperti Raja Aziz Adruse sanggup menjadi Peguamnya dan Amir Muhammad dengan filem-filem mengangkat Komunis secara tersirat dan tersurat?

 

Kita boleh berkata Melayu seperti Rashid Maideen dan Abdullah CD terkeliru dengan perjuangan komunis malaya ketika itu dengan perjuangan menuntut kemerdekaan. Tapi bagi orang seperti Raja Aziz dan Amir Muhammad, sukar kita tafsirkan agenda mereka.

 

Jika orang Cina bersungguh-sungguh memperjuangkan isu Chin Peng kerana mencari ikon pejuang kemerdekaan negara, kita tertanya-tanya apa yang dicari oleh Raja Aziz dan Amir Muhammad? Wang, populariti dan kebencian kepada agenda perjuangan Melayu?

A discontent fellow…

Say “No” to Hindraft Bumiputera Status Demands!

Hindraft. An illegal organization which claims to be the “voice” of hero for the Indian ethnic, had demanded for an equality of status quo as the “bumiputera” in Malaysia. A proposal will be made by Hindraft leader, M. Manoharan, to our Prime Minister, 
Datuk Seri Najib Tun Razak. He proposed that “all Malaysia who born after 31st of August 1957 should be accorded as Bumiputera status. He claims that the proposal was made to suit “one Malaysia” concept? 

Bumiputera can be defined as :

  1. Peninsular Malaysia 

    • “If one of the parents is Muslim Malay or Orang Asli as stated in Article 160 (2) Federal Constitution of Malaysia; thus the child is considered as a Bumiputra” 
  2. Sabah 
    • “If a father is a Muslim Malay or indigenous native of Sabah as stated in Article 160A (6)(a) Federal Constitution of Malaysia; thus his child is considered as a Bumiputra” 
  3. Sarawak 
    • “If both of the parent are indigenous native of Sarawak as stated in Article 160A (6)(b) Federal Constitution of Malaysia; thus their child is considered as a Bumiputra” 

In article 153, the federal constitution of Malaysia had indicates that Yang Di Pertuan Agong will be the safeguard of Bumiputera’s interests. It means that Yang Di Pertuan Agong is the “supreme power” to maintain the interest of Bumiputera, the status quo in demand of Hindraf. 

Why Hindraf really wants the Bumiputera status quo? Perhaps that they wanted to have the “special” rights own by the Malays and the origins of which stated in the Federal Constitution. They want to be treated equally as Bumiputera, as they were born in Malaysia, live in Malaysia and working in Malaysia.

Demanding against the constitutions, showing that they are not thankful to the Bumiputera and the state ruler of Malaysia, DYMM Yang Di Pertuan Agong. They forget the “Social Contract” which had been “agreed”. They had been given the citizenship of Malaysia which will not be ever given to Malays in India. It is impossible for every Bumiputera in Malaysia to get the citizenship of India in every angle if they migrated to India. And the Bumiputera and the Malays’ rulers were “very generous” to give them the status of citizenship in their country.

They demand for the Bumiputera status again while we give them the right to practice their religion, customs and they are free to practice their way of life in Malaysia. The Government of Malaysia allows the Indians to build their temples and even help them to build their biggest temple at Batu Caves! The Government even funds their religious activities, their community and helps them to get a better life in Malaysia compared to their fathers and grand grandfathers.

We give them opportunity to be well educated in Malaysia. Their children get the same right as the Bumiputera children in school. They are even free to run their business in Malaysia. They get rich and richer, even some of them are declared as business tycoons in Malaysia. Ananda Krishnan and Tony Fernandez are some of the most successful fellow among them.

By the citizenship given, the ethnic Indian gets their every chance to participate in politics. They had been given the chance to cast their vote on the Malaysia election. They have their right to choose their state assemblyman, members of Parliament, and even the ruling government. Most of the Indian are very good citizens to vote for the current Malaysia ruling government as the sign of “thankfulness”. And these Indians are of course are not Hindraft!

Deyyy Hindraft! Will the Malaysia’s Bumiputera get the same life if they live in India right now? Will Bumiputera get their right to run their business “without any question” in India? Will we get every single chance to cast vote in India state elections? Will we get subsidies in India just the same like you now? And will we get what you get in Malaysia if we migrate to your very own origin country? Think about it for thousands times and you will get the same answer. And the answer is still “NO”, right?

Please be a good citizen of Malaysia. Stop making riot! Do not ever ask or question the right of the Bumiputera as it mention in the “social contract”. Do not try to “touch” the “social contract” or even ask to review the “social contract” again. It “hurt” us, the bumiputera! And don’t ever think to threat us with “road demos” or “unlawful gathering” if we reject your demands, because we “will not ever” granted your wish. I remind you not to blame us if you are arrested making riots to our beloved country. This is our beloved country, you and me!

You get so much from us in this country. Why do you demand for more? You touch our sensitivity. Don’t you feel “guilty”? You make bumiputera angry. Don’t you think what we feel by making such demands? We can’t accept it. Don’t say that we are “racist”. Being “racist” has nothing to do with your demands. We are just protecting out right. We are the real bumiputera in Malaysia according to the history, constitutions and the “world” even “certified” our status. Please. Live in peace. We are “One Malaysian”!

 

 

————–

 

PS: I’d like to think that the Hindraf’s views does not reflect the view of the whole indian community in Msia. The mamak community seems content, and they are pretty successful in this country. Even with the bumiputera status, our economy and per capita salary is still low. No difference…only it states, in black and white, that we are the original sons of the land. And we are protectors of our Kingdom.

 

(too bad Indonesia’s great ancient kingdoms have all been ruined. That leaves only Thai and Malaysia. Bye2 Majapahit)

Kenapa Chin Peng tak boleh pulang

Melalui paparan media cetak hari ini, kawan boleh nampak tentang betapa tersinggung dan sensitifnya banyak pihak terhadap manusia yang bernama Ong Boon Hua atau lebih popular dengan nama Chin Peng.

Yalah, masing-masing ada nostalgia dengan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) tersebut.

Tetapi dalam soal cadangan membawa pulang Chin Peng ke negara ini, kawan rasa kawan tak setuju dengan cubaan untuk menghalangnya pulang.

Adalah wajar kita baik sebagai rakyat mahupun kerajaan membenarkan Chin Peng pulang. Jangan marahkan kawan. Kawan ada sebabnya.

Selama ini, rakyat baik bekas anggota pasukan keselamatan, anak cucu mereka mahupun mereka yang pernah berhadapan dengan kekejaman pengganas komunis hanya dapat meluahkan perasaaan mereka dalam pelbagai genre tanpa ada kesudahannya. Biasanya cerita lisan atau paling hebat ditemubual oleh media.

Bekas ketua kampung kawan misalnya, kerap bercerita bagaimana bapanya dibunuh secara kejam di dalam sebuah pekan tanpa rasa belas kasihan. Dan penceritaan lisan seperti inilah yang diwarisi sampai sekarang.

Tetapi bukankah jika Chin Peng dibenarkan pulang kita akan dapat menyaksikan kesudahan episod luka yang banyak menghiris perasaan rakyat Malaysia terutama orang Melayu. Bukankah ia juga dapat menenangkan roh-roh mereka yang telah pergi?

Bila lagi kita mahu hadapkan Chin Peng ke mahkamah rakyat. Yalah, untuk membawa isu Chin Peng ke Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan mahupun Mahkamah Persekutuan itu sebenarnya hanyalah membuang masa. Dari kaca mata pembangkang semua mahkamah kita tidak adil dan hanya mengikut telunjuk pemimpin kerajaan.

Nah, apa kata kali ini kita biarkan Mahkamah Rakyat menghakimi Chin Peng. Pembangkang rasanya tidak akan membantah.

Rakyat ingin tahu apakah hukuman yang paling sesuai diberikan kepada pemimpin komunis yang kejam ini berhubung pelbagai kelakuan dan perbuatannya di era kegemilangan komunis dahulu terutama di zaman Darurat.

Apakah agaknya, hukuman yang patut dijatuhkan ke atas beliau kerana membunuh pengganas yang cuba belot. Apa pula hukumannya apabila sanggup menculik dan melarikan anak-anak gadis Malaysia dan Thailand untuk dijadikan pelacur. 

Aktiviti pelacuran adalah perniagaan teras mereka bagi mengumpul dana untuk membeli senjata dalam peperangan menentang kerajaan Malaysia.

Sudah tentu ibubapa dan keluarga mereka yang dilacurkan ini mahu menuntut pembelaan. Ramai juga yang tidak tahu sehingga sekarang tentang nasib anak-anak mereka yang telah lama tidak ditemui. Adakah masih hidup, ataupun telah mati ketika cuba melarikan diri.

Suatu ketika PKM berjaya mengumpul dana sebanyak RM27 juta pada tahun 1970-an untuk membeli senjata dari China. PKM juga rancak mengedar dadah bagi mengumpul wang bagi tujuan perjuangan mereka termasuk membaytr gaji para komrad atau anggota mereka.

Bukankah penjualan dadah ini juga satu dosa besar dan memudaratkan rakyat terbanyak. Bukankah kesan pengedaran dadah secara besar-besaran pada tahun 70-an dan 80-an oleh pengganas komunis telah menyebabkan kesannya berlarutan sehingga sekarang hinggakan hampir sejuta rakyat kita sekarang dibelenggu dengan dadah.

Selain itu, bukanlah menjadi suatu rahsia lagi yang PKM kerap menggugut para peniaga agar memberi wang perlindungan. Kerana itu kita boleh lihat di kawasan hitam dan terdapat ancaman pengganas komunis, golongan pengusaha dan peniaga yang membayar wang perlindungan tidak pernah diganggu walaupun para tentera dan polis hutan kita ketika itu terpaksa berulang kali melakukan operasi pembersihan di kawasan yang sama.

Kalau di perkampungan Orang Asli, kita boleh faham. Mereka terhimpit dan berada dalam dilema. Jadi kena pandai berlakon di depan pasukan keselamatan dan gerombolan pengganas komunis.

Kawan sebenarnya malas nak ungkit tentang kekejaman komunis ni berulang kali. Kawan juga malas nak bercerita tentang kebodohan mereka yang terpesona dengan perjuangan PKM ini termasuklah orang-orang Melayu seperti adik Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali.

Adiknya dahulu biasa berjumpa dengan pemimpin komunis di sempadan Malaysia-Thailand. Mungkin kerana ideologi sosialis yang didukungnya dan komunis umpama adik dan abang.

Kalau pengganas komunis ini baik, tak akan ada dalam sejarah kewujudan Panglima Salleh di Johor dengan kisah parang terbangnya, cerita duka pembunuhan beramai-ramai orang Melayu seperti yang berlaku di Changkat Chermin, Perak mahupun kewujudan kampung-kampung baru.

Ya, ada orang berkata, tak semua yang menjadi pengganas komunis ini pernah membunuh orang. Sama macam rakyat kita yang masuk askar, bukan semuanya pernah bunuh musuh negara. Kononnya, Abdullah CD, Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh tak pernah bunuh orang.

Mungkin betul. Kerana mereka lari sebaik pertempuran dengan pasukan keselamatan meletus. Tetapi bagaimana pula mereka yang mati dan cedera kerana bahan letupan dan jerangkap samar yang mereka pasang di hutan. Ramai tentera kita yang mati kerana ini.

Analogi bukan semua komunis itu pembunuh memang ada benar. Tetapi adakah ia analogi yang tepat.

Di zaman Chin Peng dianggap hebat dan berkuasa ada beberapa orang kanannya yang dianggap amat merbahaya kepada negara. Salah seorang daripadanya ialah Chong Chor.

Tentera Darat dan polis telah melancarkan pelbagai operasi dari tahun 70-an hinggalah PKM meletakkan senjata bagi menjejaki beliau. Namun beliau berjaya bolos dalam setiap penjejakan ataupun pertempuran yang berlaku termasuklah yang melibatkan pasukan komando kita terutama di Perak dan Pahang.

Tetapi akhirnya, Chong Chor kecundang juga. Beliau berjaya ditangkap oleh anggota Cawangan Khas di Perak dan telahpun meninggal dunia beberapa tahun sudah tanpa sempat diadili oleh sesiapapun termasuk keluarga pengganas yang marah dan kecewa kerana ahli keluarga mereka dipaksa berjuang di hutan.

Kematioan Chong Chor adalah berita baik untuk tentera terutama mereka yang pernah putus anggota badan akibat jerangkap samar. Begitu juga bagi keluarga anggota pasukan keselamatan yang mati dalam pertempuran ketika menjejaki beliau.

Sekarang Chin Peng adalah orang yang paling dinanti-nantikan kemunculannya oleh mereka yang terpaksa berduka kerana onarnya. Ini termasuklah Onjinin Christopher dan Amid Abdul Rahman yang kisah putus kaki mereka disiarkan media pada hari ini.

Makanya, berilah peluang kepada Chin Peng untuk balik ke Malaysia dan marilah kita campakkannya kepada rakyat untuk membuat pengadilan.

Jika rakyat yang pernah sengsara mahu memaafkannya biarkanlah. Kalau tentera dan polis yang kudung anggota badan mahu memaafkannya secara berdepan itu adalah hak mereka.

Kawan juga ingin mengintai reaksi rakan-rakan dan keluarga tentera kita yang mati diserang hendap oleh komunis. Apabila mayat mereka ditemui, perut mereka telah terburai kerana dihiris dengan pisau dan kemaluan mereka pula dipotong dan disumbat di mulut mayat.

Mungkin pada pandangan mereka yang terpesona dengan perjuangan komunis, memotong kemaluan mayat dan menyumbatnya ke mulut adalah perkara yang tidak perlu disedihkan. Ia adalah adat peperangan. Yang menang dalam pertempuran boleh buat apa sahaja.

Tetapi bagi kawan yang pernah menyaksikan gambar kekejaman tersebut, ada banyak emosi yang muncul. Kalau pengganas komunis itu adalah nasionalis seperti yang ditulis oleh pihak tertentu, maka adakah perlu kemaluan tentera kita dipotong dan mayat mereka dihina sedemikian rupa?

Justeru, kalau ada yang mahu bertindak balas diluar batas kemanusiaan, terpulang. Undang-undang negara ada sebagai panduan.

Sumber : Malaysia-Instinct.com

 

 

Komen di mykmu yg menolak komunis…bleh tahan jugak

Ada le sorang tu kata;

“Korang juga harus mengharamkan kedatangan org Jepun, British, Portugis dan Belanda dtg ke Malaysia, sebab depa ni pernah menjajah Malaysia dan melakukan pelbagai kezaliman.

Siapa yg tak ingat kezaliman tentera Jepun setara dgn kezaliman komunis? Halaulah semua org Jepun dan pelabur2 Jepun serta kilang2 Jepun di Malaysia… “

hehe

SIAP GELAK LAGI TU. HE HE. 

Pertama sekali, Portugis, Belanda British dan Jepun adalah kuasa-kuasa kolonial imperialis. Mereka datang dan menjajah di atas FAKTOR DAGANG DAN EKONOMI. Mereka menjajah kerana mahu menarah sumber-seumber asli di sesuatu koloni, menguasai pasaran komoditi (eg. rempah) di sesuatu rantau, serta menguasai kuasa pasaran di rantau-rantau tersebut.

Malah sebelum kerajaan British dan Belanda datang menjajah, kartel dan konglomerat barat seperti Syarikat India Timur telah bertapak di rantau Asia.

Kuasa Imperialis Jepun menakluk China pada tahun 1937 juga kerana mahu menarah sumber-sumber asli di tanah tersebut. Penaklukan Asia Tenggara pula adalah strategi ‘pre-emptive strike’ untuk melemahkan kekuatan pasukan berikat di rantau itu (Perancis di Indo China, British di Tanah Melayu, Belanda di Indonesia).

KOMUNIS PULA ADALAH PENJAJAH MINDA MELALUI IDEOLOGI SESATNYA.

Hanya orang yang JAHIL sahaja membandingkan kekejaman rejim-rejim Komunis dengan kuasa imperialis. Para sarjana menganggarkan KEKEJAMAN REJIM KOMUNIS membunuh lebih 120 JUTA NYAWA di seluruh dunia.

Rejim Maoisme Pol Pot di Kemboja sahaja membunuh hampir satu pertiga (dianggarkan 2 juta orang) dari rakyat Kemboja pada dekad 70′an. Pada tahun 1928 Stalin memulakan projek kolektivisasi, melalui Sistem Perladangan Kolektif. Rancangan ini gagal menyebabkan 4 juta orang mati kebulur. Mereka yang menentang Stalin pula di hantar ke penjara-penjara ‘Gulag’ , dianggarkan 20 juta pula mati di penjara-penjara Gulag ini.

Tebaru pula tragedi KEBULURAN di Korea Selatan pada pertengahan dekad 90′an.  Kerana KEANGKUHAN, KESOMBONGAN rejim Maiosme di negara itu, mereka membiarkan 2 JUTA rakyat negara itu mati kebulur. Mereka lebih pentingkan PROGRAM SENJATA DAN NUKLEAR daripada NYAWA MANUSIA.

Kenapa komunis begitu kejam? Kerana ideologi Ateis ‘Materialisme Dialektik’ yang berasaskan teori Darwin. Bagi komunis MANUSIA dan BINATANG ni SAMA SAHAJA. Manusia tiada nilai ISTIMEWA. Mereka mana takut neraka dan tahu dosa pahala kerana mereka Ateis. Anak-anak muda mereka dilatih HANYA UNTUK MENTAATI PARTI KOMUNIS SAHAJA. Ibu bapa tolak tepi, Cik Gu tolak tepi, Agama tolak tepi.

SESUNGGUHNYA HIDUPKU DAN MATI KU KERANA PARTI.

Akan tetapi bila sahaja pemimpin PAS TONGONG suruh bawak balik Chi Peng, maka balaci yang BODOH pula terlebih-lebih SAMPAI KE TAHAP MERABAN SOKONG KOMUNIS dan bandingkan komunisme dengan imperialisme.

Walhal SELAMA BRITISH, BELANDA, JEPUN memerintah RAMAI KE MELAYU HILANG AGAMA dan Hilang KeMelayuan mereka? 

 

 

——————–

 

PS ingat tak cultural revolution? Budaya, ilmu, semua dia buang. Ahli agama, ilmuwan, pendeta Shaolin sume dimalukan di khalayak ramai, dan dihukum di khalayak ramai. Ada cerita aku tgk kat history channel, si anak remaja pukul makbapak sendiri sebab tak setuju dengan doktrin komunis. Kononnya budaya, ilmu, dan agama menghalang revolusi proletariat. Orang yang bijak pandai ditolak, taknak ade dalam masyarakat. yg tinggal cume orang2 bodoh dan mudah terpengaruh, single-minded yang ikut apa saja yang Chairman Mao kata. Buku2 agama, teks sejarah, budaya semua dibuang - identiti bangsa pun dah delete, yang tinggal cuma identiti berpaksikan ideologi Karl Marx.

 

Rashid Maidin, dengar2nya, tak percaya tuhan. Dia pernah berdebat dgn Burhanuddin Helmi pasal kewujudan tuhan….tapi dia kalah. Heheh…

Sejarah Komunis Menindas Muslim serata dunia….

Kepada semua yang simpati dan menyokong kepulangan Chin Peng:

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui, atau sengaja membutakan mata dan hati tentang, sejarah dan ideologi Komunisme, sila muat turun (download) dan tontoni video-video di tiga link-link berikut (copy & paste link-link ini ke browser anda):

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/1239/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM_1

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/1242/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM-2

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/2857/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM_-3

Kesemua video di atas membentangkan sejarah/ideologi komunisme dari sudut atau perspektif Islam.

Bagi blogger-blogger yang berhujah di atas perikemanusiaan, pernahkah penganut-penganut mereka menunjukkan sikap keperimanusiaan ke atas mangsa-mangsa mereka? Tanyalah soalan ini kepada balu-balu, anak-anak, cucu-cicit dan keturunan mangsa-mangsa mereka?

Ada pula blogger yang menyeru atas nama Islam supaya memaafkan Chin Peng. Pernahkah Chin Peng dan pengikut-pengikut memohon maaf atas segala kekejaman mereka? Memang benar Islam menitikberatkan sifat bermaaf-maafan, tetapi apa gunanya jika orang yang melakukan kekejaman tidak sedikit pun menunjukkan sifat itu atau mempunyai perasaan perikemanusiaan?

Mengapa pula Islam dikaitkan di sini? Tidakkah kita tahu bahawa komunisme itu jauh bertentangan dengan Islam? Komunisme menidakkan atau tidak percaya kepada Allah. Setiap penganutnya digelar “atheis”, iaitu seseorang yang tidak percaya kepada kewujudan Allah. Oleh sebab itulah kita dapati penduduk-penduduk Islam di negara-negara kominis sentiasa ditindas dengan kejam. Satu daripada banyak contoh-contoh adalah penduduk Islam di Turkestan Timur di negara Cina. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penindasan orang Islam di Turkestan Timur, sila baca buku di link berikut (copy & paste link ini ke browser anda):

http://us1.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/582/COMMUNIST_CHINA%E2%80%99S_POLICY_OF_OPPRESSION_IN_EAST_TURKESTAN

Sebagai negara yang majoriti penduduknya adalah Islam, mahukah kita melihat anasir-anasir komunisme ini wujud di kalangan kita? Pernahkan orang-orang komunis melepaskan atau meninggalkan (renounce) fahaman komunisme mereka? Pernahkah Rashid Mydin, Shamsiah Fakir dan lain-lain berbuat demikian? Fahaman mereka sangat tebal. Kita patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam di negara yang majoritinya penduduk Islam. Ada juga blogger-blogger yang sentiasa menuduh kerajaan tidak Islamik (atau kafir). Jika benar, mengapa kita orang Islam bebas mengamalkan agama Islam di negara ini? Mengapa wujud beribu-ribu masjid, surau, sekolah agama, dan lain-lain di negara ini? Pernahkah kerajaan menindas orang-orang Islam seperti berlaku di Turkestan Timur?

Bagi blogger-blogger yang berhujah bahawa komunisme disama ertikan dengan sama rata dan sama rasa, tahukah anda bahawa konsep-konsep ini hanyalah pada teori atau di atas kertas saja?. Pada teorinya, memang komunisme menuju kepada kewujudan situasi sempurna (atau “utopia”) di mana akan wujudnya konsep sama rata dan sama rasa ini. Tetapi lihatlah sejarah negara-negara kominis (yang jelas ditunjukkan di video-video di atas), adakah konsep-konsep ini pernah diguna pakai? Jawabnya TIDAK. Apa yang sebenarnya berlaku ialah “utopia” yang diidam-idamkan tidak pernah wujud, malah para pemimpin negara-negara komunis menghancurkan negara mereka sendiri, seperti berlaku di negara-negara Cina di bawah Mao Tse Tung dan Soviet Union (sekarang Russia) di bawah Stalin.

Jadi bagi blogger-blogger yang mempertahankan kepulangan Chin Peng atau komunisme, lengkapkan diri dengan ilmu tentang sejarah komunisme sebelum menulis sesuatu tentangnya.

Kebiadapan PR di Perak

Menurut sumber, Dewan Undangan Negeri Perak telah menyenaraikan sebilangan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh para ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang semasa sidang Dewan Undangan Negeri. 

Mereka telah melakukan provokasi, mengeluarkan kata-kata kesat, memasuki kawasan tempat duduk ADUN BN dan menghalang tugas pegawai DUN itu.
Disenaraikan kesalahan-kesalahan Adun Pakatan pembangkang yang dilakukan pada sidang DUN 7hb Mei 2009.
1. Sebahagian ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tergesa-gesa masuk ke dalam dewan untuk mengambil tempat duduk yang di khaskan untuk ADUN KERAJAAN.
2. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mewujudkan provokasi kepada ADUN KERAJAAN dengan memasuki ke tempat duduk ADUN KERAJAAN.
3. Timbalan Yang DiPertua Dewan Negeri, Y.B. Puan Hee Yit Foong telah dihina oleh ADUN PAKATAN PEMBANGKANG dengan dilemparkan wang kertas oleh Y.B. Encik Su Keong Siong dan Y.B. Encik Leong mee meng.
4. Y.B. Encik Su Keong Siong telah mengeluarkan kata-kata kesat dalam bahasa cina yang barmaksud ‘pergi mati engkau…’ dengan tujuan menghina kepada YB Timbalan Yang Dipertua Dewan.
5. Y.B. Encik Seah Leong Peng, ADUN Pasir Bedamar dan Y.B. Encik Su Keong Siong, ADUN Keranji dan beberapa orang lagi telah menghalang Setiausaha Dewan Negeri daripada menjalankan tugas ketika persidangan.
6. Baju jubah Setiausaha Dewan Negeri telah dicuri dan disorok di belakang kerusi di dalam bilik rehat Speaker Dewan Undangan Negeri.
7. Y.B. Encik Sivakumar a/l Varatharaju Naidu dengan angkuh telah mengingkari titah ucapan tuanku Raja Muda Perak yang telah disampaikan kepada Setiausaha Dewan Negeri agar memulakan prosiding dan aturan dalam dewan. Setiausaha Dewan Negeri telah mengingatkan kepada Y.B. Sivakumar sebanyak enam kali berhubung titah ucapan tuanku berkenaan.
8. Y.B. Encik Yew Tian Hoe, ADUN Au Long dengan sengaja telah duduk di kerusi Yang DiPertua Dewan Negeri Perak (setelah Y.B. Sivakumar dibawa keluar) bagi menghalang Y.B. Dato’ R. Ganesan dari menjalankan tugas sebagai speaker baru yang dilantik.
9. Teks prosiding dan bacaan doa Setiausaha Dewan telah dirampas dari pada Setiausaha Dewan dan telah dirosak dan dikoyakkan. Y.B. Encik Yiew Tian Hoe juga telah menghempas teks prosiding dan doa di atas mejanya beberapa kali hampir 5 minit bagi tujuan membuat bising.
10. Y.B. Encik Khalil Idham Lim. b. Abdullah ADUN Titi Serong, telah mencetak risalah-risalah yang tidak diketahui sumbernya dan mengedarkan kepada ADUN-ADUN PAKATAN PEMBANGKANG.
11. ADUN Jalong dan ADUN Tebing Tinggi telah menyerahkan memory card video camera dan camera digital kepada pihak wartawan untuk tujuan hebahan pada pihak yang tidak diketahui.
12. Y.B. Sivakumar telah menafikan serta menggagalkan bentara daripada membawa cokmar masuk ke dalam dewan sebagai simbolik rasmi untuk memulakan persidangan dewan.
13. Lebih 10 orang termasuk Y.B. Ngeh Koo Ham, Y.B. Nga Kor Ming dan Speaker ADUN PAKATAN PEMBANGKANG meluru naik ke tingkat 2 dengan melalui laluan yang tidak dibenarkan untuk mereka tetapi dikhaskan kepada pengawal peribadi Tuanku.
14. Setiausaha Dewan telah menasihati Y.B. Sivakumar agar mengiringi Tuanku Raja Muda ke kamar Di Raja tetapi telah tidak diendahkan oleh Y.B. Sivakumar. Sebaliknya beliau mengatakan beliau ada urusan lain yang perlu diselesaikan dahulu.
15. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG telah meluru masuk ke dalam dewan dan mengambil alih tempat duduk yang dikhaskan untuk ADUN KERAJAAN serta telah mengoyak beberapa tanda nama ADUN KERAJAAN.
16. EMPAT ATAU LIMA ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mengeluarkan kata-kata kesat kepada Y.B. SUK yang bermaksud menghalang beliau menjalankan tugas.
17. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG menghalang Y.A.B. Menteri Besar dari membawa usul yang ditetapkan dalam aturan sidang DUN.
18. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG menghalang Timbalan Speaker dan Speaker Y.B. Dato’ R. Ganesan dari menjalankan tugas.
19. Speaker Sivakumar telah menyalahgunakan kuasa dengan meminta Y.A.B. Menteri Besar dan 6 Exco serta 3 ADUN Bebas keluar dewan dan ianya melanggari aturan dewan yang ditetapkan dan menghina keputusan Mahkamah Persekutuan.
20. ADUN PAKATAN REMBANGKANG telah melemparkan Buku Perintah Tetap DUN ke arah Y.B. Timbalan Speaker.
21. Tindakan sebahagian besar ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tidak menghadiri sesi perbarisan tetapi memasuki DUN lebih awal dan tindakan sebahagian lagi yang tergesa-gesa memasuki DUN selepas tamat perbarisan melalui laluan yang tak dibenarkan dan seterusnya mengambil tempat duduk yang dikhaskan kepada Exco dan ADUN Barisan Nasional menunjukkan ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mempunyai niat membuat haru-biru dan kekacauan bagi menggagalkan sidang DUN.
22. 5 - 6 mikrofon telah dirosakkan oleh beberapa ADUN PAKATAN PEMBANGKANG. 23. Pejabat Bahagian Perhubungan Awam dan Korporat telah menerima dua panggilan ugutan dari pihak tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa terdapat bom di bangunan SUK Perak. Ianya bertujuan bagi mengelakkan DUN dari bersidang.
24. Bentara Dewan juga turut ditolak sehingga mengalami kecederaan di kaki semasa menjalankan tugas mengikut peraturan dewan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Pesanan TDM

Tun Mahathir Sedarkan Melayu:

“Sekarang orang Melayu tidak pun boleh berkata negeri ini negeri Melayu, tidak boleh sebut negeri ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Negeri Jepun boleh dikatakan negeri orang Jepun, negeri Korea – negeri orang Korea, negeri China – negeri orang Cina, negeri India – negeri orang India. Tetapi negeri Melayu – bukan negeri orang Melayu. Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu. Kesanggupan dan kerelaan orang Melayu berkongsi milik negara ini tidak sedikit pun dihargai. Pemberian satu juta kerakyatan oleh Tunku Abdul Rahman Putra kepada kaum lain tidak dihargai bahkan tidak diingati, dilupakan dengan begitu sahaja.”

“Parti Melayu yang terkenal sudah kalah dalam Pilihanraya Umum ke-12. Parti Melayu yang menangpun berada dalam ketakutan jika parti rakan mereka menolak mereka. Sekarang orang tidak lagi hormat kita. Apa sahaja yang dituntut orang lain, baik yang menang, baik yang kalah akan kita layan. Kita yang perlu hormati orang lain. Tersilap sikit kita minta maaf bagi pihak semua bangsa Melayu.”

“Sesungguhnya Melayu mudah lupa. Kita lupa betapa kita dijajah dahulu, kita terpaksa panggil tuan orang yang menjajah kita, orang yang menghina kita. Tak boleh cakap berkenaan ketuanan Melayu. Kamu jadi hamba dahulu, bukan Tuan, layak hanya untuk tanam padi, tangkap ikan, jadi kuli orang, bawa kereta orang, tukang masak orang.”

Pekerja Islam X dibenarkan Solat.

 

memo_solat.BMP

Ni syarikatnya.
 
mpw1.BMP
Astaghfirullaaaah….. Mengucap panjang dibuatnya bila dapat info macam ini.

Last nite I received an email from my e-groups. Terkezuuut bercampur geram la bila dapat tahu ada jugak company yang beroperasi dalam negara kita tak hormati hak pekerja untuk bersolat waktu pejabat..! Let’s share this information, semoga ada pihak yang boleh sahkan kesahihan dan bantulah staff staf yang beragama islam disana.

Kalau kita risik dari info, company ini terletak di Jalan Tun Razak KL. Harap harap Menteri yang jaga hal ehwal agama kita, Senator Datuk Jamil Khir Baharom bolehlah look into this matter, maksudnya pegawai-pegawai dalam kementerian Datuk Jamil.

Ataupun mana mana Yb Yb dari parti PAS di KL, mungkin Dr Lo’Lo Ghazali. Inilah masa nak bela umat Islam, jangan pulak nanti bila dapat tahu yang tandatangan MEMO itu ahli DAP maka terpaksa tutup mulut…..

Sebarkan! Dan jangan nak cuba2 cari keje kat syarikat ini!
Source: http://lydiausm72.blogspot.com

Al Kisah Seorang Tan Sri di NS

 

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,
Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.
Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?
Tan Sri: Oh…sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.
Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.
Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.
Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?
Tan Sri: ………… ……… ……… ……… ……..
Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan. Pendapat anda?