Archive for August, 2009


Melayu Tanpa Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA)

Posted on Thursday, August 27 @ 14:50:07 MYT
Topic: Kolumnis

1. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di gubal semula pada 1960 berasaskan Ordinan darurat 1948 adalah untuk menjaga keselamatan negara berasaskan pencegahan.
2. Pencegahan agar kita tidak bertindak setelah ia menjadi mudarat besar. “setelah terantuk baru tergadah”,  “nasi telah menjadi bubur.”
3. Perkara 149 Perlembagaan negara yang memperuntukkan Akta Keselamatan Dalam Negeri merupakan satu undang-undang menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam yang antaranya ialah:
a. untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau
b.  untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau
c. untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau
d.  untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; atau
e. yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau
f. yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,
Sejarah Tahanan ISA
4.   a.  1960-61 Tahanan merupakan suspek pergerakan komunis.
b.  1970 an Gerakan Pelajar melakukan demontrasi menuduh berlaku kebuluran di Baling. Wujud anasir sosialis terutama di Universiti Malaya.
c.  1987 Operasi lalang. Pemimpin Pembangkang dan Kerajaan ditahan di bawah ISA. Ini termasuk Lim Kit Siang (DAP), Datuk Ibrahim Ali (UMNO), Fahmi Ibrahim (EXCO Pemuda UMNO ketika itu) dan Chan Kit Chee, Naib Presiden MCA. Ketika itu wujud pertikaian perkauman yang sengit berkenaan sekolah pelbagai aliran dan sebagainya.
d. Pada 1990 berlaku pula tangkapan besar-besaran di Sabah termasuk pemimpin PBS kerana ada unsur-unsur hendak membawa sabah keluar dari Malaysia.
c. Pada 1998 – beberapa tangkapan dan tahanan di bvawah ISA dibuat akibat daripada demontrasi jalanan 1998. Perarakan besar-besaran ketika itu mencetuskan kebimbangan huru-hara dan ada unsur untuk menjatuhkan kerajaan melalui demontrasi jalanan.

d. 2001 – 2008
-  Pengganas yang terbabit mewujudkan ketidakstabilan di rantau asia Tenggara. Antara yang ditangkap merupakan pemimpin Jemaah Islamis (JI), Kumpulan Darul Islam Sabah, Pemisah Selatan Thai, JI Singapura,

- Agen Perisik Asing, Pemalsu Paspot,
- Beberapa ahli politik yang membuat kenyataan mencetuskan kemarahan orang Islam.
ISA Alat Politik?
5. Dakwaan ISA alat politik UMNO atau orang Melayu adalah tidak benar. Sebahagian besar yang ditangkap bukan orang politik pun. Memang dari semasa ke semasa terdapat orang politik yang ditangkap. Namun tangkapan mereka bukan kerana kedudukan sebagai pembangkang tetapi kerana ucapan dan tindakan mereka menimbulkan kekecohan dan pertikaian antara kaum mahu pun agama.
6.  Misalnya dalam tahun 60 an, banyak kaum cina yang ditangkap kerana terbabit dengan aktiviti komunis.
7. Justeru adalah tidak benar ISA digunakan untuk kepentingan politik UMNO mahu pun parti pemerintah. Banyak pemimpin utama pembangkang yang lebih besar dan hebat seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Haji Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pun ditangkap atau ditahan di bawah ISA biarpun mereka menang banyak negeri dalam pilihan raya lalu.
8.  Jadi Melayu, Cina, India, kadazan, Murut atau apa pun etnik mereka bukan penentuan ditahan di bawah ISA. Sebaliknya faktor keselamatan yang menjadi keutamaan.
Keadilan Tetap Tertegak
9. Ada tuduhan bahawa ISA merupakan undang-undang zalim, kejam dan bertentangan dengan Islam. Dakwaan ini bukan sahaja tidak benar malah mengelirukan.
a. Tahanan juga boleh berjumpa keluarga, membaca akhbar dan menambahkan ilmu pengetahuan. Tahanan ISA mendapat keistimewaan yang jauh kebih baik berbanding penjara biasa. Malahan Kassim Ahmad pernah menyiapkan tesis beliau semasa berada dalam tahanan kem kamunting.
b. Rawatan perubatan, lawatan peguam dan fasiliti yang mereka terima juga sangat baik.
c. Boleh dikatakan tahanan ISA mendapat pelbagai kemudahan kecuali kemudahan bergerak bebas di luar kem tahanan.
10. Sebelum mengenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan dalam negeri seseorang itu akan ditangkap di bawah ISA terlebih dahulu.
11. Dalam tangkapan tersebut Polis boleh menahan sehingga 60 hari untuk soal siasat. Ini merupakan tindakan Polis sepenuhnya berasaskan sumber risikan, intipan dan peristiwa-peristiwa sebelumnya.
12. Setelah tamat siasatan sama ada dalam tempoh tidak lebih 60 hari, barulah polis membuat saranan kepada Menteri Dalam Negeri.
13. Jika ada bukti dan asas yang mencukupi maka Menteri Dalam Negeri akan mengeluarkan perintah Tahanan di bawah ISA. Setiap perintah Tahanan boleh memakan masa sehingga dua tahun.
14. Ini bermakna pelbagai siasatan telah dilakukan sebelum penahanan di buat. Menteri dalam negeri pula akan menyoal pelbagai aspek sebelum bersetuju dengan perakuan Polis untuk mengenakan tahanan selama dua tahun. Jika Menteri tidak berpuas hati maka Polis perlu membebaskannya.
15.  Adalah tidak benar mereka yang ditahan tidak mendapat peluang membela diri dan ini bertentangan dengan prisnsip keadilan dalam Islam adalah tidak tepat.
16. Mereka yang ditahan di bawah ISA juga berpeluang membela diri melalui perbicaraan dalaman selepas tiga bulan beliau ditahan. Lembaga Penasihat yang terdiri daripada bekas-bekas hakim dan tokoh masyarakat akan mendengar pembelaan tahanan dan juga tuduhan-tuduhan yang dikemukakan. Malahan tahanan juga boleh membawa peguam dalam pendengaran tersebut.
17. Apa yang dikatakan tidak adil ialah ia tidak mengikuti proses perbicaraan umum yang kita wakili daripada negara barat. Namun dari segi memberi tertuduh peluang mempertahankan diri sememangnya wujud dalam sistem tahanan ISA sendiri.
18. Lembaga Penasihat yang mendengar pembelaan selepas tiga bulan pertama boleh membuat keputusan agar Menteri dalam Negeri membebaskan tahanan jika mereka berpuas hati dengan penjelasan yang ditahan dan mendapati ia tidak membahayakan keselamatan negara.
19. Dalam kerajaan Islam dahulu pun gabenor atau khalifah boleh menjatuh hukuman setelah mendengar kenyataan semua pihak. Hari ini menteri Dalam Negeri yang membuat keputusan dengan dibantu oleh Lembaga Penasihat.
20.  Jika dianggap ISA ini satu kemudaratan maka ia hanyalah menudaratan kecil. Dalam Islam kita boleh melakukan kemudaratan kecil bagi menghalang kemudaratan besar.  Ini dipanggil as-siasat as-syar’iah (politik syarak) atau konsep melakukan kemudaratan kecil untuk mengelak daripada kemudaratan besar.
21. Tahanan ISA juga boleh membawa kes ke mahkamah sekiranya mendapati cara tangkapan mereka salah atau tiada asas langsung semasa polis menangkap mereka.
a. Raja Petra Kamaruddin pengendali laman web Malaysia Today telah dibebaskan oleh Mahkamah melalui perintah Hebeas corpus setelah mendapati alasan penahanan raja Petra tidak mencakupi kehendak akta bahawa individu tersebut boleh mengancam keselamatan negara.
b. Bekas Setiausaha Eksekutif Pas, Abdul malek Husin pula mendapat ganti rugi sebanyak RM 2.5 juta setelah mahkamah mendapati Polis gagal mengemukakan bukti aktiviti beliau yang jelas mengancam keselamatan negara. Abdul malek merupakan pengerusi Malaysian for Free and Fair Elections (MAFREL) yang benyak terbabit dengan tunjuk perasaan pada 1998.
Melayu Tanpa ISA
22.  Apakah akan terjadi kepada orang Melayu tanpa ISA? Soalan sama kita tanya apa akan terjadi kepada orang Melayu tanpa negara Malaysia yang makmur ini.
23. ISA penting bagi menjaga kestabilan dan keamanan negara. Inilah satu-satunya negara orang Melayu dan bumiputera. Jika negara ini hancur, huru-hara dan tidak stabil ke mana sebahagian besar kita akan pergi?
24.  Sungguhpun kita tidak mempertikaikan kesetiaan kaum cina dan india kepada negara ini, namun tidak mustahil ramai daripada mereka akan berhijrah ke negara lain seperti seperti Singapura, Hong Kong, Taiwan, Australia, Amerika syarikat dan kanada.
25. Berapa ramai orang Melayu berkemampuan untuk berhijrah ke negara lain baik dari segi kewangan mahu pun bahasa? Kita juga tiada kekuatan jaringan Melayu sebesar kaum Cina dan India di luar negara.
26.  Justeru, walau apa pun yang terjadi, orang Melayu tetap akan tinggal di negara ini. Kita telah berjuang sejak beratus tahun lalu membangunkan negara ini dan mempertahankan kedaulatan tanah air ini.
27.  ISA berupaya mengawal keamanan dan kestabilan Malaysia, satu-satunya tanah bumi bertuah yang menjadi tempat tinggal, mencari rezeki dan tempat perlindungan kita.
28.  Hanya ada tiga negara yang benar-benar aman di rantau Asia Tenggara ini iaitu Malaysia, Singapura dan Brunai. Apakah persamaan ketiga-tiga negara ini?
29. Ketiga-tiganya ada Akta Keselamatan Dalam Negeri yang menjadi pencegah kepada kegiatan subversif dan keganasan.
30.  ISA amat penting kepada orang Melayu kerana ia menjamin ketuanan Melayu.
31. Ketuanan Melayu bukan ketuanan UMNO. Tidak penting yang jadi Perdana Menteri itu pemimpin UMNO atau Pas. Ketuanan Melayu bukanlah untuk menjadikan Melayu ini Tuan dan bukan Melayu sebagai Hamba. Sebaliknya Ketuanan Melayu bermaksud atau simbol kedudukan Sultan-Sultan Melayu sebagai tunggak negara yang menjaga kepentingan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bahasa Melayu.
32. ISA juga penting bukan untuk menjaga kepentingan bumiputera, kedudukan raja-raja Melayu dan agama Islam. Tanpa ISA maka lebih banyak anasir-anasir akan mencabar status asas perlembagaan ini.
33. Hari ini pun sudah ramai yang mencabarnya. Bayangkan jika tiada ISA maka lebih ramai akan menjadi seperti HINDRAF yang mencabar status bumiputera dan menuduh Melayu melakukan “pembersihan etnik” India.
34.  Memang benar undang-undang biasa boleh juga mengawal tingkah laku pelampau kaum mahu pun agama namun ia bukan berunsur pencegahan. Masa yang panjang diambil untuk perbicaraan dan mendapat hukuman membolehkan yang tertuduh terus berleluasa mengatur kekacauan dan menimbulkan huru-hara.
35. Apakah kita mahu peristiwa Kampung Medan dan Kampung Rawa berulang setiap masa hanya kerana tiada langkah pencegahan awal diambil?
36. Malah ada sarjana berpendapat kejadian 13 Mei 1969 juga dapat dihalang  jika ISA digunakan segera ke atas mereka yang menghasut dan mencetuskan kebencian antara kaum.  Apabila ISA tidak dilaksanakan pada 1969, maka kita semua tahu apa yang terjadi kepada negara ini.
37. Peristiwa yang sama hampir terjadi pada 1987, namun nasib baik Polis dan kepimpinan negara ketika itu cepat bertindak mengelakkan ia menjadi satu lagi rusuhan kaum.
38. Apa pula terjadi jika polis mengetahui seseorang itu perisik negara asing dan tidak boleh membuktikan di mahkamah terbuka kerana akan menjejaskan rangkaian perisikan negara sendiri? Sanggupkah kita mengambil risiko ini hanya untuk memuaskan hati segelintir orang yang ada agenda politik?
39. Malah tidak mustahil ada antara penentang ISA ini ditaja oleh negara asing melalui pelbagai dana dan NGO luar negara.
40. Orang Melayu yang keluar menentang ISA tempoh hari sebenarnya tidak sayangkan agama, bangsa dan negara ini. Mereka taksub membuta tuli kepada agenda politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.
41. Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sedar keperluan ISA dalam negara kita. Anwar sedar kepentingan ISA untuk menjaga asas Perlembagaan Negara yang membabitkan Islam, melayu dan kesultanan Melayu. Namun kerana beliau memerlukan isu politik maka ia dipergunakan sepenuhnya sebagai agenda politik.
42. Jika esok kita hapuskan ISA pun Anwar akan mencipta agenda baru untuk membawa orang ramai keluar berdemontrasi di jalan.
43. Orang seperti Anwar sanggup buat apa sahaja untuk mendapat jawatan Perdana Menteri. Biar agama, bangsa dan negara tergadai asalkan beliau berjaya menjadi Perdana Menteri.
44. Mungkin tepatlah apa yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Anwar inilah pengkhianat bangsa Melayu.
45. Ingatlah bahawa dalam sejarah kita, ramai pemimpin bangsa Melayu sendiri menjadi pembelot kepada bangsanya sendiri sehingga menyebabkan tanah melayu ini terjajah selama lebih 400 tahun.

PERINGATAN UNTUK MASA DEPAN KITA

Contributed by musa3 on Wednesday, August 26 @ 13:59:18 MYT
Topic: RENCANA

Assalamualaikum, kalau UMNO kalah dalam PRU 13 nanti, saya tak   heran, Ha? kenapa? ya, kalau ditakdirkan berlaku begitu.. ketahuilah bukan kerana lain, tetapi kerana fikiran sebahagian kita orang Melayu akhir-akhir ini semakin lemah dengan permainan orang bukan Melayu khususnya DAP.

PAS marahkan UMNO konon kerana UMNO tak laksanakan hukum hudud. Sejak puluhan tahun, sejak wujudnya PAS, itulah hujah mereka. Betulkah begitu sebenarnya? Renungkanlah.

Saya pun sedikit sebanyak ada juga tak puas hati tentang kerajaan pimpinan UMNO. Ya lah kadang-kadang itu dan ini, tetapi saya masih tidak lupa jasa dan kejujuran UMNO khususnya terhadap orang Melayu termasuk saya.

Susah payah UMNO, saya tidak boleh lupa. Saya telah kira dengan jujur, berapa banyak jasa kerajaan kepada saya, anak-anak saya dan seluruh bangsa kita. Marilah kita bandingkan dengan mana-mana kerajaan di dunia ini.

Malangnya ada juga rakan kita orang Melayu yang mungkin lupa atau sengaja mahu melupakan bahawa UMNO lah yang telah, sedang dan akan terus membela mereka dan anak cucu mereka. Pembelaan UMNO termasuklah terhadap anak-anak dan cucu cicit mereka.

Anak yang mereka bawa sebagai perisai untuk menarik simpati dalam tunjuk-tunjuk perasaan yang mereka sertai. Anak-anak yang pada tengkok mereka digantungkan sepanduk, pada baju mereka disematkan lencana bencikan kerajaan, bencikan undang-undang.

Anak-anak ini ditanamkan rasa bencikan terhadap pemerintah. Rasanya anak-anak ini sendiripun kurang faham, kenapa? perlu membenci pemerintah dalam usia semuda mereka? Kenapa perlu membenci kerajaan sedangkan seusia mereka sepatutnya diisi dengan ilmu yang sangat diperlukan untuk persaingan masa depan dan hidup mati mereka. Kenapa kerajaan ini perlu dilemahkan dan dibenci berpanjangan. Kenapa?, sebenarnya mereka pun tidak faham lebih dari apa yang mereka diberitahu.

Siapakah yang akan untung daripada kelemahan itu? adakah bapa mereka yang dapat untung? ya mungkin juga beberapa puluh ringgit untuk belanja haus dahaga dan upah berlari dikejar FRU. Adakah kanak-kanak itu sendiri yang tidak mengerti apa-apa akan mendapat faedah atau untung? Jawapannya tidak, melainkan rugi belaka kecuali tokoh-tokoh yang ada kepentingan, bukan mereka dan bukan juga negara.

Kenapa begitu sekali bencinya kita terhadap kerajaan? sedangkan inilah pemerintah yang selama ini membela kita, membantu anak-anak kita? Bukan PKR, bukan PAS dan jauh sekali DAP laknatullah. Kenapa?, jawapannya antara lain ialah kerana sebahagian kita mudah terpengaruh dengan ucapan orang yang berkepentingan.

Marilah kita saling ingat mengingati. Betapa semangat sekalipun hujah yang disampaikan, betapa pun pandainya penceramah memainkan emosi kita, janganlah kita mudah terpengaruh dengan menjadi pengkhianat bangsa kita sendiri. Kenapa kita ingin menjadi perosak keharmonian negara yang satu-satunya milik kita? Perosak kerajaan pimpinan orang Melayu?, bangsa kita dan masa depan kita dan anak cucu kita?

Kenapa kita dalam masa yang sama mahu membela parti yang hanya ingin melaksanakan agenda peribadi? atau parti yang jelas lagi nyata kesesatannya. Tidak sayangkah kita kepada agama kita? kenapa kita tetap enggan menyedarkan diri kita?

Jangan kita jadi Melayu jenis yang boleh dirodok bontot oleh siapa pun. Mari kita jadi Melayu yang banyak guna akal, berlapang dada dan menginsafi diri. Jangan kita mudah terpengaruh dengan ucapan oleh si pensyarah yang pandai mengintai kelemahan dan menyalahgunakan semangat kita. Bina lah semangat kita sebagaimana bangsa-bangsa    lain  sayangkan negara mereka.

Kalau kita jadi Melayu jenis yang malas berfikir payahlah  sikit.  Kita disogokan kononnya ingin lihat kepimpinan kerajaan bertukar tangan. TETAPI adakah sebenarnya kita faham, kenapa ada yang beria-iya sangat ingin menjatuhkan kerajaan ini?  Paling tidak pun kita perlu tahu bahawa kita dijadikan alat semata-mata.

Benci terhadap UMNO tetapi kita bersekongkol dengan DAP!!, apa nih? wake up? DAP gunakan kemarahan Melayu terhadap Melayu untuk mentelanjangkan kebodohan Orang Melayu termasuk kepada dunia luar.

Mereka gunakan kebencian orang Melayu untuk jatuhkan kerajan pimpinan  orang Melayu secara perlahan-lahan. Kenapa kita Melayu tak mahu faham?

” slow and steady, the malay are lousy, so, no hurry’

Mari kita sama-sama renungkan sekurang-kurangnya persoalan berikut:-

Pertama: Kenapa selepas mayat Teo Beng Hock ditemui, reaksi paling pantas ialah daripada DAP yang berkumpul di hadapan bangunan SPRM?

Kedua: Kenapa akhir-akhir ini susah sangat nak ambil kenyataan tokoh-tokoh DAP untuk sesuatu siasatan? hingga terpaksa berlaku kekecohan dan kekerasan dan hingga mereka sanggup cedera?

Kenapa tunjuk-tunjuk perasan amat sedikit disertai oleh bangsa lain selain dari Melayu yang nampaknya lebih beria-iya menentang kerajaan?

Kenapa tunjuk perasaan lebih tertumpu di kawasan Chow kit, Jalan Tuanku Abd Rahman, masjid Kg Baru dan sekitar, bukannya di kawasan lain misalannya di Petaling Street atau Bukit Bintang?

Kenapa telah ada satu kelaina n dalam budaya kita, di mana polis pun sanggup  di pukul dalam tunjukkan perasaan?

Kenapa akhir-akhir ini banyak kecenderungan menghina Raja-Raja Melayu?

Kenapa bekas PM Singapura yang sejak sekian lama tidak mengunjungi Malaysia, baru-baru ini telah berkunjung ke negara ini termasuk bertemu Nik Aziz? ehem?

Mari kita jadi bangsa Melayu, bukan orang yang melayu

Wassalam

Musa3 - Melayu yang Mengembang

Bagaikan Kameleon

Oleh : Gelagat Anwar

Dalam satu majlis `akademik-politik’ bertajuk `513 to 1Malaysia: The Future of Malaysian Nation-Building’ – Anwar hadir sebagai jurucakap utama. Anwar katanya ada majlis lain selepas daripada itu. Jadi Anwar tidak boleh tunggu lama. Maka Anwar pun memulakan malam itu dengan segala macam retorik yang kononnya menampilkan dirinya sebagai `Champion of All Malaysians’; regardless of race, religion and all.

Retorik Anwar – di hadapan khalayak yang majoritinya Cina memang sudah terpesong jauh dengan Anwar yang dahulu. Anwar sewaktu memperjuangkan kemiskinan orang Melayu di Pekan Baling. Padahal ada sahaja orang Cina yang miskin dan kedana pada waktu itu, tetapi Anwar nak jadi champion orang Melayu.

Anwar buang orang Cina. Anwar buang orang India. Anwar, sewaktu zaman mahasiswa; tidak pernah sekali cakap pasal bangsa Malaysia. Anwar nak jadi JAGUH MELAYU. Anwar selalu mengungkap mengenai bagaimana orang Melayu bangkit sebagai pejuang dalam kes 13hb Mei. Anwar selalu bercakap tentang bagaimana orang Cina tidak sedar diri dan menguji tahap kesabaran orang Melayu.

Pada tahun 1987, Anwar sebagai Menteri Pendidikan pernah membuat keputusan yang benar-benar melukakan hati orang Cina. Anwar tidak hormat dengan sistem perjawatan sekolah Cina. Anwar lantik Cina `westernized’ untuk menjadi nazir kepada sekolah-sekolah Cina. Gamat seluruh Negara. Ada boikot. Ibubapa pelajar Cina nekad untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah.

Ini satu campurtangan LUAR BIASA kerajaan kepada hal ehwal pendidikan anak bangsa Cina. Anwar tidak peduli, kepadanya – yang lebih penting – pendidikan Cina mesti di `neutralized’ dan tidak terlalu bersifat keCinaan.

Anwar adalah antara penyebab kepada insiden Ops Lalang 1987. Pemuda UMNO berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman. Anwar yang selalu pergi ke seluruh Negara selalu mengangkat 13hb Mei sebagai `perlambangan kebangkitan orang Melayu’. Anwar selalu menganggap perjuangan Harun Idris adalah kemuncak perjuangan orang Melayu. Anwar selalu mengingatkan tentang `amuk’ Melayu. Anwar selalu mengatakan bagaimana Melayu akan bangun berjuang jika cuba dihina dan dibuat gila oleh kaum lain.

Namun begitu, dalam majlis DAP tempohari – Anwar yang lama sudah hilang. Agaknya inilah reformasi yang Anwar inginkan. Daripada berjuang tentang Melayu dan Islam – berjuang tentang `Malaysian Malaysia’. Anwar sudah bermain dengan retorik kosong yang hanya mampu memainkan `rasa enak’ di kalangan orang Cina dan India. Kononnya Anwar adalah `icon baru’ kepada Malaysia yang milik semua orang.

Mengapa agaknya Anwar boleh berubah begitu rupa? Daripada seorang `ultra Melayu’ kepada seorang yang kononnya membawa nilai Malaysia. Pemahaman Anwar tentang 13 Mei sudah jauh terpesong daripada ucapan-ucapan GANASnya sewaktu di dalam UMNO. Apakah Anwar lupa bahawa KEBENCIAN kepada Cinalah yang meletakkan dirinya hampir ke kemuncak kepimpinan dalam UMNO.

Namun begitu, sewaktu dalam UMNO lagi – Anwar sudah cepat jatuh cinta dengan `tycoon’ Cina. Nallakarupan mesti boleh mengingatkan kita bagaimana Anwar selalu membuat ’special draw’ sewaktu dia di Kementerian Kewangan. Asalkan nak pakai duit sahaja, Anwar akan buat special draw. Asal nak pakai wang sahaja – Anwar akan luluskan ’special draw’. Sebagai Board of Director Magnum – Nalla akan bawa duit ’special draw’ kepada Anwar. Azmin mungkin ingat cerita ini.

Hikmah dan bagusnya di sebalik majlis penganjuran DAP ini adalah – menampakkan `lakonan politik’ Anwar yang baru. Daripada mereka yang sangat menyanjung tinggi pejuang Melayu Kampung Bharu – Anwar jadi penyanjung tinggi Lim Kit Siang. Perubahan ini cukup drastik. Bukan perubahan mungkin – ini transformasi Anwar.

Anwar mengakui dalam ucapannya di Dewan Sivik tersebut – bahawa `kesilapan tafsiran sebenar mengapa’ 13 Mei berlaku, menyebabkan `ubat dan penyelesaiannya’ juga silap. DEB ini, menurut kata Anwar adalah suatu penyelesaian yang silap dan bersifat `perkauman’. Sewaktu dalam Kerajaan, Anwar lah salah seorang yang membugar semangat DEB. Ini hak Melayu. Ini hak Bumiputera.

Namun hari ini, buat Anwar – DEB adalah perkauman dan dasar yang silap. Tahniah kepada Anwar kerana sudah bijaksana menjadi pelacur politik – dan mengorbankan `jiwa perjuangan sebenarnya’. Tahniah, kerana Anwar sudah benar-benar `graduate’ dan komited menjadi seorang pejuang Malaysia. Apakah ini retorik – terserah. Anwar bukankah hebat dalam perkara-perkara begini?

——————–

PS: Hah, macam sesumpah.

Meme Tuk Guru yg Jurus

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0624&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm&arc=hive

Cuit - ZAINI HASSAN
zaini.hassan@utusan.com.my

SYABAS Pas kerana menolak gagasan perpaduan Melayu. Syabas Pas kerana bersekongkol dengan rakan-rakannya - yang asyik mengungkit mengenai isu biasiswa kepada anak-anak bumiputera miskin, isu untuk mengenyah DEB, isu-isu terlalu sensitif yang jika disebut di sini ‘orang-orang tertentu’ akan mengecap kita ini sebagai rasis.

Cita-cita Pas ialah mahu memerintah Malaysia dengan rakan-rakannya itu. Mungkin Nik Abdul Aziz Nik Mat terlalu mengidamkan menjadi Perdana Menteri. Jika diizinkan tuhan cita-citanya akan tercapai. Tolong, janganlah sesiapa mengatakan dia tok guru yang hanya mengajar agama - sebenarnya beliau ialah ahli politik totok yang dalam istilah Inggeris disebut political animal.

Beliau tidak percaya kepada pengertian kebangsaan - atau dalam konteks gagasan perpaduan, Melayu. Melayu bagi beliau ialah elemen assabiyah yang menurutnya tidak sehaluan dengan ajaran Islam. Teras beliau ialah Islam semata-mata. Bagi beliau Melayu itu tidak wujud.

Itulah antara kegagalan gagasan tersebut. Awal-awal lagi Nik Aziz menolaknya, walaupun kumpulan lain dalam Pas mahu rundingan itu dimulakan. Presiden Pas, Hadi Awang yang mencetuskan idea itu. Ia disambut oleh kumpulan bukan-Erdogan, terutama Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa. Sambutan Nasharudin itu mengakibatkan beliau ‘menghilangkan diri’ beberapa hari kerana dimarahi teruk oleh Mursyidul Amnya, Nik Aziz.

Nik Aziz meminta Nasharudin meletakkan jawatan dan masuk UMNO. Nik Aziz terlalu emosional kerana ada pihak yang cuba menghalang cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim yang bimbang melihat berlaku krisis keyakinan yang merugikannya dalam pakatan itu pergi menghadap Nik Aziz di Kota Bharu sebelah pagi Ahad - beberapa jam sebelum Hadi pulang dari luar negara malam itu.

Ternyata dalam pertemuan itu Anwar berjaya mempengaruhi Nik Aziz, atau mereka berdua merancang untuk ‘menyelesaikan’ kemelut ini - tanpa pengetahuan pencetus idea, Hadi.

Hadi yang ditemui pemberita di lapangan terbang KLIA berkata, Pas akan mengadakan perbincangan mengenai gagasan itu keesokan harinya.

Keesokan harinya (Isnin lalu) pakatan pembangkang yang dihadiri Anwar, Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng tersenyum puas. Hadi yang turut berada di dalam mesyuarat sejam pakatan itu di bangunan Parlimen terpaksa ‘malu alah’ dan bersetuju mengeluarkan satu kenyataan sebulat suara menolak gagasan itu. Kenyataan tiga perenggan itu ditandatangani oleh Anwar, Hadi dan Kit Siang.

Nasharudin tidak hadir dalam pertemuan itu.

Malamnya sebelum pertemuan itu, Nik Aziz di Kuala Krai menyerang UMNO. Beliau menyifatkan UMNO sebagai parti sesat seperti ajaran Ayah Pin. Parti yang membawa negara ini sehingga ke tahap ini - berbanding Pakistan, Bangladesh, Afghanistan dan negara-negara Islam lain - dicercanya sebegitu rupa.

Itulah Nik Aziz, ahli politik totok yang kita kenali lama dulu. Seorang yang kononnya berperwatakan lembut, tapi keras berpolitiknya. Dia menyamakan UMNO seperti Ayah Pin. Dia juga menyamakan UMNO seperti pengganas komunis.

“UMNO ialah pertubuhan sesat, sama dengan Ayah Pin. UMNO dan komunis adalah sama. UMNO ialah parti sosialis kerana menolak Islam. UMNO ialah parti Melayu bukan parti Islam,” kata Menteri Besar Kelantan itu di satu ceramah di Kampung Laloh di Kuala Krai malam Ahad lalu.

“Bagaimana kita mahu bersetuju dengan UMNO? Mereka sekarang mahu minta kita lupa yang lepas dan bersatu dengan mereka. Mereka ini tidak tahu malu,” katanya di hadapan rakan-rakan pakatannya Anwar dan Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw.

Awal hari itu (sebagaimana yang dilaporkan akhbar) Nik Aziz sudah mulai berlembut. Tapi beberapa jam kemudian di ceramah di Kuala Krai itu beliau buat pusingan-U di hadapan 5,000 penyokongnya dengan menghentam UMNO dalam kempen menjelang pilihan raya kecil Manek Urai 14 Julai ini.

Itulah Nik Aziz yang kita kenali. Beliau boleh membuat pusingan-U yang tajam. Itu pasal kita kata beliau bukan tok guru ajar mengaji, tapi ahli politik totok yang berjuang atas nama prinsipnya yang kental.

Berkata di hadapan pengikutnya yang fanatik itu, Nik Aziz menganggap UMNO tidak layak memerintah negara ini. Semasa mengucapkannya, beliau langsung tidak sedar UMNO sudahpun memerintah negara ini selama 52 tahun dengan jayanya. Pas tidak pernah.

Tambah beliau, umat Islam wajib menolak UMNO jika mereka takutkan Allah.

Benar Pas sudah memerintah beberapa negeri di negara ini. Di Kedah dan Kelantan mungkin tiada masalah kerana ramai rakyatnya ‘Melayu’, tapi corak pemerintahan Pas di Perak yang terikat kepada master DAP telah menunjukkan hitam putih corak pemerintahannya.

Belumpun panas duduk di kerusi Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin sudahpun meluluskan hak milik tanah di kampung baru untuk selama 999 tahun (atau dibulatkan 1,000 tahun). Orang Perak sendiri terkejut, teruja dengan tindakan Pas Perak itu. Kita yakin corak inilah yang akan diterapkan apabila mereka memerintah Malaysia kelak.

Kini Nik Aziz merasakan Pas dan pakatan pembangkangnya yang layak memerintah negara ini. Jika tidak layak pun jangan bimbang, mereka akan dipimpin (ditunjuk ajar) oleh sebuah negara jiran yang yakin Malaysia kini sudah pun berada di persimpangan jalan. Negara itulah yang kini melatih Pulau Pinang dengan menghantar beberapa penasihat ke negeri itu.

Nik Aziz merasakan pakatannya sudah kuat. Memang benar mereka sudah kuat. Mereka kuat apabila orang Melayu lemah. Memang benarpun orang Melayu kini sudah terlalu lemah. Gagasan perpaduan bagi Nik Aziz tidak boleh dilaksanakan sama sekali - sama seperti kata-kata Karpal Singh “langkah mayatnya dulu” jika Malaysia mahu menjadi negara Islam.

Memetik kata-kata Bisik-Bisik Awang Selamat kelmarin “… sekiranya gagasan ini berjaya, ia akan menjadi satu pelan politik yang terhebat dalam sejarah tanah air.”

“… tapi untuk merealisasinya bukan mudah. Pakatan pembangkang seboleh mungkin tidak mahu melihat rancangan itu berjaya.”

Kenapa mereka tidak mahu melihat ia berjaya? Kerana jika gagasan ini berjaya, pakatan itu akan hancur lebur. Dan orang Melayu akan kembali kuat.

Apa pun tahniah dan syabas sekali lagi kepada Anwar dan Kit Siang serta tentunya tok guru Nik Aziz kerana berjaya menggagalkan gagasan itu.

Ketuanan Siapa Pulak? Keadilan Siapa Pulak?

BAGAIKAN kebetulan, tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Kedah, Mohd. Radzhi Salleh mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas hanya berselang beberapa hari sebelum hari pengundian pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Pengumuman itu sekali gus memberi dua konotasi yang berbeza kepada pemerhati politik. Di pihak kerajaan, ia dilihat sebagai bukti kepada betapa goyahnya parti PKR sehingga hilang kepercayaan di kalangan ahlinya sendiri.

Ia secara tidak langsung memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk meyakinkan penduduk Permatang Pasir bahawa pakatan pembangkang sebenarnya tidak boleh ke mana. Sebaliknya hanya gah dengan pelbagai isu dan konflik dalaman yang berlaku dalam pakatan pembangkang iaitu PKR, Pas dan DAP.

Bagi pakatan pembangkang pula, tindakan Mohd. Radzhi itu tidak ubah seperti sebuah perancangan penuh strategik BN untuk mencemar kredibiliti mereka. Ia dilihat taktik kotor BN meraih simpati pengundi di Permatang Pasir hari ini.

Jika benar Mohd. Radzhi sudah hilang kepercayaan kepada parti, mengapa baru kali ini iaitu ketika menjelangnya pilihan raya kecil di Permatang Pasir beliau tampil membuat pendedahan? Dalam senario politik negara yang semakin kalut ketika ini, keputusan Mohd. Radzhi untuk bergerak secara bebas bukanlah tindakan yang luar biasa.

Ia boleh disifatkan sebagai reaksi atau tindak balas yang sangat sinonim setiap kali menjelangnya pilihan raya atau sebarang peristiwa yang menyentuh mengenai agenda politik diumumkan.

Namun, dalam kes Mohd. Radzhi, ada sesuatu yang agak menarik untuk diperhatikan seterusnya merungkai tindakan beliau. Antaranya ialah tindakan pemimpin utama PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang membelasah personaliti beliau di dalam sebuah laman sesawang berbentuk berita.

Anwar antara lain mengaitkan Mohd. Radzhi dengan masalah disiplin, kewangan dan hal-hal peribadi. Tidak dapat dipastikan kenapa Anwar bertindak sedemikian rupa. Kerana sebagai seorang pemimpin atau ketua, beliau seharusnya melindungi hak peribadi pengikut beliau apatah lagi yang bertaraf wakil rakyat.

Adakah kerana Mohd. Radzhi memilih untuk keluar parti maka segala isu yang membabitkan beliau berhak dicanang kepada umum?

Bagaimana sekiranya Mohd. Radzhi masih kekal sebagai ADUN PKR, apakah isu-isu peribadi beliau sanggup dibuka ke pengetahuan rakyat?

Ini secara tidak langsung menjelaskan sikap Anwar yang tidak menghormati Mohd. Radzhi sebagai salah seorang ADUN yang kini bekas pemimpin PKR.

Seandainya beliau ikhlas, PKR seharusnya memberi sokongan kepada Mohd Radzhi untuk terus berjuang demi kebenaran tanpa mengambil kira parti apa yang disokong.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana isu keluar parti Mohd. Radzhi ini mempengaruhi corak pengundian di kalangan penduduk Permatang Pasir hari ini.

Namun sesuatu yang perlu ditekankan, masyarakat Malaysia perlu menetapkan pendirian dengan memilih pemimpin dan parti politik yang memperjuangkan nasib mereka dan membawa kepada kerukunan dan kesejahteraan kepada negara.

Kita tidak mahu menjadi seperti negara-negara jiran yang tidak pernah lekang dengan aksi politik melampau kerana rakyat terlalu vokal dalam menentukan jatuh bangun sesebuah pemerintahan negara.

Memang rakyat berhak merencana semua perjalanan politik negara. Tetapi sekiranya bermandikan darah, caci-maki, kekejaman dan pelbagai anasir buruk lain yang akan menggugat proses demokrasi sedia ada, adakah ia sesuatu yang berbaloi untuk dipertahankan?

Apa pun tindakan Mohd. Radzhi dan Anwar pastinya memberikan implikasi negatif kepada kekuatan PKR.

Ia tidak memerlukan penjelasan mendalam kerana Anwar sendiri sebelum ini memperkenalkan polisi tindakan melompat parti yang kemudiannya menjadi trend dalam budaya politik demokrasi Malaysia.

Cuma apa yang boleh diperhatikan daripada tindakan Mohd. Radzhi itu sebenarnya banyak mencerminkan kredibiliti PKR dalam perjuangan membela rakyat yang semakin dibimbangi dan diragui.

Ketandusan idea PKR dalam perjuangan parti itu membuatkan ramai yang berfikir mengenai rasional untuk memberikan sokongan. Lihat sahaja apa yang berlaku sebelum setahun pakatan pembangkang memerintah.

Pelbagai spekulasi timbul dan masalah yang dicetuskan baik isu perkauman, rasuah politik, integriti dan banyak lagi.

Perkara ini seperti yang dijelaskan oleh pensyarah di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya (UM), Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad, sangat logik untuk dianalisis dari sudut pemikiran masyarakat Malaysia yang sentiasa mahukan kebenaran dan pembelaan terhadap nasib mereka.

Pakatan pembangkang diuji dengan pelbagai isu yang secara tidak langsung menggambarkan kekuatan mereka sebagai pemerintah. Polemik itu sedikit sebanyak menimbulkan pertanyaan adakah pakatan pembangkang merupakan harapan baru bagi rakyat Malaysia?

Persoalan ini jelas Noor Sulastry, perlu dijawab dengan melihat beberapa konteks penting. Antaranya pakatan pembangkang perlu melaksanakan janji-janji yang telah dibuat semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu seperti memperjuangkan ketelusan, keadilan, responsif, berjiwa rakyat, mempunyai sikap yang sederhana dan banyak lagi.

Malangnya tambah Nor Sulastry, senario yang berlaku tidak menggambarkan seperti apa yang diharapkan. Perbalahan demi perbalahan tercetus dalam pakatan pembangkang termasuk dalam isu kerajaan campuran, raja Melayu, kerajaan perpaduan, isu kuil di Selangor, isu babi dan bermacam lagi.

”Tiada kesepakatan yang dicapai antara mereka. Sikap saling tuding-menuding sama sekali tidak menjamin demokrasi dan kejayaan dalam sesebuah negara sekiranya dibiarkan berterusan,” ujar beliau.

Kerana itu juga perlu diingatkan, kedudukan hegemonik pakatan pembangkang kini bukanlah sesuatu yang berkekalan.

Ia boleh berubah sepanjang masa kerana kegagalan atau konflik dalaman pakatan pembangkang. Keadaan ini memberikan alternatif yang baik dan dengan desakan faktor eksternal seperti kekuasaan BN ke atas struktur politik, ia boleh membawa kepada kuasa hegemonik itu dirampas semula.

Eat Your Words

Edisi Ramadhan : 30 Bukti Nik Aziz bukan Ulama Hakiki

#fullpost{display:inline;}

30 kata-kata beliau sendiri yang direkodkan dan disiar di dalam Akhbar Berita Harian dan Utusan. Kata-kata yang menzahirkan siapa dan apa sebenar perjuangan Nik Aziz dan parti yang dipimpinnya bernama PAS.

Jika kata-kata ini dapat disebarkan kepada rakyat dan pengundi di Permatang Pasir dan juga rakyat Malaysia amnya tentu tidak akan ada lagi pengundi yang akan memberi undi untuk parti bernama PAS. Apatah lagi membantu PKR atau DAP.

Semoga semangat Ramadhan akan menjernihkan hati hati manusia agar menilai dengan baik manusia bernama Nik Aziz yang telah merosakkan agama dengan kata-katanya yang sungguh berbisa dan diterima oleh orang awam yang jahil ilmu agama.

Lihat dan sebarkan kata-kata Tok Guru bagi golongan fanatik PAS ini…Terbaru seluruh Mufti Mufti yang terlibat dalam Jawatankuasa Fatwa telah dikritik oleh Nik Aziz ( lihat sini http://utusan.com.my/ ) Dan tidak malu pula mendakwa dirinya ialah ulama yang mewarisi ilmu Nabi ( tetapi perangai tidak pula seperti Nabi s.a.w )

Renung-renungkanlah saudara/i sekelian..

1. “Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam” - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. “Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu.” - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.
3. “Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir” - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.
4. “Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid.” - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.
5. “Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya.” - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.
6. “Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima.” - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.
7. “Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram” - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.
8. “Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri.” - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.
9. “Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?” - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.
10. “Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya.” - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.
11. “PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa…” - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.
12. “Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran.” - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.
13. “Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam.” - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.
14. “Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama.” - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.
15. “Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam.” - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.
16. “PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif.” - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.
17. “Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah.” - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.
18. “Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu.” - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.
19. “Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang” - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.
20. “Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir.”- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.
21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.
22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.
23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.
24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.
25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.
26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.
27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.
28. “Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat… tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat…” – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.
29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
30. “DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.

Senile old man

Orang Tua Nyanyuk , Nik Aziz pernah dok kata yang li.PAS tidak pernah pun dok ajaq penganut jadi taksub kepada pemimpin. Sekali lagi orang tua ini dok cakap serupa orang takdak akai.
Apa Nik Aziz lupakah apa yang di ucapkan dan apa yang ditanamkan kepada pengikut beliau agar menjadi taksub kepada pemimpin.
Baru-baru ini, Otang Tua Nyanyuk Nik  Aziz  telah mengeluarkan kenyataan tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Kata Orang Tua Nyanyok “DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,”

Orang Tua Nyanyok duga dok kata kenyataan bahawa untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin-pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

Kalau ikut kenyataan Orang Tua Nyanyok  ini, maka ORANG KAFIR BOLEH HINA ISLAM SEBAB MEREKA JAHIL TENTANG ISLAM.
Tetapi sewaktu akhbar Denmark, Jyllands-Posten menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW dulu, saya TIDAK DENGAR ATAU BACA seorang pun ulama’ yang menjustifikasikan tindakan akhbar Denmark itu atas dasar ‘JAHIL ISLAM’. Semua bersepakat dalam mengecam dan memprotes tindakan biadap itu.

Malah PAS sendiri KUTUK SAKAN akhbar Denmark itu. Ketua Penerangan Pemuda PAS, Hanipa Maiden berkata;

“Menghina Nabi Muhammad bermakna menghina Islam itu sendiri. Ini satu perkara yang biadap, dan kerajaan Denmark harus bertanggungjawab ke atas rakyatnya”

Jadi DAP boleh  hina Islam kerana mereka jahil, tetapi Akhbar Denmark TIDAK BOLEH!
FULAMAK LIDAH CABANG MACAM BIAWAK IGUANA YANG BOLEH DOK TUKAQ KALER
Orang Tua Nyanyok, Aku nak habaq kat hang yang PAS BERDOSA BESAQ  kepada umat Islam Malaysia ialah MEMBERIKAN KEKUATAN POLITIK kepada DAP. Apa sebenarnya yang PAS perolehi dari kerjasamanya dengan DAP? Sebarang usaha PAS ke arah pengukuhan Islam bukan sahaja DITENTANG HEBAT oleh DAP, malah Islam semakin hari semakin dipermainkan oleh ahli-ahli politik DAP.

Orang Tua Nyanyok, Aku nak habaq kat hang yang PAS BERDOSA BESAQ  kepada umat Islam Malaysia ialah bila para pemimpinnya mengeluarkan kenyataan seolah orang Islam UMNO lebih jahat dari penyokong dan ahli DAP. Orang Tua Nyanyok, Aku nak habaq kat hang yang PAS BERDOSA BESAQ   pada 21 Jun lepas hang ada kata  UMNO dengan komunisme dan ajaran sesat SATU GENG kerana ‘menolak Islam’, tetapi pada masa sama HANG TAK BERANI KATA APA PUN’ bila ahli-ahli politik DAP ‘mempermainkan’ Islam.
PALING AKU PELIK DAN AKU KATA KAN HANG PA NEY SETARAF BAPOK BILA langsung TAK BERANI KATA  TIDAK kepada perkara-perkara semudah isu arak. Nik Aziz tidak berani campurtangan. Alasan diberi amat mudah ‘SAYA TIDAK MAHU MENCAMPURI URUSAN DINEGERI SELANGOR’. Adakah semudah itu seorang Mursyidul Am Pas dan seorang ulamak‘TERSOHOR’ seperti Nik Aziz untuk ‘cuci tangan’ keatas perkara asas dalam Islam yang jelas MELARANG arak?

Aku rasa la Eloklah Nik Aziz letak jawatan dan tumpukan saki baki kehidupan untuk alam baqa’. Kalau dah kata-kata itu sering tersasul dan terlupa, adalah lebih baik beliau memikirkan satu tarikh untuk meletakkan jawatan agar boleh di buat satu peralihan dalam PAS.Lantik la Mangkuk Tong Kosong Hassan Ali gantikan tempat Musyridul PAS yang Cukup Takut kat DAP
The Jackal

“Ooo….nak lari ye….berapa lama ko nak lengah?”

Sumber yang arif memberitahu kes liwat Mahaliwat Anwar akan ditangguhkan lagi pada 2 September. Kemungkinan besar kes Mahaliwat Anwar akan di tangguhkan sampai ke tahun depan. Sumber juga memberitahu bahawa terdapat ramai penyokong Mahaliwat Anwar di pejabat pendakwaraya dan kehakiman.

Hakim jangan subahat dengan Mahaliwat Anwar

Yang amat mencurigakan adalah kemungkinan hakim mahkamah juga memihak sebelah Mahaliwat Anwar. Kita semua boleh melihat bagaimana setakat ini hakim mahkamah telah membenarkan semua permohonan dan desakan Mahaliwat Anwar yang jelas bertujuan hanya untuk melengahkan kes liwat.

Sumber memberitahu bahawa peguam Karpal Singh juga akui bahawa bukti DNA dalam dubur Saiful Bukhari Azlan adalah sangat kukuh. Kali ini Mahaliwat Anwar tidak akan terlepas daripada masuk penjara, minima selama lima tahun.

Kes ini melibatkan kepentingan awam dan memberi kesan kepada keselamatan negara dan keharmonian kaum. Oleh kerana pihak pendakwaraya yang mewakili rakyat Malaysia sudah bersedia untuk menjalankan tugas, kes ini tidak boleh dilambatkan lagi. Sudah tentu mahkamah pun akur akan hakikat ini tetapi mahkamah masih memberi ruang yang terlalu luas kepada Mahaliwat Anwar untuk membantah perkara tak tentu pasal, melengahkan perbicaraan dan sebagainya.

Yang terbaru sekarang ialah permohonan Mahaliwat Anwar supaya pasukan pendakwaraya digugurkan. Ini adalah permohonan tidak masuk akal. Jika mahkamah membenarkan permohonan Mahaliwat Anwara ataupun memberi Mahaliwat Anwar ruang untuk membuat permohonan bodoh seperti ini, ianya bermakusd bahawa tertuduh mampu menetapkan perjalanan bicara mahkamah.

Kami menyeru kepada semua kaum patriot dan warganegara yang mencintai negara untuk mendesak supaya kes liwat ini dipercepatkan dan tidak dilewatkan lagi. Penagguhan kes hanya membangkitkan syak wasangka terhadap hakim mahkamah dan kehakiman negara. Apakah hakim bersubahat dengan Mahaliwat Anwar Ibrahim ?

Sulaiman Abdullah tarik diri bukan saja daripada kes tetapi juga daripada Pakatan Rakyat

Ini juga menjadi sebabnya Sulaiman Abdullah peguam utama Mahaliwat Anwar, telah menarik diri dari menjadi peguam bela Mahaliwat. Sulaiman kini telah kembali bertugas di pejabatnya tetapi beliau tidak mahu terlibat dalam kes Mahaliwat Anwar. Bukan setakat itu saja tetapi sumber kami memberitahu bahawa Sulaiman Abdullah sudah menarik diri daripada semua urusan dengan Pakatan Rakyat.

Kali ini Sulaiman tidak rela ikut arahan Mahaliwat untuk ”menyerang” hakim dan pendakwaraya sebagai terlibat dalam konspirasi, atau pun strategi Mahaliwat Anwar untuk melambatkan kes.

Doktor Myanmar disogok wang oleh Mahaliwat

Sumber juga membertahu bahawa doktor Myanmar di Pusrawi swasta mungkin telah diugut oleh penyokong Mahaliwat Anwar ataupun dia telah disogok dengan duit. Sebab itulah doktor Myanmar itu telah menghilangkan diri.

Doktor Myanmar itu telah berkata bahawa tiada kesan luka pada dubur Saiful yang menunjukkan liwat telah berlaku.

Ini tidak betul ataupun benar. Tidak betul sebab Doktor Myanmar itu tidak membuat pemeriksaan dalam dubur Saiful. Doktor Myanmar hanya melihat dubur Saiful daripada luar. Doktor Myanmar itu tidak memakai sarung tangan ataupun torchlight doktor untuk melihat ke dalam dubur Saiful. Beliau hanya melihat diluar dubur Saiful (maksudnya melihat punggung sahaja).

Ikut prosedur hospital, semua mangsa rogol atau liwat mesti diperiksa faraj atau dubur. Juga Doktor Myanmar itu tidak mahu periksa dubur Saiful dengan mendalam atas alasan Saiful perlu membuat laporan Polis dulu dan juga pergi jumpa doktor di hospital kerajaan.

Pendek kata doktor Myanmar itu tidak pernah melakukan pemeriksaan terperinci dalam dubur Saiful. Maka propaganda Mahaliwat Anwar bahawa laporan doktor Myanmar itu tidak mengesahkan liwat telah berlaku adalah tidak benar sama sekali.

Konek Anwar kecil

Doktor hospital kerajaan pula telah memeriksa dubur Saiful dengan terperinci dan juga dapat mengambil kesan air mani Mahaliwat Anwar daripada dubur Saiful. Doktor hospital kerajaan juga setuju tiada bukti fisikal akan kesan liwat pada dubur Saiful. Maksudnya tidak ada kesan koyak atau luka. Ini disebabkan beberapa perkara seperti berikut:

i. konek Mahaliwat Anwar adalah sangat kecil dan tidak meninggalkan sebarang kesan dalaman

ii. dubur itu tidak mudah luka atau koyak disebabkan dubur adalah saluran najis yang mempunyai pembukaan (diameter) yang lebih besar daripada batang konek Mahaliwat Anwar.

iii. juga kemungkinan bahawa Mahaliwat telah menggunakan pelincir KY-7 ataupun minyak kelapa sawit ataupun minyak rambut merah daripada kedai gunting rambut Nallakaruppan yang melicinkan saluran untuk liwat.

Inilah antara sebabnya tiada kesan fisikal pada dubur Saiful. Tetapi bukti DNA air mani Mahaliwat dalam dubur Saiful adalah sangat solid.

Selain daripada rekod DNA Mahaliwat Anwar yang memang ada dalam fail mahkamah, fail siasatan Polis dan fail Jabatan Kimia (sejak tahun 1998), kali ini Polis juga sempat mendapat EMPAT LAGI CONTOH BARU DNA Mahaliwat Anwar.

Sampai hari ini Mahaliwat Anwar tidak tahu bahawa Polis mempunyai EMPAT LAGI CONTOH BARU DNAnya.

Dan berita yang paling menarik sekali yang patut menggemparkan semua orang terutama sekali Mahaliwat Anwar sendiri ialah bahawasanya EMPAT contoh baru DNA Mahaliwat Anwar ini telah diperolehi oleh Polis melalui seorang pemimpin tinggi Parti Keadilan Rakyat sendiri ! ! Ini kes bocor rahsia sendiri ! ! Tunggu saja lah sampai bicara kes sambung di mahkamah nanti. Kali ini mampus lah YB Babi ! !

Semua kesan DNA ini telah mengesahkan dengan 100% bahawa sisa air mani dalam dubur Saiful datangnya daripada Mahaliwat Anwar.

PI Bala juga disogok wang oleh Mahaliwat

Sama seperti Dr Myanmar, begitu juga dengan kes PI Bala yang telah hilang setelah membuat pengakuan sumpah palsu. PI Bala mula muncul pada umum dengan tiba-tiba di sisi Mahaliwat Anwar. Soalannya kenapa dan bagaimanakah PI Bala boleh bertemu dengan Mahaliwat Anwar? Apa sebabkah PI Bala mengambil keputusan untuk muncul ke hadapan bersama Mahaliwat Anwar pula? Kenapa dia tidak membuat kenyataan akhbar sahaja, video recording sahaja atau membuat aduan Polis sahaja?

Jawapannya adalah paling senang sekali. PI Bala telah disogok wang oleh Mahaliwat Anwar untuk membuat pengakuan palsu. Mahaliwat Anwar faham sudah tentu PI Bala akan dipanggil oleh Polis untuk memberi penjelasan. Mahaliwat Anwar telah memberi arahan kepada PI Bala jika di panggil Polis, Bala mesti ”tukar haluan” seolah dia telah di paksa oleh Polis. Ini akan memalukan Polis dan juga Kerajaan. Dan itulah yang telah berlaku – sama seperti di rancang oleh Mahaliwat Anwar.

Kemudian Mahaliwat Anwar telah bayar duit kepada PI Bala untuk balik negeri ke India di mana PI Bala berada sekarang – hidup selesa makan thosai dan putumayam setiap pagi.

Buat kali ini saya akhiri warkah ini dengan ucapan he he he he !

http://theunspinners.blogspot.com/2009/08/unspin-jangan-lewatkan-kes-mahaliwat.html

Serangan Moral? Kenalah ada Pertahanan Moral jugakk!

Menepati ramalan sebelum ini, PAS menggunakan serangan peribadi terhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir Rohaizat Othman.

Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Permatang Pasir Datuk Mahfuz Omar dalam kempen awal parti itu cuba membangkitkan isu penggantungan lesen guaman Rohaizat oleh Majlis Peguam dan mengaitkkannya dengan moral calon BN itu.

Menurut beliau calon BN itu sepatutnya menarik diri kerana mempunyai masalah moral selepas didakwa terbabit dalam kes pecah amanah dan lesen guamannya ditarik balik oleh Majlis Peguam pada tahun 2008.

Mengulas dakwaan tersebut, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman mengingatkan PAS agar mencermin diri dulu sebelum hendak bercakap soal moral.

“PAS cari modal lainlah”, kata beliau kepada Agendadaily.

Katanya, tak perlulah pembangkang sebut soal moral Rohaizat kerana calon BN itu tidak lakukan sebarang kesalahan dalam isu syarikat guamannya.

Sebaliknya, kes itu membabitkan rakan kongsi beliau dah semua sudah selesai.

Bahkan katanya, semua pembayaran berkaitan kes koperasi itu sudah dijelaskan.

“Rohaizat tidakpun dituduh di mahkamah, macam mana nak kata dia bersalah sedangkan pemimpin pembangkang ada yang sedang hadapi dakwaan di mahkamah kerana masalah moral,” katanya.

Menurut beliau, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun berdepan soal moral tetapi PAS tak pedulipun.

Lagipun katanya, Mahfuz patut akur arahan Mursyidul Am PAS supaya jangan menyerang peribadi ketika berkempen di Permatang Pasir.

Hujah Zainal Abidin itu ibarat PAS sengaja meludah ke langit.

Soal moral kerap jadi isu setiap kali ada pilihan raya dan selalunya calon BN jadi sasaran.

Padahal ramai tahu, pemimpin pembangkang juga hebat dengan kes-kes moral ini termasuk ADUN Bukit Lanjan, Selangor, Elizabeth Wong.

Gambar-gambar separuh bogel Exco kerajaan Selangor itu dan tinggal bersekedudukan dengan teman lelaki Melayunya, seorang ahli PKR, senyap begitu sahaja.

Orang PAS pun tak kisah soal itu kerana Elizabeth sudah jumpa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Kelantan itu bagai tak nampak wanita itu ada kesalahan moral.

Selain kes Anwar, Elizabeth ada juga pemimpin PAS bertaraf ulama iaitu Ketua Dewan Ulama Perlis, Abdul Rashid Rahman yang moralnya boleh dipertikaikan.

Ekoran sikap panas barannya, isteri beliau, Siti Rosmala Mohamed menuntut cerai.

Dalam perbicaraan kes perceraian itu isteri beliau mendedahkan selain sering dipukul suami dan ‘hari-hari mau’, isterinya turut mendedahkan “dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari dia mahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalam pantang” .

Kerana tak tahan isterinya tuntut cerai dan keluarlah macam-macam cerita ketika kes itu dibicarakan.

Orang ramai juga pasti ingat kes Mohamad Sabu atau Mat Sabu dengan Norma, isteri orang di bilik 121 sebuah hotel di Kota Bharu.

Mat Sabu mengaku memang Norma datang jumpanya di bilik hotel dengan alasan nak beri ubat kerana Mat Sabu sakit kepala.

Adakah ini bukan kes moral yang pernah menggemparkan PAS.

Namun parti itu tetap terima Mat Sabu hingga beliau sebelum ini dipilih Naib Presiden parti walaupun ada isu moral.

Terbaru kes perceraian ADUN Melor, Wan Ismail Wan Jusoh yang berkahwin dengan wanita Kemboja selepas mengislamkan wanita itu. Ibarat habis madu, sepah dibuang mereka akhirnya bercerai.

Yang menariknya, wanita itu tuntut harta sepencarian berjuta-juta ringgit. Kenapa wanita itu tuntut sebanyak itu, kerana beliau pasti tahu di mana wakil rakyat itu kaut duit.

Kesimpulannya, tuduhan Mahfuz ibarat kata dulang paku serpih, kata BN, pembangkang yang lebih.

Sepatutnya, Mahfuz tegur kawan-kawannya dalam pakatan termasuk Anwar bab moral ini.

Lagipun biarlah pengundi Permatang Pasir tentukan siapa mereka nak pilih sebagai wakil rakyat dan Mahfuz, sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena patut jaga kawasannya, jangan menyibuk di tempat lain.

Agenda Daily

…….pelik tapi benar…….

*BILA ADUN BN lompat parti ke PR, halal. Bila ADUN PR lompat parti ke BN, haram (di Perak).
*Bila Mufti Perak sokong Pas, dia ulama terbilang. Bila Mufti Perak tegur Pas, habis dimaki hamun.
*Bila menang pilihan raya, puji SPR. Bila kalah, maki hamun SPR.
*Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral, kutuk habis-habisan. Bila ADUN PR yang buat disuruh berehat saja (Elizabeth Wong).
*Masa perintah Perak, cakap Raja Perak paling adil. Tapi bila dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.
*Sebelum berkuasa, beria-ia hendak laksana hudud. Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib.
*Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci-maki-kafirkan habis- habisan. Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu, Pas kata baiklah “Kami Dengar dan Taat”.
*Bila orang luar hina nabi berarak satu KL, bila Raja Petra Kamarudin (RPK) hina nabi, senyap membisu (mungkin orang Pas lebih sayangkan RPK dari nabi).
*Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila, bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.
*Bila Pak Lah kata nak teruskan jambatan bengkok, kutuk Pak Lah sebab jadi patung Mahathir. Bila Pak Lah batalkan, pun kutuk Pak Lah sebab tidak dengar cakap Mahathir.
*Masa Pak Lah PM, desak Pak Lah undur. Bila Pak Lah nak undur ganti Najib, Hadi kata Pak Lah tak payah undur pulak.
*Bila PR buat demonstrasi, itu demokrasi. Bila BN buat demonstrasi, gesa polis ambil tindakan.
*Bila menang pilihan raya, itu namanya demokrasi. Bila kalah, ada pengundi hantu.
*Bila Kelantan mundur, salahkan Kerajaan Pusat. Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar ke luar negara cari pelaburan tak langsung.
*Bila bersendirian bertakbir, sekarang bila berdua dengan DAP ber take beer! (di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam)
*Bila mulakan ceramah, baca bismillah puji nabi. Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeza pandangan di maki-hamun.
*Bila orang UMNO baca al-Quran dituduh hipokrit, bila orang DAP baca al-Quran (di DUN Perak) dipuji melangit.
*Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam, bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).
*Bila Beng Hock mati tuduh kerajaan zalim, bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasi.
*Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar, tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukup-cukupnya.
Bahkan akuan bersumpah Raja Petra lebih dipercayai daripada sumpah laknat Saiful Bukhari.
*Kalau Anwar tak berani bersumpah, itu pun satu kebenaran tapi bayangkan kalau Saiful yang tak berani bersumpah, confirm dimaki habis-habisan.
*Bila UMNO tak laksana hudud disebabkan faktor ketidaksesuaian, Pas maki ramai-ramai. Tapi bila Azizan Razak kata hudud bukan keutamaan di Kedah, Pas kata itu ijtihad murni.

Utusan Malaysia