Archive for October, 2009


PAS itu Melayu dan Umno itu Islam?

Pemimpin PAS tiada rasa malu menggunakan nama ulama tapi sering kali menipu rakyat. Ini kerana pada hakikatnya mereka sedar dan mengetahui bahawa pada zaman keagungan empayar-empayar Islam dulu, orang Islam tidak sahaja menghafal al-Quran dan hadis, belajar tauhid dan belajar fikah tetapi mereka juga belajar sains, matematik, falsafah dan lain-lain ilmu dunia. Dengan cara itu mereka menjadi kuasa besar yang menguasai dunia pada zaman dulu.

Begitu juga dengan ulama-ulama pada zaman dulu bukan sahaja mengetahui ilmu fikah, tauhid dan lain-lain ilmu agama semata-mata, tetapi mereka juga mengetahui ilmu-ilmu dunia yang lain. Maka dengan itu ada antara ulama-ulama zaman dulu yang merupakan ahli perniagaan, doktor (bukan bomoh jampi), saintis, pembuat barang-barang dan lain-lain.

Disuruh bertaranum pun belum tentu Nik Aziz, Hadi, Husam dapat memberikan persembahan yang baik seperti adik-adik “Mari Bertaranum” di NTV9, inikan pula beliau meletakan gelaran khas Musyidul Am kepemimpinan tertinggi PAS kononya melambangkan pemerintahan Islam.

Dengan itu sistem pendidikan PAS yang memberi tumpuan kepada agama semata-mata seperti sering diperjelaskan oleh Nik Aziz demi melaksanakan apa yang dipanggil pembangunan akhirat adalah lari daripada ajaran Islam. Ini kerana tidak mungkin produk pendidikan PAS yang tahu cuma membangunkan akhirat dan tidak tahu pembangunan dunia boleh mewujudkan masyarakat yang ideal dalam erti kata adil, dapat mengurangkan kemiskinan ke tahap yang paling minimum dan negara menjadi aman damai dan sejahtera sebagai syarat utama untuk melayakkan dilaksana hukum hudud.

Rakyat seharusnya sedar bahawa para ulama PAS yang mendakwa diri mereka mengutamakan pembangunan akhirat itu sebenarnya mereka juga cintakan dunia kerana mereka kaya raya belaka. Contohnya kereta dan rumah mereka dan pendapatan “belakang” mereka. Dulu mereka miskin dan kini mereka kaya seperti ahli politik lain juga. Apa faedahnya mereka menjadi kaya jika betul mereka mengutamakan pembangunan akhirat terutama yang telah tua-tua itu?

Ada yang menjadi kaya secepat kilat seolah-olah mereka mendapat harta karun. Apakah betul pembangunan akhirat yang mereka laung-laungkan selama ini? Cara memomok-momokkan pembangunan akhirat oleh PAS adalah bertujuan untuk menuduh kerajaan dengan terang-terang menolak tidak mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Ketika terlalu ghairah mereka bukan sahaja menuduh kerajaan tidak mahu melaksanakan hukum hudud, tetapi menuduh kerajaan juga tidak mahu melaksanakan hukum Islam secara keseluruhannya. Namun yang pasti PAS lah yang sebenarnya yang menolak tidak mahu melaksanakan hukum hudud kerana ia menolak pendidikan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan dan dituduh sebagai sekular dan tidak Islamik.

Hakikatnya pendidikan dan pembangunan adalah merupakan di antara persiapan-persiapan awal yang diperlukan untuk melaksanakan ajaran Islam yang bersifat hukum hakam termasuklah hudud. Maka oleh kerana PAS tidak mengiktiraf pendidikan dan pembangunan, bererti ia sendiri yang menolak pelaksanaan hukum hudud atau sekurang-kurangnya meletakkan halangan supaya tidak melaksanakannya.

PAS menganggap pendidikan yang seimbang antara dunia dan agama seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai sekular. Bagi PAS, pendidikan mestilah pendidikan agama sahaja yang dianggap pendidikan yang Islamik. Dengan itu tidak hairanlah jika ada ustaz dan ulama PAS sering mengulit para pengikut dan penyokong mereka dengan dendangan? PAS mengutamakan pembangunan akhirat daripada pembangunan duniawi yang dilaksanakan oleh kerajaan?

Sekarang siapa yang tidak Islam iaitu tidak menuntut atau berusaha ke arah jalan yang sebenar-benarnya untuk membangunkan Islam dan seterusnya melaksanakan hukum Allah?

Suara Politik

Taminsari

Buleh percaya ke mamat ni

Anda Percaya Pada Anwar?

Contributed by dukeofmontecristo on Sunday, October 25 @ 08:59:24 MYT

Topic: KOMENTAR

Suatu masa dahulu, ramai yang menganggap Anwar Ibrahim sebagai “icon”. Suatu masa dahulu Anwar pernah dilihat sebagai seorang pemimpin yang “popular”. Dia pernah di”pikat” oleh banyak pemimpin parti politik sama ada dari UMNO mahupun PAS. Kononnya ketika itu, dialah “hero”. Namun, atas dasar apakah Anwar dinobatkan sehingga sebegitu rupa? Benarkah dia adalah seorang “natural born leader”?

Sejak dari zaman persekolahannya, Anwar kelihatan me”nonjol” di mana saja dia berada. Ketika dia di Maktab Melayu Kuala Kangsar, dia pernah jadi “bahan tarikan” kepada pelajar-pelajar “senior”nya. Menurut salah seorang bekas “senior”nya, Anwar pernah menjadi “rebutan”. Namun, di atas rasa simpati, bekas “senior”nya ini telah melindunginya dari terus menjadi “mangsa rebutan” ramai pelajar-pelajar senior lain. Anwar dijaga hinggakan bekas “senior”nya ini terpaksa membawa Anwar pulang ke rumahnya demi menjaga “kehormatan” dan “keselamatan” Anwar dari di”bolosi” oleh senior-senior yang “berebutkan” dirinya.

Namun, setelah bekas seniornya ini tamat belajar di MCKK, Anwar dikhabarkan sudah “hanyut di badai arus”. Menurut bekas seniornya, ketika menghadiri satu pertemuan alumni MCKK, dia dikhabarkan bahawa Anwar yang sudah menjadi pelajar senior, telah berubah. Anwar sebagai senior sudah tidak menjadi rebutan, sebaliknya Anwar pula yang berebutkan pelajar-pelajar “junior” di MCKK. Dahulunya Anwar menjadi mangsa “rebutan”, tapi kini dia pula berebutkan pelajar lain. Apa yang direbutkannya itu, fikir-fikirkanlah sendiri. Nak tahu lebih lanjut, sila tanya kepada bekas pelajar-pelajar MCKK yang sebaya dengan Anwar!

Anwar masuk Universiti Malaya. Ketika itu, siapa yang masuk universiti sememangnya dilihat hebat dan bijak. Ketika itu Anwar mula menjadi ketua kepada mahasiswa dan mahasiswi. Dikhabarkan juga bahawa Anwar cukup kuat berpersatuan. Anwar adalah pelajar jurusan Pengajian Melayu. Dia sering mengada pertemuan dan perbincangan aktivitinya di sebuah dewan. Khabarnya pula dewan itu di”biayai” oleh sebuah kumpulan dari “barat” yang dikaitkan pula sengan gerakan “underground” yahudi. Diceritakan pula bahawa dewan itu pernah cuba dibakar oleh beberapa pemimpin pelajar yang menghidu bau “busuk” dari dewan itu, namun atas “ketangkasan” Anwar dan konco-konconya, percubaan itu berjaya dipatahkan.

Anwar mula menunjukkan “belang”nya. Dia mula mengajar mahasiswa dan mahasiswi untuk memberontak dan ponteng kelas. Dia mengajar penuntut-penuntut berdemonstrasi jalanan, sedangkan jalan demokrasi terbentang luas ketika itu. Anwar mengajar mahasiswa menjadi kurang ajar pada kerajaan, padahal kerajaanlah yang menyediakan pusat pengajian itu dan memberikan biasiswa percuma kepada mereka. Anwar mengajar mereka bersesak-sesak membaling batu dan beraksi ganas dalam perhimpunannya, sedangkan akhirnya dia bersenang-senang menjadi salah satu pemimipin kerajaan yang ditentangnya ketika itu. Dia untung, mahasiswa mahasiswi jugalah yang rugi!

Ketika Anwar menjadi “Pak Menteri”, Anwar telah “menyapu bersih” golongan pelajar yang melakukan demonstrasi jalanan “yang menjadi amalan”nya sebelum itu. Anwar juga telah berjaya mengubah nasib mahasiswa mahasiswi apabila sistem biasiswa dihapuskan dan digantikan dengan sistem “pinjaman pelajaran” yang perlu dibayar balik kepada kerajaan. Anwar ketika dikemuncaknya menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri telah banyak menghapuskan kebajikan rakyat. Sebaliknya dia sebok menghulurkan “pink form” kepada sahabat-sahabatnya untuk memenangi tempat kedua selepas Tun Mahathir ketika itu. Siapa tidak ingat tentang “bapak segala perasuah” ini yang menewaskan Arwah Tun Ghafar Baba dengan kuasa “zeti”nya. Sememangnya tiada bukti yang jelas, namun umumnya semua orang tahu bahawa Anwarlah yang memulakan budaya rasuah ini di dalam UMNO suatu ketika dahulu. Tak percaya? Tanyalah Tan Sri Sanusi dan pemimpin-pemimpin veteran UMNO yang pernah memegang jawatan Menteri.

Dan kini, setelah dipecat akibat kerakusan nafsunya, mengapakah rakyat masih lagi percaya kepada Anwar? Bukankah mahkamah pernah mengesahkan bahawa Anwar meliwat? Bukankah Anwar pernah digelar “aljuburi” oleh Mat Sabu? Bukankah Anwar pernah menempelak Nik Aziz, Hadi, Karpal, Kit Siang dan ramai lagi pemimpin pembangkang? Bukankah Anwar pernah menyalahguna kuasa dan dipenjara? Bukankah dikhabarkan Anwar menjadi “tali barut” rahsia kepada yahudi? Bukankah Anwar pernah cuba “menggadaikan” Malaysia kepada IMF? Bukankah Anwar begitu pandai membuat cerita bohong “arsenik”, “Aids”, “mata lebam” dan “sakit leher”?

Bukankah Anwar pertualang negara? Bukankah Anwar yang kini yang memcah belahkan perpaduan sesama umat Islam dan bangsa Melayu? Bukankah Anwar yang kini memecah belahkan keharmonian kaum dan menimbulkan perasaan benci sesama kaum di Malaysia? Bukankah Anwar penyebab ketidak stabilan politik negara dengan cerita-cerita rekaan bohongnya? Bukankah Anwar yang tidak mahu bermubahalah? Bukankah Anwar yang tidak bersetuju dengan penyatuan ummah di antara PAS dan UMNO? Bukankah kini Anwar yang menyebabkan PAS dan DAP bergolak? Bukankah Karpal pernah menyuruh Anwar “bertaubat”? Siapa lagi jika tidak Anwar. Itukah Anwar yang di dewa-dewakan? Anwar Pengkhianat Bangsa! Itulah Anwar selayak-layaknya.

——————–

P.S. siot…tak pasal2 aku kene bayar balik ptptn. patutnye aku dpt biasiswa masa kat U dulu. Ciscis…

Bila dia beraja nanti, tiada seorang pun yang kana dapat faedah, semua bangsa akan dia tindas. Semua ideologi perjuangan dia akan disampahkan sekelip mata…

Mengapa Kerajaan PAS Kelantan beriya-iya sangat menuntut royalti petroleum daripada Kerajaan Persekutuan?

Artikel penulis kali ini ingin mengupas mengapa Kerajaan PAS Kelantan beriya-iya sangat menuntut royalti petroleum daripada Kerajaan Persekutuan. Ya memang tidak dinafikan bahawa Kerajaan Kelantan berhak menuntut royalti petroleum itu penulis tak bantah jadi penulis dengan tegasnya menuntut Kerajaan Persekutuan memberikan royalti itu kepada Kerajaan PAS Kelantan kerana pemimpin-pemimpin PAS sekarang ini tengah kelaparan wang ringgit.

Penulis ingin mendedahkan maklumat yang penulis terima daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai mengenai sebab musabab Kerajaan PAS Kelantan menuntut royalti. Sebab dan musabab itu penulis senaraikan di bawah:

Kantung kewangan kerajaan negeri ini kian menipis ekoran beberapa pemimpin PAS yang memegang jawatan dalam Kerajaan Kelantan telah menghabiskanya untuk kepentingan diri sendiri dan mengkayakan kroni-kroni mereka. (Sumber Dari Ahli PAS)

Mengurangkan kebergantungan Kerajaan Negeri kepada Kayu Balak yang sering menjadi isuPenyelewengan yang bukan berkaitan dengan pemimpin PAS di dalam Kerajaan Negeri yang yang namanya tidak boleh disebutkan memandangkan beliau orang paling berkuasa di negeri Kelantan dan tiada siapa yang boleh mengengkari arahanya(Sila Rujuk BLOG INI).

Berkemungkinan untuk menambahkan peruntukkan Jawatankuasa Pilihan Raya negeri untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang. (Sila Rujuk ARTIKEL INI). Penyelewengan Balak yang berleluasa dan mengkayakan kroni pemimpin PAS tertentu. (Sumber Dari Pengusaha Balak)

Perbelanjaan yang tidak berhemah menyebabkan berlakunya Perbelanjaan melebihi pendapatan oleh beberapa pemimpin Kerajaan Negeri.

Pengambilan pekerja untuk Kerajaan Negeri yang melampaui keperluan atas dasar ‘kabel politik’ juga menyebabkan kantung kewangan kerajaan negeri semakin menipis.

Pendapatan daripada saman PBT di bawah Kerajaan Negeri tidak mencukupi untuk menampung keperluan kerajaan negeri walaupun kebanyakkan PBT terutamanya MPKB-BRI begitu aktif ‘merampas’ motosikal rakyat atas alasan parking di tempat yang tidak sepatutnya walhal di sebaliknya parking motor di tempat itu memang tidak mencukupi.

Caj yang dikenakan oleh PBT seperti caj sampah sepertimana di dalam Lesen Perniagaan masih tidak mencukupi untuk menampung kebocoran ‘kantung kewangan’ Kerajaan Negeri. Untuk Rekod Caj Sampah lazimnya RM500 untuk satu lesen perniagaan.

Menggunakan isu ini untuk Pilihan Raya Kecil Manek Urai bagi menarik simpati rakyat agar mengundi PAS. Itulah antara sebab-musabab mengapa Kerajaan PAS Kelantan mengemukakan tuntutan royalti Petroleum jadi jika mereka dapat royalti lagi lah sedap mereka berjoli, dapat royalti tengok rakyat dia buat tak reti.

Akhir Kalam seperti biasa penulis akhiri dengan kata-kata mutiara. Kata-kata mutiara kali ini ialah”Seorang orang Sesat boleh menyesatkan Seribu Orang Alim” Jadi fikir-fikirkanlah.

10 Reasons Why TGNA Must Resign: By Ibrahim Ali

Hujah2 ini dikeluarkan sebagai kenyataan balas terhadap desakan Nik Aziz supaya Ibrahim Meletak Jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas.

Hujah Ibrahim Ali tersebut ialah:

1. Nik Abdul Aziz sudah terlalu lama bergelar wakil rakyat dan Menteri Besar. Beliau adalah ‘barang lama’ manakala naluri manusia pula sentiasa berkehendakkan sesuatu yang baru.
2.Beliau sudah nyanyuk kerana bercakap tanpa usul periksa apabila menerima maklumat selain melupakan jasa Ibrahim yang bekerjasama sewaktu kerajaan Pas Kelantan berada pada kedudukan getir.
Kerap uzur sedangkan kesihatan yang baik adalah syarat utama untuk menjadi ahli politik.
Tidak menumpukan kepada tugasnya sebagai Menteri Besar kerana asyik berceramah selain diperalat oleh beberapa individu dalam Pas Kelantan.
Tidak cekap mentadbir dan jauh sekali mempunyai idea dan kreativiti yang amat diperlukan dalam era dunia tanpa sempadan.
Menjadi alat kepada DAP walaupun parti itu secara terang-terangan menentang pelaksanaan negara Islam yang menjadi cita-cita Pas.
Menjadi alat kepada pakatan pembangkang untuk menghalalkan agenda memecahkan perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu selain mempergunakan Islam untuk kepentingan politik.
Ramai pemimpin Pas Kelantan dan pusat mahu beliau meletak jawatan cuma mereka tidak berani bersuara
Mempunyai sikap riak dan takbur kerana menganggap hanya beliau sahaja yang betul dari segi Islam sehingga sanggup menghukum bahawa ibadah orang yang tidak sehaluan dengannya tidak diterima Tuhan.
Gagal mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan walaupun mempunyai kekuatan modal insan yang rajin bekerja selain kaya dengan hasil bumi, budaya mahupun kepelbagaian makanan.

THE QUIZ

10434_1252687480513_1329316014_30746959_3423125_n.jpg

soalan ini saya dapat seorang sahabat FB dan telah di edit untuk kesesuaian 1Malaysia..jawab dgn tertib dan jgn meniru.INI ADALAH LAWAK SEMATA-MATA,JGM AMBIL SERIUS..

HOW WELL DO YOU KNOW PR?
1) Pada tarikh apakah perdana Menteri Malaysia ke 6 Dilantik

a) 31 Ogos 2009
b) 3 April 2009
c) 16 September 2008
d) 14 Febuari 2007

2) Pada 16 September 2008 Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6 di hadapan…

a) Potret Yang Dipertuan Agong
b) Tuanku Karpal Singh (Singh is King)
c) Cermin
d) Raja Chulalongkorn

3) Pada tahun 2008 Parlimen Malaysia menyaksikan pembubaran kuasa setelah ketua pembangkang mendapat bilangan kerusi yang mencukupi dari

a) Ahli Parlimen Barisan Nasional
b) Ikea
c) Kedai Perabot Wong Ah Tong and Sons
d) Dewan Undangan Negeri Perak

4) Pada 12 September 2008 Ahli Parlimen YB Tian Chua telah ke Taiwan bersama rombongan beberapa ahli politik dari Pakatan Rakyat untuk?

a) Belajar mengenai penanaman Dragon Fruit
b) Mengambil kursus pendek pertanian
c) Berkaraoke bersama ahli parlimen BN
d) Mengajak mereka untuk melompat parti

5) Dewan Undangan Negeri Perak mencatat sejarah pada tahun 2009 apabila mengadakan persidangan di….

a) Bawak Pokok
b) Tepi Longkang
c) Gerai Cendol bawah pokok dekat roundabout depan super kinta
d) Kedai Mamak

6) Pakatan Rakyat telah memulakan gerakan untuk memulihkan Imuniti dan memperkenalkan undang-undang memperkasakan kembali institusi beraja namun ianya telah dihentikan kerana

a) Menteri Besar mereka Mohon Derhaka
b) mereka insaf
c) Kerana raja sebenar di Malaysia ialah Karpal Singh dan bukan Sultan
d) Sebab Karpal Singh meminta Anwar Insaf di dalam TV.

7) Siapakah yang dimaksudkan sebagai pemimpin Malaysia yang digelar sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz oleh Naib Presiden PAS Husam Musa?

a) Nik Aziz
b) Abdul Hadi Awang
c) Nabil Raja Lawak
d) Lim Guan Eng
8) Khalifah Umar Abdul Aziz Malaysia menentang perlaksanaan undang-undang?

a) Pemakaian tali keledar belakang
b) Jalanraya persekutuan
c) Tubuh Syarikat persendirian
d) Hudud dan Qisas

9) Kegagalan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke 6 Malaysia pada tarikh 16 September 2008 adalah kerana?

a) Parlimen tidak bersidang pada tarikh berkenaan
b) Tuanku tidak perkenan perlantikan beliau
c) Kerusi yang beliau dapat adalah dari Ikea dan telah patah
d) Beliau mengunggu Pak Lah mebalas surat beliau kerana pada akhir surat ada ditulis pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas.

Phileo Allied Bank

http://x-pkr.blogspot.com/

AnWAR & PHILEO ALLIED BANK

1. Phileo Allied Bank amat berkait rapat dengan AnWAR. Tulisan blogger x-files tentang laporan kehilangan wang tunai berjumlah RM4 juta di rumahnya sendiri menimbulkan banyak syak wasangka. Dakwaan Datuk Nallakarupan tentang banyaknya wang yang dimiliki oleh bekas teman rapatnya itu juga mengundang seribu pertanyaan.

2. Phileo Allied Bank ditubuhkan tahun 1995/96 ketika AnWAR menjadi TPM dan Menteri Kewangan. Melalui ‘contact person’ AnWAR di Bank Negara, Datuk Murad Khalid, (Penolong Gabenor), beliau telah memulakan segala proses penubuhan sebuah Bank Perdagangan baru di Malaysia dengan AnWAR meluluskan lesennya.

3. AnWAR melalui Murad telah meletak sahabat baik mereka Tong Kooi Ong sebagai orang yang paling berkuasa di Phileo Allied Bank. Phileo sering mendapat keutamaan dalam mengembangkan sayap perniagaan seperti penubuhan Phileo Allied Options & Financial Futures Sdn.Bhd, Phileo Allied Asset Management S/B dan Phileo Allied Unit Trust Management kerana AnWAR yang meluluskan lesennya selaku Menteri Kewangan.

4. Bermula sebagai pemaju hartanah dan syarikat kewangan, Kumpulan Phileo berkembang sedari 6 Julai 1994, Phileo Bhd. melabur untuk menubuhkan Phileo Allied Bank dengan modal permulaan RM733 juta. Phileo Allied Securities menyumbang RM230 juta dan Phileo Allied Finance melabur sebanyak RM22 juta. Jumlah awal RM1 billion menyaksikan Phileo Allied bank tertubuh dengan rasminya tahun 1995/96.

5. AnWAR, Murad dan Tong amat berpengaruh menentukan halatuju Phileo Bank. Bagi mengaburi mata umum, Tong mengambil seorang anak muda melayu yang pintar, En. Zulkefli Sulaiman sebagai Pengurus Besar dengan dibantu En. Nazari Ahmad sebagai penggerak Phileo Bank. Namun segala keputusan penting, dasar dan halatuju bank tetap ditentukan oleh Tong Kooi Ong atas nasihat AnWAR dan Murad.

6. Phileo Allied berjaya muncul sebagai 10 bank paling berjaya selepas tiga tahun penubuhannya atas segala insentif yang diberi AnWAR selaku Menteri Kewangan ketika itu. Segala kepentingan kewangan AnWAR diletakkan di Phileo Allied Bank dengan seliaan Tong. Urusan kewangan dengan agensi-agensi luar juga melalui Phileo Bank. Kebanyakan staf di Phileo bank tahu AnWAR dan Murad punya kepentingan di sana.

7. Azmin juga memperolehi banyak manfaat dari Phileo Bank. Isterinya bekerja di sana dengan gaji RM25,000 + elaun yang menjumlahkannya hampir RM30,000. Shamsidar juga mendapat keistimewaan kereta pejabat berjenama Audi yang mewah serta pemandu peribadi. Shamsidar hanya berjawatan Eksekutif Hal-Ehwal Koporat dan menikmati pelbagai kemudahan Phileo Bank sedangkan Pengurus Besar tidak mendapat kereta pejabat berjenama Audi!

8. Hampir kesemua pegawai di pejabat AnWAR d JPM dan Kementerian Kewangan mendapat kemudahan ‘handphone’ pejabat sedangkan bilnya dibayar melalui Phileo Bank. Bekas staf AnWAR pernah mendedahkan hal ini. Syarat untuk mendapatkan h/p ini haruslah sebulu dengan Azmin. Jika diluluskan oleh Azmin, barulah pihak Tong dan Murad akan berurusan mendapat h/p dan selebihnya ditanggung beres! (tahun 1994-98, h/p masih dianggap benda mewah).

AnWAR amat berkuasa dan memanipulasi keadaan ketika menjadi Menteri Kewangan. Beliau menggambarkan dirinya kuat menolak rasuah, sedangkan dirinya yang bergelumang dengan rasuah! Beliau memprojekkan dirinya pejuang rakyat sedangan beliaulah yang paling banyak merompak harta rakyat! Hingga kini beliau masih terus-terusan hidup dengan cara begitu. Sebilangan ahli PKR tahu bagaimana AnWAR mengurus dana yang diperolehi atas nama sumbangan untuk kepentingan dirinya, namun tidak cukup kuat untuk membongkarnya.

Kita mengharapkan mereka yang punya maklumat terus tampil mendedahkan penyelewengan dan kerja rasuah AnWAR ini. Bekas staf Phileo Allied Bank amat dialu-alukan untuk tampil dengan fakta konkrit mendedahkan AnWAR adalah manusia perasuah nombor satu Malaysia…..

Sekian.

Las Kopek sebelum kena….

Buku propaganda Anwar di kala perbicaraan liwat semakin hampir
Contributed by PsyTroopers on Thursday, October 08 @ 09:48:44 MYT
Topic: KOMENTAR

Harakah telah menulis sebuah artikel bertajuk Hadiah Aidilfitri buat Mahathir! pada 28 September 2009. Artikel tersebut sebenarnya bertujuan mempromosikan sebuah buku propaganda bertajuk Anwar on Trial: In the Face of Injustice yang dikarang oleh peguam suruhan Brader Anwar Bin Ibrahim bernama Pawancheek Marican.
Penulis tidak akan membincangkan perihal buku Pawancheek Marican tersebut buat masa ini kerana belum teringin mahu membeli buku tersebut. Kali terakhir penulis terpaksa (selalunya order secara online sahaja) ke kedai buku ialah pada bulan Julai 2008 ketika mencari buku karangan Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk Blog Merentas Halangan.

Kedai-kedai buku yang penulis pergi kesemuanya memaklumkan bahawa buku tersebut habis terjual. Penyudahnya, penulis meminta adik penulis agar tolong membelinya jika ada stok. Mujur ada! Apa yang penulis sedar, buku yang ditulis oleh Brader Anwar Bin Ibrahim memang banyak dan bersepah di kedai-kedai buku.

Mungkin tak laku agaknya!
Berbalik kepada artikel Harakah tadi. Harakah menulis:
BERSEMPENA Hari Raya Aidilfitri ini, Islam mengalakkan umatnya kunjung mengunjung di antara satu sama lain, khususnya yang muda menziarahi yang tua sebagai tanda hormat dan berkasih sayang.
Ziarah menziarahi merupakan antara budi pekerti mulia yang menjadi amalan tradisi orang-orang Melayu sejak zaman berzaman.
Selain daripada amalan berziarah, umat Islam di Malaysia juga gemar bertukar-tukar hadiah, sama ada berupa kuih raya, hamper atau sebagainya. Bagi anak-anak, merekalah yang paling gembira kerana mendapat duit raya atau ‘angpow’ dari golongan yang lebih berusia.

Justeru elok juga jika anak-anak muda, khususnya dari kelompok pemuda Pakatan Rakyat, berkunjung ke Yayasan Kepimpinan Perdana, untuk menziarahi dan bertanya khabar mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kunjungan dibuat bukan untuk memberi duit raya kepada Mahathir, duit tidak perlu baginya kerana wang pencennya sudah cukup menampung kehidupan beliau bersama Tun Dr Siti Hasmah.
Kali ini pemuda Pakatan Rakyat digalakkan menziarahi Mahathir untuk menyampaikan hadiah kepada beliau. Hadiahnya berupa sebuah naskhah buku Anwar on Trial: In the Face of Injustice karya peguam Pawancheek Marican.
Ayat pertama penulis ‘alim ularmak’ Pas ini cukup hebat! Lagak seorang ulama yang meyeru kebaikan dengan seruan berkunjung, saling hormat-menghormati dan berkasih sayang. Kemudian, seruan yang pada awalnya datang dari mulut yang tampak hebat pengetahuan agamanya bertukar menjadi sebaliknya. Tapi biasalah, orang Pas hanya mempergunakan agama demi survival politiknya.
Harakah juga berhati busuk apabila cuba mengaitkan Tun dengan membayangkan kononnya wang pencen Tun sangat banyak dengan gaya penulisan yang menyindir sedemikian. Sememangnya Tun tidak memerlukan wang Pas atau Pakatan Rakyat yang sememangnya melimpah ruah dengan kemewahan.
Dahulu penulis sangka para pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat miskin dan mempunyai kewangan yang terhad, tetapi kini persepsi itu tidak wujud lagi. Pas sememangnya mewah dengan wang! Contohnya, kita lihat sahaja tuntutan saguhati perceraian RM3 juta oleh bekas isteri kedua ADUN Pas kawasan Melor di Kelantan, Wan Ismail Wan Jusoh. Itu baru minta wang saguhati sudah cecah RM3 juta.
Bagaimana pula dengan Tun Salleh Abas yang menjadi jutawan segera (hasil titik peluh wang rakyat) melalui pembayaran ex-gratia berjumlah RM5 juta seperti mana dicadangkan oleh bekas de facto Menteri Kehakiman Majlis Peguam Dato’ Zaid Ibrahim? Lepas sahaja Salleh jadi jutawan segera, Zaid jadi katak, melompat ke riba Anwar, masuk parti keldai - PKR! Strategik betul perancangan dan tindakan Zaid. Boss dia (Anwar) dah rangka awal-awal lagi kot!
Itu belum kita kaji wang pencen yang diterima oleh Tun Salleh. Walaupun dia dipecat dia masih lagi mendapat keistimewaan menerima wang pencen sebagai hakim atas sebab rayuan Peguam Negara. Kerajaan ketika itu menggunakan budi bicara membenarkan dia mendapat pencen penuh walaupun dipecat oleh keputusan Tribunal yang dilantik oleh YDP Agong.
Untung Tun Salleh! Tun Salleh menerima dua pencen. Satu ketika bersara wajib 55 tahun dan satu lagi ketika tamat tempoh sebagai Ketua Hakim Negara. Dan jangan lupa, dia juga menerima pencen YB kerana pernah menjadi YB Pas di Terengganu.

Banyak duit pemimpin-pemimpin Pas sebenarnya. Imej miskin Pas yang ditonjolkan selama ini mungkin sekadar alat untuk meraih simpati undi rakyat sahaja.

Harakah menulis lebih lanjut lagi seperti berikut:
Buku ini dilancarkan peguam terkemuka, Raja Aziz Addruce di sebuah hotel di ibu negara 14 September lepas.
Buku ini amat signifikan dan relevan dengan Mahathir. Ia merupakan sebuah hadiah yang amat simbolik buat beliau, kerana ia khusus membicarakan suatu tragedi besar yang berlaku di zaman pemerintahan Mahathir.
Rakyat Malaysia, khususnya yang berusia awal 20-an, semestinya mengingati Dr Mahathir, sebagai negarawan ulung, yang menjadi PM serta Presiden Umno yang paling lama dalam sejarah, iaitu lebih 22 tahun.
Jasa-jasa Mahathir cukup besar untuk dicatat dan diperkatakan dalam kolum yang terhad ini. Beliau digelar ‘Bapa Pembangunan Malaysia Moden’.
Di zaman pemerintahannya terlalu banyak ‘event’ yang berlaku. Ada bright side (sisi terang) dan ada dark side (sisi gelap).
Pandangan dari sudut ’sisi terang’, sudah terlalu banyak diperkatakan oleh media pengampu. Media mengiyakan sahaja semua kata dan tindakan Mahathir, sehingga mereka ‘menjamu’ rakyat, dengan berita-berita yang ‘menghairan’, mengutuskan bahan pembacaan yang ‘meloyakan’ dan melaporkan ‘tiga suku’ berita perdana yang membohongi rakyat.
‘Sisi gelap’ pemerintahan Mahathir ditutup dan digelapkan terus daripada rakyat. Namun itulah bak kata pepatah ‘bangkai nyamuk boleh ditutup, inikan pula bangkai gajah’.
Dalam politik Malaysia nama Mahathir tidak boleh dilupakan kerana tiga TPM jatuh dan dijatuhkan di zamannya. Jika diperhalusi satu persatu, barangkali Mahathir juga ada silapnya.
Walaupun begitu, ada yang beranggapan apabila bekas PM berundur dari jawatan yang dipegangnya selepas lebih 22 tahun ditampuk kuasa, beliau sudah tidak relevan lagi untuk disentuh.
Itulah sifat kita, orang-orang Melayu. Kebanyakannya cuba bersangka baik dan hanya mahu mengingati kebaikan-kebaikan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.
Secara tidak disedari sikap bersangka baik inilah yang membelenggu minda orang-orang Melayu khususnya, juga kalangan rakyat secara umumnya untuk kekal di bawah cengkaman Umno-BN, lebih 50 tahun.
Anggapan ada kebenarannya, beliau sudah tidak berkuasa, buat ‘menghabiskan beras’ sahaja jika kita melayannya. Namun pada penulis, kadangkala kita harus berfikir sebaliknya.
Apatah lagi apabila semasa pemerintahannya Mahathir melakarkan banyak peristiwa bersejarah yang buruk dalam negara.
Membaca ayat demi ayat yang ditulis Harakah ini menyebabkan kita bertanya – Ye ke orang Pas ni? Macam tak percaya sahaja. Busuk benar hati penulis Pas ini! Mungkin Harakah ini lupa agaknya. Tun Dr Mahathir yang ditohmah itulah yang dipuja oleh Pas!
Pas dah lupa agaknya yang Pas pernah melutut merayu lembut gigi dari gusi agar Tun Dr Mahathir menyertai Pas sehingga membuat jemputan secara rasmi melalui kenyataan media pada 20 Mei 2008. Bukan main lembut lidah Pas ketika itu.
Berikut sedikit petikan yang menunjukkan lidah bercabang dan betapa busuknya hati Pas:
“Tun Dr Mahathir sebagai seorang negarawan yang terkenal dengan idea-idea pembaharuan untuk membangunkan negara adalah seorang tokoh yang masih relevan di Negara ini” – Kenyataan Media Pas, 20 Mei 2008.
Seterusnya Harakah membebel lanjut seperti berikut:
Justeru buku Anwar on Trial: In the Face of Injustice ini amat wajar diteliti. Ia membongkar bagaimana Mahathir merosakkan sistem keselamatan (polis), memusnahkan integriti kehakiman dan jabatan peguam negara, hanya semata-mata mahu kekal ditampuk kuasa.
Sekurang-kurangnya buku ini menjadi kesinambungan catatan dalam sejarah, bahawa angkara Mahathir, dua kali sistem kehakiman musnah. Pertama, tahun 1988 ketika memecat Tun Salleh Abas; Kedua, ketika memecat Anwar pada tahun 1998.
Buku ini dilancar dan ditatapi rakyat tatkala umat Islam diambang menyambut Hari Raya Aidilfitri. Oleh itu, ia merupakan hadiah terbaik buat persaraan Mahathir.
Peguam suruhan Anwar nampaknya membuat tohmahan (seperti diarahkan oleh bossnya – Brader Anwar Bin Ibrahim) bahawa Tun Dr Mahathir merosakan sistem keselamatan (polis)? Padahal semua rakyat tahu bahawa Anwar dan pembangkanglah yang sering memburukkan imej dan kredibiliti pihak keselamatan (polis dan askar).
Memusnahkan integriti kehakiman? Anwarlah orangnya! Bila keputusan berpihak kepadanya dia laung mahkamah bebas. Bila mahkamah tidak berpihak kepadanya, dia tidak pula percaya pada sistem kehakiman. Mungkin dia nak copyright semua yang betul hak dia je kot?
Padahal, dia hanya layak copyright buat benda yang tak betul! Ingat lagi betapa BNM rugi berbillion ringgit angkara si mangkuk ayun Brader Anwar Bin Ibrahim tak pandai nak selesaikan krisis kewangan 1997/98! Duit rakyat berbillion ringgit yang BNM lesap tu agaknya larat ke Brader Anwar Bin Ibrahim ganti?
Yang dia tahu cuma nak jual negara kepada proksi Amerika iaitu IMF!
Pemecatan Tun Salleh Abas pada 1988 diputuskan oleh Tribunal yang dilantik oleh YDP Agong. Tak nampak pun apa kesinambungan pemecatan Brader Anwar pada 1998 dengan dakwaan memusnahkan sistem kehakiman negara? Ada nampak ke? Cerita sikit! Ke kena beli buku kalau nak tahu. Hmmm…cakap je la nak buat marketing jual buku! Senang cerita!
Kalau macam tu, tak apalah, nanti kalau penulis ada masa, penulis beli dan baca buku peguam suruhan Brader Anwar Bin Ibrahim tu! Nak juga tahu macam mana si Pawancheek Marican ni spin dan auta semata-mata disuruh oleh bossnya atas alasan nak mempengaruhi dan meraih simpati rakyat bagi kes liwat terbarunya pula.
Semakin hari semakin dekat tarikh perbicaraan. Dalih peguam MC tak sihat dah kerap diguna. Dalih tukar barisan peguam dah diguna. Sekarang guna kaedah tulis buku dengan harapan rakyat akan termakan propaganda peguam suruhannya. Nasiblah kau Brader Anwar Bin Ibrahim. Sendiri buat, sendiri tanggung!
Anwar ni kalau bersumpah laknat, mahu disambar petir terus agaknya. Itu sebab la tak berani sampai sekarang. Agaknya la…
Wallahualam!

Kembara Politik

PS: PKR kena tukar nama jadi PKA (Parti Keadilan Anwar). Konon perjuang keadilan, tapi dalam masa yg sama memperlecehkan sistem keadilan kat negara kita. Cehh

Kenapa takut perpaduan Melayu?

(gambar dari satu blog pro Malaysian-Malaysia)

KENAPA ‘NO’?

TAKUT?

KENAPA?

KENAPA MEREKA TAKUT JIKA MELAYU BERSATU???

Kenapa orang2 kafir harbi begitu takut jika kita bersatu?

Pengundi India di Bagan Pinang usah terbawa dengan hasutan Anwar

Contributed by citrawaras on Friday, October 09 @ 09:58:07 MYT
Topic: KOMENTAR

Semua rakyat mahukan keadilan untuk A Kugan tetapi awas pihak yang bakarkan sentiman kaum untuk kepentingan diri.
Tiada yang lebih menyayatkan hati melihat anak meninggal dunia secara tiba-tiba pada umur yang muda. Sebagai minoriti, emosi yang ditunjuk oleh kaum India difahami apabila anak muda A Kugan didapati mati dalam tahanan polis.
Jika A Kugan salah sekali pun, tidak patut dia dikenakan kekasaran sampai mati. Semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan parti politik bersetuju dan mahukan pesalah dibawa ke pengadilan. Siapa patut disalahkan? Siapa yang bertanggungjawab? Kita mahu sesuatu dilakukan.
Dalam kita merasa kecewa dan marah, akan ada pihak yang menyucuk dan membakar lagi kemarahan. Di sini kita perlu berjaga-jaga pada mereka yang  membakar sentimen perkauman untuk kepentingan politik dan hanya untuk mendapatkan undi. Kita harus bertenang supaya boleh berfikir dengan rasional  tanpa dikaburi emosi.
Kita perlu menerima beberapa hakikat.
Orang yang pertama menimbulkan isu ini bukan pembangkang tetapi pemimpin Barisan Nasional ia-itu P Murugiah, bekas pemimpin PPP dan parti MIC. Ini bermakna BN peka dalam hal ini. Parti pembangkang hanya eksploitasi isu ini untuk mengeruhkan keadaan demi kepentingan politik mereka .
Walaupun pedih untuk diterima, tetapi kita perlu terima bahawa A Kugan mempunyai rekod polis dan terlibat dalam jenayah menyamun dan kegiatan samseng. Tidak kira kaum atau ugama atau parti, kalau dia disyak melakukan jenayah, dia harus disoalsiasat.
Cara menyoalsiasat orang disyaki oleh polis sudah ditetapkan dan mana-mana anggota polis yang tidak mengikut cara ini telah melanggar peraturan dan undang-undang.
Satu Jawatankuasa bebas telah ditubuh termasuk pakar pathologist dari Singapura dan luar negara untuk menyiasat kejadian ini. Jawatankuasa yang berbilang kaum dan negara mendapati A Kugan mati bukan kerana dibelasah polis, tetapi kerana penyakit.
Siasatan polis mendapat bukti menunjukkan Konstabel V Navindran telah melakukan kekasaran terhadap A Kugan tanpa perintah dari bosnya.
Dia akan didakwa ke mahkamah. Jika dia didapati bersalah oleh mahkamah, kita harus faham bahawa yang bersalah adalah Konstabel tersebut. Yang bersalah bukan Ibupejabat Polis Daerah, bukan Ibupejabat Polis Kontijen atau Polis Diraja Malaysia Malaysia atau pun Kerajaan.
Yang bersalah adalah orang yang melakukan kesalahan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. Polis hanya boleh mendakwa A Navindran tetapi pihak yang boleh menetapkan salah adalah mahkamah.
Ada pihak mahu membakar sentiman perkauman untuk mempersoal kenapa Konstabel itu seorang yang bakal didakwa. Kenapa Konstabel India seorang saja yang kena?
Ini tuduhan jahat. Polis dari pelbagai kaum lain pun ada yang pernah ditangkap, didakwa dan didapati salah oleh mahkamah dalam kes-kes lain.
Kalau ada orang lain, tak kira kaum lain, orang itu patut didakwa sama dengan Navindran. Untuk mendakwa, perlu ada bukti dan bukti tidak boleh main reka-reka. Kalau direka, ianya akan terbongkar dimahkamah.
Tidak mungkin polis suka-suka main salahkan seorang rakan sekerja mereka. Tapi bila  bukti menunjukkan Navindran terlibat, kenalah dia didakwa.
Tidak kira kaum atau bangsa atau parti politik, yang salah dan ada bukti akan dibawa ke mahkamah. Tidak ada isu Navindran dikambinghitamkan untuk selamatkan orang lain.
Ya, kita kecewa, marah, dan curiga. Suka hati kita untuk buat andaian dan syak sesuka hati tanpa bukti. Ingat bahawa itu akan menjemput mereka yang mempunyai kepentingan tertentu untuk bermain dengan emosi kita.

Gilir KM, Mengapa DAP Takut?

Gilir KM, Mengapa DAP Takut?
Posted on Monday, October 05 @ 12:53:05 MYT
Topic: RENCANA

Ketua Pemuda Keadilan Rakyat Pulau Pinang Mohd. Yusmadi Mohd. Yusuff telah berjaya mendedahkan pekung dasar Malaysian Malaysia yang didakwa adil kepada semua kaum apabila beliau mencadangkan penggiliran terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang yang sekarang disandang oleh seorang bukan anak tempatan tetapi diimport dari Melaka.

Reaksi spontan dan pantas dari Pemuda Sosialis DAP yang menolak dengan tegas pendedahan itu telah memberikan gambaran yang sebenarnya apa yang tersirat dalam dasar itu yang selama ini dipromosikan sebagai dasar keadilan bagi semua kaum dan anti perkauman.

Yusmadi mahukan penggiliran itu dilakukan kepada tiga pihak yang menguasai negeri itu sekarang iaitu tidak terbatas kepada hanya orang Cina sahaja tetapi juga wakil lain lain dari parti Pakatan Rakyat iaitu Melayu dan India.

Tahniah setinggi-tingginya kepada Mohd. Yusmadi yang percubaannya sangat bijak untuk membongkar perasaan yang terpendam dalam DAP selama ini.

Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DPSY) Ng Wei Aik dalam reaksinya jelas menampakkan bahawa DAP mahukan hanya orang Cina menjadi Ketua Menteri dan beliau tidak lagi dapat menyembunyikan perasaan marah terhadap cadangan itu sehingga menyerang peribadi Yusmadi dengan menyifatkannya sebagai orang yang gilakan kuasa.

Wei Aik juga menganggap formula itu berbau perkauman.

Selama ini DAP yang telah cuba memberikan gambaran seolah-olah BN dan khususnya UMNO menolak desakan supaya Timbalan Perdana Menteri dilantik daripada seorang bukan Melayu, tetapi ternyata DAP di peringkat negeri pun sudah tidak sanggup untuk memberikan peluang kepada kaum lain apatah lagi jika parti itu menguasai Malaysia.

Jelas bahawa Malaysian Malaysia DAP hanyalah pada teori sahaja untuk meyakinkan kaum lain tetapi matlamat sebenarnya ialah Malaysian Chinese.

Inilah gambaran sekiranya DAP berkuasa di negara ini kelak yang seharusnya disedari oleh kaum India dan Melayu.

Sesungguhnya cadangan yang dibuat oleh Pemuda PKR itu lebih adil daripada dasar BN yang selama ini hanya meletakkan Melayu sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sekalipun sebenarnya UMNO dengan kedudukan kerusinya boleh menentukan sama ada Ketua Menteri dari parti Gerakan atau MCA. Namun UMNO berpegang kepada janji setiakawan dan tidak pernah menuntut untuk memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang ketika BN berkuasa dahulu. Malangnya kesetiaan UMNO ini telah dikhianati.

Mohd. Yusmadi sebagai anggota Parlimen PKR Balik Pulau melihat formula yang dikemukakannya adalah lebih baik daripada BN yang sekian lama memberi jawatan Ketua Menteri hanya kepada kaum Cina dari Gerakan sahaja malah bersikap tidak adil kepada MCA. Orang Melayu hanya layak dengan kedudukan sebagai Timbalan Ketua Menteri sahaja.

Saya tidak faham kenapa wakil Ketua Menteri Pulau Pinang itu menganggap cadangan ini sebagai perkauman sebaliknya penolakannyalah menampakkan perkauman DAP dan prasangka buruk kepada orang Melayu sekiranya mereka menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang kelak.

Bimbangkan cadangan ini akan dianggap sebagai telah mendapat restu DAP, Wei Aik menafikan dengan keras sebagai sudah dipersetujui dengan Pas dan PKR.

Beliau mendakwa sekalipun seorang Cina menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang ini tetapi layanan adil diberikan kepada semua kaum dan agama.

Malah Pengerusi DAP Karpal Singh yang turut terkejut dan gementar dengan cadangan itu telah meminta supaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim menutup mulut ahli partinya di akar umbi.

Sama ada kerajaan negeri adil atau tidak kepada semua kaum hanya dapat dirasakan dan dijawab oleh rakyat Pulau Pinang sendiri yang baru sahaja melalui krisis Pasar Chowrasta mengenai tempat perniagaan di bulan Ramadan dan tempat tinggal mereka baru-baru ini.

Saya tidak nampak cadangan Ketua Pemuda PKR itu sukar untuk dilaksanakan di Pulau Pinang kerana BN pun pernah melakukan penggiliran jawatan Ketua Menteri di Sabah untuk memenuhi kehendak semua pihak dan saya percaya jika cadangan itu diterima maka pastinya Pakatan Rakyat akan dapat memperkukuhkan lagi kedudukannya di Pulau Pinang.

http://www.malaysia-instinct.com